-[KISPEN TEMA: BERMULA 23HB - 29HB APRIL 2012]-
Kispen TEMA kembali lagi...
Bakal mempertaruhkan 7 kispen dari setiap para penulis kami dan terbuka kepada 5 Kispen(tambah 3 lagi Kispen) daripada Guest Writer YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN. Kalau sudilah....
CARA nak buat kispennya cenggana? Mudah...
Fahamkan betul-betul makna 'Poetry' dan hasilkan Kispen berdasarkan makna Poetry itu sendiri. Abaikan sejenak gambar; latarbelakang gambar sepasang burung di atas, kerana point utama kami adalah untuk mengupas makna 'Poetry' itu sendiri.
Kispen Guest Writer tu nanti UP hari apa ya...? Simple...
Sabtu dan Ahad @ 9 pm...
JOM hantar karya bersama kami. Kispen ini akan bersiaran di label 'KISPEN TEMA'
ps: Sebarang pertanyaan tak faham ke sila msg HEROICzero sama ada di FB/Twitter atau di komen blog ini... pasalnya dia yang pilih Tema April ini. *nampak tak cara aku nak selamatkan diri dari disoal...? Hahahahahahahaha*
-----------------------------
22 comments
errr... agak susah ini punya cabaran.. ngeh ngeh.. =)
@reenapple
boleh berbentuk seperti lagu bagi mengantikan puisi atau syair atau gurindam... kerana lirik lagu juga dikira sebagai satu seni bahasa yang ringkas dan difahami seperti sebuah satu cerita.
dan tema adalah bebas.
ps: reen mesti boleh... heeeeee sebb tu kami up entry cpt skit..
dikala bumiku kering kontang
dan mengharap hujan yang tak kunjung bertandang
Kau hadir bagai setitik embun
yang terlalu berharga..
membawa setitis harapan..
meskipun..
tanahku masih merekah..
bumiku masih jua kontang,
kegersangan..
*ini puisi jiwa kering kontang tanpa idea menulis muahahahah..
@Nong Andy
perghhh...
NA... langsung jadikan kispen... bole guna gurindam kat atas ni... :) serius...kisah seorang penulis yang punya jiwa kontang...
ps: jadi pemangkin buat mereka dan diri sendri agar mampu berkarya saat diri hilang tintanya...
Hah mahu cuba. Br paham maksud entry ni hehe
aku tuliskan sebuah puisi..
di dalam diari ini..
agar suatu hari nanti..
dapat menemani kamu, kamu..
bisikan nada kata indah..
nukilan agung sastera cinta..
tenggelam aku dalam rindu..
jiwa yang terkedu, pulanglah segera..
done~ =)
@APiBAGUS kalau buat kispen... :)...
@Iffah Afeefah
sila cuba.... seronok ramai2 ambil bahagian
"andai yang berlari itu kamu, biar saja aku jadi pemandang dari sini. Mana tahu, kalau engkau tersungkur atau keletihan, aku ada untuk bangkitkan. Selebihnya, biar saja aku hilang dari perhatian kamu; kerana aku lebih rela begini dari ditolak tepi."
Dan senyum.
Mata memandang semula pada gadis yang berkerudung hijau daun pisang itu. Manis. Dan cukup manis. Pada Amir, biarlah saja dia diabetes kerana senyuman gadis itu; agar dalam matipun dia gembira.
membungkus lengkapan diri, dan bangkit dari duduknya di sisi tadi.
Sesekali, masih memandang gadis itu dari sudut yang tersorok ini. Ah, memang sukar menjadi pengintai; tapi lebih sukar menjadi penyinta-i.
Dan dia senyum.
Berkata pada diri sudah seperti satu terapi, dan dengan diri sendiri lah baru dia lebih tenang. Maka, tidak hairan andai rakan yang lain memandangnya sebagai seorang yang sendirian dan 'berbunga-bunga'.
Ah, aku bunga-bunga pun hanya pada bunga yang itu.
Ya, yang kerudung hijau itu.
"Biar berganti-ganti kaca mata ini, asalkan dapat memerhati pujaan hati. biar berhenti nadi jiwa ini, asal berganti dengan derau memandang senyum manismu yang berganti-ganti"
oh.
*prelude end*
hehe
Mardiah terduduk keletihan. Menjadi pengatucara majlis bukan kerja senang; tapi itu yang dia kejar-kejarkan pun. Dan melihat semua selesai, dia jadi senyum sendiri. Puas.
oh.
ada satu.
dia sendiri mencari seseorang dalam ramai. oh, kalau bab hati, dalam sibuk ramai pun pasti meleret mata mencuri pandang.
tapi, memang gagal.
yang dicari kelibatnya tidak juga timbul. begitulah kata orang, bila mencari pasti tak ada, sedang selalu saja bertemu bila tidak perlu.
seperti kes semalam.
dia berlari-lari kesana kemari sibuk dengan diri, sedr-sedar ada yang mencuri pandang dari sudut hujung blok pendidikan. Ya, budak yang berkepit dengan foldscape A4 dan pena hitam ke hulu ke hilir itu lah. Entah apa yang dikendongnya pun Mardihah tak tahu.
yang dia cuma tahu, si lelaki itu cukup unik. kaca mata nerdnya juga cukup unik. barangkali bukan lelaki serba serbi sempurna; tapi cukup benar perisa dengan hati dia.
ah.
berbicara hati.
"andai memandang mu pun bisa buat aku mati, biar sajalah begitu; agar pergi ku juga pada momen yang membahagiakan diri."
ah.
memang kalau hati, berbisik bagai puteri, sedang tahu agama bukan hal emosi semata.
mau mati saja-saja; sedang dada tak penuh iman gi mana-mana pun.
"berbundut-bundut emas melilit dengan senyum penuh lirit, sedar-sedar hanyut tenggelam dalam sampan yang berpaku senget, bersusun benget"
dan tersenyum sendiri.
begitulah mardihah. sesekali mahu menjadi sasterawati dan berbunga dengan angin, tapi kadang jadi ustazah berkhutbah pada diri.
ah, kan hati itu berbolak, balik. kalau tidak, bukan sempurnalah ketidaksempurnaan aku kan. -bisiknya lagi.
dan senyum.
seperti tadi.
masih manis.
ah, sudah.
cukup.
nanti semut menghurung la manis banyak-banyak nih.
dan berlalu.
*end prelude, end*
hehe
p/s: mencuri ruang ini menyusun sebaris dua. nak berebut pun tak bersedia, jadi biarlah ber'prelude' saja dari berpena-pena. kan?
*senyum*
AAARGHHHHHHHH.... unedited... sambungan kamu... pergh-pergh-pergh...
@Unedited
cukup di sini... aku akan sediakan slot untuk kamu. masih ada kekosongan...
lirik lagu bhasa ingeris boleh tak?
@49
boleh ja...... join tau...
cik Bidadari..
kalau begitu, kispen aku " pls dun leave me'-pink boleh masuk tema ni ekekeke...
Sudah hantar! Draf saya tuh agak serabut la Cik Bidadari. Boleh p kat link yang saya bagi untuk lebih kemas. Sorry terjiwang karat.. Hahaha
@49
ok dah usha link tu... heeeee nice... tq...
@Nong Andy
heeeeeeeeeee... pink? aik... aku tak perasan ada hantar ke?
meniti masa yang singkat
menitip pesan yang kabur
ternoktah simpulan terikat
impian di noktah terkubur
tak sempat;(
@BoOdArK_BaEk
heeeeeeeeeeeeeee...
@ada
jgn monyok ok... bulan MEI ada lagi... aku akan up entry secepat mungkin untuk beri semua org yang ingin mengambil bahagian bersedia... Bulan MEI adalah KISPEN TEMA: GAMBAR