ADQ
Aku melemparkan beg sandang yang berwarna hitam di atas katil sambil menghentak-hentakan kakiku. Sakit hati, geram, marah, semuanya menjadi satu saat ini dan hasilnya aku seperti hendak tumbuk muka orang lain sahaja. Ganas kan aku?. Mana ada aku ganas, aku adalah gadis yang penuh dengan kesopanan dan keayuan yang sukar di tandingi oleh gadis-gadis lain especially minah biskut itu. Hati aku kembali sakit apabila mengenangkan peristiwa berdarah yang hampir mencetuskan perang dunia ketiga. Tetapi oleh sebab aku yang ayu plus anggun ni yang sentiasa menahan kesabaran maka tidaklah tercetus perang dunia ketiga dikolej tadi. Peristiwa tadi mengamit ingatnnya. Kalau di ingat rasa seperti hendak cincang sahaja perempuan itu bagi makan kat buaya. Aish! Aku cakap saja bukan berani buat pun.
‘’Jaga mata you tu sikit, berjalan pandang depan bukan pandang belakang , see apa yang kau dah buat kat baju aku ni!’’ kata-kata gadis itu yang kasar dan penuh dengan kegedikan betul-betul membuatkan aku bengang. Aku sudahpun meminta maaf dengan dia walaupun bukan salah aku. Tetapi aku juga yang kena. Dah la habis air favaurite aku tumpah gara-gara dia yang langgar aku. Tiba-tiba aku hangin satu badan tetapi aku bersabar control ayu gitu.
‘’Ekh, lagi pun bukan salah saya. Cik yang langgar saya!’’ kata-kata yang aku lontarkan penuh kesopanan memandangkan aku pakai baju kurung hari ini. Kalau aku melenting tidak pasal-pasal saham aku jatuh mendadak disebabkan oleh hal yang kecil ini.
‘’Argh.. kau yang tu yang berdiri di tempat orang lalu lalang. Tak mengaku salah pula!’’ gadis di hadapannya berkata dengan nada yang agak tinggi menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi yang lain memandang mereka. Buat malu sahaja. Penyelesaian harus di selesaikan juga pada saat dan detik ini.
‘’Ok, maaf pun sudah saya minta. So kes antara kita settle,’’ aku berkata-kata lembut sambil mengatur langkah untuk balik ke rumah. Masih ada kesabaran untuk Cik Biskut di depan aku ini. Lagipun mesti mama aku dah menunggu!
‘’Wait a minute Miss baju kurung!’’ serentak dengan kata-kata itu, air di tangan aku di rampas oleh minah biskut ini dan dia basahkan baju aku!
‘’Bye.. bye.. baru adil okay!’’ ujar minah biskut itu sambil buat muka. Hati aku panas!
Aku sudah mengetap bibir menahan marah kerana, sebab yang pertama dia basahkan baju aku yang memang sah-sah baju kurung kesukaan dan kesayangan aku. Yang kedua, boleh pula dia ketawa sinis sambil buat gaya flying kis dan memuncungkan mulutnya yang sedia muncung itu.
Aku menutup mata ku sekejap. Setengah minit sahaja untuk menahan sabar dan pada setengah minit tu la aku istiharkan perempuan itu a.k.a minah biskut sebagai musuh aku! Titik!
‘’Sya, cepat bersiap. Kita dah lambat nak pergi beli barang ni!’’ ketukan pintu dan suara mamanya menyebabkan aku bergegas ke bilik air. Bimbang mamanya akan mula untuk memberikan ceramah free kejap lagi. Kalau tidak sebab minah biskut itu sudah pasti dia dan mamanya sudah berada di mall sekarang ini. Marahnya datang lagi tetapi lekas-lekas aku mengurut dada bagi meredakan amarah di hati.
*****
‘’Tiadakkkkk!’’ aku menjerit sambil merebahkan diri di atas katil dan menutup muka aku dengan bantal. Kesal! Itulah yang aku rasai saat ini. Kenapa la aku tidak minta nombor telefon dia ke? Twitter dia ke? Facebook dia ke?. Rugi sangat-sangat! Tapi takkan la aku hendak mengedikkan diri minta semua itu dengan dia pula. Aku rasa seperti hendak menagis saja. Apa tidaknya tadi semasa aku di Pavilon aku aku terjumpa Prince Charming aku tau! Mestilah aku kecewa sebab sebab mungkin ini kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya. Aku membuka bantal yang menutupi mukaku itu dan memori aku mengamit kembali saat aku berjumpa dengan Mr.Right aku.
Mata aku melilau-lilau mencari kelibat Mama yang hilang entah ke mana. Tadi katanya hendak hendak ke butik kawannya sahaja. Ini dah lebih sejam aku tunggu. Mesti kes berborak panjang la tu. Aku keluar dari kereta Vios warna hitam milik mamaku. Tidak betah aku menunggu dalam kereta.
‘’Nasib badan la, tadi tak nak ikut sekali!’’ aku mula mengeluh berat dan melangkah memasuki Pavilon Mall itu. Saja cuci mata sekejap sementara menunggu mama.
Aku menaip pesanan ringkas dekat mama untuk memberitahunya aku tidak menunggunya di kereta lagi. Sudah memasuki Pavilon dan hendak cuci mata. Tapi bukan itu lah yang aku hantar kepada mama aku. Aku hanya bagitahu aku ingin membeli barang keperluan aku. Sedang syok-syok aku menaip pesanan ringkas tiba-tiba aku merasa aku melanggar someone lah.
Aku terkelu dan tercegat macam patung sahaja. Kata maaf pun tidak aku keluarkan. Aku hanya melihat lelaki di hadapan aku ini sedang menunduk untuk mengambil kembali beg kertas yang jatuh. Banyak betul!
‘’Cik, yours,’’ ujar lelaki itu sambil menyerahkan telefon milik aku! Aku hanya tersengih-sengih sahaja. Malu wei! Lelaki di hadapan aku tersenyum dan berlalu pergi begitu sahaja. Aku pun tidak sempat untuk meminta maaf padanya. Hendak tahu kenapa aku terpaku? Sebab muka dia sebijik seperti Dennis Joseph O\'Neil! Handsome sangat-sangat.
Kesalku bertambah lagi. Kalaulah dia tidak berlalu pergi macam tu dan kami berkenalan. Tidaklah aku terkenang-kenangkan dia. Aku harap suatu hari nanti aku jumpa mamat tu lagi!
‘’Adoii!’’ aku mengurut pinggangku sambil mataku sudah mula ingin mengeluarkan mutiara yang paling berharga iaitu air mata! Sakit woo! Itu la pasal berangan sangat. Aku sudah tersengih-sengih sambil menahan malu. Nasib baik tidak ada orang lain di bilik aku. Kalau tidak pasti lagi teruk aku kena tahan malu. Apa tidaknya aku sambung balik drama yang berlaku tadi, aku bayangkan Mr.Right aku itu minta nombor telefon aku, tanya nama la. Tu la pasal aku hanyut dalam mimpi sampai terjatuh katil. Dasyat!
******
Kehidupan di Kolej Segi ini amat mencabar untuk aku sebab aku baru sebulan sahaja dekat sini tambahan pula musuh aku iaitu Minah Biskut itu merupakan senior aku. Hampeh betul la!
Aku mengenakan baju kurung merah jambu dan tudung hitam berbunga. Cun! Saja angkat bakul sendiri, biasalah aku suka perasan dan puji dia sendiri sebab kalau bukan aku siapa lagi? Minah Biskut tu? Jauh ayam dari BBQ la jawabnya. Lawa tak peribahaasa aku?Mestilah .Ahak! Siapa yang tidak kenal aku di sini, sebenarnya tidak ada yang kenal aku pun. Kawan pun aku belum dapat. Aishh! Aku ialah Alisya Natasha, salah seorang mahasiswi di Segi College Damansara yang kena paksa ambil course yang aku tidak minat iaitu Diploma in Business Administration! Atas arahan madam besar kat rumah iaitu mama aku! Puan Marissa. Apa yang istimewa pada aku iaitu aku tidak pernah ada couple dan aku tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapapun kecuali Mr.Right yang aku jumpa semalam dekat Pavilon! Dia telah mencuri hati aku. Jahatnya kamu! Lirik lagu Stacy mula terbayang-bayang di minda aku.
‘’Hey.. Kamu!’’ minat sengal a.k.a minah biskut yang aku masih tidak tahu apa namanya. Tiba-tiba sahaja menahan aku seperti di hadapan sambil mencekak pinggangnya itu. Suara dia gedik semacam saja. Rimas!
Aku hanya mengeluh sambil memeluk fail dan buku-buku aku. Aku hanya memandangnya sambil mengangkat kening sebelah kanan ala-ala Ziana Zain gitu! Aku memandang Minah Biskut di depan aku ni dari atas hingga bawah. Simpati aku mencurah untuknya. Kasihan dia!
Aku kasihan sebab dia tidak cukup kain la! Pakai baju ala-ala barat. Hello makcik, ini Malaysia dan awak tu beragama Islam.
‘’Semoga Allah bukakan pintu hatinya,’’ sempat lagi aku menitipkan doa buat gadis di hadapan ku ini yang aku gelar Minah Biskut. Baikkan aku?.
‘’Apa? Saya dah lewat ni,’’ ujar ku perlahan. Aku mula nervous ni, dah la hari tu aku sudah lewat sebab tak jumpa dewan kuliah. Hari ini pula sebab minah biskut ini pula. Aish! Dah lewat ni. Jika aku tidak bergerak sekarang confirm lewat 3 minit. Masa itu emas tahu!
‘’Ada aku kisah? Hello.. kau junior kena hormat senior ok!’’ sengal betul la minah biskut ni. Aku mengalihkan pandangan aku ke kira. Tidak betah melihat ‘pemandangan’ di hadapan ku ini. Bikin gua panas saja!
Aku mengosok-gosokkan mataku. Rasa seperti bermimpi la pula. My Mr.Right there! Dia ada di laman tempat beriadah. Im coming. Aku sudah mula mengatur langkahku terus lupa pada kelas Encik Mansur, tetiba tanganku di tarik oleh minat biskut ini. Sakit hati betul minah biskut ni dengan aku!
‘’Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?’’ nada suara minah biskut mula meninggi. Aku melirikkan mataku mata jam hitam di tanganku. Sudah pukul 10 la! Kelas Encik Mansur pukul 10 tepat. Aku pasti lambat. Aku terus menarik tanganku dan meninggalkan minat biskut yang pasti bengang tahap dewa-dewi dah dengan aku! My.Right kesayangan aku terus aku lupakan sebab aku lebih pentingkan ilmu. Ye la sangat tadi bukan main beria-ia nak pergi dekat Mr.Right tu. Kantoi!
Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke dewan kuliah ku. Aku takut la hendak masuk memandangkan dah dua kali dah aku lewat dengan alasan yang sama iaitu sesat! Sekarang pukul 10 15. Aku salah jalan tadi. Lupa jalan dewan kuliah ni. Patutnya ada juru pandu kat sini. Aishh!
Aku masuk juga dan seperti biasa muka garang Encik Mansur begitu menusuk kalbuku. Aku tenangkan diriku sebab aku memang penakut sikit dengan orang yang garang-garang ni.
‘’15 minit awak lewat, pergi mana? Sesat lagi ke?’’ soal Encik Mansur bertubi-tubi. Mukanya garang sangat macam L.I.O.N . Aku tersengih-sengih memandang Encik Mansur sebagai jawapan itulah yang menyebabkan aku lewat sampai ke kelasnya. Melalui isyarat matanya aku sudah tahu dia sudah mengizinkan aku untuk mengikuti kelasnya. Selamat!
Panjang lebar betul ‘’syarahan’’ Encik Mansur ini. Aku sudah naik bosan sebab memasuki kuliah yang aku tidak suka. Aku lebih berminat ke arah perubatan. Subjek biologi aku pun dapat A+ tau semasa SPM. Tapi hendak buat macam mana tiada rezeki pada bidang itu, mama aku tidak mengizinka aku untuk melanjutkan pelajaran pada bidang tersebut. Apa yang di bimbangkan, aku sendiri tidak tahu. Aku kena patuh pada kata-kata mama sebab akukan anak yang baik. Sekali lagi aku puji diri sendiri.
******
Aku bergegas menuju ke cafe kolej. Aku lapar la. Sangat-sangat. Hilang habis keayuan aku saat ini. Apa yang penting ialah perut aku sekarang ini. Bukan benda lain!
‘’Hye Maria,’’ ujar ku perlahan sambil melabuhkan punggung di sebelah Maria. Dia kawan baik aku sekarang ini. Aku kenal dia masa dalam dewan kuliah tadi. Cepat dan pantas bukan tindakan aku ini. Aku bangga!
‘’Hy Sya., ekh.. awak salin tak nota tadi? Saya nak pinjam’’ kata Maria sambil tersengih-sengih. Dia terpaksa pinjam nota hari ini sebab tadi dia pening dalam dewan kuliah tadi.
Aku hanya tersengih-sengih memandang Maria. Ini giliran aku pula membantunya, bukannya Maria sengaja untuk tidur di kelas tadi tetapi disebabkan pening habis masa 3 jam di dewan tadi dia tidur. Sakit wanita, jangan tanya lagi!
Aku bingung sekejap. Fail aku hilang la. Aku terus bangun dari tempat duduk dan mataku menunduk di bawah untuk mencari fail aku.
‘’Habislah kalau hilang, semua nota ada dalam fail tu!’’ kata ku perlahan sambil terus mencari. Gelisah!
Maria yang melihat keadaan aku itu turut bangun menuju ke arah ku.
‘’Kenapa?’’ dia tertanya-tanya. Pelik!
‘’Fail yang ada nota Encik Mansur hilang la,’’ kata ku sambil mengaru kepala. Pening. Tidak tahu bagaimana boleh tercicir pula fail itu.
‘’Fail ini ke yang awak cari?,’’ satu suara yang pernah aku dengar membuatkan aku berpaling. Terkejut gila!
Aku tergaman sekejap. Mestilah Mr.Right aku sedang berdiri depan aku sambil memengang fail aku yang comel tu!
‘’Cik?’’ ujarnya sambil membunyikan tangannya. Aku terbangun dari mimpi. Realiti bukan mimpi.
‘’Ye, fail saya!’’ ujarku sambil mengerling name tag dia. ‘Zairul Hisyam’. Wow! Aku tersengih-sengih dan aku perasan yang Maria telah kembali duduk di meja tadi sedang menghabiskan mee gorengnya. Makan sorang-sorang!
‘’Saya jumpa kat sana tadi,’’ ujarnya sambil menunjukkan ke arah tempat untuk membeli makanan. Aish! Kalut sangat tadi sampai tercicir pula. Aku mengambil fail yang diserahkan padaku!
‘’Oh.. awak yang saya jumpa kat Pavilon hari tu kan?’’ soalku. Saja hendak lama-lama menatap muka orang yang mencuri hatiku ini! Gedik juga aku ni kan? . Tak la mana ada.
Mamat depanku ni hanya sengih-sengih sahaja. Gaya macam pemalu saja. Tak boleh jadi ni!
‘’Ekh,, jom kita pergi kat depan sana. Lenguh la borak kat sini!’’ ujarnya sambil menuju ke arah tempat yang di tunjukkan iaitu di bawah sepohon pokok yang ada kerusi dan meja.
Aku pun apa lagi. Terus saja ambil buku dan say bye-bye kepada Maria dan mengikut langkah Mr. Right aku. Aishh! Tak malu betul.
******
Benci la kalau perasaan ini yang aku rasa! Aku rasa aku dah jatuh cinta pada Zairul tu. Tapi satu sahaja, mamat ni pemalu! Aku saja yang banyak cakap. Penat la! Dia ni kalau tidak angguk, dia geleng. Macam burung belatuk la pula. Apa-apa pun aku tidak kisah sebab cara dia yang skema tu aku suka. I like it! Aku sudah tersengih-sengih sendirian apabila teringat balik perbualan aku dengan mamat yang handsome tu. Cair aku tengok mata dia. Boleh terpukau tau kalau tidak berhati-hati. Tapi memang aku sudah terpukau pun. Aku sudah tergelak sendirian. Malu la pulak!
‘’Apa anak dara ini mama ni gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang ni?’’ kata-kata mama ku yang seperti memerli itu membuatkan aku tersipu malu. Mestilah, aku ingatkan mama kat dapur buat hidangan untuk makan petang nanti. Buat malu saja!
‘’Anak gadis kita yang sorang ni jatuh cinta la agaknya mama oii!’’ balas Papaku, Encik Muiz sambil mencubit pipi ku. Bila masa papa ada di sebelah aku ni. Aku sudah malu sambil menutup mukaku dengan bantal. Dan panas rasanya muka aku saat ni.
Mama dan papaku sudah tergelak melihat keletah aku.Aku kan penghibur mereka!
Aku malu la, terus aku berlari masuk ke bilik aku meninggalkan mama dan papa yang masih dalam gelaknya itu.
****
‘’Penyibuk betul la minah biskut tu.. aish!’’ aku sudah menghentak-hentakkan kakiku. Sakit hati woi! Apa tidaknya minah biskut itu sibuk sahaja santai kat sebelah buah hati aku.
‘’Sejak bila dia buah hati kau Alisya Natasha!’’ satu suara tiba-tiba membisik ke arahnya. Suara siapa lagi kalau bukan suara hatinya.
Lantaklah yang penting aku dah tangkap cintun sama itu mamat yang bernama Zairul Hisyam. Aish! Kacau la minah biskut ni. Tak nampak ke kat dahi Zairul aku dah copkan nama aku.
Aku meluru pergi ke tempat lain. Tidak tegar melihat Mr.Right aku duduk berdua dengan minah biskut itu. Sakit hati betul la!
Aku perasan yang Zairul melihat kelibat aku. dia berpaling pada ku tetapi aku buat derk saja. Ahh! Lantak laa. Aku mahu saja menangis. Oh tidakkk!!
Aku berjalan hingga sampai ke suatu tasik. Aku duduk di situ sambil membalingkan batu ke arah tasik. Menghilangkan sakit hati dan cemburu sebenarnya. Aku dah mula jatuh cinta pada Zairul Hisyam tetapi ada saja yang kacau daun! Tetapi dia lah prince charming aku. Semasa bercakap dengan aku pun suara dia perlahan saja. Lembut saja! Buat aku terpikat lagi pada dia.
‘’Arghhh!’’ aku menjerit perlahan sambil menyapu air mata yang mula menitis. Cehh! Dia berjaya bikin aku menangis. Sakit hati laa.
‘’Kenapa awak menangis ni?’’ kata-kata Zairul mengejutkan aku. aku terus menyapu air mataku sambil mengelengkan kepala. Masih tidak berpaling ke arah ke Zairul yang berada di sebelah ku. Dia turut membalingkan batu ke arah tasik itu. Bila la mamat ni ada kat sini.
‘’Sya, saya tak ada apa-apa la dengan Qistina tu!’’ ujarnya tenang sambil terus membalingkan batu ke arah tasik. Aku memandangnya sekilas, Zairu tersenyum. Tergoda aku! aku terus memusatkan pandanganku pada tasik kembali. Hati ku jadi tidak keruan apabila memandang senyuman mamt ni. Suka sangat pukau aku!
‘’Elehh,, saya tak kisah pun oke!’’ tegas kata-kataku cuba menafikan perasaan aku. Malu la, muka dah merah dah ni!
‘’Yeke? Atau saya tersilap! Ermm,’’ ujarnya sambil memandang aku, aku pun tengok dia juga tetapi dengan riak yang terkejut sebab melihat apa yang dia pegang.
Aku yakin dan pasti muka aku sekarang ni pasti merah sangat-sangat sebab panas sahaja muka aku ni walaupun cuaca mendung! Macam mana mamat ini boleh dapat surat sampul putih yang ada corak bunga yang aku lukis sendiri. Aish! Malu weei!
Zairul sudah tersengih-sengih melihat wajah Alisya yang merah itu. Cute!
‘’Sorry la awak.. kawan awak yang ada pakai cermin mata tu yang kasi pada saya!’’ tiba-tiba rasa bersalah menguasai dirinya kerana pasti gadis di hadapannya ini malu apabila mendapat tahu dia telah membaca surat ini. Jiwang juga gadis di hadapannya ini.
Maria! Siap kau. Rajin pula kau hendak jadi postgirl ekh.. tak apa. Aish! Rasa hendak sorok sahaja muka ini. Mahu terjun sahaja ke dalam tasik.
‘’Awak tak payah la marah kawan awak tu. Dia nak tolong kita je,’’ ujar Zairul sambil menarik nafasnya. Dia akui, dia agak pemalu sikit dengan perempuan. Tetapi, dia rasa dia juga sudah jatuh cinta pada gadis di hadapannya pada saat dia berjumpa gadis itu di shopping mall hari itu. Dia selalu juga memerhati gadis ini. Satu perangai yang agak ketara pada gadis yang mencuri hatinya ini iaitu suka berangan dan mudah menangis!
‘’Kita?’’ aku menyoalnya. Pelik dengan ayat dia tu.
‘’Ermm.. ekh.. macam mana nk cakap ye,’’ Zairul sudah mengaru kepala. Dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya pada gadis ini. Zairul hanya tersengih-sengih sahaja. Inilah kali pertama dia jatuh cinta susah sidikit untuk dia meluahkannya. Malu pun ada pada dirinya itu.
Aku melihat Zairul dengan riak yang serius. Saja nak panikkan mamat di hadapannya ini.
‘’Ok, ermm.. saya..’’ Zairul berhenti di situ. Dia tidak punya kekuatan lagi saat ini.
Aku yang melihat reaksi Zairul terus meluru meninggalkan mamat tu. Asih! Pemalu sangat mamat ni. Ermm.. so aku dengan tekadnya meninggalkan mamat ini supaya dia dapat kumpulkan sedikit kekuatan untuk meluahkan. Lagipun aku dengan dia baharu saja kenal. Tak perlu la cepat-cepat.
******
Deringan telefon mengejutkan aku. Aku tersenyum melihat gerangan yang memanggil melalu telefon. Hatinya hairan kerana Zairul menelefonnya lewat malam ni.
‘’Hye, sorry menganggu yea.. saya ada kat taman dekat rumah awak. Saya tunggu sampai awak datang yea!’’ sejurus kata-katanya itu telefon di matikan. Pelik menyelubungi diriku. Aku bingung sekejap!
Aku terus mengambil baju sejuk aku dan menyarungkan pada badanku dan menuju ke taman berdekatan dengan rumahku.
Kalaulah mama dan papa ku tahu tentang hal ini pasti aku akan di cincang habis-habisan apa tidaknya sekarang dah hendak pukul 12 tahu! Mana ada anak dara keluar waktu-waktu begini.
Aku keluar rumah dengan berhati-hati bimbang diketahui oelh orang tua ku. Yang Zairul ini pulak apa la mimpinya tunggu aku dekat dengan taman. Benak ku tertanya-tanya apa yang ingin di beritahu oleh lelaki itu sampaikan tidak boleh memberitahu melalui telefon. Aishh!!
Aku mempercepatkan langkahku, lebih kurang lima minit kemudian aku pun sampai la dekat taman kawasan rumah aku tu.. gelap sahaja hanya di temani cahaya lampu.
‘’Kenapa?’’ soalku hairan. Pelik sahaja dengan mamat ni. Mana hilang sifat pemalunya itu. Bingung deh!
‘’Tutup mata,’’ arah Zairul sambil menutup mataku dengan kain. Aku hanya mengikut sahaj tanpa bantahan. Kalau dia berani macam-macam dengan aku. siaplah, aku karate muka dia yang handsome tu biar hilang terus kekacakkannya!
‘’Lama lagi ke?’’ aku mula mengeluh apabila hampir 10 minit mataku ditutup. Rimas sih.
‘’Ok, done! Boleh muka mata tu,’’ ucapnya dalam termengah-mengah. Aku hairan mendengar suara Zairul yang termengah-mengah seperti abru selesai berlari jauh gayanya.
Aku membuka ikatan mataku yang di balut oleh Zairul. Terpampang sekejap aku melihat pemandangan di depan mataku ini. so sweet la!
Aku memandang Zairul sambil tersenyum manis ke arahnya. Makin sayang aku pada jejaka di depan ku ini. Saranghaeyo Zairul Hisyam a.k.a My Mr.Right.
Aku melangkah ke arah bentuk love yang di kelilingi oleh cahaya lilin itu. Di tengah love itu terdapat kuntuman bunga rose putih, sejambak rose merah dan satu teddy bear. Air mataku hampir menitis kerana aku ingat hanya dalam angan-angan sahaja mampu mengecapi ini semua. Aku bahagia sangat-sangat!
Aku mengambil sejambak bunga rose merah itu dan membaca kad yang terselit di bunga itu.
‘’To my queen.. juz three words i wanna to say to u.. I LOVE U!’’
Aku melangkah ke arah Zairul sambil tersenyum manis ke arahnya. Sesungguhnya aku juga telah jatuh cinta pada lelaki ini. Zairul turut membalas senyuman itu. Dalam hati aku berdoa agar hubungan aku dengan Zairul akan kekal selama-lamanya. Thanks Zairul for everything!
2 comments
ending dia romantik.. hehehe. Tapi aku tertanya3 apa kaitan minah biskut tu dgn Zairul? Mula-mula aku thought yg Zairul tu pakwe minah biskut tu ke, adik minah biskut tu ke... hehehe.
*ke aku ada tertinggal part tu?@_@
Comel cerita ni. Si hero yang pemalu :)
Benci dengan minah biskut tu. Jadi junior memang tak menyeronokkan!