Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

Blog

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Hai, saya www dot akuyangcomel dot blogspot dot com". Satu kelas gelak bila mendengar ungkapan pengenalan diri oleh Mazni. "Wei, tak yah nak promote blog la pompuan". Satu suara nakal dari belakang mengusik Mazni. Wajah Mazni merona merah bila sekali lagi dia menjadi bahan gelaka tawa seisi kelas. "Apa ko ingat ni sessi pertemuan blogger ke? Ini kelas Accounting la wei.". Puan Izzah hanya tersenyum melihat gelagat pelajarnya. "Semua orang sila bertenang ok. Masing-masing ada cara nak perkenalkan diri. Mungkin itu cara Mazni. Mana tahu nanti korang boleh tukar info kat blog. Semua orang kan masing-masing ada blog sekarang." jelas Puan Izzah. "Alah Puan, setakat nak show off muka besar gedabak dalam blog buat apa? Pastu tulis emo-emo dalam blog tak ada orang nak baca lah. Pompuan lah selalu buat macam tu." Sungguh lantang Zack melontar kata-katanya. Mazni hanya mampu menahan geram.

Kelas Accounting yang diajar oleh lecturer baru mereka iaitu Puan Izzah berjalan dengan lancar dan begitu menceriakan seisi kelas. Mazni dan teman rapatnya Ain bergegas keluar dari bilik kuliah dan menuju ke library yang terletak di blok bersebelahan. Mazni dan Ain mencari tempat kosong. Ada satu meja kosong di sudut sebelah kiri yang tidak jauh dari pintu. Mazni melabuhkan punggungnya dan membuka laptop nya. "Nak update blog lah tu. Ko nak cite pasal apa eh?". Ain perasan dengan tingkah Mazni. "Ala saje je nak luah. Jom snip-snap jap". Mazni mengeluarkan telefon bimbitnya. Bermacam aksi yang di rakam oleh Mazni dan Ain.

Mazni log in ke account blognya. Jarinya ligat menekan papan kekunci. Menaip sesuatu. Kusyuk. Sekejap dahinya berkerut. Sekejap dia sengih sendiri. "Yeay! Dah post." katanya kepada Ain di sebelah. "Ko update pasal apa weh?" Tanya Ain tak sabar. "Kalau nak tahu, bacalah! Aku nak jumpa Puan Izzah kejap eh. Ko tunggu sini." Mazni meninggalkan Ain. "Wei blogger show off!" satu suara yang Ain kenal menyergah Ain dari belakang. "Wei jantan, kau ni dengki sangat nape? Tak ada adab betul!". Pelajar lain yang berada dalam library memberi isyarat supaya Ain dan Zack merendahkan suara. Zack meninggalkan Ain dan terus mencari meja lain di dalam library. Zack membuka blog yang dipromosi oleh Mazni semasa di dalam kelas tadi. "wah, cepatnya minah ni update. Ada entry baru."

"Salam. Hai semua! Hari ni kelas Financial Accounting ada lecturer baru yang comel dan sporting! Tapi aku meluat sangat dgn sorang mamat poyo yang tak sedar diri kat dalam kelas tu. Aku tak tahu apa yang dia sakit hati sangat bila aku promote blog dalam kelas. Suka hati aku lah kan? Blog aku. Dia tu entah2 blogger yang tak ber profile! Entah golongan anon2 je. Hello, kat dlm blog aku anon2 tak boleh komen okeh?! Dan aku tahu mamat poyo tu ada blog. Cuma aku tak tahu mana 1 blog dia. Alah, aku tak kisah pun. Mcm hensem! Bluewwwwksss. Apa dia ingat janggut sejemput ala2 imam muda tu hensem ke? Kambing tol!.........

"Kurang asam punya perempuan! Ko cakap aku kambing?! Zack menahan kemarahan di dalam hati. Dia tak boleh marah sesuka hati. Tahulah aku nak mengajar kau perempuan.

Mazni yang baru masuk ke dalam library perasan dengan susuk tubuh Zack yang duduk di satu sudut yang sedikit tersorok. "Mamat poyo""Wei, aku nak cek blog kejap. Pastu kita blah ok." Kata Mazni kepada Ain yang tengah sibuk membaca komik. Ain angguk. "Aik, tak sampai 15 minit dah 13 komen. nak cek satu-satu".

Lady Windsor said...
dia suka kat Mazni tu. tu yang suka menyakat :)

hanaahmad said...
cool la promote blog dlm kelas! sure ramai stalker pasni.. hehe

asip محمد said...
kesian kena buli. huhu

reenapple said...
mamat tu poyo! haha

APi said...
jangan meluat sangat nanti jatuh cinta. kehkehkeh

HEROICzero said...
hai! saya www dot akuyangmacho dot blogspot dot com hehehehe

EL MARIACHI said...
abg bro cool je hehehe. kadang2 abg bro jadi Anon..sebab malas nak log in..hahaha

Nong Andy said...
hensem apa kalau janggut ala2 imam muda tu. hehehe

Iffah Afeefah said...
comel je sakat menyakat macam ni :)

aimie amalina said...
mamat tu kalo baca entry ni sure panas bontot..hahaha

Zuemiey Khairuddin said...
hehehe..sweet je buat mcm tu. nanti jatuh cinta dgn mamat poyo tu ha....

Teenager Housemaid said...
wah kemain lagi tuan blog. hehee.. mamat tu suka kat awak la tu..heheheeh

BoboiBoy kuasa 3 said...
Tuan blog yang sungguh manis, jemput singgah ke blog saya. ada contest utk gadis comel seperti anda.

"Weh babe, tengok sini. Ada contest dari blogger boboiboy apa ntah. nak tengok blog dia jap. ". Ain hanya mengangguk.

"Untuk blogger yang bajet comel, cantik, ayu, manis bla bla bla... oh ya, sebenarnya takde contest. Sekian terima kasih. Aku tahu gadis2 bajet comel ni suka join contest2 ni."

Mazni terus menaip di ruang komen. Ligat je jarinya menekan papan kekunci.

Mazni Yang Comel said...
blah la ko!

Zack yang tengah membaca komen dari Mazni hanya mampu menahan ketawa. Kalau dia bukan berada di library sekarang pasti dah dia gelak kuat. "Padan muka ko perempuan. Ko tunggu je nanti pasni apa lagi aku akan buat.". Zack punya plan baik untuk mengenakan Mazni.

*************
Iklan jap, hehe. Nak minta maaf untuk beberapa nama yang dipetik untuk kispen ini. Segala komen tu hanya imaginasi saya je. Bukan komen sebenar. :)

16 comments

January 19, 2012 at 9:12 AM

LOL... terkejut. ingatkan intenet poblem.. haha.

tapi asal Zack dengki sangat dengan Mazni?hhhhehehe

January 19, 2012 at 9:34 AM

Khairul A, ya lah..tegezut tau tetiba ada nama kita...hehe...btw i know there's something sweet between two enemies tu, mazni dan zack..lepas ni dalam hati ada taman le teww..

again, kispen ini sangat comel!

January 19, 2012 at 9:34 AM

saya amammotcute takde dot takde com

January 19, 2012 at 10:33 AM

aik .. habiss dah?

jemput ke blog syaa. ada kontes untuk abang abang macho seperti anda :) HAHHA

January 19, 2012 at 10:47 AM

heeeeeeeeeee... sweet... salah satu cara bila kwn2 tahu blog kita... jiwang tu akan digunapakai untuk perli n so ever...

ps:uwekkkk ;p

January 19, 2012 at 11:07 AM

heheh comel je =)

January 19, 2012 at 11:26 AM

siyes comel entry ni...haha..abang bro tetap cool.tq

January 19, 2012 at 12:40 PM

aku bukan zack.aku lebih cool dari zack.

gaya baru..nice. :)

January 19, 2012 at 1:52 PM

hahahahhaha...suke giler part komen2 tuw.....comeyl woo..

January 19, 2012 at 2:03 PM

alah...saje zack tu..bese la..taktik..





p/s:lepas ni letak nme marcella jg dlm ruangan komen blog si mazni.. :)

January 19, 2012 at 5:37 PM

whoaaa..
nama saya ada..hehehe..

seriusly suka kispen ini!
sweet banget sih...:D

January 19, 2012 at 8:09 PM

ya.. hensem apa kalau janggut ala-ala imam muda :P

kispen yg buat aku senyum manjang ni hehe...

January 19, 2012 at 9:25 PM

macam real jerk.. tp tula kan realiti kehidupan blogger.. :D..

January 19, 2012 at 10:41 PM

Comel sg cter ni
trase sbb sy juga blogger

Wahaha mjur x promot2

Malu la*

January 20, 2012 at 12:20 AM

teruja jugak la bila ada nama aku kat situ kan..
kachak juga kispen cara ni..


*cara komen tu dah dekat sama macam aku nak komen*

keh keh keh

January 20, 2012 at 2:58 AM

Good job.
Plain simple, but interesting.

Kamu pemerhati yang bijak.
Sejujur aku kan, aku yakin, komen-komen imaginasi kamu menghampiri komen yang original asli. Maknanya? sebagai seorang sahabat, kamu kenal sahabat kamu.

tahniah menjadi sahabat yang baik.
tahniah menjadi penulis yang bijak dan beridea baru.

dan sah-sah kami tunggu sambungnya kan?

*senyum*


kita jangan simpulkan semudah itu zack jatuh cinta dengan si budak comel. tale can always be tale and there are lot more than what we can expect.

betul tak?

anyway, jangan benci sangat, sebab esok lusa kita bisa sesusah yang terpaksa mencari dia sebagai jalan keluar.

barangkali, itu motifnya.

*senyum*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...