Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, April 16, 2012

Penghijrahan Alam Mimpi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Waktu sudah terasa macam berputar putar sukar bezanya bila malam jadi siang, siang jadi malam. Sudah agak lama di rasakan begitu puncanya terjadi demikian bila dia bermalam di sebuah rumah bukan Islam. Lantaran rasa kekecewaan yang amat sangat dia berpeleseran namun dia masih dalam keadaan sedar. Dia hanya mengikut rentak namun tidak menari sama. Air yang hitam seperti air kopi itu ditunggang botolnya hingga punggung nya ke atas. Selepas itu berderai ketawa jantan betina dalam harum bau kencing syaitan. Mungkin dia sudah jatuh dari berdiri namanya pun seperti ingin di tukar kepada nama lain semua orang mengenalinya Jack Danial.

Malam itu dia mimpi di dalam rumah yang tak berkiblat. Usah ditanya di mana di mana kasut berlainan jenis ada di depan pintu tanpa di ketahui pemiliknya. Lantas dalam tidur dia bermimpi... Semua orang dalam rumah itu mati terkujur semuanya tak bernyawa... Sedangkan dia bangkit... Dan dia memulakan langkah... Rumah itu seperti kawasan lereng bukit semua di lihat seperti kawasan ladang teh Cameron Highland.

Rona rona hijau sana sini ada seseorang menunggu di atas dengan cahaya sungguh silau cahaya itu. Namun dapat di dengarnya orang itu memberi salam orang itu berpakaian hijau segala galanya hijau dia menyambut salam.

Orang itu bersuara lagi

"Kau dapat menjawab salamku tandanya kau masih dalam peliharaanNya ...DIA masih sayangkan kamu wahai hamba Allah... Selepas ini... Kamu akan dapat tebus kembali kesilapanmu wahai hamba Allah."

Dia sedar yang dia jumpa bukan sebarang orang lantas dia bersujud syukur... Cuma satu terkeluar dari mulutnya

"Maafkan aku ya syeikh..."

Orang itu menjawap.

"Mohonlah pada tuhanmu Allah SWT...Sesungguhnya dia maha pengasih dan penyayang..."

Dan selepas itu dia menebus kembali kesilapannya dia sakit dan menghuni hospital selama 7 hari.

4 comments

April 16, 2012 at 11:19 AM

Petunjuk ALLAH sentiasa. Mana pun letaknya sedar atau tidak adalah hikmah terbaik untuk kita. Semoga sentiasa dalam kesedaran untuk terus menyedari hikmah dan mengamalkan :)

April 16, 2012 at 3:46 PM

huh...! sudah lama hati seakan mendap untuk mendengar rintihan di sana. atau sahaja aku mudahkan, telinga seperti dikambus sebagai penebat yang paling hebat datangnya dari syaitan yg turut benci deria ke enam terbuka...

ps: thumbs up... allahu... allahu...

April 17, 2012 at 7:58 AM

hmm ini adalah versi yang sangat berbeza dari mata pena abg bro..saya perlu penghayatan untuk memahami...

April 17, 2012 at 6:13 PM

tq semua yang sudi baca dan komen...saja try genre bos BS ni...cool...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...