Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, January 12, 2012

Bihun Goreng Pagi Yang Dingin

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku cepat-cepat bangun lalu mengejutkan suamiku yang masih lena disebelahku. "Abang, bangun la. Dah subuh ni." Aku bisik ke cuping telinganya. Dia buka mata. Senyuman paling manis dihadiahkannya untuk aku. Aku bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Terus mandi dan menunaikan solat subuh bersama-sama selepas itu. Suami bermalasan di atas katil selepas solat subuh sementara aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami berdua. Aku masak air. Menu pagi ini ialah Bihun Goreng dan roti kawen. Air dah masak, terus aku bancuh Milo utk aku dan suami.

Aku hidangkan bihun goreng dan roti kawen di atas meja makan. Aku masuk semula ke bilik kerana aku ingin bersiap untuk ke tempat kerja. Hari ini aku mengenakan baju kurung putih berbunga pink. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Terus ambil kemeja dan seluar suami. Aku berikan pada suami.

Suami memandang muka aku seolah-olah kali pertama memandang aku. Sedangkan  sudah hampir 2 bulan kami berkahwin. Aku hanya tersenyum. Suamiku siap memakai kemeja dan seluarnya. Aku hanya jadi pemerhati.  Dia menyikat rambutnya dan tak lupa juga menyembur perfume itu. Wangi semerbak!.. Selesai! Aku suruh suamiku duduk kat katil kerana aku ingin pakaikan stoking untuknya. Dia menolak. Kerana dia ingin melakukan sendiri. Tapi, aku berkeras.

Akhirnya, suamiku mengalah. Aku pun pakaikan stoking untuk suami. Lepas itu aku dan suami bersarapan bersama-sama. "Sayang, ni bihun apa?". Aku senyum. "Itulah Bihun Goreng Pagi Yang Dingin kalau abang nak tahu." Sengaja aku berikan nama itu. Aku sendiri tidak punya idea. "Wah, bukan main lagi nama bihun goreng ni." Suamiku mencubit manja ke pipi ku."Sedap tak?". Sengaja aku tanya soalan itu. Aku tahu aku bukan seorang tukang masak yang hebat. Dan aku tahu suami seorang yang cerewet. Lama aku menunggu dia menjawab soalan tersebut. "Masaklah apa pun sayang, sedap ke tak sedap ke, itu belakang kira. Yang penting sayang masak. Lama-lama, tekak dan lidah abang ni biasa dengan masakan sayang tak adalah timbul istilah masak tak sedap." Sekali lagi dia mencubit manja pipiku. Aku suka diperlakukan begitu. Aku suka cara suami memberi pendapat.

"Cepat makan sayang, tak payah fikir sangat pasal masak sedap ke tak ok?". Aku cepat-cepat menghabiskan Bihun Goreng Pagi Yang Dingin di dalam pingganku. "Saya bukan apa,orang cakap, kalau nak ikat hati suami, kena ikat perut dia dulu. Macam tu kan bang?" Aku sengih. Dia pandang aku. "Hati abang ni dah di ikat lama oleh sayang. Tak perlu ikat perut ok. Sakit tau ikat-ikat perut ni". Aku cubit perut dia. Dia mengaduh. "Jom la pergi kerja. Dah lewat ni. Abang ni banyak cakap betul la.". Sengaja aku mengusik dia. "Amboi-amboi, sapa entah dok risau masak sedap ke tak, ikat perut la. Eleh. Gigit kang!". Aku hanya ketawa kecil.

Perjalanan ke tempat kerja bersama suami memang menceriakan. Ada saja cerita yang keluar dari mulut dia. Aku hanya mendengar. Sesekali mencelah. Akhirnya sampai jua ke tempat kerja, sebelum keluar dari kereta aku cium tangan suami dan dahi aku pula di kucup manja oleh suami. Suami pula bergerak ke tempat kerjanya. Sampai saja di office aku melakukan kerja seperti biasa. Sambil-sambil tu aku terfikir pula nak masak apa untuk suami malam ni?. Risau betul aku.. Nak masak Ayam halia? Ayam masak kicap kegeraman suami? Ayam masak Merah? 

"Tok!tok!tok!". Pintu bilikku di ketuk. Cepat-cepat aku seka air jernih yang mengalir di kelopak mataku. Sudah 10 bulan arwah suami tinggalkan aku. Aku rindukan rutin itu. Aku rindukan segala-galanya tentang arwah. Semasa arwah masih hidup aku selalu risaukan bab masak-masak. Aku sedar kekurangan aku di situ. Sebab itu kerisauan aku melampau-lampau. Hampir setiap hari aku cuba untuk menyediakan makanan yang aku masak sendiri untuk arwah. Hanya untuk arwah. Sejak dia pergi tinggalkan aku rutin aku masih sama iaitu memasak segala makanan kegemaran arwah dan aku sedekahkan dengan jiran dan kadang-kadang di surau yang berdekatan dengan rumah aku dan arwah. Ah, sungguh aku rindukan dia. Semoga arwah suami tenang di sana.


29 comments

January 12, 2012 at 10:06 AM

KA, kispen ini kisben (kisah benar) ke? Kenapa suaminya meninggal?

January 12, 2012 at 10:19 AM

Lady - bukan..kispen ni kira mcm luahan hati seorang isteri. rindukan suami..sengaja tak bagitahu kenapa suami meninggal..

Anonymous
January 12, 2012 at 10:28 AM

mot dah agak dah. mesti menyedihkan dia hujung cerita sbb awalnya sangat gembira

-Amamot-

January 12, 2012 at 10:29 AM

Hmm..kalau kisah betul, macam sedih je kan...setianya wife dia...

January 12, 2012 at 11:44 AM

Amamot - kehidupan mcm tu lah.. :)


Lady - ada je kot kisah betul mcm ni.

January 12, 2012 at 12:46 PM

aduh, penasaran gini.

January 12, 2012 at 1:00 PM

waduh..sedih bangat..




best kispen ni walaupun sedih.. :)

January 12, 2012 at 2:38 PM

yup kispen ini sedih.. siapa yang mngetuk pintu? orang baru kah?

January 12, 2012 at 2:55 PM

romantis.. aku senyum baca permulaanya..

and then bila di perenggan terakhir.. aku diam..=)

Anonymous
January 12, 2012 at 7:20 PM

aduh . kejam cerita ni . mula2 tersenyum2 je baca . apa pun nice . dia punya 'pusing' mood , peh .

nice KA . terima kasih utk cerita ni . =)



-HEROICzero

January 12, 2012 at 9:11 PM

dia punya ending terus matikan senyuman..

January 12, 2012 at 9:26 PM

haha..tulah hati pompuan ..kalau lelaki? wootttt wooottt!!!cool semua...
bihun goreng sejuk...yang tentunya menghangat kan hati...haha...

January 12, 2012 at 9:39 PM

sedih ye.. semoga bertemu di syurga ..hermmm ):

January 12, 2012 at 10:45 PM

10 tahun eh.. dasatnya cinta sejati!

January 13, 2012 at 12:21 AM

Erk ade shortform dlm kispen ni


*sgt tak suka ending sedih :'(

January 13, 2012 at 12:26 AM

huuuuuu
mule2 dh epi
tetibe cenggini
:(

huk2

sedihh....

January 13, 2012 at 1:25 AM

pedih tapi kenangan indah masa dia hidup membuahkan senyuman di bibir..


kerana aku, sudah masuk 3 tahun dia pergi. aku masih rindu dia :)

January 13, 2012 at 9:35 AM

hanaahmad - penasaran ya.. hehe


marcella - thanks.. tapi x ramai yg suka sedih


asip - kwn sekerja mengetuk pintu. bkn org baru


reenapple - thanks. kehidupan mcm tu lah


Hero - konon2 nak main pusing2 mcm abg El n hero la..haha..


Abg El - haha..dingin sbb d masak di waktu subuh yg dingin..chewahhhh


cik gee - InsyaAllah :)


Nong - 10 bulan. bkn 10 tahun


Api - ending mmg disengajakan begitu


Iffah - shortform mana eh? tak perasan..


aimie - jgn sedih2. hanya sekadar penceritaan.


Zuemiey - semoga kamu tabah. :)

January 13, 2012 at 3:01 PM

pasti. roh arwah di atas sana pun dapat hidu masakan si isteri.

January 13, 2012 at 5:25 PM

sebetulnya bila create kispen dengan ending yang sedih tak sama dengan baca kispen yg berending sedih. hurmmmm melampau jugalah rasa sakit sikit.

ps: thumbs up KA

January 14, 2012 at 9:14 AM

Dale - InsyaAllah :)


Bos - setuju! thanks kak.. :)

January 14, 2012 at 12:38 PM

sedihnye.. kenapa asyik kisah sedih.. :( tak mampu untuk menahan gelodak perasaan yg sudah sedih..

tp bgslah isteri die.. sediakan makanan.. cube sedaya upaya untuk memasak walaupun x pandai..

smg roh suaminye ditempatkan di kalangan org2 soleh.. ameenn..

January 15, 2012 at 1:26 AM

dia cuba jd isteri yg baik utk suaminya walopon dia punya kekurangan ;)

January 15, 2012 at 10:01 PM

mula2 baca kemain senyum. last2, menangis :(

January 16, 2012 at 10:15 AM

LadyBird - ermmm..sbb kesedihan lebih byk dirasai oleh penulis..


Eera Shera - itulah..menjadi isteri yg sedar diri


Bella - permainan perasaan. Hehe

January 16, 2012 at 1:38 PM

mula2 sangat sweet..
tapi, last die... :(

January 17, 2012 at 2:33 PM

Cerita sedih Khairul Antasha ni memang menjadi...cam real jer..bile baca cam sndiri alami n rasa..

Terasa sama dgn prasaan bile kehilangan sesuatu yg dulu mekar mewangi tp kini sudah pudar...bile pnh rasai kemanisan tp kini sudah hilang..rindukn detik2 yg indah itu

o_0

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...