Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, January 15, 2012

Ada Hati Yang Terpilu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“Mata kau cantik,” Dia merenung mata aku dalam-dalam. 
Aku terkaku dan melarikan anak mata tanda tidak keruan; sebenarnya tidak selesa.
“Aku benar-benar maksudkannya. Mata kau. Perlakuan kau, semuanya cantik di pandangan aku,” Manisnya kata-kata.
“Iyalah Rendy, terima kasih untuk segalanya ya,” Aku dah penat melayan; dia ini berpenyakit. 
Dia senyum mesra. Aku balas kelam. 

Rendy, lelaki ini aku kenal sejak di persekolahan lagi. Tapi cumanya, kami tidak berkawan rapat. Hanya kembali mesra ketika bersama-sama menghirup udara kota yang sama. Kami bekerja di daerah yang sama di sini. Jadinya, peluang meluangkan masa itu banyak. Dia sama seperti lelaki Melayu tipikal yang lain. Dia sangat gila dan punya mulut yang banyak; manis sebenarnya. Samanya; ada rahsia yang kami simpan. 

Pagi itu sekali lagi aku terima pesanan ringkas dari Rendy. Dia mempelawa aku keluar seperti biasa malam nanti. Ikutkan akal, pelawaan ini harus aku tolak. Ikutkan hati, ia dah berair digenangi air mata rindu. Aku terima. Permainan hati, memang susah nak dikawal.

“Kau tahukan betapa aku bahagia melihat kau tersenyum,” Manisnya dia seperti biasa. 
Aku senyum sahaja. Sinis barangkali.

“Begitulah, aku tahu kau takkan pernah sekali mengecewakan aku,” Heh, dia takkan pernah habis.
“Tapi aku sering kecewa kerana kau,” Tekanku pada suara yang paling dalam.
“Maafkan aku, aku cuba tapi aku gagal,” Lelaki. Memang manisnya sentiasa tak pernah kurang.
“Tidak mengapa, aku perlu kuat untuk itu,” Ya, itu aku harus lakukan setelah ianya aku ambil sebagai risiko. 
“Kau orangnya cerdik dan kental; aku yakin ia berhasil,” Aku senyum lagi. Kali ini paling tawar.

Hampir setahun kami menjalin hubungan persahabatan yang lebih mesranya dari dulu. Dari hal kerja terus pada hal yang melibatkan hati. Saling menjaga sesama sendiri dalam lingkungan persahabatan yang masih terkawal. Apa sahaja rahsia, semuanya kami kongsi. Termasuk perihal Rendy sendiri yang sebenarnya sudah cukup buat hati aku terguris dan terluka. Tapi apa sahaja yang mampu aku lakukan selain meneruskan hidup seperti kebiasaan. Persahabatan yang terjalin ini benar-benar buat aku bahagia, juga dia. Tapi hakikatnya, ia takkan lama. Takkan. 

“Kau tahu kan, ia sudah tidak lama sahaja lagi,” Katanya dengan suram.
“Iya, tak lama. Aku tahu, sentiasa tahu,” Aku balas, syahdu.
“Aku terlambat sebenarnya kan?” Heh, soalan tu terlalu bodoh aku rasa.
“Kau beruntung sebenarnya, sangat,” Aku yang rugi kot?
“Aku rugi sebab aku bakal kehilangan kau,” Dan kau ingat aku ini beruntung?

Langit malam ini suram. Sesuram hati aku. Kiriman pesanan ringkas dari Rendy tadi aku balas dengan senyuman pahit seperti kebiasaan. Aku masih berkira-kira untuk membalasnya. 

“Maafkan aku. Aku sayang kau. Tapi aku tak boleh. Ia dah rancang lama. Dan aku terpaksa memilih walaupun aku tahu ia berat. Kalaulah kau yang aku jumpa dahulu sebelum Rania. Aku sayang dia, dan aku juga sayang kau. Semua dah selamat. Aku doakan kau sentiasa bahagia. Aku tahu kau boleh”

Heh, lelaki ini rumit. Katanya dia sayang aku, dia juga sayangkan dia. Tidak mengapalah. Memang aku yang terlambat. Dia sudah pun sah mengangkat akad. Dan aku? Sedang bersenyum-senyum atas kebahagiaan orang yang aku sayang. Semoga kekal berbahagia untuk kau Rendy. Sekurang-kurangnya aku pernah merasai bahagia bersama kau walaupun sementara. 

“Hey, pengantin! Malam-malam ni kau sms aku kan. Sudahlah, aku baik-baik sahaja di sini. Kau tahu kan aku bagaimana orangnya? Tahniah! Maaf, aku tak dapat hadir majlis kau. Jaga Rania baik-baik ya?,” Itu balasan untuk pesanan ringkas Rendy. Telefon bimbit di tangan aku lap. Ada air yang menitis. Hati aku  membungkam pilu dan aku tak mahu Rendy tahu akan itu.

30 comments

January 15, 2012 at 9:14 AM

Kenapa mesti dikorbankan perasaan itu sampai berdarah. Menghirup pilu dan memijak sembilu di atas hamparan rona bahagia milik orang lain. Hana, kau buat hati aku kembali berdarah...

Bahasa yang santai dan manis walaupun untuk sebuah kisah duka...

January 15, 2012 at 9:59 AM

otak lom sedia nak jamah sad ending

tapi apakan daya

itulah khidupan

laki tu tak payah nk kecewa sgt

lau dia syg mesti die plih antara due

bile da plih rania

still nk melekat ngn di aku

cm tamak pun ade

ps: Tak berbaloi kecewa dgn lelaki sebgitu!

January 15, 2012 at 11:44 AM

bila baca kispen sendiri tntg sakitnya dibiarkn cinta... memng aku berharap... ada kesinmbungan untuk rania...

ps: i like yr style writing.. jiwa? menghmpiri aku.

January 15, 2012 at 11:51 AM

hidup tetap diteruskan

Anonymous
January 15, 2012 at 12:56 PM

ini menarik .


apa pun , rendy , enjoice malam pertama anda .


'Aku' , come to papa !


=)


-HEROICzero

January 15, 2012 at 1:12 PM

tak sanggup lagi aku
mengenang kisah lalu..

kisah benar?

bila rendy menyatakan secara terus terang,aku fikir itu lebih pedih.tapi yang pedihnya,ianya berakhir saat mesra semakin kuat.

January 15, 2012 at 1:41 PM

lelaki itu rumit...

aku pernah terbaca juga kisah di mana seorang lelaki punya 1 perasaan yg sama terhadap 2 perempuan berbeza..

tak apa... mungkin "aku" itu akan jumpa yg lagi baik dari Rendy??

~everything happens for reason~..=)

January 15, 2012 at 3:07 PM

everything should be end with happiness...
if not, it is not over yet...

January 15, 2012 at 3:16 PM

@ghost writerini..ini lagu tragedi oktober ni bro.. kah3

January 15, 2012 at 3:18 PM

dah nikah dah.. cepat2 lah buat dunno.. lama2 tunggu buat sakit hati je.. dijaman sekarang hati ni tak boleh dimanjakan sangat.. kena cekal siket.. kalau tak binasa badan...




hanaahmad.. weeehuuuuuu!!!

January 15, 2012 at 4:19 PM

hana...aku rasa cinta tak semestinya memiliki...itu je...

Anonymous
January 15, 2012 at 7:33 PM

Terima kasih untuk semua komentar yang diberikan. ;)

Jujurnya, kisah ini agak separa benar dalam sisi hidup yang telah aku lewati. Serasanya, jatuh pada Orang yang salah itu seakan sudah sinonim dengan aku. Tapi, ia bukan pengakhiran untuk sebuah kehidupan. Senyum. ;)

Hana Ahmad.

January 15, 2012 at 8:35 PM

kenangan yg berlalu
mengisarkan kan kehidupankita yang lalu
kadg2 mmbuat kita bahagia

atau terkelu, tapi aku tahu kamu kuat! :)


bestt tapi sedihhh :(

January 15, 2012 at 8:46 PM

sedih!!!


tidak mengapalah..pasti ada yang terbaik menunggu 'aku'...dia bukan untukmu...

January 15, 2012 at 8:50 PM

sebijik cam cite member suha n laki 2 dah nk kwen pon raye cina nnti..

January 15, 2012 at 10:12 PM

Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat yg Engkau berikan.. maka kurniakanlah rahmatMu di atas kesyukuranku.. Ya Allah, aku sabar dan redha di atas ujian yg Engkau hadirkan.. maka bentangkanlah hikmahMu di atas sabar dan redhaku..

January 15, 2012 at 10:37 PM

Hafriz: :)... doa yg indah untuk hati yg sedang 'menangis sunyi'

January 16, 2012 at 3:22 AM

hidup ini masih berbaki untuk kau lalui..
dia sudah buat pilihan..
kau juga harus ambil jalan..
sungai kehidupan akan terus mengalir walaupun arusnya tersekat di balik batu batan yang keras menghalang laluan.. =)

January 16, 2012 at 9:53 AM

reenaple,

bukan saja lelaki. perempuan pun sama saja. manusia memang macam tu. kadang hati punya lebih ruang..

rendy menyukai dan mencintai 2 org dalam masa yang sama. Melukai salah seorangnya.. sekaligus menyakiti hatinya sendiri :(

January 16, 2012 at 10:05 AM

aku suka cerita ni. persahabatan yg bertukar menjadi cinta dlm diam. ramai yg menafikan, tp ia sering terjadi di alam realiti.

January 16, 2012 at 12:54 PM

sedih...
penulisan mu telus hana..:')

January 16, 2012 at 1:36 PM

2 gadis, 1 lelaki. Lelaki jd pemenang. Lepaskan seorang,masih lagi punya seorang.

Anonymous
January 16, 2012 at 2:20 PM

rendy betul la...

January 16, 2012 at 4:36 PM

hati yang terisi...

January 16, 2012 at 6:12 PM

kemas,tersimpan rapi satu hati..

great kak hana..its reality,selalu dipendam akhir terkaram kotak itu..

January 16, 2012 at 7:44 PM

Chirpy chummy, aku setuju dengan kau...persahabatan...dalam diam ada tunas rasa, namun kerana menghargai sebuah persahabatan yg tulus...diam lebih baik bagi kedua-duanya...friendship always end with love but love in friendship, never!

Hana, tabah ya..aku tahu ia mematangkan kau...

January 16, 2012 at 9:59 PM

ianya lagi pedih jika berlaku...biar tangis semalam bukan hari ini...

January 17, 2012 at 8:20 AM

Sang penulisnya,jadi bagaimana kau membalut luka itu?

January 20, 2012 at 12:11 PM

sedihnya...huhu :(

January 21, 2012 at 11:40 PM

pernah merasa seperti pada kedudukan 'aku' dalam cerita hana.;D. bersahabat, terlambat dan ditinggalkan.itu suratan kan. ;D, oh, sy suka cerita ini. sedih tapi jelasnya lelaki itu rumit.mmm..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...