Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Kenangan Di Puncak #Episod 2

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]




Lecturer terus duduk di kerusi lecturer, nama lecturer ni ialah Yusron Sajo Sajo. Ya memang aneh namanya tapi itulah info yang aku dapat dari FB beliau. Subject pagi ni adalah Managing Customer Knowledge. Eh betul ke? Aku pun tak pasti. Haram jadah. Nama subject pun aku tak berapa ingat camana aku nak lulus paper ni.

Encik lecturer pun memulakan syarahannya. Serius aku hanya mampu fokus untuk 10 minit yg pertama. Masuk minit ke-11, mata aku sudah mula pejam. Awek berjilbab di sebelah aku perasan akan keadaan aku, lantas dia menghulurkan satu gula-gula kopiko. Aku mengambilnya sambil menahan mata yang hendak tertutup.

"Haram jadah, dia bagi kopiko lak, aku mana makan coklat kopiko ni" Dengus aku di dalam hati.

Demi menjaga hati, aku telan juga la coklat kopiko tu. Walaupun aku tau, benda itu akan merumitkan lagi masalah aku. Tak lama selepas menelan coklat kopiko, kepala aku mula berdenyut-denyut. Memang inilah yang akan terjadi bila aku makan coklat kopiko. Aku cukup alah dengan coklat kopiko sama macam cicak cukup alah dengan gelang getah. Tanpa membuang masa, aku terus sembamkan muka aku di atas meja dan perjalanan ke alam lainpun bermula.

Hampir setengah jam aku terlelap, aku dikejutkan oleh Kudi.

"Pul, jom kuar, lecturer bagi rehat 10 minit" Kudi mengejutkan aku.

"Ok bro, ko gi dulu" Jawab aku ringkas.

Aku memegang bibir aku, fuhh nasib baik takda air liur yang terkeluar. Aku terus bergegas ke tandas untuk mencuci muka. Kudi mengajak aku pergi bawah fakulti untuk beli gula-gula. Walaupun aku tau gula-gula tak elok untuk gigi, namun aku turutkan juga.

Pintu lif terbuka. Aku dah pun berada di groundfloor. Aku melangkah keluar dan ketika sedang menyusun langkah, aku terpandang satu susuk tubuh yang membuatkan mata aku segar bugar. Beliau perasan aku sedang memerhatikannya dan beliau sempat melemparkan senyuman yang mampu membuatkan lelaki setampan Ashraff Muslim pun cair.

"Fuyoo,cantiknya. Tapi sape ek, rasa cam pernah tengok" Aku tertanya-tanya dalam hati.

"Oowh, demm!! Tu Fatin Suhana. Macamana aku boleh lupa yang dia dah pindah puncak"

Selesai membeli roti(eh tadi aku tulis beli gula-gula ek), akupun naik semula ke atas dan masuk ke kls.ak lihat awek berjilbab tu masih di tempat duduknya. Aku pun duduk di tempat duduk aku, takan duduk atas meja plak.

"Awak nak gula-gula...?" Sapa aku kepada dia.

"Takpela awak, saya dah ada gula-gula, thanks emoticon gambar senyum" Jawab dia ringkas.

Lecturer pun menyambung semula syarahan. Haram jadah, bila la nak habis benda boring ni. Lecturer bersungguh-sungguh menerangkan slide di depan. Kelihatan beberapa student yang tak pernah miss dapat DL menganggukkan kepala tanda setuju walaupun aku berani kerat jari yang diorang tu tak paham apa pun, saje je angguk-angguk geleng-geleng untuk ambil hati lecturer tu. Sementara aku pula cuba menggunakan kedua-dua jari telunjuk aku untuk menongkat mata aku dari tertutup.

Sedang konsentrasi aku terhadap apa benda yang diajar kat depan tinggal 20% je. Aku dikejutkan dengan panggilan oleh Encik Lecturer.

"Saiful Zamir, datang ke depan" Yusron Sajo Sajo memanggil aku.

"Ciss, macamana dia tau nama aku, nama dalam ic lak tu" Bentak aku dalam hati.

"Ada apa encik panggil saya ke depan ni encik, saya tak tido pun tadi" Soal aku kepada Encik Lecturer.

"Cuba kamu terangkan jenis-jenis customer" Soalan maut dari Encik Lecturer.

"Hah, ada ke dia terangkan tadi?? Aku takda dengar pun" Aku dah mula panik.

"Err...err...err, customer ni terbahagi kepada beberapa jenis, yang pertama ialah...................."

Mata aku mula terpejam dan kepala mula berpusing-pusing dan...........

Pek-pek!!! Tangan aku diketuk.

"Along, bangun mak suruh angkat baju, hari dah nak hujan" Adik aku mengejutkan aku dari tidur.

"Haaaaa ok-ok, jap lagi" Jawab aku ringkas.

Aku bingkas bangun dan menoleh ke arah jam dinding Tiny Toon di dalam bilik aku. Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.

"Demm!! Selama ni aku bermimpi je rupanya" Keluh aku di dalam hati.

- Bersambung -
Akan datang #Episod 3

7 comments

December 18, 2011 at 12:16 AM

Ala anti klimaks tau dia ni...mana citer awek jilbab tu?

December 18, 2011 at 12:29 AM

bersama2lah kita tunggu adik..

December 18, 2011 at 12:31 AM

Hihi...tak sabar tau cik angel...

December 18, 2011 at 8:31 AM

alaaaaaaaaaahai semangat jo den baco haa!

December 18, 2011 at 8:47 PM

ada sambung lagi ke..adoyaiii.....

February 19, 2012 at 12:43 PM

awek jilbab, cian...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...