Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, April 15, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 7

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


"Sebenarnya saya ada probs dengan bf saya" mesej dari gadis berjilbab.

"Hah bf??? Selama ni awk ada bf ke??" aku terperanjat giler b***.

"Ye la, awak tak tau ke??" balas dia.


Mesej yang baru diterima tu betul-betul meremukkan hati aku. Hancur luluh mengenangkan gadis yang selama ini ada di hati sudah mempunyai kekasih hati. Aku cuba kuatkan semangat untuk membalas mesej tersebut. Aku cuba.

"Yup, tak tau pulak, so kenapa dengan bf awak tu??" aku balas konon-konon aku tengah ok.
"Dia curang dengan saya, huhuhu" gadis berjilbab memberi penjelasan.

Selesai membaca mesej tersebut, aku mencampakkan handset aku. Tak la sekuat mana, nak mampos kalau campak kuat-kuat, memang jahanam la handset aku. Aku langsung tak berminat nak reply mesej tu.

"Lantak ko la, tu hal ko ngan bf ko, takde kaitan langsung dengan aku" jerit aku di dalam hati.

Hari tu terasa sangat kelam bagi aku. Kalau diikutkan hati, nak je aku pergi jauh, jauh dari sini, pergi ke satu tempat yang hanya ada aku dan satu kisah gembira,tanpa kisah kecewa. Namun, mampukah aku untuk melupakan kisah duka ini?? Aaarghh!!!

Malam ini terasa panjang bagi aku. Sejuk, menikam tubuhku. Aku sempat menjeling ke arah handset aku. Ada 7 missed call dari gadis berjilbab. Aku terus off kan handset yang da 3 tahun aku pakai tu. aku cuba menggembirakan hati aku dengan menonton sitkom “How I Met Your Mother” yang dah lama aku simpan dalam laptop aku ni.

Aku kagum dengan kehandalan Barney Stinson dalam mencari makwe. Walaupun hubungan yang dibina lebih kepada hubungan berasaskan nafsu, tapi dia tetap berjaya menakluk hati makwe yg diinginkan. Sebaliknya, aku melihat diri aku tak ubah macam Ted Mosby yang masih kucar kacir dalam mencari gadis idamannya.

Aku cuba melelapkan mata, tapi tak boleh. Aku melihat ke arah Kudi. Sedang bersiap-sedia untuk bergayut. Handset berbunyi, bukan handset aku tapi handset Kudi. Kudi memulakan perbualannya. Ttak sampai 5 minit, aku mula rasa mual, sumpah rasa nak muntah mendengar perbualan Kudi dengan skandalnya. Daripada mendengar perbualan tu, aku gagahkan jugak diri ini untuk tidur.

Sebelah paginya, terasa berat untuk pergi ke kelas. Takda mood, menyampah, sakit hati, semuanya silih berganti. Aku start enjin motor dengan muka masam mencuka. Sampai di kelas, sepasang mata memandang ke arah aku. Gadis berjilbab memandang aku dengan seribu tanda soal. Aku memalingkan muka. Aku duduk di satu sudut yang agak terpencil di dalam kelas tu. Aku buat-buat sedang membelek buku teks. Jelas perang dingin sudah bermula.

Seperti biasa, lecturer masuk, mengajar, bukak slide dan keluar tepat pada masanya. Aku keluar dari kelas dengan sepantas kilat. Turun tangga dan terus menuju ke motor. Chee Bong mengekori di belakang. Stamina selaku seorang atlet membolehkan Chee Bong mengejar aku dengan mudah.

"Bro, jom pegi makan dekat kedai biasa" soal Chee Bong.
"Beres bos" ringkas jawabku.

Sampai di kedai makan, aku terus order nasi ayam. Nasi ayam kedai ni memang superb. So, aku harap dengan makan nasi ayam ni sedikit sebanyak boleh memulihkan semangat aku. Sedang aku kusyuk melantak, tangan aku dicuit oleh Chee Bong.

"Bro, tu bukan ke makwe yang ko usha tu? tanya Chee Bong.
"Ha ah la, betul la" jawab aku.

Nikita Willy rupanya. Dia landing dekat meja sebelah. Ada 4 orang lagi makwe bersama dia. Aku menjeling ke arah  Nikita Willy. aku menghabiskan nasi ayam aku. Aku memandang ke arah Nikita Willy sambil meneguk air kordial yang diberi secara percuma di kedai itu. Jimat. Aku menunggu dengan sabar Nikita Willy  habiskan makanan dia. Aku tengok dia cuma makan separuh dari nasi yang diambil. On diet kot. Dia bangun untuk membasuh tangan. Sesudah selesai, aku bangun dan mula menghampiri dia.

"Hai awak" aku memberanikan diri menegur dia.
"Hai..."dia membalas dengan wajah sedikit hairan.



Hak Cipta pepol
-bersambung lagi minggu depan-


4 comments

April 15, 2012 at 9:57 PM

ok, getik lagi itik aku. suke betei sambung sambung. grr

April 15, 2012 at 10:55 PM

eee... aku rasa mcm benganglah... si pol ni nak budak jilbab tu ke nikita...? eeeeeeeeeeee... takda pendirian betul... aku bengang ni...!

Anonymous
April 19, 2012 at 4:33 AM

makcik aku ckp la kan, muka aku macam Nikita Willy.. *dengan yakin n buat muke double jerk.. heeeee

hahahaha... gurau2 saje.. jam 4.33 pagi, mate tak buleh tdo, singgah sebentar di blog ni.. =)

April 22, 2012 at 10:42 AM

pujuk laa minah berjilbab tuh wey !
yg anda emo gila pasepa ? haha
chill,,takkan lari gunung dikejar ;p
anda tak tlg basuhkan tgn si nikita willy ? hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...