Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, April 11, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 6

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


Pagi itu terasa cukup indah, melihat Nikita Willy sudah berada di dalam friend list. Aku masuk ke dalam bilik air dengan senyuman panjang hingga ke telinga. Hampir 10 minit aku hanya tersenyum sendirian.



"Woi mangkuk, cepat la, buat apa lama-lama dalam bilik air!!!" jerit Kudi kepada aku.

"Sabar ar, nak cepat pergi la mandi kat surau!!" balas aku selamba.


20 minit kemudian...
Aku keluar dari bilik air. Aku pantas menyambar jersi france yang tergantung, dan bersiap untuk pergi ke kelas. Jam baru menunjukkan pukul 8, entah mengapa terasa hendak pergi awal ke kelas. Aku menunggang motosikal Kriss ku dengan senyuman yang lebar. Dengan kelajuan 50km/j, aku cukup santai pada pagi itu, ketika fikiran ku merewang kepada Nikita Willy, aku hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta Viva putih kerana menghalang laluannya. Aku sempat menjeling ke arah pemandunya.

"Cantik, tapi tak secantik Nikita Willy" bisik aku di dalam hati.

Aku meneruskan perjalanan aku ke kelas, setibanya di lif, kelihatan sungguh ramai manusia sedang berasak-asak, dan majoritinya adalah dari kaum hawa. ada yang bershawl,ada yang berpashmina,ada yang berlycra dan ada yang bertudung bawal, dan yang akhir itulah menjadi pilihan aku. setibanya di kelas, tidak terlihat kelibat gadis berjilbab.

"Ke mana pulak si gadis berjilbab ni, selalunya die datang awal, emm" dengus aku di dalam hati.

Hampir 5 minit menunggu, barulah gadis berjilbab tiba di kelas, aku perasan akan wajahnya yang sedikit sugul, ada masalah barangkali. kelas "Leadership" pada pagi itu seperti biasa, hanya ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Fikiran aku jauh memikirkan bagaimana untuk memulakan langkah pertama terhadap Nikita Willy. Jam menunjukkan pukul 9.30, kelas dibenarkan untuk berehat selama 10 minit. Aku bingkas bangun menuju ke tandas. Selesai membasuh muka, aku meluru keluar dan terkejut dengan apa yang aku nampak. Terlihat kelibat gadis berjilbab sedang berbincang sesuatu yang serius dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali di hadapan kelas.

Langkahku terhenti, aku hanya memerhati dari jauh drama melayu yang sedang berlaku di hadapan aku. Aku sempat memanggil Chee Bong untuk sama-sama mengendap. Seribu persoalan bermain di fikiranku.

"Sape lelaki tu? tak ensem pastu pakai jersi chelsea lak, ape yang dia buat kat gadis berjilbab aku tu?"

Aku tertanya-tanya. Apa yang terjadi sebenarnya di antara mereka. Aku masuk semula ke dalam kelas. kelihatan gadis berjilbab sedang mengesat air mata yang sedang bercucuran. Ika cuba mententeramkan keadaan, tapi gagal, memperlihatkan sesuatu yang serius sedang berlaku. Aku duduk di tempat duduk ku dengan hati yang gundah. Risau memikirkan keadaan gadis berjilbab, bukan kerana dia cantik tapi sekadar mengambil berat.

"Bro, napa dengan gadis berjilbab ko tu?" Tanya Chee Bong kepada aku.
"Entah, nak kata period pain, takkan ada laki lak tadi kan" jawab aku.

Kelas habis awal pada hari itu, ada emergency kata lecturer, cehh alasan. semua budak-budak kelas dengan lajunya menuju ke arah lif. Ketika semua sedang menunggu lif, terlihat gadis berjilbab perlahan-lahan menyusun langkah. Sedih melihat wajah yang putih mulus itu dipenuhi seribu kesedihan, aku memberanikan diri menghampiri beliau. Baru saja aku ingin membuka mulut, pintu lif terbuka dan dengan tidak semena mena beliau masuk ke dalam lif lantas meninggalkan aku terpinga pinga di luar.

"Dem, tak sempat nak tanya, asal la lembap sangat aku nih??" jerit aku di dalam hati.

Aku menunggu lif yang seterusnya. Aku pulang ke rumah dengan segala macam persoalan bermain, apa yang sebenarnya terjadi, mengapa gadis berjilbab bersedih, sapakah lelaki tak ensem dengan jersi chelsea tu?? semua persoalan itu hilang sebaik saje aku membuka pintu rumah. Terlihat kudi sedang bersila sambil menyuap tempe yang tidak dipotong ke dalam mulut.

"Baru balik bang? aku dah masak nasi, lauk ko masak sendiri" arah Kudi.
"Takpe ar, aku takde selera nak makan hari ni" jawab aku.

Aku merebahkan badan di atas tilam ku. Baru je hendak membuka laptop, anset berbunyi dan terpampang jelas di skrin ada mesej dari gadis berjilbab.

"Awk bz??" ringkas dari gadis berjilbab.
"Tak la, kenapa si gadis manis bermuram durja hari ni? ada yang boleh saya bantu?" balas aku.
"Awk nak tau tak, saya sebenarnya kan..........." gadis berjilbab membalas.
"Sebenarnya apa awak?" aku membalas kembali.


-bersambung minggu depan-

3 comments

April 11, 2012 at 9:06 PM

ok, itik tu paling getik. haha

April 11, 2012 at 9:31 PM

heeeeeeee... aku curious nak tahu apa jadi... hahahahahaha....

April 12, 2012 at 12:36 AM

menguji kesabaran betul! lagi-lagi tengok si itik berjoget tuuuuu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...