Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Cinta Raudhah. Show all posts
Showing posts with label Cinta Raudhah. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Cinta Raudhah #Episod Akhir

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Fatiah Yadz
Cinta Raudhah [  1  |  2  |  Akhir ]



Debar dihati Saffiyah kian memuncak. Suara anak kecil berlari-lari diluar rumah sesekali mencuit pandangannya. ingin sekali dia menjengah ke luar, tetapi ditegah. Saffiyah tidak senang duduk. Sekejap dia bersimpuh, sekejap dia berdiri. Melihat dirinya di dalam cermin. Tersenyum sendiri. Wajahnya naik seri pengantin. solekan yang dirasakan sempurna , oleh adiknya sendiri. Adiknya Ainur memang pakar dalam andaman dan telah membuka butik andaman sendiri. Saffiyah memerhati baju pengantin yang tersarung ditubuhnya. Warna putih berbutir manik dan sulaman biru laut menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu. Tudung awning putih berlabuci dan manik warna sedondon begitu elok tampak diwajahnya. Saffiyah menarik nafas sedalam-dalamnya cuba menghilangkan gemuruh dan getar dihatinya. Kurang dari dua jam lagi dia akan diijabkabulkan. Resahnya hati memikirkan bagaimana tampak bakal suaminya. Kuruskah? tinggikah? Semakin difikir, semakin dia tidak keruan.

"Subhanallah! cuba duduk diam je cek kak oiii. Diri sana, diri sini, duduk!" arah Ainur yang muncul membawa segelas air. Saffiyah hanya tersengih. Dicapai air dan dihirup perlahan. Lega rasa tekaknya yang kering. Ainur mengelap dan menempek kan kembali betak pada wajah kakaknya yang sedikit bercapuk akibat berpeluh. Setelah puas hati, dia mengemas barang-barang makeup yang bersepah. Barang kepreluan sahaja diasingkan bagi memudahkan dia mencapainya. Sesudah itu, dia mengambil tempat disebelah Saffiyah.

"Nerves ek? hahahahahahaaha" Tawa nya terburai mengenangkan sikap Saffiyah yang bagai kucing hilang anak. Maklumlah, gemuruh pengantin. Tambahan pertama kali ingin melihat wajah suami, siapa yang tak gentar. Sedang mereka berbual-bual, umi masuk menyertai mereka.

"Cantik anak umi. Macam umi muda-muda dulu" ucap umi membuatkan mereka bertiga ketawa. Senang hati Saffiyah melihat umi gembira. Dia yakin, umi bahagia dengan pilihan yang dibuat. Saffiyah memegang tangan umi. Dikucup lembut sebelum umi berlalu meninggalkan mereka. Ainur juga meminta diri untuk keluar melayan kawan-kawannya. Tinggal Saffiyah sendiri melayan hati gemuruh. Lambatnya masa berlalu.

"Rombongan lelaki dah tiba" Ustazah Aliyah yang muncul tiba -tiba mengejutkan Saffiyah. Dia mengurut dada perlahan. Dia memarahi Ustazah Aliyah yang tidak mengetuk pintu dan memberi salam. Ustazah Aliyah hanya mengekek dan meminta maaf. Lama mereka menunggu, akhirnya terdengar juga lafaz dari pengantin lelaki. Saffiyah mengucap syukur dalam hati. Dengan sekali lafaz, dia kini sah menjadi isteri dan makmum kepada imamnya. Saffiyah menarik nafas panjang. Debar menunggu pengantin lelaki masuk ke kamar menyarung cincin. Dia berselawat dalam hati mengurangkan gemuruh. Kawan-kawan dari Jordan dan sanak saudara sudah berkumpul dalam kamar, ingin sama-sama menyaksikan detik bahagia itu. Flash kamera di sana sini menambah getar di hati Saffiyah.

"Beri laluan, beri laluan, pengantin lelaki nak masuk. beri laluan ya," ujar satu suara. Saffiyah yakin itu suara makngah nya, selalu pengurus majlis atau weeding planner nya. Dari hari pertama persiapan perkahwinan, mak ngah lah yang paling bising dan bersemangat. Pengantin lelaki masuk dan mengucapkan salam. Semua yang ada disitu menjawab salam termasuk Saffiyah. Saffiyah menundukkan wajah. Dia menjadi segan tiba-tiba. Saat tangan kasar suaminya menyentuh tangannya, dia menjadi tenang dengan tiba-tiba. Hilang segala rasa gemuruh. Namun dia masih takut untuk mengangkat wajah. Tangan suaminya dicapai dan dikucup penuh syahdu. Sebak rasa hatinya mengucup tangan pasangan hidupnya. Dia sudah menjadi milik orang, ujar hati kecilnya. Perlahan Saffiyah mengangkat wajah tatkala suaminya ingin mengucup dahinya pula. Tatkala memandang wajah suaminya, Saffiyah terpaku. Matanya tidak lepas memandang. Subhanallah! Suaminya juga begitu. Memandangnya dengan mata yang tidak berkelip. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Pengantin, kalau nak main mata tunggu malam ye. Cepatlah cium dahi tu, lama pegang camera ni" sapa satu suara mengembalikan mereka ke alam nyata. Saffiyah jadi malu sendiri. Naik kemerahan pipinya ditegur begitu. Gamat kamar pengantin disambut hilai tawa yang menyaksikan adengan tadi. Sesi mengucup dahi yang tergendala tadi diteruskan dan sesi bergambar bersama pengantin dan keluarga menyusul.

****************************

"Assalamualaikum" Saffiyah menjawab perlahan salam dan tersenyum malu. Dia masih malu untuk berduaan dengan suaminya di dalam bilik. Sejadah dibentang. Kain pelekat suaminya dan baju melayu diletakkan di atas katil. Dia kemudiannya menyiapkan diri memakai telekung dan menunggu suaminya bersiap. Masuk dua hari perkahwinan mereka. Sebolehnya mereka berjemaah setiap waktu. Saffiyah tenang setiap kali berjemaah dan berdoa panjang bersama suami. Waktu maghrib dia akan mengaji, dan dibimbing suami. Dia bahagia. Pilihannya adalah tepat. Tidak difikirkan rupa tubuh, yang penting agamanya.

Usai solat berjemaah , suaminya menarik Saffiyah ke jendela. Mereka menikmati angin malam. Saffiyah selesa begitu. Tubuhnya dirangkul kemas suaminya. Saffiyah akui suaminya seorang yang romantik dan penyayang. Walau baru dua hari melayari bahtera rumah tangga, Saffiyah sudah merasai kemanisan bagaikan sudah bertahun berkahwin. Baru kini dia merasai sebagaimana bahgianya umi dan abi. Saffiyah tersenyum sendiri mengimbau peristiwa sewaktu pernikahan mereka kelmarin.

"Kenapa sayang abang ni senyum sorang-sorang. Tak nak kongsi cerita dengan abang?"
"Sayang teringat masa nikah hari tu . Sayang betul-betuk terkejut. Tak sangka selama ni sayang bertunang dengan abang"
"Habis sayang ingat abang tahu ke sayang ni isteri abang?"

Berkerut dahinya mendengar kenyataan itu. Dia dan suaminya sama-sam tidak tahu mereka telah dijodohkan. pelik. Saffiyah berpusing menghadap suaminya, dia ingin meminta kepastian. Suaminya mengangguk tanda dia tidak berbohong.

"Abang tahu tak, dari awal kita jumpa, sayang dah terpaut pada abang. Peribadi abang, perwatakan abang, senyum abang, semua buat hati sayang ni jatuh cinta pada abang. Tapi masa tu, sayang pedam, dan sayang cuba lupakan. Ustazah Aliyah kata hati abang dah dimiliki."

Ilyas Hadif ketawa kuat mendengar cerita Saffiyah. Dia tidak boleh berhenti ketawa. Faham benarlah dia apa yang berlaku sekarang. Semua ini dirancang kedua-dua pihak keluarga. Ilyas mengusap rambut isterinya. Pipi isterinya dikucup penuh kasih.Benarlah cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Mereka sama-sama saling mencintai.

"Sayang kalau nak tahu, Ustazah Aliyah tu sepupu abang, dan juga teman sepengajian kita,"
"HAH?? kenapa...? tapi...." Ilyas menahan isterinya dari terus berkata-kata.
"Bagi abang cerita dulu." Dia memimpin isterinya masuk ke dalam dan mereka duduk di katil Lebih selesa begitu.

"Betul. Liya sepupu abang. Kami rapat dari kecil lagi. Belajar sama-sama. Sampai lah sekarang. Ke Jordan pun bersama. Abang terima usul ibu abang untuk bernikah pun atas nasihat dan pilihan Liya. Liya kata dia dah pilih calon terbaik buat abang dan abang akan bahagia. Tapi sebelum tu," Ilyas menghentikan kata-katanya. Dia sekali lagi ketawa. Benar-benar tidak menyangka apa yang telah dilakukan sepupunya seorang itu. Saffiyah memukul geram bahu suaminya. Dia tidak sabar mendengar cerita selanjutnya.

"Masa ibu suruh abang berkahwin dengan pilihannya, abang terlebih dahulu merisik sayang dari Liya. Abang dah lama jatuh hati kat sayang, sama macam mana sayang jatuh cinta pada abang. Abang risik pada Liya kalau-kalau sayang sudah berpunya. Jawapan Liya betul-betul hampakan abang. Dia kata sayang dah pun bertunang. Hampanya hati abang ni Allah je yang tahu. Abang pasrah dan abang terima pilihan ibu, sebab abang yakin ini memang jodoh abang"

tergamam Saffiyah mendengar cerita itu. Dia mengetap geram bibirnya. Sampai hati Ustazah Aliyah mempermainkan mereka. Membazir airmata nya menangis kehilangan cinta Ilyas Hadif. Namun sesaat dia tersenyum . Dia memeluk suaminya penuh kasih. Dia bersyukur, kata hatinya adalah tepat. Naluri hatinya yang menyintai Ilyas adalah benar. Inilah jodohnya. Saffiyah tersenyum bahagia.

"Sudahlah sayang. Abang syukur sangat. Sayang jodoh abang. Abang janji, abang akan cuba jadi suami dan imam terbaik untuk sayang. Kalau ada kekurangan dalam diri abang, abang harap sayang dapat membantu abang," Saffiyah mengangguk laju. Pasti. Dia pasti akan membantu. Hidup berpasangan begitulah adatnya. Saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah rencah kebahagiaan.

"Tapi abang nak minta maaf, sayang tunggu kejap" Ilyas bangkit mengambil barang hantaran. Kemudian sehelai jubah berona biru putih dikeluarkan. Saffiyah tertawa melihat jubah itu. Dua kali ganda saiznya. Sedangkan badannya kurus sahaja. Ilyas sama-sama tertawa dan menggaru kepala.

"Ibu kata isteri abang badannya besar. Jadi abang beli saiz besar. Tak sangka badan sayang kecik je.si Liya pula kata sayang lagi berumur dari abang dan ada kekurangan pada diri iaitu pendengaran. Tapi subhanallah. Sayang bukan sahaja muda dari abang, cukup sifat . Cantik pula tu" Saffiyah tersenyum bahagia. sungguh dia tidak menyangka, sejujur dan semulia itu hati suaminya. Langsung tidak dihiraukan paras rupa bakal isterinya.

"Abang tak kesah ke kalau sayang badan besar, berumur, kurang pendengaran?" Ilyas pantas menggeleng. Dirangkul isterinya dalam dakapan.

"Yang penting agamamu sayang." Saffiyah bahagia mendengar jawapan dari suaminya itu. Subhanallah. Dia yakin pilihannya adalah tepat. Suaminya benar-benar berhati baik. Saffiya bahagia. Dia benar-benar bahagia. Terima kasih Ya Allah di atas hadiah indah yang tidak terkira ini. Dia berjanji pada dirinya akan melayari bahtera ini bersama suaminya dengan rencah kesabaran dan iman. Insya Allah.



-Tamat-

Friday, April 6, 2012

Cinta Raudhah #Episod 2

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Fatiah Yadz
Cinta Raudhah [  1  |   |  Akhir ]


"Mahu ikut serta?" soal Ustazah Aliyah. Saffiyah berkira-kira untuk hadir ke ceramah itu. Bukan niat untuk menghindari majlis ilmu, tapi, keadaan teman sebiliknya yang sedang demam membuatkan Saffiyah berbelah bahagi. Takut sakitnya melarat dan tiada siapa yang menjaganya.

"Kalau kak Fiya risaukan Husna, saya boleh bantu. Lagipun saya memang tak dapat hadir ceramah itu, sudah berjanji dengan kawan-kawan lain untuk belajar bersama malam ini" celah Raihanah yang entah bila muncul di muka pintu. Saffiyah tersenyum dengan tawaran Raihanah itu. Dia kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memesan beberapa keperluan untuk menjaga Husna sebelum bersiap untuk menghadiri ceramah itu.

Masjid sudah dipenuhi siswa dan siswi. Dua panel khas, ustaz muda yang dijemput bagi menyampaikan ceramah pada malam itu. Saffiyah terpempan seketika. Salah seorang panel itu mencuri pandangannya. Ustaz Ilyas Hadif. Sejak pertemuan pertama pada malam dompetnya hilang, Saffiyah tidak pernah melupakan wajah itu. Entah mengapa, sukar untuk melupuskan bayangan lelaki itu dari ingatan. Pertemuan kali kedua dengan Ustaz muda itu sewaktu perbincangan sesama mantan exco, dan forum pelajar. Bagaikan sudah diatur, kali ini mereka bertemu lagi. Saffiyah beristigfar kembali ke alam nyata. Ceramah sudah dipertengahan jalan. Ustazah Aliyah mencuitnya dan bertanya kenapa. Saffiyah hanya tersenyum dan menggeleng.

"Berpotensi panel tadi menyampaikan ceramah kan? Padat dengan isi, lagi-lagi Ustaz Ilyas" ucap Ustazah Aliyah ketika mereka berjalan pulang dari masjid. Terlihat perubahan pada wajah Saffiyah. Dia menjadi tidak keruan tatkala nama itu disebut. Saffiyah mempercepatkan langkah dengan alasan bimbangkan Husna. Sebetulnya dia ingin mengelak dari terusan berbicara soal lelaki itu.

*******************

Permintaan umi dua hari lalu masih bermain-main difikirannya. Satu kejutan yang membuatkan Saffiyah benar-benar kaget. Hasrat umi ingin menjodohkan dia dengan anak kenalannya membuatkan Saffiyah bingung. Selama ini, bukan tiada anak desa yang menghantar pinangan, namun di tolak mentah-mentah abi dan umi. Alasannya dia masih belajar, biarlah merasai pengalaman kerja dahulu, baru berfikir soal kahwin. Tapi , panggilan telefon dari umi yang seperti berharap untuk dia menerima pinangan itu membuat kan dia keliru.

Istikharah sudah dibuat. Keputusannya sudah bulat. Dia yakin dengan petunjuk yang diperolehi. Tambahan, tiada alasan untuk dia menolak kerana pilihan umi dan abi pastinya terbaik buat dirinya.Hatinya juga belum dimiliki sesiapa. Benarkah? atau dia hanya redha pilihan hatinya bukan lagi untuknya? terimbau perbualan dengan Ustazah Aliyah mengenai Ustaz Ilyas.

"Fiya ada menyimpan perasaan dengan Ustaz Ilyas ke?"

Saffiyah tergamam seketika dengan soalan yang bagaikan peluru bepandu tepat mengenai jantungnya. Mengapa ditanya? Terlalu jelas kah gerak geri ku yang selalu memandang Ustaz muda itu dari jauh?

"Kenapa akak tanya?"

"Hanya nak mengingatkan. Hatinya sudah dimiliki. Ramai siswi yang jatuh hati padanya. Sebelum kamu turut jatuh hati, lebih baik akak sampaikan awal-awal"

Saffiyah terkesima. Ada satu perasaan halus menjalar dalam dirinya. Sedih dan kecewa. Terasa benar kehilangan tatkala mendengar hakikat yang memedihkan itu. Namun, dia cepat tersedar. Tidak sepatutnya bersifat sedemikian atas kebahagiaan orang lain. Saffiyah cuba mengukir senyum.

"Insya Allah tidak kak. Jatuh cintanya saya pada Ustaz Ilyas hanya atas dasar rasa kagum akan kebaikan dan perawakan dia. Tidak lebih dari itu"

Tanpa dipinta ada air hangat yang mengalir dipipinya. Diseka perlahan. Entah mengapa dia benar-benar merasa kehilangan saat mengetahui hati Ustaz Ilyas sudah dimiliki. Rasa kecewa menyelubungi diri. Saffiyah cuba untuk menutup kesedihan. Dia pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. ustaz Ilyas pergi dari hatinya, diganti dengan calon menantu pilihan umi. Saffiyah yakin dengan keputusannya menerima lamaran itu. Semoga keyakinan itu terbalas dengan kenyataan yang membawa kebahagiaan dan sinar baru dalam hidupnya kelak.

********************************

ikatan pertunangan selama setahun memberi cabaran buat Saffiyah dan bakal suami. Selama itu juga mereka tidak berhubung melalui sms, mahupun panggilan talifon yang pada pandangan mereka itu adalah satu kelalaian. Safiyyah tidak mahu mereka terbuai dengan keasyikan bercinta. Hanya sesekali mereka saling berutus email dan surat untuk bertanya khabar diri dan keluarga. Saffiyah masih belum berkesempatan melihat wajah tunangannya. Tempoh hari, sewaktu majlis bertunang, Saffiyah kembali ke kamar setelah menyarung cincin. Gambaran mengenai bakal suaminya yang dikatakan penyegan dan manis senyuman hanya disampaikan oleh sahabat handai dan adik nya sendiri.

Perubahan cuaca yang tidak menentu dibumi Jordan , menyebabkan pelajar luar tidak biasa dan mudah diserang demam. Tidak terkecuali Saffiyah. Sekembali dia ke Jordan beberapa bulan yang lalu bagi menyambung pengajian, dia tiba-tiba diserang demam panas. Seminggu lamanya demam tidak kebah. Dia terpaksa ditahan di wad. Sahabat tidak putus-putus datang melawat dan memberikan bantuan.

"Cepat sembuh, Fiya. Ada insan yang menunggu. Dikirim salam Assalamualaikum untuk kamu" Ustazah Aliyah menyampaikan salam seseorang sewaktu melawatnya di hospital petang itu. Saffiyah menjawab salam. Namun hatinya tertanya-tanya, siapakah dia?

"Siapa kak?" soalan itu dijawab dengan senyuman.

"Bakal imam mu"

Terkejut Saffiyah mendengar perkhabaran itu. Bagaimana Ustazah Aliyah mengenali tunangnya. Saffiyah keliru dan mula mengesyaki sesuatu. Namun, tatkala ditanya kepada Ustazah Aliyah, dia hanya menjawab, satu hari nanti kamu akan tahu.



-Bersambung minggu depan-


Thursday, April 5, 2012

Cinta Raudhah #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Fatiah Yadz
Cinta Raudhah [  1  |   |  Akhir ]


Safiyyah gusar menanti di perhentian awam menunggu kenderaannya untuk pulang yang tidak kunjung tiba. Di waktu waktu begini, selalunya adalah waktu larangan bagi para siswi untuk berkeliaran dan keluar di tempat awam. Teringat kembali pesanan exco dan perwakilan pelajar yang melarang siswi berjalan seorang diri tanpa ada urusan yang mustahak selepas waktu isyak. Safiyyah memendam kegusaran. ingin terus tunggu atau ambil teksi sahaja? ah, berani kah aku mengambil teksi seorang diri pada waktu malam begini?

Safiyyah membatalkan niat apabila memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Dia tidak boleh terlalu berani. Baru sahaja tadi dia diganggu dengan siulan lelaki-lelaki arab saat dia melewati Restoren Abu Yousef. Saffiyah semakin resah. Sesekali dia menjengah andai ada coaster yang muncul. Namun ternyata hampa. Hati Saffiyah dipagut risau. Kesal pula dengan tindakan nya yang bertegas mahu pulang walaupun sudah dicegah adik-adik siswi. Tadinya, dia singgah di Raudhah untuk memberi sedikit taklimat dan penerangan kepada exco wanita. Sudah diajak untuk bermalam disana, namun dia yang tidak mahu. Sekarang hendak menyesal pun tidak berguna.

"Assalamualaikum" sapaan satu suara mengejutkan Saffiyah. Dia mengucap panjang. Yakin benar suara itu milik seseorang yang bukan muhrimnya. Saffiyah segera menundukkan wajah.Ucapan salam disambut perlahan. Lelaki itu kemudiannya berbicara dalam bahasa arab. Namun, Safiyyah yakin, mereka sama-sama anak rantau. Saffiyah menjawab dalam bahasa melayu.

"Tak elok saudari di sini pada waktu begini. Boleh menimbulkan fitnah" suara lelaki itu begitu lembut dan tersusun pada pendengaran. Namun cukup buat Safiyyah tersentap. Mendalam kata-kata itu. Safiyyah hanya diam dan berdoa agar coaster segera sampai . Dia tidak sanggup untuk menahan telinga mendengar 'syarahan percuma' dari ustaz muda itu. Alhamdullillah. Sesaat kemudian sebuah coaster berhenti dihadapan mereka dan menyebut destinasi yang sememangnya ditujui. Safiyyah segera melangkah masuk.

Ketika coaster menghampiri pintu gerbang universiti, Saffiyah menyeluk begnya. Dahinya berkerut. Tiada! dia menyeluk pula kocek jubah dan seluruh kocek beg. Kemudian dia berpusing ke kiri dan kanan, bawah dan tepi. Tiada! mana dompetku? Saffiyah resah. Bagaimana mahu membayar tambang? Bagai ingin menangis rasanya. Ustaza muda yang sama -sama menaiki coaster dengannya sebentar tadi, sudah bangkit dan melangkah menuruni anak tangga. Saffiyah segera bangkit. Tiada cara lain selain meminjam duit dari ustaz itu. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, ustaz itu terlebih dahulu menghulur tambang untuk mereka berdua. Saffiyah tertunduk malu.

"Tidak perlu bayar. Saya ikhlas, insyaAllah," ujar ustaz muda itu saat Saffiyah menyatakan ucapan terima kasih dan berjanji akan membayar semula tambang itu. Terkesima dia mendengar kata-kata ustaz itu. Dia diserang rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan pada ustaz muda itu di hentian menunggu tadi.

"Saya hantarkan saudari . Takut ada halangan dalam perjalanan pulang nanti. Kita sama anak perantau, niat saya hanya mahu menolong. Tiada niat lain" Saffiyah hanya mengangguk menerima pelawaan lelaki itu. Terharu dengan keprihatinan nya. Saffiyah tidak mampu menolak kerana dia sendiri bimbang untuk berjalan seorang diri dalam waktu lewat begini. Setibanya di hadapan pagar , Saffiyah mengucapkan terima kasih dan bersegera masuk ke dalam. Dia malu untuk berlama-lamaan disitu, dan yang paling ditakuti, akan timbul fitnah dikalangan siswi . 

**************************************************************

Tiga minggu sahaja lagi imtihan akan dijalankan. Saffiyah mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Dia tidak mahu sangkut dalam mana-mana pengajian. Kerinduan pada keluarga di tanah air mengibarkan semangat nya untuk segera mengakhiri pengajian di bumi Jordan ini memandangkan dia kini berada di tahun akhir. Empat tahun berhempas pulas menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di negara orang. Saffiyah memasang azam untuk menabur bakti buat anak desa berkongsi ilmu apabila dia kembali ke tanah air nanti. Ketukan dipintu disahut perlahan Saffiyah. 

"Assalamualaikum, maaf ana mengganggu. Boleh ana berbicara sebentar ?" 
"Waalaikummusalam, Raihanah. Insya Allah, tidak menganggu. Masuklah," ujar Saffiyah sambil tersenyum .

"Ana risaukan imtihan ni. Persediaan awal, ana sudah lakukan. Tapi saat-saat akhir ni, ana berasa tidak yakin kak. Bantu lah ana. Ana buntu" ucap Raihanah dalam sendu. Saffiyah mengusap perlahan bahu siswi itu. Raihanah muda beberapa tahun darinya. Sudah dianggap bagai adiknya sendiri, Anak kelahiran Melaka itu agak manja dan mudah tersentuh. 

"Ada kertas yang tidak yakin?" Saffiyah mengutarakan soalan. Raihanah menggeleng. 

"Kalau begitu, Ana tidak perlu risau. Mungkin hanya disebabkan Ana gemuruh nak menghadapi imtihan ini. Bila mula nya?" 

"Insya Allah, Selasa ini" Saffiyah berfikir sejenak. Dua hari lagi. Masih sempat. detik hatinya. 

"Beginilah, Ana jangan fikirkan sangat. Insya Allah, semua persediaan Ana dah lengkap. Tenangkan hati Ana dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran dan doa pada Allah supaya dikuatkan ingatan. Jangan mudah mengalah ya" Saffiyah meyakinkan Raihanah. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar di sini, terutama pelajar tahun satu. Bagi diri Saffiyah selaku senior dan mantan ketua exco siswi, sudah menjadi tanggungjawab untuk menasihati dan memberi keyakinan kepada adik adik junior yang bermasalah.

"Ana risau kak. Ana cuba nak ingat semua nota dan hafalan, tapi otak ni terasa kosong. Ana takut" 

"Ana dah berusaha. Sekarang Ana perlukan doa, tawakal dan iltizam. Insya Allah, Ana bukan lupa pada persediaan Ana, cuma perlukan rehat. Jangan terlalu stress. Dah call ibu khabarkan mengenai imtihan?" 

Raihanah hanya menggeleng. Saffiyah tersenyum. Itulah puncanya. 

"Akak nak, Raihanah balik ke bilik, ambil wuduk, dan baca Al Quran sehingga Ana betul betul rasa tenang. Kemudian, Ana call ibu. Minta ampun, minta maaf, dan minta restu dari ibu. Minta juga agar ibu mendoakan Ana. Restu ibu itu amat penting, ingat tu"

"Baiklah kak, Insya Allah"


-Bersambung esok-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...