Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, April 25, 2012

Give Your Heart A Break

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


The day I first met you
You told me you'd never fall in love
But now that I get you
I know fear is what it really was

Now here we are, so close
Yet so far, haven't I passed the test?
When will you realize
Baby, I'm not like the rest


Lagu Give Your Heat A Break nyanyian Demi Lovato, mula berkumandang di radio. Adam teringat insiden petang tadi.

“Boleh tak Adam faham perasaan Dira? Boleh tak jangan nak push Mira? Please…” rayu Nadira. Dia tak sanggup lagi untuk memikirkan soal itu. Hatinya terlalu penat. Terlalu. Ah… Adam bukannya akan faham perasaannya. Dia tahu dia yang bersalah. Bersalah kerana tidak mampu lagi terbitkan rasa itu. Rasa cinta pada lelaki yang telah dikahwini selama 6 bulan.

Adam Hakimi menarik nafas. Dia tahu dia bersalah. Terlalu mendesak Nadira Syafina supaya menerima cintannya. Sudah 6 bulan mereka melangsungkan perkahwinan, namun Nadira masih belum mampu untuk mewujudkan rasa cinta padanya. Bukannya dia tidak memberi masa, namun, dia juga manusia yang punya tahap kesabaran. Sampai bila dia harus bersabar?

Adam tahu Nadira tidak punya perasaan padanya saat akad nikah dilafazkan. Saat mereka bertunang selama 3 bulan. Dia tahu Nadira terpaksa bersetuju untuk bertunang dan berkahwin dengannya disebabkan permintaan keluarganya. Keluarga adalah kelemahan terbesar Nadira. Nadira sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarganya walaupun dia tidak bersetuju. Adam tahu itu.

“Dira nak Adam buat apa lagi? You know about my feeling for you. You know I had feeling for you since university. Dan Dira tahu, saat Adam luahkan perasaan pada Dira, saat kita bertunang dan saat ini, perasaan Adam tak pernah berubah,” Adam melabuhkan punggungnya di katil.

Nadira memandang Adam dengan penuh rasa bersalah. Dia tahu itu. perasaan Adam padanya tidak pernah berubah. Dia masih ingat lagi luahan Adam padanya ketika mereka ber-out station di Cameron Highlands. Yaa… dia bekerja di bawah Adam. Adam adalah anak majikannya, Datuk Yusoff. Dia patut sedar bilamasa Datin Rashidah, ibu mertuanya sekarang selalu melayan dirinya dengan baik, rupa-rupanya Datin Rashidah memasang impian untuk menjadikan dirinya menantu. Untuk dipasangkan dengan anak bongsunya, Adam Hakimi. Ah… Adam yang dikenalinya dari zaman university rupa-rupanya punya perasaan padanya.

“I’m sorry.” Ucap Nadira dengan lemah. Di saat itu, air matanya jatuh.

Adam mengeluh. Bukan itu yang dia mahu dengar. Dia sudah jelak dengan kata-kata maaf yang terkeluar dari mulut Nadira.

“Adam dah jelak dengan kata-kata maaf yang keluar dari mulut Dira. Sampai bila Adam kena bersabar? Adam lelaki yang punya 1 nafsu. Adam selalu mengalah dengan Dira. Cuba untuk beri Dira ruang. But then, Adam dah tak mampu lagi untuk menunggu lagi. For how long Adam kena tunggu? Adam juga ada ego. It’s not you only.”

Nadira Syafina memejamkan matanya. Dia tahu hal itu. Adam selalu mengalah dengannya semata-mata mahu memberi ruang kepadanya. Dari saat malam pertama mereka lagi, Adam mengalah. Adam sanggup tidur di sofa dan biarkan dirinya tidur di katil. Yaa… Adam masih belum menyentuh dirinya. Katanya Adam, mahu memberi masa untuknya.

“Dira sebenarnya….” Nadira cuba untuk menyusun kata. Dia cuba untuk menjelaskan hal sebenar. Namun lidahnya tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata itu.

Adam bangun dan beredar dari bilik. Dia tidak mahu lagi mendengar alasan Nadira Syafina itu. Dia tidak mampu lagi untuk berpura-pura bilamasa hatinya terluka. Dia sudah cukup bertahan dengan masa yang diberikan kepada Nadira Syafina. Dia tidak mahu melukakan hati Nadira, dia mahu berikannya masa namun hatinya yang terluka. Adam mencapai kunci kereta Toyota Harriernya dan memandu keluar dari rumah bangle pemberian Papa dan Mamanya sempena perkahwinannya.

Now here we are, so close
Yet so far, haven't I passed the test?
When will you realize
Baby, I'm not like the rest
Don't wanna break your heart
I wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to waste, to waste

Kereta Toyota Harrier Adam masuk ke perkarangan rumah, namun, dia masih belum keluar. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia tidur di situ malam itu. Dia tidak mampu untuk menghadapi Nadira Syafina untuk masa sekarang. Ah… ujian apakah ini? Adam berbisik dalam hati. 

Adam mengeluh lagi. Dia tahu Nadira pernah dikecewakan oleh lelaki. Dia tahu Nadira risau jika dirinya sama seperti bekas-bekas kekasihnya. Dia masih ingat lagi bagaimana Nadira mengaku padanya, menceritakan kisah silamnya yang perit itu dengan lelaki. Adam faham itu. Tapi dia mahu Nadira tahu, dia bukan seperti lelaki-lelaki yang pernah Nadira kenali. Dia mahu Nadira itu. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Adam melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sedari sesuatu yang unik mengenai persekitaran rumah malam itu. Kelam dengan cahaya dari lampu-lampu neon. Adam melangkah lagi. Dia menelan air liur. Meja makan di ruang makan kelihatan bercahaya dengan cahaya lilin, dan hiasan bunga ros di tengahnya.

“Dah balik?”satu suara kedengaran di belakang Adam. Adam menoleh. Dia melihat Nadira sedang tersenyum ke arahnya. Cantik. Pujinya dalam hati bila melihatkan nadira memakai gaun labuh berwarna peach. Nadira kelihatan seorang puteri dalam pakaian tersebut.

“Apa semua ni?”soal Adam hairan. Nadira tersenyum.
“Hari ini, genap 6 bulan kita berkahwin.”
“So?” Adam masih tidak faham.
“So, Dira ingat nak celebrate dengan Adam.” Dira berjalan ke arah Adam. Memandang mata Adam.
“What for? Membazir kalau just nak pujuk Adam sahaja.” Adam melangkah ke arah tangga.

Nadira memegang tangan Adam. Adam tersentap. Adam menoleh semula ke arah nadira. Nadira sedang tersenyum ke arahnya.

“Boleh tak dengar apa yang Dira nak kata?”Dira mendekatkan dirinya. Adam memandang isterinya.
“Dira mintak maaf.” Dira memandang Adam dengan penuh senyuman.
“Hentikanlah ucap kata maaf tu.” Adam membalas. Nadira tersenyum.
“Dira tahu Dira tak patut bersikap ego. Dira patut luahkan bilamasa Dira sure ia sudah ada. Actually at the beginning. Mungkin dekat dengan tarikh perkahwinan kita.” Nadira berkata.

“Apa yang Dira nak cakap?”Adam tidak mengerti.
“I love you.”Akhirnya dia mampu ucapkan tiga patah perkataan itu. Belum pernah dia ucapkan 3 patah perkataan itu pada mana-mana lelaki.

Adam speechless. Dia mungkin tersalah dengar. Namun tidak mungkin, kata-kata itu cukup jelas di gegendang telinganya. Dia memandang Nadira.

“Nadira Syafina?”Adam tersenyum. Cuba untuk meminta penjelasan.
“Yeah… it’s true. I love you. Masa yang Adam bagi untuk Dira dah cukup. Terlalu. Mungkin lebih. Dira tahu Dira bersikap ego. Ego dengan diri Dira sendiri. Dira dah mula sukakan Adam, actually cintakan Adam but then Dira tak nak akui lagi. So, I love you.” Dira mencium pipi Adam.

Adam terkesima. Dia tersenyum dengan ciuman hangat di pipinya. “You do love me?” Nadira mengangguk.

“I love you too.” Kali ini giliran Adam mencium pipi Dira. Dira tersenyum. Malam itu, malam yang paling gembira untuk Adam.


Hak Cipta: reenapple

7 comments

April 26, 2012 at 12:21 AM

aku syak Dira ni mengada tau... eeeeeeeeeee tadi beriya merajuk ...
bila aku fikir balik... aghhh org pompuan, perangai pelik2... mujur adam cakap direk...

heeeeeeeeeeeeeeeee.. aku rasa kispen ni comel... tapi ending dia lepas adam keluar dair kereta aku terus gelak... lucu barangkali bila Dira tengoktetiba Adam hangin merajuk...

April 26, 2012 at 1:54 AM

@Bidadari Syurga heee... meksey.. kekekeke. Pompuan kan selalu complicated dalam nak ekpreskan dia punya feeling kan kan??? Sila betulkan kalau aku tersalah.. =)

April 26, 2012 at 10:14 AM

haha. jgn ikut perangai Dira ni. Kita kena nikmati apa yg kta ada sekarang bukan mengenang apa yg kta dah takde..chewahh....

i love u too sayang! aummmmmm

April 26, 2012 at 11:10 AM

setuju dengan khairul antasha..:DDD

April 26, 2012 at 11:37 AM

mengapa berat ucapkan cinta sedangkan ia ada...

Anonymous
April 26, 2012 at 6:36 PM

ahhhh pesen main tarik tali gini . nak jek gua lutut si adam tu . kah kah kah !

enjoy d nite , adam ! ehem !!


-HEROICzero

April 27, 2012 at 11:10 PM

HeroicZero amboi hehehe..

sonok baca komen korang di atas ahahaha..

reenapple,
aku tus google lagu tu hehehe.
(Now listening hehe)

Abg Bro.
masa tgk video n dgar lagu tu, ada idea konon nak buat bertemakan lagu acha tu.. tapi sekarang idea tu dah terbang pergi :( agaknya kena tgk video n dengar lagu tu balik :D

reenapple,
aku paling suka part ' I love you' dari Dira.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...