Macam biasa hari itu aku melaluinya macam hari hari biasa... Aku tak rasakan apa specialnya... Rakan rakan apatah lagi... Hampir tak seorang pun yang nak wish aku dan doakan aku... Aku pun dah biasa takkan aku nak celebrate macam gegurl atau boboi punya birthday kan?
Menyedari yang orang lain tak menyedari hari itu adalah The Day I Was Born. Aku lantas meluangkan saki baki hari siang tadi ke kotaraya. Mungkin ini aku dapat mengubat rasa bungkam dalam jiwaku...
Merono merene... Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan apakah harus aku sambut birthday dengan hati yang kusam begini. Aku melewati lorong lorong kusam di kotaraya. Aku terdengar bahasa yang sukar aku fahami. Aku benci. Aku membentak. Mengapa mereka harus ada berkeliaran di hari bersejarah aku. Wajah wajah asing... Juga wajah wajah yang tak mahu aku pandang. Semacam kesal, sengal dan mual... Mereka datang padaku. Satu, dua, tiga malah aku rasa ramai lagi di belakang sana. Meminta dan terus meminta. Apa kau ingat duit yang aku cari dengan susah payah ini semata mata nak bagi kau?
Kebuluran. Oh aku tidak mahu itu. Aku akan makan sepuas puasnya. Hahahaha... Padan muka mereka. Mencari rezeki dengan tidak ada peraturan. Entah mana asal usul kamu. Aku juga tidak peduli. Yang aku tahu kamu semua mengambil jalan senang untuk meminta minta. Sekurang kurangnya kamu semua berusaha macam aku tahu. Di cerca, dihina dijatuhkan airmuka oleh pegawai atasan aku. Apa kau mahu duit aku?Huh!!!
Aku akan lebih menghargai diri aku. Sesudah membelek belek jam berjenama yang tak mampu aku beli di kedai mahal aku pun keluar dengan senang hati. Mungkin lagi dua bulan aku mampu menyarungkan jam mahal setanding pegawai atasanku. Aku rasa lapar. Macam biasa aku akan teringat satu aksi lucu di televisyen. Rancangan Mr Bean. Ya. Aku mahu buat perkara macam Mr. Bean buat. Korang percayakah?Nasiblah ye... masuk kat satu restoran High Class... Ahhh.. Takdelah macam tu... Aku masuk KFSi je....
"Adik bagi birthday birthday punya meal.."
"Kenapa abang nak celeberate birthday ke?"
"Jangan bagi tahu orang ye...birthday abang yang ke 30 an..."
"Ye ke bang...happy birthday lah ye bang...Errr...abang nak order apa?"
"Hemmmm...bagi abang satu barrel ayam ye..."Terfikir nak bawak balik rumah saja selepas aku sedikit malu kat situ. kat dalam staff kitchen pun asyik senyum perli je kat aku tu aku tengok.
Selepas itu aku pun keluar dan melintasi beberapa orang budak peminta sedekah tadi di kaki lima KFSi...
"Encik...sedekah encik..."
Kata salah seorang dari mereka. Aku mendengus dan menyumpah dalam hati...
"Cehhh...diorang ni sindiket bukan betul pun..."
Dalam kekalutan tersebut entah bagaimana duitku di dalam saku seluar terjatuh di hadapan mereka. Ahhh mujur hanya seringgit cuma. Mereka mengutipnya dan memberi padaku. Aku menggeleng gelengkan kepalaku.
"Terima kasih... semoga encik selamat..." Aku terdengar kata salah seorang dari mereka. Yang peliknya bahasa yang tidak pelat seperti mereka.
Tanpa memandang muka mereka aku meneruskan perjalanan... menuju ke parking motor... Dengan selamba aku lintas jalan ada sebuah kereta laju dan aku tak dapat mengawal diri terus terserembam kat tepi rumput... Nasib baik tepi rumput. Namun satu barrel KFSi itu terletak elok di tepi macam tak ada apa apa pun terjadi. Menyedari yang aku masih okey dan tak ada kecederaan. Lantas aku bangun dan ke kaki lima kedai KFSi. Hari sudah mula hujan dan budak budak peminta sedekah tadi berlindung satu kawasan agar tak kena hujan.
"Nah...ambik makan ye..." Aku menghulurkan KFSi aku pada budak budak itu.
"Terimakasih encik..." Kata mereka tersenyum girang.
28 comments
owh..ending yang sudah diagak, tapi berjaya main cak-cak dulu sebelum beri kefsi itu kepada budak2 tu yer..well done abg bro..mulia sungguh hatimu di hari jadi...kehkehkeh!
oooooo... kisah benar ke? tulisan ni nmpk jujur rasanya.... keje tak seindah yg kita hrpkn, keluh akan seret kita kepada no mood untuk keje... hahahahahaha. ok aku terasa dgn komenku sendidi.ngeh ngeh ngeh; bos ntah mcm apa...
titibe mot teringat kes kawan mot kat puduraya(yg lama punya puduraya)
kata pekerja kedai hotdog kat situ..
"akak..takyah la akan bagi diaorang ni duit bebanyak..dia lagi mewah dari kita..hari2 makan kfsi..hotdog saya yg berharga 6...7inggit ni... dia buat kudapan je kak"
Itu lebih bernilai.
Sebuah pengajaran, agar hidup ini mengerti dan menghargai.
Mulalah dengar memberi rasa itu, sebelum nanti kita yang terima.
Penulisan yang baik.
Ada unsur keseorang pada 'Aku' dan keseorang itu diajar 'Dia' dengan sedikit peristiwa agar dia tahu yang dia masih ada 'Dia' yang tak pernah hilang; andai dia pandang.
Baris kata yang cukup jelas dan menyampai maksudnya.
Barangkali bisa di agak pengakhirannya kerana agak cliche, tapi masih sebuah penulisan yang baik untuk pagi ini.
teruskan menulis sebagai mendidik ya EL Mariachi.
We may not as great as you, but we as outsider can always offer other side of argument to bring the best of you.
kan?
*senyum*
kisah benar eh?
sebab feeling dia pun macam dekat..:)
moga 'aku' itu, sentiasa dilimpahi rezeki..:)
bak sini seketul ayam kepsi tuu..
heeee~~
LW - ya tak dapat nak pusing kali ni hahaha...
bos BS - entahle...nak kata betul seratus peratus tu takderlah jugak namun berdasarkan kisah seharian
MOT - itulajh MOT kalau nak sedekah atau derma ni kena ikhlas dulu kan...
AJ - TQ for the comment...aku orang biasa je kadang kadang taching...haha...
TH - belajar mengAKUkan diri dengfan tachingnya dari blog TH la...dekat di hati...haha...
BBB - seketul cukup ke...haha...tq comment ye...
merono merene..bro jawa eh??hehehe..
semoga 'aku' dimurahkan rezeki..
this is bro
ini bukan sal bro
sbb ramai wish kn hehe
semoga Tuhan terus merahmati 'aku'. ;)
Abg Bro, itu dia.. kispen yg ku tunggu2 :)
Tadi kat opiz dah baca tapi tak sempat nak komen pasal dah namanya di opis, curi tulang pun kenalah berpada-pada ye tak? hehe..
best citer ni.. tak tau mcm mana nak ungkapkan ke'best'annya. terlalu best pada aku :)
memula memang dark side jadi raja dlm diri kita, tapi bright side tetap boleh menang selagi kita punya hati naluri.. :)
terbaik!
hehe kalau tak ter-sedekah seringgit tu , dah lama arwah dah .
nice .
-HEROICzero
marcella - jawa is world!!!cool hahaha...
iffah - ramai dah wish tu..kita aje anggap Allah tak pandang wish mereka...wallahualam
hana - hi hana...aku hidup dalam blues...haha...
nong andy - kamu terlalu memuji 'aku' sedang aku masih banyak perlu pelajari dalam hidup ini...ye setiap hari kita dapat belajar perkara baru...itu yang 'aku' rasa bestnya...tq comment ye...
hidayah rosli - tq sudi baca dan comment...
hero - memang kita nak sedekah pun nak pilih kan...kalau diorang sindiket sekalipun...kita buat apa yang kita mampu buat sudah...
aku lebih suka dengan cara bagi makan daripada bagi duit..
mungkin apa yang dilalui oleh "aku" itu sama dengan apa yang aku sendiri lalui..
Untungnya dapat KFC free
Baiknya 'aku'
Moge mendapat balasan yang berlipat kali ganda
APi - ya kalau nak berkat kita salurkan saja ke anak yatim...
sparrow - baik sesudah jahat haha...