Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, April 23, 2012

Because I'm Dumb

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

“Tolonglah Syah. Aku merayu.” Adli melutut di hadapan Danisyah. Dia tidak lagi menghiraukan orang yang lalu lalang di situ. Yang dia mahu, Nur Danisyah Azman menerima dirinya. Keluarganya menerima Danisyah seadanya, begitu juga dengan keluarga Danisyah namun, bukan Danisyah sendiri. Buat pertama kali seumur hidupnya, dia mengalirkan air mata di hadapan seorang perempuan yang bukan ahli keluarganya. Dia tunduk. Hatinya sudah beberapa kali dihimpit perasaan kecewa disebabkan oleh Danisyah. Dia tahu sebab mengapa Danisyah tidak dapat menerima dirinya. Sebab, Danisyah merasakan dirinya tidak layak dengan Adli.

Danisyah memandang Adli yang sedang melutut di hadapannya. Dia terkesima dengan tindakan drastik Adli. Tujuan dia datang berjumpa dengan Adli, hanyalah mahu Adli membatalkan hasratnya untuk menyunting dirinya. Namun, Adli tidak mahu. Adli dengan keputusannya.

“Aku tak layak dengan kau. Sikit pun aku tak layak. Begitu juga dengan mana-mana lelaki. Tolonglah batalkan hasrat kau tu. Aku tak mungkin akan tunaikan hasrat kau,” Danisyah bersuara dengan nada sebak. Dia tahu, tujuan Adli berbuat begitu hanyalah disebabkan rasa simpati bukan disebabkan dia betul-betul punya perasaan padanya. Danisyah memejamkan matanya. Dia perit dengan perasaan cinta. Dia sudah menyerah kalah dengan perasaan cinta itu. 

“Tapi aku ikhlas,” Adli mendongakkan kepalanya. Dia lihat air mata Danisyah sudah jatuh di pipi. Pertama kali dia melihat air mata dari perempuan itu. perempuan yang bertahun-tahun menahan dirinya dari mengalirkan air mata. 

“Tapi ikhlas kau kerana kau simpati dengan aku. Bukan kerana kau betul-betul ikhlas untuk suka pada aku.” Air mata Danisyah jatuh lagi. Dia menghembuskan nafasnya. Sepanjang hidupnya, dia hanya hidup dengan simpati orang. Simpati keluarga yang membesarkannya. Yaa… dia bersyukur. Dipelihara oleh keluarga ibu saudaranya yang melayannya seperti anak sendiri. Membesar bersama-sama sepupunya lebih baik dari berhadapan adik-beradik tirinya. Dan dia takkan pernah lupa jasa-jasa itu.

Adli memandang Danisyah. Dia tahu Danisyah akan berfikiran sebegitu. Yang dia ingin menyuntingnya disebabkan rasa simpati. Simpati dengan nasibnya. Simpati dengan latar belakangnya. Dia berdiri kembali. Memandang Danisyah yang matanya sudah kemerahan. Mahu saja dia mengesat air mata gadis itu, tapi dia batalkan niatnya itu. Dia tahu gadis di hadapannya punya satu perasaan yang dipendamnya bertahun-tahun dahulu. Perasaan sedih yang mana hanya dirinya saja yang tahu.

Adli fahami apa yang dilalui oleh Danisyah. Dibenci oleh adik beradik tirinya hanya disebabkan kesilapan arwah ayahnya yang berkahwin dengan arwah ibunya suatu ketika dahulu. Danisyah anak tunggal. Dia tidak punya sesiapa untuk bergantung sepenuhnya. Dia mungkin punya ibu saudara yang mengambil berat tentangnya, yang membesarkan dia dengan kasih sayang, tapi Adli tahu, di sudut hati Danisyah, masih ada rasa segan dan malu. Masih ada rasa untuk disayangi oleh ibu kandung. Ketika ibunya menceritakan latar belakang Danisyah kepadanya, hatinya berasa simpati. Fahamlah Adli, mengapa Danisyah tidak pernah suka untuk bercakap tentang keluarganya.

“Tak. Aku betul-betul suka kau. Dari pertama kali aku nampak kau. Bukan disebabkan rasa simpati. Bukan disebabkan cadangan Umi aku yang mahu jadikan kau menantunya. Aku betul-betul ikhlas,” Adli bersuara. 

Danisyah memejamkan matanya. Adli mengetahui latar belakangnya. Entah bagaimana, Adli yang dikenalinya ketika di zaman U merupakan anak kepada kawan ibu saudaranya. Ah… kecilnya dunia ni.

“Tapi aku tak layak dengan kau. Kau pandai. Kau ada rupa. Tapi aku tak. Keputusan peperiksaan aku tidak secemerlang kau. Aku selalu gagal dalam 2 atau 3 subjek setiap kali peperiksaan. Dan lagipun, aku kena extend. Aku kerja pun tak sama dengan kelayakan akademik aku,” Danisyah berkata. 

Adli tersenyum tawar. Dia tahu, Danisyah tidak dapat menghabiskan pengajiannya dalam masa yang ditetapkan. Tapi dia tak kisah. Bukan itu yang menjadi perbezaan. Dia tidak kisah. Dia tahu Danisyah seorang yang pandai walaupun keputusan akademiknya tidak menunjukkan sebegitu. Kepandaian seseorang tidak terletak pada keputusan akademiknya, itu yang selalu diucapkan oleh ibunya.

“Kau tahu, Umi aku kata, kepandaian seseorang bukan terletak pada keputusan akademiknya. Aku tak kisah semua tu. Asalkan kau cantik pada pandangan aku, itu sudah cukup. Aku tak minta lebih. Just untuk kau terima diri aku. Sampai bila kau mahu jadi macam ini? Hanya disebabkan kisah silam kau, kau hukum diri kau? Takkah kau rasa hati kau sunyi?” Adli memandang Danisyah yang masih dengan air mata di pipinya.

Danisyah memandang Adli di hadapannya. Adli faham perasaannya. “Aku dah tak sanggup hidup sebegini. Hidup dengan ihsan dan simpati orang lain. Aku bukannya tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku dah tak sanggup nak teruskan hidup sebegini. Aku nak juga ada rasa kasih sayang seorang ibu kandung. Mungkin mak cik aku jaga aku seperti anak sendiri, tapi aku malu. Malu menumpang hidup dengan orang. Malu berkongsi kasih sayang dengan ibu orang. Sepanjang hidup aku, aku ingatkan tentang siapa diri aku. Perit bila kau tahu siapa diri kau yang sebenarnya. Aku tak ada apa-apa. Ilmu yang aku ada tak seberapa. Aku hanya ada diri aku di dunia ni,” Danisyah meluahkan isi hati yang ditanggung bertahun-tahun lamanya. Air mata Adli jatuh. Hatinya sebak.

“Jadi, biarlah aku jaga kau. Untuk selama-lamanya. Aku akan ada disamping kau. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Biarlah aku jadi tempat kau bergantung untuk sekarang dan selamanya,” Adli memandang Danisyah.

Danisyah memandang Adli. Rasa terharu dengan kata-kata yang diluahkan oleh Adli. Dia tersenyum tawar. “Kau tak akan faham. Walau macam mana sekalipun, aku tak akan terima kau. Maaf. Aku tidak layak dengan kau. Aku tak nak menyusahkan kau sepanjang hidup kau.” 

Adli memandang Danisyah di hadapannya. Ah… Danisyah masih ego seperti dahulu. Akhirnya dia tahu sebab mengapa Danisyah menjadi sebegitu. Dia memandang mata Danisyah yang sudah kemerahan sebab menangis. “Kau asyik cakap sebegitu. Macam mana kau tahu yang kau tak layak dengan aku? Kalau betullah kau tak layak dengan aku, kenapa keluarga kita bersetuju kau dan aku? Mengapa keluarga aku boleh terima kau seadanya?”

“Sebab rasa simpati,” balas Danisyah pendek. 

“Tak. Bagi aku tak,” Adli berkata. Dia takkan mengalah. Danisyah tersenyum sinis. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya supaya Adli tidak meneruskan pertunangan yang akan berlangsung bulan hadapan. Dia sudah terang-terangan menolak pinangan keluarga Adli, tapi keluarga ibu saudaranya masih tekad. Katanya, Adli terbaik untuk dirinya.

“Kau boleh cakap apa-apa je. Tapi aku tetap takkan terima kau,” Danisyah berkata dengan tegas. Adli tersenyum.

“Dan aku tunggu. Walaupun itu mungkin akan berlaku selepas kita kahwin,” balas Adli. Danisyah memandang Adli dengan rasa terkejut. Tidak menyangka Adli akan berkata sebegitu.

“Whatever. Aku takkan ubah keputusan aku,” Danisyah berkata sambil mengelap air matanya.
“Dan aku juga,” ucap Adli ringkas sambil tersenyum.

Danisyah mendengus sebelum beredar dengan rasa marah, kecewa. Adli hanya memandang kelibat Danisyah yang berjalan meninggalkannya di situ. Walau macam mana sekalipun, dia tetap akan meneruskan majlis pertunangan yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Hak Cipta reenapple

9 comments

April 23, 2012 at 9:14 PM

danisyah....

tetibe terharu dengan watak danisyah..

anyway! nice cerpen reenapple..^_^

April 23, 2012 at 11:28 PM

ni nak tanya ni... danisyah yg nak bertunang ke tuan penulis ni? heeeeeeeeeeee... tak kusyuk tahu sebab terasa mcm tuan punya cerita aja....

ps: best jalan citer... kekerasan perempuan selalunya seperti medan magnet...

April 23, 2012 at 11:36 PM

@Layyinul Harir.. heeeee... terima kasih.. =)

April 23, 2012 at 11:38 PM

@Bidadari Syurga erkk... yang nak bertunang sah-sah Danisyah.. bukan tuan penulis.. kekekeke. =D

*lupa bilamasa hantar ini punya kispen.. hahaha. =D

Anonymous
April 23, 2012 at 11:52 PM

haha , aku suka ini . ah simpati dan ikhlas , ada garis halus yang sukar kamu mampu beza .


-HEROICzero

April 24, 2012 at 12:31 AM

@reenapple
heeeeeeeeeeeeee...

April 24, 2012 at 3:41 AM

nice one..
jika itu sudah termaktub dalam hati tetap akan diteruskan jua..

April 24, 2012 at 11:05 PM

:) cik bidadari.. aku pun ada rasa yang sama. seolah-olah aku baca cerita si penulisnya :p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...