Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, April 9, 2012

Dan Langit Tetap Mendengar

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


"Kau boleh berambus...kami tak perlukan orang macam kau dalam rumah ni..." "

Ya, tapi sekurang kurangnya berilah aku bertemu dengan anak aku...sudah 11 tahun aku tidak bertemu dengan dia...aku masih ingat dia masih berumur 10 tahun ketika itu..." 

"Aku dah cakap kau dah mati...sekarang kau boleh berambus...aku tak mahu tengok muka kau lagi...nanti suami aku balik apa pulak katanya..."

Malek terus mengorak langkah...ternyata di hati Shahirah tidak ada perasaan belas terhadap dirinya lagi. Selepas sahaja Malek selesai menjalani hukuman penjara selama 11 tahun. Malek tak sangka nasibnya begitu setelah lama terhukum di penjara namun bila sudah bebas dia terhukum lagi dengan keadaan. Kesalahannya membantu menyeludup barang dari sempadan dan bila di siasat terbukti dia teraniaya. Namun oleh kerana hukuman tetap hukuman dia terpaksa menjalani hukuman selama 11 tahun di penjara negara jiran.

Malek terpaksa akur dengan hati manusia sedangkan mereka menerima malam berganti siang... tahun berganti tahun namun sama sekali mereka tak akan melupakan seseorang yang telah di tentukan menjalani kehidupan yang perit sepertinya. Apa lagi hendak di kesalkan Malek.

Menjadi penghantar suratkhabar itulah yang mampu dilakukannya untuk menyambung hidupnya di kota. Malek selalu juga masuk ke pejabat, masuk ke bangunan bangunan bank untuk tujuan kerjanya.

Seorang kerani bank yang selalu berjumpa dan berurusan dengan Malek namanya Zati. Zati tahu Malek bekas banduan namun dia tidak memandang rendah pada Malek.Zati melayannya seperti melayan orang lain.

"Pakcik tahu...kalau ayah saya masih hidup tentu dia sama umur dengan pakcik..."

"Owh iya...bagaimana dia mati..."
"Kata mak saya dia kemalangan dan hilang semasa lemas di laut."
"Zati tak cari dia?"
"Tak ada pakcik...ahhh...pakcik sudah minum pagi saya ada masak sikit pagi tadi...ambillah nasi goreng bujang aje..."

Memang tak siapa tahu malah antara Malek dan Zati juga tidak mengetahui mereka ada pertalian darah. Sesungguhnya tuhan mengaturkan segalanya dalam rahsia. Yang tak terungkaikan.

Satu pagi dalam pukul 7 Malek seperti selalu meletakkan suratkhabar di premis bank tersebut. Namun di lihatnya pintu belakang terbuka dan dalam samar samar tersebut dia melihat pengawal bertugas telah terikat di kerusi. Menyedari yang sesuatu sedang berlaku lantas Malek cepat menghubungi pihak polis. Malek ingin sahaja beredar namun bila ternampak Zati sedang berbicara dengan mereka yang memangnya Malek kenal iaitu 3 orang yang bersenjatakan pisau dan sepucuk pistol. Malek terpaksa berurusan dengan mereka bertiga. Malek pernah berurusan dengan mereka sebelum ini dan Malek tidak dapat melupakan bahasa Melayu yang bertelor kan bahasa Siam itu.

"Lepaskan dia..."Malek menjerit
"Hah?Ada hero pulak?"
"Aku kenal kamu semua...baik kamu lepaskan dia..."
"Kamu kenal kami?Nampaknya kami terpaksa menembak kamu..."
"Pakcik Malekkkk..." Zati hampir menangis kerana diperlakukan sebegitu.

Lantas seorang dari mereka memeluk dan merangkul Zati dan mengacukan pisau pada Malek.

"Apa kamu nak buat?"
"Lepaskan gadis itu...dia tak bersalah...Zati beri duit kat mereka ni, nyawa Zati lebih penting"

Zati menyerahkan semua duit yang ada di kaunter juga yang ada di dalam peti simpanan. nampaknya urusan mereka berjaya pada hari tersebut.

"Orang tua kenapa kau bersusah payah demi gadis yang kau tak kenal ni?"
"Kerana dia anak aku...aku sanggup mati kerana dia..."
"Pakcik Malek?"
"Ya Zati akulah ayahmu yang kau tak pernah jumpa 11 tahun dulu...akhirnya ibumu mengatakan yang Zati bekerja di sini..."


"Ya...dan kami terpaksa menembak kamu..."
"DHARRRR!!!!"DHARRRR!!!" Bunyi tembakan jarak dekat dari pistol salah seorang dari mereka dan berikut itu juga bunyi tembakan bersilencer dari arah luar yang mungkin dari penembak tepat . Malek terkorban dan salah seorang dari perompak itu juga turut terkorban oleh sasaran tembakan polis.

Ternyata langit mendengar segala doa doa Malek sebelum ini ingin menemui anaknya.

15 comments

April 9, 2012 at 12:05 PM

hurm.. sedih.. =(

April 9, 2012 at 4:27 PM

sedih memang la sedih...tapi..

"adoi la hai. mana abg bro yg dulu ni. cerita ni so simple la abg bro" hati mot bijak menusun kata

"ok la ni. tak la pala otak ko jenuh nak pk" otak mot balas ganas

"tapi macam mudah sangat. kita pon boleh tulis" hati mot balas

"ko diam leh tak. biarla. dah macam tu cerita dia apa nak buat" otak mot balas lagik

"debussshhh. desuuupp. gedebakkk" hati mot menghunuskan penumbuk sulung ke otak mot.

Anonymous
April 9, 2012 at 5:51 PM

pergi selepas semua tertunai , itu lebih dari cukup kan ?

=)


-HEROICzero

April 9, 2012 at 8:07 PM

sedap-sedap baca tetiba ending begini...sangat mengesankan...abg bro boleh kasi mengancam lagi...tak de sekuel kah, macam zati nak balas dendam ke...

April 9, 2012 at 8:24 PM

ala.. kenapa mati? aku baru nak rasa terharu anak jumpa bapa..

April 9, 2012 at 10:28 PM

reen apple - huhu abang bro pun sedih juga...

April 9, 2012 at 10:29 PM

Mot - Oh tq Mot follow citer abang bro yang heavy sebelum ni...haha..nanti Mot abang bro buat heavy lagi kalau berkesempatan. TQ sokongan Mot abang bro hargainya...

April 9, 2012 at 10:31 PM

papaHero - Iya setelah hampir kehilangan semuanya dia hanya mahu yang satu ini sahaja...kasih sayang anaknya...

April 9, 2012 at 10:31 PM

LW - nak kasi mengancam boleh hahaha...tapi yang bab Revenge tu abang bro serahkan kat LW ...hahaha...

April 9, 2012 at 10:32 PM

Nopng Andy - apa nak buat dalam hati abang bro ada taman...

April 10, 2012 at 11:51 PM

ah pengorbanan seorang ayah. i wonder if my dad would do the same for me.




eh comel amamot punya komen haha

April 11, 2012 at 9:03 AM

the pinpin - pengorbanan tu tak boleh di buat buat...akan tiba masanya jika datang rasa suci murni itu tak kira dalam keadaan apa jua pun...tq baca

April 13, 2012 at 4:03 PM

abg bro... tak tahu nak kata apa... tetapi pemergian seseorang adalah permulaan yang masih kekal hidup dan teruskan pengembaraan adalah jalan terbaik.

aku dpt rasakan ia seperti cerita simbolik. ada yang tak kena dengan perasaan penulis itu sendiri...

ps: hahahahaha mungkin aku byk terlampau baca novel gamaknya ni... ayakkkkkkkkkkkkk aku suka. yeahhhhhhhhh. minggu dpan cerita klasik cinta abg bro.... aum...

April 13, 2012 at 10:50 PM

tq boss atas komen...tq sebab dah rajin turun padang hahaha...

April 14, 2012 at 1:49 AM

@EL MARIACHI
hahahaha... sory-sory... aku sibuk 1-2 minggu ni... skang dah ok sikit...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...