Hari ni malang betul. Pagi-pagi dah kena aniaya. Entah apa salah aku tidur. Bukan mengganggu orang. Dah kena halau dengan orang-orang berseragam pula. Kenapa tak dihalau je pelaku maksiat yang selalu datang berendek dekat sini. Pening kepala aku.
Ha! Tengok tu. Dah kenapa pulak bergaduh kat situ. Orang tu nak berkhemah pun mereka nak kacau. Mana pergi adab tu nak runtuh-runtuhkan khemah orang. Biar la dia berkhemah panas-panas ni. Aiyook ~ kan dah kena marah dengan mamat gemok tu. Hambek kau ! Kena hentam sama syarahan perlembagaan. Tengok lama-lama jadi tak best la pula. Orang gemok ni pun macam tak sopan. Orang lain nak bercakap juga. Main tembak tak bagi peluang.
Bosan lah benda macam ni. Akhirnya masing-masing saling menyalahkan. Tapi dua-dua tunjuk keldai sebenarnya. Cakap pasal perlembagaan konon. Tapi 'Budi Bahasa Budaya Kita' tu mana pergi pula. Memang lah berjuang untuk benda betul tapi orang tu bekerja. Tak boleh nak faham ke. Tapi si tua ni pun boleh tahan power. Cakap lain buat lain. Mana tak mendidih darah-darah panas generasi baru ni. Baik aku buat kerja aku sekarang.
"Woi ! Kau apahal kat sini? Orang tengah demonstrasi boleh pulak kau menyelit. Blah ! Blah !"
"Rilek la Bon. Ni kan 'Occupy Dataran' . Orang gila pon rakyat "
Apa salah aku. Aku duduk tepi longkang kutip tin pun kena halau ke. Kenapa la aku sorang je yang normal dalam dunia ni .
* Tiada isu politik yang dibangkitan.Cerita ini bersifat neutral ok? Cuma ingin sekali melihat dunia dari sudut pandangan 'orang gila'. Ini cuma perumpamaan.
11 comments
Bila akhir zaman,
Ibu jadi Babu
Yg engkar dimuliakan
Yg jujur di hina dina
Yg mahu AlQuran itu sesat
Yg nafsu nafsi itu lah kebaikan
Akhir zaman hanya buih buih iman
Melihat diri tiada apa yg dapat dibanggakan...
meraba dalam kesamaran
Mencari chahaya Tuhan
kejap, ni tulisan siapa? heroiczero?
aku baca dalam senyuman. :)
ya kan...betapa freedomnya pemikiran orang begitu...
yes.. aku setuju dengan pandangan itu.. =)
ntah tulisan siapa....tapi abang bro suka ini...two thumbs up...
saya pun ske...kdg2 orang yg mcm ni yg dpt menilai semua sbb dorang tak bersifat pilih kasih..nice one!
Mamawana : setuju dengan itu
hanaahmad : itu tulisan saya. Ada masalah teknikal sikit
Lady :pemikiran mereka lebih luas dari kita sebenarnya.
Reen : trimas :)
abang bro : saya punya. tapi tak keluar pulak nama kat post. haha. trimas :)
codename :terimas :)
Sparrow....mmg menunggu apa pulak ari ni. Hahaha....jd org gila pulak. Saiko terus-terusan....
LAZIO
Lazio : Haha. Sentiasa saja demi pembaca XD
"Kenapa la aku sorang je yang normal dalam dunia ni."
Suka gila ayat ni! hahaha
ahahahha... aku suka ayat last... macam the pin pin gak... ayat tu agak hebat diakhir perenggan....
kita rasa kita cukup hebat dengan akal dan raksa...
kadangkala kita terlupa sebenarnya... dunia ni DIA punya... ada bahagian.. ada tapak... ada lorong... cer kau lalu lorong sendiri dengan bagus... tak payah nak kacau lorong orang...
eahhhh... kerja kan? hurmmm payah nak cakap...