“Terima kasih, selamat menonton”. Aku menghulurkan sejumlah wang kertas lalu mengambil tiket wayang sebagai pertukaran. Alvin and The Chipmunks. Arghhh... Pasti menarik melihat aksi tupai tanah yang mampu berkata-kata. Sedang sengih sendirian, tiba-tiba telefon bimbit berdering isyarat mesej masuk.
Alamak Moon, sorry sesangat. Aku terpaksa cancel tengok wayang dengan kau hari ni. Kita keluar esok ajalah ya. Mesej daripada Hana ku baca dengan perasaan hampa.
Tapi tiket wayang untuk kita berdua dah pun aku beli. Sampai hati kau.
Sengaja aku balas sebegitu menghukum Hana dengan perassan bersalah.
Sorry lah sayang... nanti aku bayar balik duit kau tu okeyh? Sebagai ganti rugi.
Balas Hana seolah memujuk.
Yelah.
Ringkas. Aku terus melangkah tanpa arah sementara menunggu waktu cerita yang bakal ditayangkan. Mahu dibeli popcorn, tidak seronok pula jika makan tidak berteman. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk masuk lantas mencari tempat duduk setelah tiba masanya.
Kiri ku pandang. Arghhh... Cemburu melihat mereka yang berpasangan.
Kanan pula ku lihat. Hermmm... Setiap mereka punyai teman.
Tetapi aku? Harap saja duduk di couple seat, namun tetap berseorangan. Janggal pula terasa. Idea nakal tiba-tiba bermain di minda. Mahu saja aku berbaring memandangkan tempat duduk ku yang luas. ‘Ishhh...! Ada pula orang fikir aku ni gila’. Hati berkata mematikan segala yang bermain di kepala.
Tiga puluh minit wayang ditayangkan, aku terdengar bunyi berdecit-decit seperti tikus berhampiran denganku. Aku mula rasa sesuatu. Ekor mata melirik ke kanan. Aduh... Seronok ya mereka. Wayang di depan sudah tidak menarik perhatian. Sengaja aku berpura-pura mencari gula-gula di dalam beg tangan yang ku letakkan di sebelah kanan, sedangkan mata mencuri pandang ke arah mereka yang ‘stim’ di buai perasaan. Berdasarkan daripada apa yang ku lihat, sepasang anak muda sedang enak membuat wayang. Tangan si lelaki sudah bertapak di pinggang si gadis, memeluk erat penuh kasih. Tangan si gadis memaut lembut tengkuk sang kekasih, ghairah barangkali. Nah... Sah mereka sedang beraksi. Kepala mereka kelihatan terlekat bagai magnet menarik besi. Aku tersangatlah pasti mereka bukan laki-bini tetapi masih di bangku sekolah lagi.
Sejam berlalu, sekali lagi fokus ku terganggu. Bunyi yang seakan-akan hembusan nafas yang kuat dapat ku dengar di sebelah kiriku. Aku berganjak sedikit ke kanan, kononnya memberi peluang kepada mereka untuk bermanja-manjaan. Elok saja aku duduk di seat sebelah kanan, kepala ku tongkatkan dengan tangan. Pemandangan ku kini tidak tertumpu sepenuhnya ke depan tetapi lebih kepada pasangan yang duduk berdekatan. Tiada apa yang berlaku. Si gadis juga kelihatan manis bertudung duduk tegak bak patung. Aku melihat dadanya yang sedikit berombak, menarik hembus nafas. Entah mengapa pemandanganku terasa canggung di situ. Bagaikan ada sesuatu yang berselindung di sebalik tudung. Ianya bergerak-gerak. Dan mata gadis itu rapat tertutup. Cis... Sedap melayan nafsu. Aku yang melihatnya pula menjadi malu. Sungguh, perbuatan tersebut mencemarkan maruah Islam dan memalukan bangsa Melayu.
“Hai... Wayang, wayang...”. Mengeluh.
Tamat.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam,Kami mengalu-alukan pembaca kami untuk komen atau membuat review mana-mana cerpen/kispen kami yang menarik perhatian kamu semua. Kami di sini bersikap terbuka; review boleh merangkumi komen terhadap jalan cerita, gaya bahasa, apa yang disukai atau apa yang tidak, nasihat untuk penambah-baikan atau sebagainya. Jangan lupa untuk maklumkan kami tentang link review-review anda di ruangan komen atau chatroom @ secret7writer. Kami akan singgah ke blog anda segera mungkin.
Untuk permulaan, ini review pertama untuk karya Karma dari blogger Iffah Afeefah. Terima kasih. =)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
12 comments
kang masuk youtube r pasni aksi2 tu hahaha
wayang dalam wayang ya...kalau kita kat situ....selamba badak jer kita snap pic biar depa tekejut...
wayang panas ni bro
selalupun, kita yang malu; sedang mereka?
ah.
selemah iman?
atau.
iman yang lemah?
aku seperti bercakap dengan cermin juga.
balik pada cerita:
penulisan yang ringkas dan menjurus terus kepada jalan cerita yang terang. bagus.
aku suka baca yang ringan tapi bermanafaat seperti ini.
penulisan yang baik dan sampai.
untuk itu, tahniah untuk anda.
tak banyak perkara yang mahu dicadang tambah, kerana dalam kesimplelannya dah cukup rasa semua.
barangkali.
terus berdakwah lagi sahabat.
itu yang baik bagi kita yang menulis kan?
*senyum*
tgk wayang dan buat wayang :)
eiii.. mcm tu ke kat pawagam?
xsenonoh punya manusia.. lady x pernah plak terserempak ngn mereka yg mcm ni time dulu2..
Wayang dalam wayang dalam wayang...kalau aku ada situ tuang je dgn coca cola...buat2 x sengaja...
ye lady..saya pun tak pernah terjumpe sebab dulu citer yang saya tengok sumer citer enjoy...James Bond, Star Wars Rambo..Transformers..orang kata selalunya citer ntah apa apa banyak adegan ranjang ni...hahaha...
sakit mata dan hati kalau aku dapat wayang free cenggitu.
salam Hana...
Er wayang dlm wayang selalu je berlaku
dr pngamatan aku ye
penah nampak
penah terlihat
pernah terdengar
dr mata sendiri
dr mulut si pencerita
dr mahluk penzina juga
apa boleh kite buat bila manusia mletakkn nafsu di dpn berbndg lain. Tdung tu hnye pde luaran
dlman?
Btw; tq bace review tu n ltk link skali. Terharu2
nasib baik tak pernah terserempak dengan wayang dalam wayang ni..
kalau tak, mahu saya simbah air mineral kat diorang ni..
ish tak suka!
terutama perempuan bertudung tu...