Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, January 1, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 4

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]




Aku pulang ke rumah sewa aku seperti biasa. Sebelum sampai di rumah, aku sempat singgah di kedai runcit kegemaran aku. Aku melihat-lihat di ruangan majalah, kalau-kalau majalah kegemaran aku sudah keluar, tapi hampa, belum ada lagi. Aku melihat jam tangan adidas ku sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Terlalu awal untuk makan tengah hari dan terlalu lewat untuk breakfast.

"Emm, balik rumah terus ar" Bisik aku di dalam hati. Sampai di rumah, aku terus menuju ke bilik. Di dalam bilik, kelihatan seekor jin hutan sedang bergelimpangan. 

"Woi Kudi!!bangun ar, ko tak pegi kelas ke sial?" Jerit aku. 
"Kelas aku cancel la bengong" Balas Kudi. 
"Dah-dah, bangun sekarang, masak untuk aku" Arah aku. 
"Bengong apa aku kena masak untuk ko??" Marah Kudi. 
"Tak nak masak sudah!!" Balas aku. 

Aku menghempas beg, membuka baju dan terus landing di atas tilamku. Aku capai laptopku dan terus membuka facebook. Terlihat ada 15 friend request, 20 mesej dan 72 notifications. Aku sempat membuka friend request. 

"Haram jadah ape ni, ada 13 orang lelaki yang add aku, giler ke ape?" Bisik aku. 

Selepas selesai membalas beberapa mesej dan beberapa komen yang aku rasa penting. Aku menutup facebook dan jugak laptop. Aku terus memejamkan mata dengan hajat untuk tidur. Sedang lena dibuai mimpi, tiba-tiba lena aku dikejutkan dengan mesej dari gadis berjilbab. 

"Salam, awak pegi kelas tak petang ni?" Mesej dari gadis berjilbab.
"Of coz la pegi, nape awak nak saya amek awak ke? .. :p...." balas aku. 
"Gedikk, takda maknanya awak nak amek saya, dah pegi bersiap, see u in class.. :D" Jawab gadis berjilbab. 
"Ok-ok..:D" Ringkas jawabku. 

Aku melihat ke arah jam. Jam sudah menunjukkan pukul 1.15 tengah hari. Aku terus mencapai towel dan bergegas ke bilik air. Selesai mandi, aku solat zuhur dan sempat menjeling ke arah rak makanan aku. 

"Eemm, makan megi je la tengah hari ni, mana sempat nak pergi makan nasi" Dengus aku di dalam hati. 

Aku turun ke bawah dan kelihatan Kudi sedang rancak menggoreng telur sambil menari-nari. Aku terus memanaskan air dan naik ke atas semula. Selesai bersiap, aku terus menyediakan megi dan makan dengan pelahapnya. Dalam masa 15 minit, aku dah pun berada di atas motor dan bersiap sedia untuk pergi ke kelas. 

Kelas pada petang ni di tingkat 6. Aku gagahkan diri untuk menggunakan tangga. Kelihatan beberapa junior berbisik-bisik sambil memandang ke arah aku. Pantang nampak senior yang ensem sikit. Mesti nak bisik-bisik. Aku meneruskan langkahanku. Sampai di tingkat 6, aku terus menuju ke kelas. Kelihatan gadis berjilbab sudah duduk tercongok sambil tersenyum. 

"Eii die ni, sweet je kalau senyum" Bisik aku di dalam hati. 

Aku duduk di tempat biasa. Kelihatan beberapa classmate aku tengah sibuk bergosip pasal perkahwinan mewah Norman Hakim dan Memey. 10 minit masa berlalu. Lecturer belum lagi masuk. Aku mencapai sebuah novel berjudul "Kougar" dari beg. Aku menyelak helaian demi helaian, sampai di page 20. Aku meneruskan pembacaan aku. Ketika aku sedang asyik membaca, aku dikejutkan dengan pengumuman dari class rep. 

"Dah 30 minit dah ni, lecturer tak masuk pon, jom la kita balik" Umum class rep. 
"Yeay" Satu kelas menyahut. 

Aku menuju ke arah lif. Memandangkan kelas takde,aku bercadang ingin ke opis,nak tengok perkembangan mini transkrip aku. Samada dah siap atau belum. Aku sabar menunggu lif. Pintu lif terbuka, tiada orang di dalamnya, aku terus menekan tingkat 16. sampai di tingkat 16, aku menuju ke opis. Kelihatan ramai student sedang berbaris. aku duduk di kerusi menghadap opis. tak macho ar nak baris-baris bagai ni. Seorang demi seorang selesai dengan urusan masing-masing. Barisan juga kini sudah mula pendek. Sudah tiba masanya untuk aku juga berbaris sama. Sedang aku berbaris, aku terlihat kelibat seseorang. Aku memerhati dengan penuh teliti akan kelibat seorang gadis yang berada di hadapan barisan. Nyata, aku tidak tersilap. Memang dia. 

"MasyaAllah,Nnikita Willy la kat depan tu" Jerit aku di dalam hati. 

Ketika aku masih lagi di awang-awangan, gadis yang dimaksudkan itu sudahpun selesai dengan urusannya di kaunter. Dia menyandang begnya dan mula melangkah. Aku kini terperangkap, terperangkap sama ada ingin terus berbaris atau pergi mendapatkan gadis impianku. Dia kini menghampiri lif. Perlahan-lahan gadis impianku hilang dari pandangan. Aku mula cemas. Akhirnya, aku meninggalkan barisanku dan mengejar Nikita Willy. 

Tiba di lif, aku nampak pintu sedang tertutup. Aku nampak kelibat Nikita Willy di dalamnya. Aku tidak sempat untuk mencelah masuk. Pintu lif tertutup rapat dan lif mula turun ke bawah, walaupun terlepas. Namun terukir senyuman di wajahku. Aku sempat menjeling ke arah kad matrik dia dan kini aku sudah tau nama sebenarnya. Aku tersengih keseorangan. Aku mengambil lif ujung dan terus turun ke groudfloor. 

Sampai di groundfloor, terlihat seorang gadis sedang setia menungguku. Gadis berjilbab sedang menungguku rupanya. Dia melemparkan senyuman manisnya dan ketika aku hendak membalasnya. Bait lagu ini terus bermain di benak ku.

Seumur hidup aku 
Ini yang pertama 
Pintu hatiku diketuk 
Oleh dua wanita 
Punyai ciri selama ini ku cari 
Berbeza wajah ayunya tetap asli.



-Bersambung Di Waktu Yang Sama Di Minggu Lain-

6 comments

January 1, 2012 at 1:15 AM

sambung lagi ek? ok sabar..

January 1, 2012 at 9:58 PM

ya ..ini dah macam citer Star Wars...

January 2, 2012 at 9:46 PM

xpe2.. hati lelaki kan leh muat 4 wanita dalam satu satu masa.. :P..

January 11, 2012 at 5:59 AM

terbaek r, xsbr 2ngu episod 5, haha

January 24, 2012 at 6:13 PM

bro nie da minngu ke berapa? da teruja sgt nie, ari2 dtg tgk next episode, bile nk kuar nie dui

February 19, 2012 at 12:45 PM

kena tunggu april utk 5 dan 6, terbaek...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...