Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, January 8, 2012

Awak Suka Saya?

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
-: Kesinambungan Amirdihah :-


“Awak suka saya?” soal Madihah perlahan. 

Amir tak menjawab terus. Wajah kerut sebentar. Sebelum seketika, dilontar soalan jujurnya. Kenapa dengan soalan tu?" 

"Salah?" Ah. Itu saja jawab Madihah? 

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?" Amir tampak makin tidak selesa. Madihah seperti sengaja bertanya itu ini nampaknya. 

"Saja. Mahu tahu. Boleh?" ringkas jawab Madihah. Dan kali ini dia senyum. Ya, senyum. Semanis senyum selalu. 

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?" 

Ala. "Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan." Rengek Madihah. Dia tahu, lagi dilayan Amir ni, pasti tak sudah-sudah. 

Amir hanya senyum. Senyum seperti selalu. Jawabnya ringkas. "Jadi?" 

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!" 
"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?" 

Ah. Bertembung lagi. Barangkali, memang ego harus begitu ya? Dilawan tentang, bukan dibelai pujuk. Oh.

"Awak yang patut jawab dulu." Tegas Madihah. Atau, harus dikatakan rajuk Madihah. Senjata rajuk ini kadangnya lebih terkesan dari gaduh-gaduh, kan.

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?" Usik Amir.

Dan dua-dua diam.
Berpaling pada sudut lain.
Bibir mencari sudut darjah muncung yang lain. Biar nampak ketara.
Ah, kian muncung nampaknya.
Lagi sedikit
Ha, yang itu.
Muncung yang bagai itu. 

"Maaf" Bisik Amir dalam dengar dan tidak. 

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh. 

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?." Dan hanya dijawab dia dengan angguk pelahan.

Memujuk isteri tak sesusah mana rupanya. Harus lebih sedikit usahanya saja. Oh, barangkalilah.

*** 
Yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berjodohan. 
Dan yang didakap itu biar halal. Sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
Yang itu, pasti.

17 comments

January 8, 2012 at 12:15 AM

ada yang tak pandai menunjukkan kasih sayang dengan kata kata. tetapi pandai menunjukkannya dengan perbuatan.

dan itulah yang sebaik baiknya.

January 8, 2012 at 12:42 AM

hahahahaha... aku hanya teringat satu part... yg hampir sama dengan dihah...

terasa berbunga2 kalau sungguh amir berlagu romantis//....

pS: bengang kan dihah! tapi part kena pujuk tu setuju. tak banyak sikit aja perhatian.

January 8, 2012 at 12:45 AM

ye mmg jarang de llki mahu zahirkan rase mlalui kate

susa nk jmpe

tp cte ni best..jiwa bunga2an da ni

January 8, 2012 at 12:49 AM

tapi kalau cakap pakai perasaan? buatlah pakai perlakuan apa pun.. dia pasti tak pernah nampak.. kesian gua.. adess

Anonymous
January 8, 2012 at 1:13 AM

muncung yang itu . hahaha .

seperti yang 'sebelum' nya? =)


-HEROICzero

January 8, 2012 at 1:38 AM

mereka yg corakkan mahu bagaimana utk menzahirkan keromantisan itu berlaku...manisnya tetap ada..

January 8, 2012 at 2:09 AM

susah menzahirkan sayang itu melalui kata-kata.. =)

January 8, 2012 at 2:20 AM

perbuatan juga cukup menunjukkan kasih sayang..

January 8, 2012 at 4:02 AM

Lelaki tidak pernah faham kehendak wanita...

January 8, 2012 at 7:49 AM

Dirangkul kemas tubuh itu rapat-rapat...ingatkan betul...rupanya dalam jiwa...bagus...unsur suspend yg cantik!

January 8, 2012 at 8:20 AM

Dan yang didakap itu biar halal.

Anonymous
January 8, 2012 at 9:22 AM

nak pujuk orang pompuan ye? kejap kejap tu tak terer la...kena COOL dulu baru boleh keluar ayat ayat cinte...

el mariachi
kelab Anonymous

January 8, 2012 at 10:18 AM

Kali ini agak menarik.. dan boleh masuk 'otak udang' aku :)

'isi'nya juga boleh tahan..

"Dan yang didakap itu biar halal. Sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
Yang itu, pasti."

Wahai sang suami sekalian, jangan segan-segan nak romantis :)

January 8, 2012 at 12:25 PM

hahaha..kdg2 xromantis ni lg rmi prempuan suka..hahah..btol ke??

January 8, 2012 at 1:45 PM

Tn Cimot, tak nak! Tak nak! Nak yg romantis juga...hahaha!

January 8, 2012 at 4:28 PM

ya tuan cimot.. Nak yg romantis mulut manis jugak!! ahahaha..

Anonymous
January 9, 2012 at 9:06 AM

delarocha
semoga kata-kata atau perbuatan itu membawa kepada kebaikan dan jalan yang benar. itu sudah cukup kan.

Bidadari syurga
Bittersweet. Pahit dulu, kemudian manis.
Tapi, tak semua suka yang manis-manis. Jadi, muncullah insan yang masam-manis, pedas-manis, dan pelbagai.

Iffah Afeefah
terima kasih.
bila jarang ada, sesekali muncul, tinggi harganya. betul tak?

mohd asip
lain padang lain belalang. lain kuali, lain isinya.
mohon cuba kaedah lain.
kalau tak juga, barangkali, harus cuba insan yang lain.
kan hidup kita berpadan-padan.

HEROaku
yup. kadang-kadang, menggantung gambar lama lebih nampak hidup. sebab tak semua sempat melihat gaya melukis yang dulu.
kan?
terima kasih kerana kamu ada.
Senyum.

bila blog bercerita
setuju. sebab itu hidup ada warna warni. Ada corak yang pelbagai. Bukan monotonos yang membosankan.


reenapple
ya, tapi bukan untuk semua. ada yang lebih pandai berkata-kata, tapi jahil dalam tinkah laku.

memetik durian
action speak louder.
tapi, itu yang susah sebenarnya.

mega senja
sebab lelaki itu manusia, yang diri sendiri pun kadangnya tidak dia fahami.
seperti wanita juga.
kadang kalanya, mereka sendiri tak mengeti hal diri.
hidup ini kan sempurnanya dalam ketidaksempurnaan.

Lady Windsor
Pada satu 'kemalangan', cerita yang keluar dari mulut-mulut berbeda-beda kan?
terima kasih.

Hiedayahrosli
Pastikan Halal dulu!

El Mariachi
lain penyanyi lain seninya. kalaupun kita suka pada suprano, masih tetap ada yang suka pada jazz song.
terima kasih abng bro membaca.

Nong Andy
bukan otak udang. tapi cuma bukan ini Nong Andy punya bidang.
terima kasih untuk membaca.
kalaupun sang suami tak romantis, bukan beerti dia tak sayang kan?

Tuan Cimot
dari kepelbagaian manusia dan kehendak, baru la semua manusia berpasangan. Kalau tak, semua satu dunia sukakan Annuar Zain, sapa pulak nak sukakan Cat Faris.

Lady Windsor
Nong Andy
=)



Untuk semua, terima kasih sangat untuk membaca naskah Amirdihah ini. Semoga ada pengajaran berguna.
Insya'Allah, ada rezeki saya menulis lagi.
Terima kasih semua.
Salam

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...