Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]
pepol
pepol
Hari ini memang gila. Banyak perkara
berlaku, dan ia berlaku serentak. Pertemuan dengan Nikita Willy membuatkan aku
tidak keruan, seolah-olah dunia ini berhenti berputar. namun, di mana harus aku
meletakkan gadis berjilbab?? sungguh aku di dalam dilema. Aku baring sambil
meletakkan tangan di atas dahi. Kepala ku pusing, pusing memikirkan dua gadis
yg menghantui diriku. tak sampai 5 minit, aku pon terlelap, langsung
meninggalkan semua itu di belakang ku. Senang enak dibuai mimpi,terasa ada orang
menekan hidungku.
"Pul, bangun pul, dah pukul 8 da," Kudi mengejutkan aku.
"Kejap-kejap" balas aku.
Aku melihat jam di dinding,sudah tepat pukul 8. Selamba badak je aku tidur time Maghrib. Aku pantas mencapai tuala dan meluru ke bilik air. Selesai mandi, ternampak Kudi sedang tersengih-sengih di depan laptop.
"Pul, jom ar makan, aku masak sardin untuk ko malam ni" Kudi bersuara.
"Sardin?? not my taste" jawab aku selamba.
"Vavi ar, berlagak nak mampos, hujung sem lepas benda tu jugak yang ko makan
kan" marah Kudi.
"Hehehehe, ok aku teman ko makan malam ni, pergi la masak cepat!!" balas
aku.
"Aku masak sardin, ko pergi masak nasi, nasi jangan lembik" arahan dari Kudi.
"Ok bos" ringkas dari aku.
Aku membuka laptop mahalku. Terlihat wallpaper gambar aku yang kalah contest
fotografi tempohari. Sadis mengenangkan kemenangan yang diragut sebegitu rupa. Ahh contest sebegitu pun nak dipolitikkan, sadis. Aku membuka fb ku. Terlihat
25 friends request, abaikan saja. Aku kusyuk membaca status awek-awek comel di
fb, ada yang sedang bahagia, ada yang kecewa, dan ada yang desperate. Satu persatu
dibaca olehku, mata aku terpaut oleh status yg ditulis oleh gadis berjilbab.
tertulis di bawah nya...
'about a minute ago' so, baru lagi la.
"Yes, gadis berjilbab on9, boleh chat dengan dia" bisik aku di dalam
hati. Mouse dihalakan ke ruangan chat. Gigih aku mencari nama gadis berjilbab dengan
harapan boleh chat dengannya, tetapi hampa, langsung tak kelihatan.
"Ciss,die tak on chat" dengus aku di dalam hati.
Sudah menjadi kebiasaan bagi gadis-gadis yang hot untuk tidak on chat, atas alasan
tidak mahu diganggu, cehh alasan semata-mata, tanpa menyedari yang chat boleh
meningkatkan kemahiran menaip. Aku meneruskan penerokaan di fb. Aku melihat di
bahagian kanan fb aku, terlihat ruangan "people you may know". Aku
tertarik dengan profil seorang gadis ini. Aku membuka profilnya dan alangkah
terkejutnya aku melihat DP nya.
"Hah nikita willy??? ni fb dia??!!" aku menjerit. Tanpa membuang masa terus men stalker page dia. Namun belum
sempat apa-apa, aku terdengar jeritan dari bawah.
"Epul!!!! turun bawah, aku dah masak sardin dah" jerit kudi dengan
lantang. Aku serba salah, nak tak nak aku harus turun ke bawah. Sebelum aku turun
ke bawah, aku sempat menekan butang "add friend" di fb Nikita Willy. Aku turun dengan mengukir senyuman.
"Pergi amek nasi kau, nasi aku masak, sardin pon aku masak, nak suruh ko makan
je" marah Kudi.
"Rileks ar bro, tak chill ar ko" aku cuba menenangkan Kudi.
Perlahan-lahan aku menyuap nasi ke dalam mulut. Aku akui apa yang Kudi masak
pada malam itu sungguh menyelerakan namun jelas aku langsung tidak
menikmatinya. Fikiran aku melayang memikirkan fb Nikita Willy yg baru aku jumpa
tadi. Sudikah dia approve aku di fb atau dengan selambanya dia akan reject
friend request dari aku?? sungguh aku tidak tenang memikirkannya. selesai makan, aku
terus naik ke atas semula dan cek fb aku. Ada 20 n0tification, aku cek satu
persatu,namun hampa, die belum approve aku.
Aku terus sabar menanti, menanti dengan penuh pengharapan. Jam sudah menunjukkan
pukul 12, namun masih belum ada berita baik. Aku kuatkan hati untuk terus
menunggu. Aku membuka buku "HRU" di sebelahku, dengan harapan sambil
menunggu dia approve boleh aku study serba sedikit. Fuhh haram, memang tak boleh
fokus. Mataku mula kuyu, sindrom mengantuk mula melanda, aku cuba bertahan, apakan daya, tepat jam 2 aku sudah di alam lain.
Lenaku dikejutkan dengan bunyi alarm dari handset Kudi, aku tersentak dan melihat
ke arah tingkap, hari sudah cerah. Aku bingkas bangun dan mencapai laptopku.
Aku membuka fb ku dan terlihat ada satu notification, notification yg mungkin
akan mengubah hidup aku selamanya. Perlahan-lahan aku click pada notification
itu dan terlihat tulisan ini.
***Nikita Willy*** ******* accepted your friend request.
Aku menjerit kegembiraan, akhirnya die approve jugak. Aku tersenyum sendirian,
terasa seperti hendak sepak kudi dgn sekuat hati kerana terlalu gembira, dan di
saat kegembiraan melanda itu, aku teringat akan lagu ini.
Sedangku
membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
4 comments
Haha. Amboi, rasa kegembiraan sampai nak sepak kawan. Kelakar.
bersungguh-sungguh aku cari episod 1-4 sebab nak baca ni. ada berapa episod lagi ni?
terima kasih kepada sume yg support,kisah kenangan di puncak ni ada 15 episod..:D
yeay ! sepak kudi smpi tak mampu pegi fact ;p