Pak Lang
notakaki : kenapa? tak lojik?
habis tu makan muntah jin tu logik
sangat lah? pleasssse lah...kahkah
Alkisah, pada suatu pagi yang
cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus
hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan
bubu. Badang ini kalau tuan-tuan nak tahu, dia adalah seorang lelaki yang baik
hati, sopan-santun serta menghormati orang tua. Kerjanya menangkap ikan lalu
dijual ke pasar. Akan tetapi si Badang ini tidaklah dia pandai melawan kata
walaupun di maki-hamun oleh orang lain.
Maka sesampai dia di tebing sungai
itu, teruslah dia mengangkat bubu yang ditahannya semalaman. Akan tetapi
malanglah nasibnya kerana bubu itu kosong tanpa ikan. Begitu juga dengan dua
lagi bubu yang lain, sama kosong. Badang pun melangkah pergi dengan perasaan
kecewa lalu ditahannya bubu itu di kawasan lain pula. Dalam hatinya penuh
berharap agar hari esok adalah ikan yang boleh dibawa naik.
Sepeti biasa, pada pagi yang
cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus
hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan
bubu. Dengan harapan yang menggunung, maka diangkat bubu yang pertama…kosong. Badang masih belum
putus harap lalu diangkatnya pula bubu yang ke-dua…juga kosong. Kemudian dia
mengangkat pula bubu yang ke-tiga…KOSONG! Ya, kosong tanpa seekor ikan pun.
Tapi nanti dahulu tuan-tuan, kerana sesungguhnya ada sesuatu di dalam bubu
Badang yang ke-tiga itu. Setelah dibelek dan diamati betul-betul maka tahulah
Badang akan benda itu adalah segulung kertas. Badang ambil kertas itu lalu
dibawanya pulang.
Setelah disiasat dan bertanya
pada Orang Kaya Deraman yang pandai membaca maka Badang pun dapat tahu apakah
sebenarnya kertas tersebut. Dan janganlah ada di antara tuan-tuan sekalian yang
menyangka kertas itu adalah ayat keramat, serapah ajaib mahupan mantera penguat
badan. Adapun kertas tersebut tidak lain
tidak bukan adalah sijil PW4 iaitu sijil yang membolehkan seseorang itu
melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik tiga fasa. Gembiralah Badang kerana
dia merasakan sijil tersebuat amatlah berguna dan boleh membantunya mencari
rezeki.
Berbekalkan modal yang dipinjam
dari Orang Kaya Deraman, Badang pun mula melakukan kerja-kerja pendawaian
elektrik. Makin hari makin maju dan kini Badang sudah pun memiliki sebuah
syarikat pendawaian elektrik yang agak besar yang diberi nama Badang Electrical
Sdn.Bhd dan mempunya satu lagi cawangan lain bernama Bubu Elektrik Sdn.Bhd.
Sekarang jangan tanyalah, macam-macam sijil Badang ada. Sijil Chargeman A4,
Sijil Politeknik, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Dengar khabar, Badang sedang
buat PJJ untuk mendapatkan diploma dalam bidang elektronik pula. Untunglah
Badang, tahan bubu dapat sijil PW4 lantas mengubah hidupnya kini.
Apa? Jin? Muntah jin? Cilaka
apanya. Jangan harap lah. Yang dari tadi duk tunggu pasal muntah jin tu kenapa?
Sah-sah jin tu bukannya baik sangat maka jangan lah tuan-tuan bersekongkol
dengan mereka apatah lagi memakan muntah yang najis itu. Banyak lagi benda lain
boleh dimakan. Tuan-tuan ingat Dr. Rozmy tu makan muntah jin kah sampai boleh Berjaya
dan jadi kaya macam sekarang? Tidak. Tapi sejak dia jadi kaya, entah jin apa
yang merasuk sampai semua tempat nak tampal gambar muka dia. Please la, orang
bukan dengki cuma kadang-kadang tu kesian lah pada orang awam yang tengah makan
nasi di kedai-kedai makan tepi jalan tu. Tak pasal-pasal muntah bila van Skynet
lalu dan ada juga muka dia di situ. Benda kalau hari-hari mengadap memang
bosanlah. Ok, tamat.
8 comments
kah kah kah..
yang ni kita logik ke macam mana?
terbaek ni pak lang....
nak tahan bubu jugakla kot2 dapat segulung master.. penat bt pjj.. makan masa.. tahan bubu kejap jer
dah cukup lojik ni! kahkah
hahaha.. muntah jin? ahahahahaha.. terkena pembaca!
nice!!
hehehe...tiada yg karut melainkan yg karut2 belaka
Pak Lang... ada perubahan? hahahaha... agr tidak kontroversi... harap boleh terima...
errr...perubahan seperti apa?