Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, April 17, 2012

Takdir Penentu Segalanya

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh sampai ke sini? Mana ibu dan ayah? Mana semua orang?” Aira sedang berteka – teki dengan diri nya sendiri. Dia menjadi keliru dengan tempat yang dia sedang berdiri ini. Tempat tersebut sangat asing bagi diri nya. Setahu Aira dia tidak pernah datang ke situ dengan sesiapa. Hampir seluruh tempat dia jelajah tapi tak seorang manusia pun yang dia jumpa, yang ada hanyalah tumbuh – tumbuhan yang cantik yang tidak pernah dia jumpa. Dia rasa sangat bahagia dan aman yang tak akan pernah dia alami… adakah aku berada di SYURGA...

Di luar pengetahuan Aira, kedua orang tuanya sangat risaukan keadaan nya. Sudah berapa hari dia tidak sedarkan diri akibat daripada kemalangan yang di alaminya sewaktu hendak pulang dari tempat kerja. Nasib menyebelahi Aira kerana orang yang telah melanggarnya mahu bertanggungjawab untuk membiayai segala kos perubatannya.


SEBELUM KEJADIAN..
Aira sedang menunggu bas seorang diri di bus stop. Dia ternampak seekor kucing ingin melintas jalan. Tanpa memikirkan keselamatan diri, Aira terus menyelamatkan kucing itu. Tiba-tiba dia terdengar decitan brek kenderaan. Pemandu kereta tersebut tidak dapat mengelak lalu melanggar Aira. Kucing didalam pangkuan nya terpelanting di tepi jalan. Aira terbaring tidak sedarkan diri. Badannya penuh dengan darah pekat berwarna merah. Tidak sampai beberapa minit tempat tersebut telah dipenuhi dengan orang ramai. Pemandu yang membawa proton waja itu keluar dari perut kereta untuk melihat keadaan mangsa yang telah dilanggarnya tadi. “Ya allah..” hanya itu yang mampu dia katakan sekarang. Tanpa melengahkan masa dia terus mengangkat mangsa ke dalam perut kereta dengan bantuan orang ramai. Dia harus membawa wanita tersebut ke hospital dengan segera.

Di hospital, Akmal resah gelisah tidak menentu memikirkan keadaan wanita yang dia langgar tadi. Dia perasan sesuatu tentang wanita itu. Wajah wanita itu menyerupai seseorang yang amat dia rindui selama ini. Adakah dia orang yang sama? Atau hanya khayalan sahaja. Sedang ralit Akmal termenung tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seorang pakcik berkemaja dan di sebelahnya seorang wanita yang anggun berbaju kurung berwarna ungu. Akmal bangun dan menyalami pakcik tersebut.

“Maaf kalau saya bertanya, pakcik ni siapa? Pakcik cari bilik ke?” Akmal bertanya kepada pakcik tersebut. “Ehem,nama pakcik Rahim ayah kepada Aira. Perempuan yang sedang di rawat di dalam bilik kecemasan ni. Dan yang ni pula maknya makcik Syarifah.” Makcik Syarifah hanya memandang wajah Akmal. Hatinya tidak tenang selagi tidak mengetahui keadaan puteri tunggal nya itu.

Keadaan kembali menjadi bisu. Masing-masing resah menunggu di hadapan bilik kecemasan itu. Lampu kecemasan tidak lagi menyala menandakan pembedahan telah selesai. Hampir 1 jam mereka menunggu. Akhirnya muncul seorang doktor muda menghampiri mereka. Doktor itu menghadiahkan sekuntum senyuman buat mereka semua. Dia menepuk bahu Akmal dan mengangguk. 

“Erm, saya Haris doktor yang merawat Aira. Boleh saya tahu siapa ibu bapa nya?”
“Kami doktor.” Jawab En Rahim dan Pn Syarifah serentak.
“Anak encik dan puan stabil. Dia akan ditempatkan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya.”
“Alhamdulillah..” hanya itu yang mampu diucapkan mereka.

************************* 

Akmal telah membuat report polis tentang kejadian tempoh hari. Setiap petang setelah kerjanya selesai dia akan datang ke hospital untuk melawat keadaan Aira. Dia telah menjelaskan segala-galanya kepada ibu bapa Aira. Bil hospital pun telah dia lunaskan. 

Akmal membuka dompetnya, dia membelek sekeping gambar yang telah lama. Dia perhatikan wanita yang berada di dalam foto itu. Muka mereka serupa. Adakah ini bunga sakura nya. Dia menjadi keliru. Bunga sakura adalah panggilan untuk wanita yang dia suka secara senyap ketika berada di bangku sekolah dahulu. Cintanya tidak kesampaian kerana bunga sakuranya telah pindah ke tempat lain kerana mengikut ayahnya berpindah. Selama itulah dia memendam rasa. Dia dapat rasakan bahawa satu hari nanti dia akan bertemu dengan bunga sakuranya. 

************************* 

“Ayie..ayie..ayie..jangan tingalkan Aira kat sini. Aira takut..Ayie!!” laung Aira bagaikan orang di rasuk.

Ibu dan ayahnya terus meluru ke biliknya untuk melihat keadaan dirinya. Semenjak Aira sedarkan diri beberapa bulan yang lalu, nama itu kerap meniti di bibir munggilnya. Ibu dan ayahnya menjadi keliru dengan sikap anak bongsunya itu. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Orang yang telah menolong anaknya itu pun telah menghilangkan diri setelah Aira sedar.

Petang itu sewaktu Aira berjalan-jalan di shopping kompleks dengan ibunya dia bagaikan terlihat kelibat seseorang yang selalu muncul di dalam mimpi nya. 

“Ibu, tunggu sekejap ea. Adik rasa adik mcm nampak kawan adik la tadi.” Aira terus berlari meninggalkan ibunya yang sedang terpinga-pinga.

Aira berpusing-pusing mencari orang tersebut tetapi hampa dia tidak dapat mengejarnya….
Akmal semput berlari. Dia perlu melarikan diri dari seseorang. Nasib baik aku selamat lari. Fuhh…
Tanpa sedar Akmal telah melanggar seseorang.

“Adoii..ya allah sakitnya..aku langgar dinding ke?” sambil menggosok-gosok bahu kanannya.
“Maaf cik saya tak sengaja.” Kalut Akmal meminta maaf.
“Erm,takpe-takpe..bukan sengaja kan..” Aira tergamam melihat lelaki dihadapannya. Lelaki ini seperti didalam mimpinya. Dia seakan bermimpi. Adakah ini realiti atau fantasi.

Akmal pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Kakinya seperti di paku. Adakah ini takdir atau jodoh mereka. 

“Aira..kat sini kamu rupanya..penat ibu mencari kamu..eh..kamu budak yang langgar anak makcik kan?”
“Hah..” Akmal kebingungan. Dia memandang lama makcik tersebut dan akhirnya barulah dia menganggukkan kepalanya.

“Kemana kamu menghilang? Dah lama pakcik cari kamu. Dia ingin membalas budi baik kamu kerana telah selamatkan puteri kesayangan kami.”

“Saya sibuk makcik. Saya minta maaf banyak-banyak kerana menyusahkan pakcik dan makcik.” Penuh sopan Akmal menuturkan kata.

Aira hanya menjadi pemerhati antara ibunya dan juga pemuda yang telah melaggarnya tadi. Dia tidak memahami langsung butir bicara yang ibunya perkatakan dengan pemuda itu.

“Kalau senang datanglah rumah makcik. Pakcik teringin sangat nak jumpa dengan kamu.”
“Insyallah makcik.” Peluang telah terbuka untuk dia mengenali bunga sakuranya!

*************************

Aira dan Akmal sudah selamat diijabkabulkan petang tadi di masjid yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan. Akhirnya penantian Akmal telah tamat. Bunga sakura telah menjadi miliknya seorang. Akmal seperti bermimpi dia tidak menyangka pertemuan diantara dia dengan ayah Aira membuahkan hasil yang lumayan. Ayah Aira merestui perhubungan mereka berdua. 

Persoalan Aira selama ini telah terjawab. Lelaki yang selalu muncul didalam mimpinya rupa-rupanya lelaki yang telah melanggar dan menyelamatkannya dahulu. Tetapi Aira hairan dan pelik kerana nama yang selalu disebut dalam mimpi tidak sama dengan nama suaminya sekarang. Malam ini dia akan bertanyakan soalan itu.

“Abang..boleh Aira tanya sesuatu.”
“Erm,tanyalah..”sambil merangkul erat pinggang isterinya.
“Abang ada nama samaran tak dulu?”
“Kenapa sayang tanya?”
“Saja nak tahu”

Akmal senyap seketika. Dia seperti mengingati sesuatu. “Abang pernah ada nama samaran dulu sewaktu sekolah. Tapi sekarang abang dah tak guna nama tu lagi. Kenapa sayang?”

“0wh..nama samaran abang ‘Ayie’ ea?”
“Mana sayang tahu?”

Aira hanya tersenyum melihat suaminya. Segala persoalan yang berada di fikirannya telah terjawab. Dia rasa bersyukur sangat dengan takdir yang Tuhan telah aturkan buatnya. Takdir penentu segalanya. 

Rangkulannya diperkemaskan dan dieratkan. Dia akan menjaga anugerah yang dikurniakan Tuhan ini sebaik mungkin dan tidak akan dipersiakan.

.TAMAT.
Hak Cipta senyumselalu

5 comments

April 18, 2012 at 7:42 AM

aku tahu ini bukan cerita sedih,tapi entah kenapa aku rasa sebak membacanya dari mula hingga akhir.....

April 18, 2012 at 1:47 PM

jalan cerita yg kreatif secara keseluruhannya.... ada flashback dalam semasa....

cumanya aku keliru satu aja... kalau sahaja aira itu bunga sakuranya kenapa dia larikan diri?

ps: aku suka genre sebegini... haish.. cuma endingnya akmal agak keliru dan masih lagi keliru...

Anonymous
April 25, 2012 at 4:05 PM

pembunuh tanpa bayang :

itu hanya perasaan je kot..yg pasti cite nie xlah sedih sngt..so..jgn sedih2 k..hee :)

bidadari syurga:

akak..time kasih sbb suka cerpen nie..hee
akmal bkn lari cume die kne g outstation mase tuh..hehehe
yg mase jmpe kt shoping complex tuh die bknnye lari dari aira dari lari dari org lain.. ;)

thanks sbb sudi bace cerpen nie..=)

~senyumselalu~

April 26, 2012 at 12:15 AM

@Anonymous
oooooooooooooooo. baru akak faham skang... best-best... macam baca HEREAFTER plak... ada fantasi sikit...

Anonymous
May 10, 2012 at 12:49 PM

thanks akak...hee

~senyumselalu~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...