Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, April 14, 2012

Sepatu Kaca Cinderella

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

Dulu-dulu
Kita selak satu per satu halaman hikayat cerita dongeng kita
Dulu-dulu
Kau aku bercerita sama, gembira
Dulu-dulu
Kau kata kita akan ke bab terakhir - happily ever after
Tapi itu dulu-dulu
Waktu kita, akal masih terikat dengan kisah cinta bunga-bunga
Dongengan yang dibuai
Malam panjang dari sedar masuk ke fasa tidur beta dan gamma
Kini,
Kini aku sendiri tak pasti sama ada kita akan ke bab terakhir itu.
Maka aku tanggalkan sepatu kaca cinderella
Aku petik kelopak akhir tanda nyawa beast
Aku rabak tikar terbang Aladdin dan Jasmine
Aku telankan epal beracun snow white
Biar yang ini sampai sini saja
Kerana bila aku sedar dan keluar dari gelombang gamma tidur nyenyak
Yang ada bukan apa yang kau kata kegembiraan bersama sehingga ke tua
Tapi yang ada cuma rasa patah
Rasa punah
Sayang, mari tutup cerita cinta dongeng kita ini. 



Hak Cipta: run aziluz

6 comments

April 14, 2012 at 10:03 PM

Awesome!

April 14, 2012 at 10:37 PM

Sebelum tidur melena
Aku pun menutup mata
dari cerita dongeng purbakala
Lupakan Cinderella
Lupakan Snowwhite
Kerana
Aku lebih suka
Cerita Siti Khadijah r.a
kesah Aisyah dan perjuangan
Fatimah Az Zahra
Agar aku bersama dlm mimpi wangi
Membuai lena...

April 15, 2012 at 1:35 AM

Ah.. marvelous .. aku suka ini.. hehehe.

*gamma tu?? AKu teringatkan cerita gummy bear. hehehe.

April 15, 2012 at 1:42 AM

Dulu lain..
sekarang lain..

April 15, 2012 at 9:08 AM

idea ini lain daripada yang lain...nice!

April 17, 2012 at 4:19 PM

Hidup kita bukan seperti kisah dongeng. Bukan semua ada 'happily-ever-after' kan? :')

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...