Mode - Bermonolog Lagi
Dingin... Bawah tahap beku... Saat ini dia mengenangkan saat saat indah.Mengapa.? Hatinya sudah berubah? Mungkin. Atau mungkin menunggu masa yang sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal. Di saat ini hatinya akan mengenangkan segala kenangan manis waktu bersama. Kenapa mahu menjadikan itu semua kenangan kerana banyak lagi yang perlu di harungi bersama. Mengalah? Mereka kata hati dan ingatan lebur bersama waktu.
Pergghh... Hanya dengan membaca tulisan sahaja aku boleh pergi ke dasar hatinya... Cukuplah ya... Jom kita layan Kispen klassik ni...
Armand meniti denai denai kampung di pinggir sungai itu jadi tempat dia melepaskan lelahnya. Dia sering berehat di situ memerhatikan anak anak hikan yang leka bermain di satu sudut sungai. Air sungai yang jernih itu kadang kadang memanggil Armand untuk terjun menyegarkan badan. Namun Armand sedar nanti akan di marahi pula oleh neneknya kak Ateboh Abiola.
Begitulah Armand menumpang di rumah neneknya lantaran bapanya meninggal dunia. Untuk meringankan beban ibunya yang terpaksa bekerja di kilang di kota Uganda maka Armand di hantar ke rumah neneknya. Dan setelah ibunya berkahwin lagi dan mendapat zuriat dan menjadi adik tiri pula pada Armand, akan dirinya lebih suka tinggal di rumah neneknya. Umurnya sudah 12 tahun tahun depan dia akan menginjak di sekolah menengah pula. Makin kuat jugalah neneknya kak Ateboh Abiola perlu berusaha untuk menjaga makan minum dan keperluan Armand cucunya.
Sejak dari subuh lagi dia membantu neneknya menyiapkan nasi lemak... itulah sumber pendapatan selain mengajar budak mengaji Al Quran dan Muqaddam. Armand tugasnya akan menghantar nasi lemak ke kedai minum Makcik Mbithi.
"Rajin sungguh kau Man... kecik kecik dah kuat bekerja membantu nenek kau. Nah! Ambiklah seringgit dua makcik upah kat kau. Makcik pun berdua saja dengan anak makcik Uzma ni... kalau tak dah lama makcik ambik kamu jadi anak angkat makcik..."
Namun malam itu rumah nya menerima kunjungan tetamu...Armand kenal sangat dengan orang tersebut. Apa yang di bincang oleh neneknya dengan orang itu sangat tidak di sukainya. Armand mendiamkan dirinya dalam bilik yang dingin dan sempit itu seorang diri. Neneknya sudah bersetuju dengan apa yang di syorkan untuk menunggu tarikh yang sesuai dan mungkin itu kata putus dari neneknya. Armand terkesima. Diam diam dia menyimpan niat dalam hati.
"Apa nak jadi jadilah... maafkan Armand nenek..." Dalam hatinya sayu. Tidak pernah dia mahu mengingkari kata kata neneknya. Namun perancangan neneknya yang seminggu lagi itu amat menyentap jiwa raganya. Dengan perasaan yang pilu di tinggalkan juga nota untuk neneknya di atas almari cermin. Dengan duit yang upah menjual nasi lemak itu cukup tambangnya untuk Armand ke kota mencari ibunya.
Pagi pagi lagi Armand menyusup ke hilir kampung membawa kain sehelai sepinggang menunggu bas yang pertama masuk.
"Mana mau pigi kici..."tanya konduktor bas tersebut.."
"Mau pegi pekan... saya mau pegi Uganda jumpa saya punya mak"
Siang harinya heboh rumah nenek Armand kerana Armand sudah hilang. Armand lari dari rumah neneknya. Neneknya terpaksa menghantar nasi lemak ke kedai makcik Mbithi.
"Armand mana kak Ateboh?" Taknya Makcik Mbithi.
"Armand dah lari ke rumah maknya di Uganda..."
"Kenapa...?"
"Dia takut nak bersunat...!!!"
"Laaaaaaa......" Tersenyum makcik Mbithi mengenangkan Armand sambil memandang anaknya Uzma kawan sekolah Armand.Uzma juga tersenyum kerana pernah suatu ketika Armand memberitahunya bahawa di rumahnya penuh dengan gambar gambar Megan Fox pelakon Transformers The Movie.

28 comments
Mwahahaha...adoilaa tak bleh tahan tu...Armand oo Armand...ko takut nak bersunat ghopenya yek...kehkehkeh! Abg Bro hang memang lawak tau...:)
huahuahua..(guling-guling sakit perut)
hahahahahha...menjadi laa abg bro...
pic megan fox atas tu, owsem...
tak sia2 abg bro gigih cari gmbr awek tu smlm kan...
adeih abg bro el ni.. saya baru nak feeling kesian kat armand kecik2 lagi dah punyai hidup yg susah...
tapi, takut bersunat rupanya..hahaha
hahaha..kena main perasaan..benci tol!..hahaha..
naik bas pegi uganda...hehehe
pening mot baca citer ni.
kah kah kah last2 gambar ni juga dipilih ?
lebih prefer gambar yang asal ...
hahahaahahaha !!
-HEROICzero
heh..nak gelak rasa.. hehe
first of all tq sebab sudi baca dan beri komen ye...abang bro punya cerita ni sepatutnya kuar time orang sibuk nak back to school hari tu...anyway Muchas Gracias...
lady - abang bro suka mencuba kisah yang lari sikit dari kebiasaannya ...tq sebab sudi terima.
nong andy - tq sudi komen...haha
bbm - ye lah takut nanti gambar tu seksi sangat kan...Megan Fox tu
TH - ye saya cuba nak bawa pembaca masuk ke alam kanak kanak lak...hehehe...tq komen...
KA - ye ke...hahaha..tq komen ye
amamot - abang bro pun pening juga...tq komen
hz - kena lulus tapisan tuuuu...haha...
reenaapple ...gelak je...kita enjoy okey...tq komen
cisss tertipu dgn abg bro
nway mmg idea sokmo mencurah kan?
HZ/EL: hahahaha.. ok apa pic ni... kah kah kah... nak guna yg asal boleh dengan syarat... kah kah kah..
ps: sweet der pic ni... auw...
iffah afeefah - ilmu pusing menjadi lak kali ni...hahaa...
ye bos...pic yang baek tu tak boleh blah...haha...
thumbs up bro..
sungguh rasa tertipu..ingatkan armand nak diberi pada orang lain..upanya nak sunat..cet!!
mencik..
p/s:ending memang lawak tak boleh blah..guling-guling mengekek.. :)
kalau sunat pun takut, macam nak gunakan gambar Megan Fox dengan sebaiknya..
haish la Armand..
kisah ini mengajar aku bagaimana mahu senyum...walaupun sedikit pada hujung bibir...terima kasih sang penulis..
APi - selalunya takut sekejap je tu...lepas tu dia lah heronye...
mega senja - tq sebab sudi baca dan komen...
lahai.. ingtkan neneknye nak beri pd keluarga angkat td.. rupenye die nekad semata2 xnak bersunat.. kelakar..
ladybird - tq sudi comment...