Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, January 10, 2012

Hanyut : Satu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

 Salam,

Secret7Writer (S7W) kini sudah mempunyai FB Page sendiri. Kami menjemput anda semua untuk like page kami untuk apa-apa update terbaru dari kami dan sama-sama meriahkan S7W  dalam medium baru pula. 

S7W juga sudah mempunyai page twitter. Untuk kaki twitter, boleh follow kami di sana.

Untuk pautan, sila klik,


-Admin.


 ++++++++++++++++++++++++++++++++

Aizam

Perkenalan Aizam dengan Suhaila, seperti sudah ditakdirkan. Aizam, seorang pelajar tahun dua, juga merupakan kapten pasukan bola keranjang. Suatu petang, ketika satu sesi latihan, Aizam terasa seperti ada yang tidak kena. Aizam terasa seperti sedang diperhatikan seseorang. Aizam toleh sekeliling. 

Suhaila. Aizam kenal pelajar junior itu . Atas sebab tidak selesa diperhatikan sebegitu tajam, Aizam terus keluar ke tepi gelanggang, dan menghampiri Suhaila.

"Kau nak apa?" kata Aizam, berang.
"Kenapa awak ni?" balas Suhaila, buat tak faham.
"Aku tahu kau perhati aku. Kau mahu apa?"
"Awak sebilik dengan Hakimi kan? Boleh beri surat ini pada dia?"


Suhaila

Suhaila mula mengenali Hakimi, sejak dua minggu lepas. Pertemuan sebentar di cafe tadi, sudah cukup bermakna buat gadis itu. Dari jauh, Suhaila sudah mula jatuh hati dengan memandang Hakimi yang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Pada pandangan Suhaila, Hakimi tidak jauh seperti pelakon Korea! Orangnya manis, tinggi dan kacak. 

Seperti kebiasaannya, Aizam ada bersama Hakimi. Cumanya, Aizam tidak menyertai gelak tawa mereka. Aizam cuma duduk diam, dan tidak bercampur.

Suhaila kenal Aizam. Dia kapten pasukan bola keranjang peringkat kolej.

Untuk kenal Hakimi, aku perlu menghampiri Aizam!


Aizam dan Suhaila

"Jadi, kau nak kenal dengan Hakimi? Apa kena mengena dengan aku?"
"Awak kan sebilik dengan dia, Aizam?"
"Habis tu? Kau ingat aku ni apa? Posto? Tukang hantar surat? Kau nak, kau berilah sendiri pada dia!"
"Aizam, awak ni kenapa garang sangat? Boleh lah.. Nanti saya belanja awak, okay?"

Rasuah . Ingat aku lapar sangat dengan belanja kau ?

"Nanti aku beri," Balas Aizam, ringkas. Suhaila senyum.


Hakimi

"Nah kimi, ada surat untuk kau," Kata Aizam, sambil hulur surat bersampul biru itu.

"Haha, surat apa ni? Letak saja atas meja," Balas Hakimi, yang terbaring malas di atas katil, dengan fon telinga memutarkan lagu Fall Back Down - Rancid.

"Entah, Suhaila yang kasi,"

"Suhaila?" Hakimi menanggalkan fon kepala, dan terus duduk. "Suhaila, budak junior yang kau selalu usha tu?"

"Celaka, bila masa aku usha dia!" bentak Aizam, duduk menghadap meja studi.
"Hahaha. Aizam, macam aku tak tahu. Kau selalu usha dia kat cafe kan?"
"Pergi mampus la dengan kau punya usha. Kau baca je surat tu, dia kasi pada kau,"

Hakimi sambung gelak. Aizam, Aizam. Kadangkala Hakimi cemburu akan Aizam. Orangnya mudah. Tidak ambil peduli dengan apa pun. Yang Aizam tahu, cuma bola keranjang. Kadang Hakimi juga mahu ikut main bersama, tapi dia tiada bakat dalam sukan tersebut.


Suhaila

"Awak dah beri surat saya pada Hakimi?"
"Sudah," Balas Aizam, yang kepenatan di tepi gelanggang.
"Dia kata apa? Dia tak balas balik ke?" Soal Suhaila, teruja.
"Kau boleh sabar tak, perempuan? Aku penat ni!" bentak Aizam tiba-tiba, mencari nafas.

Suhaila diam. Riak wajahnya seraya berubah. Aizam sedar akan itu. Ah, sentap pula dia ni! Aizam capai botol air, dan teguk sedikit melepas dahaga.

"Dia dah baca. Tapi dia tak kata apa-apa pun. Nanti malam ni, aku tanya dia, okay?" Balas Aizam, lembut. Cuba mengambil hati, mungkin.

Suhaila senyum, tak berani kata apa. Bimbang Aizam kembali marah.
Suhaila hulur satu lagi surat,
"Untuk Hakimi, lagi."

Aizam dan Hakimi

"Tadi aku jumpa Suhaila, dekat gelanggang,"
"Jadi?" jawab Hakimi, ralit menyiapkan soalan tutorial.
"Dia tanya sama ada kau tak nak balas ke surat yang dia beri tu?"
"Nantilah aku balas, kalau rajin," sengih Hakimi.
"Kau jangan macam tu. Dia tu mengharap,"

Hakimi senyum mendengar jawab balas Aizam. Bukan aku tak mahu balas. Selagi dia mengharap, selagi itu lah dia akan jumpa kau Aizam. Itu yang kau mahu kan? Itu paling kurang aku boleh buat untuk kau, kawan.

"Ada apa-apa lagi yang dia kata?"
"Nah, dia beri satu lagi surat," hulur Aizam.

Hakimi ambil, dan letak kemas di atas meja, beralas dengan surat Suhaila yang satu lagi.
"Nanti aku baca," balas Hakimi.
"Ikut suka kau lah," Aizam membelek-belek CD lagu kepunyaan Hakimi. Ada Rancid, dua keping. Ada Third Eye Blind, sekeping.

"Aku tak tahu apa-apa pasal musik," kata Aizam, perlahan.
"Dan aku tak tahu apa-apa pasal sukan," kata Hakimi, separuh tergelak.

Tamat episod Satu.


.END.

32 comments

January 10, 2012 at 9:53 AM

penantian satu lagi sambungan mmg merentap perasaan...:)

January 10, 2012 at 10:45 AM

gua syak hakimi ni gay kah3...

Suhaila pun guna ar fesbuk :D

January 10, 2012 at 11:42 AM

bersambung? hati aku meronta nak tahu selanjutnya. haha.

kasihan Aizam.

January 10, 2012 at 2:36 PM

serius gua suka kispen lu ni. Lu cakap ini kispen genre 'bosan' teringat gua kispen genre 'bengang' gua minggu lepas.

oooo btw: bagusnya erti persahabatan dalaman yang lu cuba terjemahkan... kadangkala manusia memang sudah diberi ketetapan dalam perilaku sedar atau tidak... untung faham. rugi sedikit walaupun ambil masa untuk faham semua keadaan...

Ooooiit Suhaila... lu jangan mata gatal boleh tak? hensem tak bawak ke mati... *saja wat marah*

January 10, 2012 at 2:47 PM

sweetnya...cool bro heroiczero


suhaila suka hakimi, aizam suka suhaila dan hakimi mengerti perasaan aizam tu..




sambung,sambung,sambung...


mendera jiwa sungguh..

January 10, 2012 at 4:16 PM

sesuungguhnya penantian itu suata penyeksaan..bersambung plak..

hakimi saje je buat mcm tu..dia kasi chance kat aizam.. ehehehe

January 10, 2012 at 4:45 PM

gua syak aizam ni taf.. kah3.. woi.. heroiczero.. mana lu punya blog? gaban betul lah..

January 10, 2012 at 5:03 PM

waaa..best tol bro

January 10, 2012 at 6:03 PM

Blogger LelakiSemalam , tak apa , minggu depan sambungan akhir . =)

Asrul "iLham" Sany , gay tak gay , kita tunggu nanti ! haha .

hanaahmad , lama tak jenguk blog kau . nanti aku datang . =)

Bidadari Syurga , gua cuba sehabis baik . thanks !

marcella , insyaAllah minggu depan akan sambung episod akhir . =)

Khairul Antasha , may the best man win ! haha .

asip محمد , aizam tu macam Lebron James ! player NBA beb ! hahaha .

Titisan Hujan , thanks dude . =)

January 10, 2012 at 7:18 PM

ooo citer pasal basketball NBA ke...abang bro suka UTAH JAZZ...

January 10, 2012 at 8:00 PM

bersambung?

kan dah pelbagai kesimpulan keluar dari otak ni..

haish..

January 10, 2012 at 8:03 PM

bro... gua baca dululah endingnya...kah kah kah kah *huhuhuhu

January 10, 2012 at 8:12 PM

lalalalalala...

January 10, 2012 at 8:33 PM

hahah..sokong aizam...kehkehkeh

January 10, 2012 at 8:36 PM

Cik Bidadari,

Buyuk betul! baca duluan.. nda aci!

Heroiczero,

pemarah juga si Aizam tu.. asyik naik bengang ja :) marah jeles la tu hehe..

January 11, 2012 at 12:30 AM

Nong Andy:
hahahaha... tulah untungkan...

January 11, 2012 at 12:55 AM

genre random..
aku suka~!

January 11, 2012 at 4:06 AM

err.. tak tahu dari mana nak mulakan...

bila kita suka seseorang and then orang yg kita suka tu suka pada kawan baik kita .. memang perit kan.. dan terpaksa jadi orang tengah pada orang yang kita suka.. hehe

p/s- aku tak tahu nak komen apa.. tapi permulaan ni bunyi best. tak sabar nak tunggu yang seterusnya.. =)

January 11, 2012 at 5:08 AM

EL MARIACHI , Miami Heat la baru cool , abang bro !

APi , haha teruskan buat kesimpulan ! mana tahu mengena .

Bidadari Syurga , hahaha jangan salahkan gua kalau dah tak surprise !

Tuan Cimot , kesian 'Hakimi' tu . hehehe

Nong Andy , watak 'Aizam' memang ditulis sebegitu . =)

Zuemiey Khairuddin , thanks dude !

reenapple ,ada pengalaman ? hehe ending nya minggu depan k ? =)

January 11, 2012 at 1:39 PM

whats next...??

cool arh bro style pnulisan...
buleh buat org jatuh cinta woo...

January 11, 2012 at 4:39 PM

genre y amat diminati

mgharapkan ending y luar biasa minggu dpn...

bole tak tuan penulis?

January 11, 2012 at 5:08 PM

waa..cepatlah bersambung..
ada berapa episod ni? hehe

January 11, 2012 at 10:17 PM

ala..x puas baca..cpt sambung ;)

January 12, 2012 at 1:24 AM

kita pun bengang ni...citer bersambung...sentap perasaan..baru je nak feeling2 ni..hihi

Anonymous
January 12, 2012 at 3:22 AM

bila blog bercerita , haha thanks BBB . =)

Iffah Afeefah , ending sudah ada , cuma nak beri final touch saja nanti . minggu depan k ?

Teenager Housemaid , minggu depan episod akhir !

Eera Shera , yeay !

Lady Windsor , hahaha baru la berdebor , ye dak ? haha =)


-HZ

Anonymous
January 12, 2012 at 10:27 AM

hahaha ye la. mot pon setuju ngan asrul ilham sany tu. kimi tu macam gay. lebih menyayangi aizam berbanding ngan suhaila awek yang slalu di usha tu. ehh? bersiri ke?
cepat skit sambung.

-Amamot-

January 13, 2012 at 12:28 AM

grrrrrr
hahahah
cepat kasi abis ini cerita
hahhah
adoiii

senak jiwa ni..

best !

January 13, 2012 at 11:43 AM

ahh,jenis buat cerita patu like sendiri.keji tahu?keji.

aizam dengan hakimi ni suweetlah.mohon bawa saya berjumpa mereka di sunway kelak.hik3

January 13, 2012 at 11:44 AM

lagi satu,kemaen gigih kan buat fb page dengan twitter s7w? hik3

January 13, 2012 at 1:52 PM

alaaa. kenapa bersambung?? syok ah cerita ni. berapa episod ni weyh? tak sabar nak tahu ending. haha.

January 14, 2012 at 12:46 PM

kshn aizam :(..
zmn skrg msh ade lg ke gune perantara mcm tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...