Aku masuk ke 7 Eleven. Menuju ke bahagian minuman sejuk. Aku capai Mountain Dew. Aku meluru ke kaunter. Jejaka juruwang itu tersenyum. Aku balas senyumannya. Senyuman kelat. Senyuman tak ikhlas mungkin. Aku bayar sejumlah wang untuk harga Mountain Dew itu. Jejaka juruwang itu ucapkan terima kasih. Aku menolak pintu. Seorang jejaka di luar pintu 7 Eleven turut ingin masuk. Dia memberi isyarat tangan supaya aku yang keluar dulu. Aku turuti. Aku berdiri di luar 7 Eleven. Membuka tin Mountain Dew yang aku beli tadi. Aku ambil straw. Aku sedut. Tekak sudah ku basah. Aku menapak ke perhentian bas yang berhadapan dengan 7 Eleven. Aku duduk di bangku itu. Aku keluarkan buku Kougar. Aku tengok jam. Masih awal. Aku punya masa untuk membaca dua atau tiga muka surat sebelum bas sampai. "Ehemmm". Seseorang berdehem. Dia berdiri sebelah aku. "Boleh saya duduk kat sini?". Aku tengok di kiri dan kanan. Ada masih lagi bangku yang kosong. Aku mengesot sedikit kedudukan aku. Aku duduk bersebelahan seorang makcik. Makcik itu senyum pandang aku. Aku balas senyumannya. Jejaka itu duduk. Aku teruskan pembacaan."Ini bukan lelaki yang kat 7 Eleven tadi eh?" Tanyaku dalam hati. "Ehemmm". Sekali lagi jejaka itu berdehem. Aku teruskan pembacaan. "Adik..eh..cik..pinjam pen boleh?". Jejaka itu bersuara lagi. Dia senyum. "Saya nak pinjam pen boleh? Sekali lagi dia mengulang soalan yang sama. Mungkin dia ingat aku tak faham soalan agaknya. Aku keluarkan pen dari beg aku. Aku hulurkan padanya. Dia senyum. Makcik sebelah aku senyum. Aku teruskan pembacaan. "Apa lagi la lelaki ni nak pinjam lepas ni?". Pembacaan aku kali ini tidak fokus. "Ehemmm". Ini kali ketiga dia berdehem. Aku angkat muka. Dia senyum. Dia hulurkan pen yang dia pinjam. "Terima kasih". Dia angkat kaki. Dia tinggalkan aku. Aku perasan satu perkara. Pen yang dia pinjam tadi dia selitkan dengan sekeping kertas kecil. Aku ambil kertas kecil yang terselit di tudung pen tersebut. Aku baca;
"aai.. nama saya Asyraf. Boleh berkenalan? Ni FB saya.. Mohd Asyraf. Phone no. saya 011-2583697. Harap awak sudi berkenalan dengan saya. Bye"
Makcik yang duduk disebelah aku senyum masa aku baca apa yang tertulis di kertas kecil itu. Senyuman makcik kali ini memang lain macam. Kertas kecil itu aku genggam. "Ni nak mengorat ke apa ni?" Gerutuku dalam hati. Bas yang di tunggu sudah tiba. Aku angkat kaki. Aku meluru ke arah tong sampah yang berdekatan dan membuang kertas kecil itu ke dalam tong sampah tersebut sebelum aku naik ke dalam perut bas. "Mohd Asyraf, aku ni tunangan orang" kataku dalam hati.
"aai.. nama saya Asyraf. Boleh berkenalan? Ni FB saya.. Mohd Asyraf. Phone no. saya 011-2583697. Harap awak sudi berkenalan dengan saya. Bye"
Makcik yang duduk disebelah aku senyum masa aku baca apa yang tertulis di kertas kecil itu. Senyuman makcik kali ini memang lain macam. Kertas kecil itu aku genggam. "Ni nak mengorat ke apa ni?" Gerutuku dalam hati. Bas yang di tunggu sudah tiba. Aku angkat kaki. Aku meluru ke arah tong sampah yang berdekatan dan membuang kertas kecil itu ke dalam tong sampah tersebut sebelum aku naik ke dalam perut bas. "Mohd Asyraf, aku ni tunangan orang" kataku dalam hati.
22 comments
Penulisan yang menarik ya KA.
Tahniah.
Aku suka dengan naskah ini.
Kadangnya, keterbukaan seseorang itu telah membelakangkan apa yang harus apa yang tidak. Barangkali aku terlalu percaya yang setiap perhubungan itu harus mula pelahan dan ucap yang mudah-mudah dan bukan seperti guruh yang tiba-tiba datang menerkam dengan pekik suara.
*senyum*
oh Tunangan orang yer.
*senyum*
Tahu.
Sesetengah manusia sengaja mencari yang berpunya, kerana mereka yang berpunya itu selalunya lebih tahu itu dan ini.
oh.
barangkali, ia hanya satu duga setia kita, kan?
seperti mana Dia duga setia kita dengan nikmat hidup mahupun dugaan hidup, kan?
*senyum*
Owh sweetnya...ingatkan bukan tunangan orang...hahaha..
KA...ini teknik bagus untuk mentackle anak orang...okeh boleh praktik...ngee!
AJ Hanif - terima kasih AJ... sebenarnya semua itu utk menduga setia. Hehe...
Lady Windsor - haha..sweet eh? tapi menakutkan sebenarnya.. :D
boleh guna cara ni utk tackel pakwe emsem.. huehuehue
sekurang2nya Ashraf berani.
completely different from my Ashraf. haha
situasi biasa berlaku...so amaran kepada lelaki, nak ngorat hati-hati..
berani dan setia. mesti perempuan itu menawan sehingga ada yang berani memikat dengan manis sebegitu. nasib baik tunangan orang. ;)
sgt berani lelaki tu tp malangnya tersalah pilih org pulak..heheh
Kiut je
ade ke org ngurt cmni
rse separuh brni adela
ishk.
mengurat itu memang kerja sang lelaki, tetapi tak tertarik hati dengan cara yang mudah begitu..
:)
LOL... kesian ashraf... hehe
haha...tengok title ingat kan jejaka hensem...
el mariachi vis android
cis trick ni menarik juga ni !
*salin ayat*
-HEROICzero via publicFon
wah... dah 2 org join the anonymous club
ae jugak ek cara mengurat mcm ni..
kreatif..
:D.. macho.. :D.. mcm penulisnye pernah mengalami saat2 sebegini..
suke penulisan ini.. santai..
heeee...comeyl sgt trick lahi tuuu...
sweeeet sgt.
:D
sweet cerita ni. terima kasih :)
Kawan aku yang cantik + comel selalu dapat nombor talipon orang yang nak berkenalan- mcm nilah ahahaha...
aku jeles-jeles jer tgk org lain ada peminat ekekekeh!
* Cu..baaan!
ehem..tak de rezeki..melepas lagi..:)
Asrul --> berani tp menakutkan sesetengah perempuan. :D
axuerha ---> yg dah dimiliki mmg menjadi tarikan kot. hehe
hanaahmad --> mungkin jugak. itulah nasib baik tunangan orang. hehe
Tuan Cimot --> ya berani. ramai lelaki yg berani kat luar sana. :)
Iffah --> ada. sebab tu diceritakan.. kehkehkeh
Cik Anita --> ya.. menggerunkan cara tu. Hehe
reenapple --> hehe.. kesian tapi cara dia tu mcm tak betul sgt. hehe
Abg El --> haha.. jejaka ehem yang ensem. :D
HEROICzero --> cara ini juga boleh digunakan untuk memujuk GF kalo GF merajuk. sure GF sengih2 pas baca note mcm tu..huehuehue
Big boss --> itulah kak..orang dh join club Anon..hehehe
Ladybird --> thanks sbb suka. cite biasa2 je..hehe
BBB --> heeee..comel ke? try la.. :D
farah --> heee..sweet..tp kurang sweet..hehe
Pencari Allah --> sama sama kasih :D
Nong Andy --> hehe...Nong Andy pun ada peminat gak. :D
Marcella --> boleh cuba lagi nanti. :D
ehemm.. ehemmm... hehehe