Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, January 23, 2012

Waktu Engkau Menghembuskan Nafas Terakhirmu Di Saat Cinta Ini Terus Hidup Kekal Di Sana...

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Aku pun ada seseorang di sana ...Aku tak pernah melupakannya malah bila aku jatuh bangun aku sering ingat pesanannya...Aku tak pernah terlalu tersentuh sebegini...Aku tahu dia selalu bersama aku...Segala galanya di dunia ini aku pandang dengan mata dia...Terlalu jelas sekarang...Bagiku yang berdiri teguh selama ini adalah semangatnya...Aku ialah dia..Aku berdiri di sini dan dia tetap bersama aku...

Bau ubat ubatan di hospital ini mengingatkan aku pada...Ya..kematian...Mungkin apakah itu destinasi terakhir yang aku sedang tuju sekarang? Perasaanku untuk hidup di dunia sudah hampir tiada lagi. Terasa lemah selemah lemahnya segenap pelusuk tubuhku. Beberapa ketika kemudian tampil seorang jururawat mengambil tekanan darahku. Akibat terlalu kerap mengambil sedatif, tranquilizers dan pain killer aku sudah tidak berada dalam sedar aku lagi. Aku merasakan dunia ini terlalu sunyi. Bagaikan sunyi itu sendiri adalah mati. Apakah semua orang yang mengenaliku sudah tahu mungkin aku akan di jemput nanti? Aku pasrah. Aku berserah. Aku sudah lama di sini. Sudah hampir dua minggu. Tiada tanda tanda yang aku akan pulih kembali melainkan kembali bertemu penciptaku. Tidak. Aku tidak berputus asa. Aku cuma berserah pada takdir. Aku tahu kaum keluargaku ketika ini mungkin ada yang bersedih dengan keadaanku. Airmata yang mereka titiskan tak mungkin dapat menolak ketentuan takdir. Inilah takdirku.

"Izmir...awak Izmir..."Bunyi satu suara mengejutkan aku dari terus lena.

"Saya doktor yang merawat awak...Status peringkat sakit denggi awak masih di tahap pertama...namun awak terlalu lemah..." kata seseorang bernama doktor Shukrie.

"Terimakasih doktor..."Jawapku lemah sambil pandanganku berpinar pinar. Aku hampir tidak dapat mengenali sesiapa di waktu begini. Sudah tidak ada lagi keindahan. Hanya menunggu dan menunggu. Tubuhku sudah terbit bintik bintik yang memungkinkan aku akan masuk tahap ke dua. Denggi berdarah.

"Esok kita lihat lagi..You okey atau tak...Nyamuk ni jahat gigit sama you..."Gurau doktor Shukrie cuba menceriakan suasana sepi dan muram didalam bilik yang tiada orang.

Penghuni bilik itu asalnya 4 orang. Dua orang sudah meninggal dunia dan seorang telah di tempatkan dalam wad ICU. Tinggal aku seorang di dalamnya menghitung nasib. Mungkin nasib aku juga sama seperti mereka.

Malam itu aku tidur. Esok menentukan hidup matiku. Jika esok aku masih hidup lagi aku akan meneruskan hidup ini. Jika aku tak sempat menjengah suria esok pagi. Aku redha...

Malam itu aku seperti sebelumnya. Aku disuntik lagi dengan segala macam ubat. Rasa lemah seluruh tubuhku. Aku masih mengingati aku akan mati esoknya. Aku lena juga akhirnya.

Di dalam lenaku aku seperti hilang. Entah di mana diri aku. Aku memang hilang dan aku memang ghaib. Aku sudah tiada dalam jasadku lagi. Aku entah di mana mana. Semuanya kabur dan putih. Ya .Putih. Lambang kematian. Aku semakin menghampirinya. Jika selama ini aku sering digambarkan ketakutan menghadapi kematian. Namun sekarang aku sudah menghampirinya. Aku hanya mahu mati.



Aku tak pernah mengira dosa dosaku lagi. Padaku segala dosa dosaku sudah full stop kan dengan taubatku. Apa yang aku nak kesalkan lagi. Tak ada sesuatu pun boleh aku buat kini.Tiada kesalan tiada rintihan. Aku akan tetap kembali padaNya. Aku sedar itu. Aku bersyukur aku mati. Aku tidak di bebani dunia lagi. Aku tidak akan menafikan kematian. Jiwaku tenang saat ini. Aku tahu limpah kasihNya. Seseorang yang mati akibat sakit teruk akan menemui syahid. Aku masih dan masih mengharap belas kasihanNya.
..............................................

Seseorang masuk ke dalam bilik. Dengan senyuman manisnya. Name tag bernama Noriah telekat di baju jururawat nya. Dia lantas meminta kebenaran untuk memandikan aku. Dan dia terus menanggalkan baju aku selepas itu dia mengelap badan aku dengan kain basah. Aku malu pula. Ya Allah.... Aku masih hidup lagi. Aku masih diberi peluang menebus dosa dosaku. Ya Allah. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana kau masih lagi memberi aku rahmatmu.

29 comments

January 23, 2012 at 9:48 AM

errr perempuan mandikan

tetibe rase nk hidup lg kan?

rencana Allah siapa nak jangka abang bro

hargai masa kite sihat dan sebelum kite mati

inilah cerpen y dsebut2 nong andy*

January 23, 2012 at 10:11 AM

sangat sesuai lagu tersebut!

January 23, 2012 at 10:20 AM

iffah afeefah - ye sangat...semua tu perencanaanNya dan rahsiaNya.. feremfuan haha...biasalah abang bro...cool

January 23, 2012 at 10:22 AM

mawar berduri - memang kisah cerpen ni buat base on lagu - cinta ini membunuhku - d'massiv...tapi kebetulan sama gaklah dengan lagu dygta tu...

January 23, 2012 at 11:14 AM

suatu hari kita akan kembali kepada Pencipta kita..=)

January 23, 2012 at 11:58 AM

untungnya dapat 2nd can.

paling suka ayat-

"bagaikan sunyi itu sendiri adalah mati"

di ambang kematian dan hidup semula, bagai di lahirkan semula :)

*selamat hari lahir :)

January 23, 2012 at 11:59 AM

reenapple - ya ..itu sudah pasti kawan...

January 23, 2012 at 12:02 PM

nong andy - tq ye...ya ampuunnn maaf sebab kispen ni tak sama 100 persen macam lagu d'massiv...sama tema je...KEMATIAN....hope u like it dear.

p/s : tq 4 the wishes

January 23, 2012 at 2:47 PM

demam denggi ek? d saat2 sperti ajal bakal menjemput...tiba2 dberi peluang kedua...x dpt bayangkn

January 23, 2012 at 5:54 PM

Abg bro siapakah Noriah itu? Hmmm gunakan peluang kedua sebaik2nya ya...:)

January 23, 2012 at 6:00 PM

masih lagi punya masa untuk selesaikan segala yang tercalar...

January 23, 2012 at 6:51 PM

axuerha - ye rasa macam dah takder harapan lagi..nak pergi tandas pun lemah semacam je...macam jalan satu kilometer

January 23, 2012 at 6:52 PM

peluang ke 2 tu memang dapat menikmati hiduplah...berbanding sebelum bagi peluang lagi satu...

noriah?entahle masa buatmedical checkup dia dah takde dah...

January 23, 2012 at 6:53 PM

lelaki semalam...ya...kita masih di beri waktu untuk menebus segalanya...

January 23, 2012 at 7:00 PM

peluang kedua..
memang sangat patut dihargai..
nice story abg el!
like it!! :D

January 23, 2012 at 9:27 PM

TQ adik TH...kalau tak berapa deep..ya ampuuunnn...

January 23, 2012 at 11:14 PM

adoi la. tang tajuk kispen tu yg mot tak leh tahan tu. setahun mot nak mengeja tajuk kispen tu.. >_<

January 24, 2012 at 12:05 AM

haha..Mot take your own sweet times...I'll be there when the lights are out...haha

January 24, 2012 at 1:30 AM

kematian yang tidak dijangkakan.

bikin aku cuak.

January 24, 2012 at 3:19 AM

untung, dia masih dapat mengira hari kematian berbanding orang lain yang ajalnya secara tiba-tiba..

January 24, 2012 at 3:19 AM

untung, dia masih dapat mengira hari kematian berbanding orang lain yang ajalnya secara tiba-tiba..

January 24, 2012 at 9:37 AM

aku yakin perkara yg paling kemas dalam ingatanmu adalah ketika si jururawat itu mengendalikan urusan membersihkan diri mu...dan ketika itu kau langsung lupa detik kematian...haha!

January 24, 2012 at 10:04 AM

hana - ya...semua tu juga adalah rahsiaNya...kispen ni sekadar luahan penulis sahaja.

January 24, 2012 at 10:05 AM

APi - itulah dugaan terhebat yang pernah datang dalam hidup seseorang.

January 24, 2012 at 10:06 AM

mega senja - hahaha...hidup mesti di teruskan bukan?

January 25, 2012 at 1:03 AM

abg bro...bsyukur dberi pluang kedua...kngn terindah lg kann bila dimandikan...perghhh...

p/s : kalau nurse laki yg nak mndikan kite kan, kite malu sambil tekup muka kat bantal...heeee

January 30, 2012 at 12:37 AM

bukan semua bertuah punya peluang kedua..


pastinya sangat bersyukur.. :)

January 30, 2012 at 10:43 PM

bbb - masa tu hilang dah rasa malu...haha

January 30, 2012 at 10:44 PM

marcella - tq datang comment kat entry lama lama...ya bersyukur sangat kerana di beri peluang mencari keredhaanNya

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...