"Weh Jai, kau tahu karma?". Tanya Pian kepada kawannya yang khusyuk membaca majalah di depannya.
"Karma? Apa tu? Buah-buahan? Tempat? Nama orang? Hahaha". Jai menjawab sambil lewa, masih membaca majalah Wisel keluaran terbaru.
"Aku tanya betul-betul, kau jawab main-main pulak. Ada jugak yang makan stoking busuk nanti kang". Pian geram dengan telatah Jai, masa orang serius boleh dia nak melawak. Haish.
"Ok ok, aku nak melawak sikit pon tak boleh. Kau ni. Aku tak tahu, apsal weh?". Jai meletakkan majalah di atas meja, pandangannya menuju kepada Pian.
"Oh, takdelah. Aku saje jek tanya. Ingatkan kau tahu." Pian bersahaja, malas nak melayan anak orang kaya ni.
"Lau kau tetiba tanya ni mesti ada pape. Karma tu apa?". Jai kelihatan serius bertanya, Pian takut pulak melihatnya. Seram.
"Karma ni, macam setiap apa yang kita buat, mesti ada balasannya kepada kita. Contoh, kau buat jahat dekat aku, nanti akan ada orang lain buat jahat kat kau. Camtu la." Pian menerangkan.
"Oh, i see. So, apa kaitan dengan kau tanya aku tahu ke tak?" Jai keliru. Pian seperti menyembunyikan sesuatu.
"Aku bukan ape, kau tu kejam sangat dengan kucing. Pantang jumpa, nak sepak. Benci sangat dengan kucing, padahal mereka tu tak bersalah pon." Pian menerangkan. Jai gelak.
"Hahaha, pasal tu je ke? No problem la weh, bukannya kucing tu kenal aku. Tuannya pun tak kenal aku. Entah ada tuan ke tak, haha". Jai terus gelak, Pian hanya mampu menggelengkan kepala.
Perangai kawan dia ini tak pernah berubah dari mula-mula dia kenal. rupa ada, harta ada, tapi kejam dengan kucing. Anti-kucing. Pantang nampak kucing, mula la nak menyirap. Pernah sekali, Jai ni pergi langgar kucing, dilenyeknya sampai terburai perut. MashaAllah.
"Tak semestinya kucing tu yang balas dendam kat kau Jai, ingat karma Jai, ingat karma." Pian mengingatkan Jai.
"Weh, ni Jai la. Jai the Great. Mana ada orang berani nak masuk line dengan gua." Ujar Jai, dengan bongkaknya. Pian menggelengkan kepala, pening dia denga sikap kawan dia ni. Keras kepala.
"Yolah Jai, aku cuma ingatkan. Kang jadi pape, kau cakap aku tak ingatkan." Kata Pian.
"Jangan risau, aku kan hebat. Hahaha". Jai bersahaja sambil gelak.
*****
"Pian, aku nak keluar ni. Nak ikut?" Jai kebosanan, mahu keluar lepak di mamak sambil layan bola.
"Aku tak larat lah, kau pergi lah sorang-sorang. Sori bro". Kedengaran suara Pian lemah tak bermaya.
Jai terus mencapai kunci di atas meja, dan bergegas keluar. Match Liverpool vs Manchester City dah nak bermula, kang nanti tak sempat nak tengok. Dia mula keluar dari perkarangan rumah sewa, dan menuju ke kedai mamak tersebut.
"Pasang radio best jugak ni, tengah-tengah malam layan Hitz.fm la best". Jai bermonolog seorang diri, lalu radio dipasang. Lagu "Move Like Jagger" sedang diudara.
*bang*
Jai tersentak, ada kereta lain telah melanggar belakang keretanya. Dia dah mula menyirap, pantang orang apa-apakan kereta BMW kesayangan dia ni. Jai memberhentikan kereta, dan terus keluar. Kelihatan seorang lelaki juga keluar dari kereta itu.
"Woi, kau ni reti drive ke tak? Suka-suka hati jek langgar kereta orang tak bersebab ni haa?!" Jai berang, kelihatan teruk bumper belakang, remuk habis. Hatinya panas.
"Lek la bro, gua bukan apa. Gua memang sengaja. Dah lama gua cari lu bro." Ujar lelaki tersebut. Jai kehairanan. Dia tak kenal lelaki tersebut.
"Lu sape? Sori bro, gua tak kenal lu. Lu mesti silap orang ni. Lu tak payah nak bikin panas la bro." Jai memang gatal tangan nak pukul orang ni. Lama buku limanya tak diasah.
"Lu kenal Tina dengan Paan, adik beradik tu? Gua ni abang diorang, nama gua Daman , lu memang kejam bro." Lelaki tersebut mara ke depan, semakin hampir dengan Jai.
"Hahaha, Paan si lembik tu? Kakak sendiri tak boleh nak lindung, kah3. Tapi gua bukan nak cakap ape la, itu Tina, memang sedap woo. Gua puas dan gian sama dia. Mana dia sekarang?" Jai menambah lagi api yang marak pada lelaki tersebut.
Dia tidak boleh memaafkan Jai, yang telah memukul adiknya sampai jadi terencat, dan merogol Tina sehingga Tina tak bersemangat untuk hidup lalu membunuh diri. Dia memang menantikan saat ini, untuk melangsaikan hutang dengan Jai. Hutang nyawa dibayar dengan nyawa.
"Cilaka lu, amik ni!" Daman menyimbah asid ke muka Jai. Jai terkejut, dia mengerang kesakitan. Dia tidak nampak apa-apa.
"Woi cilaka. Jaga la lu." Jai masih bongkak. Dia cuba untuk bangun, namun dia disepak berulang kali. Jai kelihatan teruk dibelasah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Tanpa penglihatan, dia lemah.
"Huargh!!!" Jai mengerang lagi, Daman kelihatan puas menyeksa Jai begitu sekali. Dia tersenyum.
"Ini baru sikit, ada lagi kejutan menanti. Haha" Daman bermonolog. Dia mendapat satu idea. Dia menyepak Jai sehingga ke tengah jalan, dan membiarkan dia di situ. Kelihatan sebuah lori balak menghampiri.
"Eh, kenapa dia dah berhenti pukul aku?" Jai kehairanan. Sekarang baru dia sedar, tentang nasihat yang diberikan oleh Pian. Namun semua itu sudah terlambat, perkara akhir yang didengar oleh Jai adalah hon lori yang panjang.
*HOOOOOONNNNNNN, HOOOOOONNNNNN*
Daman tersenyum, dia puas. Dendamnya terbalas. Dia menghembuskan asap rokoknya. "Tina, abang dah balas dendam untuk kamu dan Paan." Daman bermonolog sendiri. Namun, tanpa disedarinya, ada sepasang mata sedang memerhati dalam diam.
-The End-
ciaossu!!
*notakaki : what goes around, comes around*
Hak Cipta: Sergeant Keroro
http://platunkhaz.blogspot.com/
-: Kispen ni sepatutnya bersiaran pada Rabu lepas. Maaf, kesilapan yang tidak disengajakan :-
7 comments
aku tak puashati... yg terakhir pandang tu pian kan? haish....
BS ----> heeeeeeeeee... aku lupa off akaun plak...
jap2 ak macam pernah bace kispen ala-ala macam nie gak kat kontrol histeria kot.
**gua tak bape nak igtlah kat mane gua pernah bace.
***karma sentiase ade.
laaa aku ingat Jai mesti mati sebab kena robek dengan kuku kucing...pehh!
one question..sapa pandang ?? another person??
baca sekali lagi hehehe.. aku rasa dah pernah baca dlm blog beliau :)
Karma tu sejenis kurma. <-- tolong jawab soalan pian yang memula tu. hikhik.
what you give,you get back. samalah maksud dia kan?