Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, April 26, 2012

Kucintai Kekuranganmu

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Katalah apa saja
Aku terima
Makilah apa saja
Aku redha

Arman tidak sama sekali akan meninggalkan Irdina. Itu janji dia. Sekalipun Irdina membencinya. Sekalipun Irdina memakinya. Arman nekad. Irdina adalah tanggungjawabnya. Irdina adalah kehidupannya. “Boleh tak jangan layan saya macam budak kecik?!” bentak Irdina. Arman kaget. Tidak menyangka Irdina akan memberikan reaksi sebegitu. Irdina terkial-kial menuruni anak tangga. Tongkat itu menjadi temannya sejak empat bulan yang lalu. Dan sejak itu dunia Irdina berubah. Kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tak mungkin Irdina lupa. Kerana kemalangan itu, tulang kaki Irdina retak. Kerana kemalangan itu kerjayanya musnah. Irdina menyalahkan Arman atas apa yang berlaku. Bagi Irdina kalau tidak kerana kecuaian Arman semasa memandu mungkin takkan berlaku semua itu.

Irdina duduk di meja makan. Arman menuangkan air ke dalam cawan, dihulurkan kepada Irdina. Irdina menepis. Air dalam cawan yang dipegang oleh Arman sedikit tumpah. Arman lap meja yang terkena air. Di tuangnya semula air ke dalam cawan Irdina dan diletakkannya dihadapan Irdina. Irdina hanya membatu. “Sayang, abang dah masak semua. Nanti lunch hour abang balik lagi ok. Sayang jaga diri. “ Arman mengucup dahi Irdina mesra. Diusapnya kepala Irdina dengan penuh kasih sayang. Seperti kebiasaannya Irdina tidak memberi sebarang reaksi. Hanya membatu dan membisu.

Sepeninggalan Arman ke tempat kerja, Irdina masuk ke bilik bacaan mereka. Dibukanya satu laci tidak berkunci kerana di situ dia menyimpan segala pemberian Arman. Irdina meneliti sekeping kertas biru yang sudah sedikit usang. Satu lembaran kata dari Arman seminggu sebelum mereka diijabkabulkan.

Ku sunting dirimu
Penyeri hidupku
Suri hatiku
Belahan jiwaku

Kuhanya dambakan
Apa yang ada padamu
Hanya kamu

Siapapun dirimu
Apapun kelemahanmu
Meski besar kesalahanmu

Kasihku tak usah kau ragu
sayangku dan cintaku hanya padamu
kucintai jua kekuranganmu...

Irdinia tidak dapat menahan sebak. Air jernih mengalir jua dari tubir matanya. “Selama empat bulan Dina abaikan abang. Selama empat bulan Dina dingin dengan abang. Selama itu juga Dina memarahi dan memberontak dengan abang dalam diam. Maafkan Dina abang. Dina berdosa pada abang”. Irdina merintih dalam hati. Kesedihannya tak dapat dibendung. Telefon bimbit di atas meja dicapainya. Mendail nombor Arman. Tapi malangnya tidak dapat dihubungi. Irdina sedikit cuak. Dia menghubungi pejabat Arman dan kata mereka Arman sudah lama keluar.

Irdina duduk di bilik bacaan mereka. Sejak peristiwa itu hanya di bilik bacaan itu tempat dia menghiburkan hati. Seperti biasanya Arman akan membeli buku untuk Irdina. Tak pernah sekalipun Irdina berterima kasih. Dan Arman tidak pernah ambil hati. Layanan Arman pada Irdina tetap tidak berubah.

ehem..ehem..”
Irdina menoleh. Arman berada dibelakangnya! Satu senyuman dihadiahkan kepada Arman. Irdina mencapai tongkat disisinya. Cuba untuk berdiri. Dibantu oleh Arman. Tapi ditepis oleh Irdina. “Dina nak bangun sendiri”. Lembut suara Irdina. Arman sedikit terkejut dengan perubahan Irdina. “Sayang nak ke mana ni?” tanya Arman kehairanan. “Abang tunggu ya”. Arman hanya mengangguk. Sedikit gusar dengan perubahan mendadak isterinya Irdina. Arman membelek buku yang ditinggalkan Irdina di atas meja.

Abang, nak minta tolong boleh tak?'
Apa dia sayang?”
Tolong ambilkan air yang Dina bancuh kat dapur eh. Dina tak dapat nak bawa dengan tongkat ni.”
Laaa!..sayang..tak perlu buat. Biar abang buat semua tu.”
Tak boleh macam tu. Dina dah lama abaikan abang.'
Sayang duduk dulu ya”

Arman meluru ke dapur untuk mengambil air yang dibancuh oleh isterinya. Terukir senyuman di wajah Arman. Milo panas kesukaannya. Arman meletakkan air yang dibawa ke atas meja. Irdina merenung Arman. “Kenapa pandang abang macam tu?” tanya Arman lembut. Irdina senyum. Arman duduk disebelah Irdina. Irdina mengubah posisinya. Irdina duduk di lantai. Dicapainya kaki Arman. “eh! Sayang, tak perlu buat”. Irdina tersentak. Namun diteruskan niatnya untuk menanggalkan stoking Arman. “Abang, empat bulan Dina tinggalkan rutin ini. Dina banyak buat salah pada abang. Dina berdosa. Maafkan Dina.” Airmata Irdina mengalir jua. Arman meraup wajahnya Irdina. Diusapnya lembut pipi Irdina. “Sayang, sayang, dengar sini. Abang tak pernah berkecil hati. Abang tak pernah anggap sayang bersalah. Abang tahu kelalaian abang buat sayang menderita macam ni. Maafkan abang eh?” Arman memeluk tubuh isterinya erat. Lama benar rasanya mereka tak melalui momen seperti ini. “Kenapa abang tak pernah marah Dina?” suara Dina. “Sebab sepanjang sayang sihat dulu sayang tak pernah mengabaikan abang. Tak pernah sekalipun. Dan kerana itu, bila sayang ditimpa musibah ini abang tak nak abaikan sayang. Sampai bila-bila. Abang cintai segala kekurangan sayang.Ermm..tahu tak, abang sangat rindukan rutin yang selalu sayang buat pada abang. Macam tadi tu." Irdina hanya tersenyum. Irdina kini hanyut dalam dakapan suami yang setia dan menerima kekurangannya.

6 comments

April 26, 2012 at 9:44 AM

aku tak tahu nak cakap apa... lelaki dgn cara mereka.... dan perempuan kebiasaannya selalu bising kali ni terdiam...

ps: dari awal sampai akhir aku suka watak dan jalan ceritanya.. puisi arman? ok aku jatuh cinta...

April 26, 2012 at 10:17 AM

Kak, jujur tema kali ini mencabar.

April 26, 2012 at 11:43 AM

wowow Arman...macam citer Asmara dalam slot TV le...

April 26, 2012 at 5:35 PM

aku tak tahu nak kata apa.. teheeee...

tapi Irdina bertuah punya suami seperti Arman.. =)

Anonymous
April 26, 2012 at 6:33 PM

ah ini menarik ni . kadang sebab amarah kita tutup semua kebaikan yang seharus nya kita nampak jelas .

=)


-HEROICzero

April 27, 2012 at 9:40 PM

Okey KA sentiase sweet

#mngaku kalah awl2 ngn crte ni. Best

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...