Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, January 1, 2012

Kubur Itu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Setiap kali gua pergi ke kawasan perkuburan, pasti gua akan terkenangkan seseorang. Seseorang yang gua sendiri tidak pernah berjumpa di alam nyata. Hanya mengenali seseorang itu melalui suaranya yang gua rasa macho. Biarlah gua kenalkan seseorang itu dengan nama Daud. Namanya benar atau tidak, itu belakang cerita. Cerita sekarang, lu teruskan sahaja membacanya.

**********************
5 tahun lepas..

Masa tu gua masih belajar di tingkatan 5. Gua belajar di sebuah sekolah yang boleh dikatakan jenis berasrama penuh. Satu hari tu gua balik ke kampung untuk bercuti. Biasalah bila balik ke kampung ni gua suka menonton televisyen sampai ke lewat malam. Sedang gua leka menonton rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen, tiba- tiba telefon rumah gua berdering. Oh lupa gua nak cakap. Masa tu gua masih tak de handphone lagi. Telefon rumah adalah alat komunikasi yang penting bagi gua.

Gua angkat telefon tersebut sebab hanya gua yang masih berjaga malam tu. Gua dengar suara di hujung talian adalah seorang lelaki yang gua tak kenali. Ahhh. Dia salah nombor rupanya. Gua letak ganggang telefon setelah gua cakap dia tersalah nombor. Kemudian telefon rumah gua berdering lagi. Gua angkat dan masih lelaki tadi yang menelefon. Sudah berkali- kali gua cakap dia tersalah nombor.

Gua naik berang, tapi lelaki di sebelah sana terus menelefon walaupun sudah gua cakap dia tersalah nombor. Oleh kerana gua tidak mahu mengganggu ketenteraman malam yang mungkin akan menyebabkan tidur orang tua gua terganggu, gua layankan juga lelaki di hujung talian yang hanya mahu dikenali sebagai Daud dan tinggal di sebuah kampung juga dalam daerah tempat gua tinggal sekarang. Fuhhh, kebetulan sungguh.

Perkenalan malam itu menyebabkan Daud acap kali menelefon gua. Seminggu gua di rumah, seminggu itulah juga dia menelefon gua. Gua hanya layankan dan hanya menggangap Daud sebagai kawan baru gua. Gua jadi suka bercakap dengan Daud kerana dia banyak memberikan nasihat yang berguna kepada gua. Dia juga ada bercerita mengenai keluarganya yang banyak ditimpa masalah. Dari situ dapat gua tafsirkan Daud bukanlah seorang yang senang. Daud adalah orang kampung yang sangat miskin dan mempunyai masalah kesempitan wang.

Sebulan kemudian..

Gua jadi gusar. Sudah seminggu Daud tidak menelefon gua. Sejak perkenalan sebulan yang lepas, gua dan Daud selalu juga berhubung. Walaupun gua sudah balik ke asrama, gua akan menelefon handphone Daud dengan menggunakan public phone di asrama gua ni. Cuma gua jarang- jarang mahu menelefon Daud.

Dan sekarang gua sudah balik semula ke rumah untuk cuti hujung bulan. Tapi Daud tidak menelefon gua. Ahhh. Ke mana pula mamat ni menghilang. Gua nekad, biarlah gua yang menelefon Daud dahulu. Gua jadi risau.

Malam tu gua menelefon Daud. Ada yang mengangkat, tetapi bukan suara Daud. Yang kedengaran hanyalah suara seorang perempuan dan kedengaran juga sayup- sayup suara orang membaca surah Yaasin.

“Hello. Siapa ni ea?” Soal orang di hujung talian.

“Err. Saya kawan Daud. Daud ada?” Gua menjawab lembut.

“Daud? Emm. Saya ni akak Daud. Minta maaf. Daud dah tak de. Daud dah meninggal” Akak Daud bersuara sambil menangis.

Gua terkejut. Gua terkasima. Betul ke apa yang gua dengar ni?

“Dah meninggal? Bila? Sebab apa?” Soal gua bertalu- talu.

“Arwah meninggal petang tadi. Dia.. Dia.. Dia tergelincir kat dalam bilik air.” Jawab akak Daud.

Sebulan kemudian gua ajak kawan gua, Farhana untuk menemani gua pergi ke kubur arwah Daud. Kebetulan yang sangat kebetulan, Farhana kenal dengan kawan- kawan arwah Daud dan adik arwah Daud. Ohh. Kecilnya dunia ni.

Sampai ke kubur arwah Daud yang ditemani oleh adik arwah Daud sendiri, gua dan Farhana menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Gua lihat kubur arwah Daud. Kenapa? Kenapa kuburnya kering kontang? Sedangkan kubur- kubur lain lembab dan basah. Kawasan perkuburan itu juga basah. Ya, baru lepas hujan.

Gua yakin malam tu akak arwah Daud tidak mahu memberitahu hal yang sebenar kepada gua. Lalu gua beranikan diri untuk bertanya kepada adik arwah Daud bagaimanakah arwah meninggal dunia.

“Emm. Nak tanya boleh? Macam mana arwah boleh meninggal ea?” Soal gua seperti tidak tahu apa- apa.

“Eh. Awak tak tahu lagi ke sebab apa arwah Daud meninggal?” Soalnya terkejut.

“Tak tahu.” Tipu gua.

“Arwah Daud meninggal sebab gantung diri.” Jawab adik arwah Daud tenang.

Gua terkedu. Tidak tahu apa yang mahu gua katakan. Gantung diri bermaksud membunuh diri. Gua tahu arwah banyak masalah, tetapi membunuh diri bukanlah jalan yang terbaik untuk menghapuskan semua masalah itu.

************************

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

P/S: Jika ada sesiapa yang mahu bertanya kisah ini kisah benar atau tidak, jawapan gua. Ya. Kisah ini adalah kisah benar. Al-Fatihah.

-TAMAT-

7 comments

January 1, 2012 at 10:39 AM

Hmm..agak sad juga sebab awak x pernah mengenali dia, cuma kenal suara saja kan...tapi kenapa dia ingin menjadi Tuhan mencabut nyawa sebelum ajal. Kalau boleh cite detail pasal nape dia suicide best!

January 1, 2012 at 12:29 PM

Kuburnya kering? wah... benar-benar buat aku insaf! betapa tuhan telah tunjukkan pada kamu yang diharamkannya itu adalah haram! dan dengan kuasanya juga dia membuktikannya-kuburnya kering! allahku'akbar!!

thanks for sharing!!

Anonymous
January 1, 2012 at 2:15 PM

agak sadis untuk permulaan 2012. hehe.

moga beringat. =)


-HEROICzero

January 1, 2012 at 10:00 PM

Bella Bell - gua harap setiap kali lu ingat kat aruahnya...lu sedekahkan dia al fatihah okey...gua caya sama lu...

January 2, 2012 at 9:32 AM

Kesiannye
punce bnh dri?


Waaaa sebak ase

January 2, 2012 at 6:23 PM

innalillah...


al-fatehah untuk arwah.semoga Allah mengampunkan dosanya..

January 2, 2012 at 9:38 PM

sedihnye.. :(..

daud tu mesti dah x larat nak lalui dugaan demi dugaan..

dia dh kehilangan tempat untuk meluahkan..

shgga satu thp die x mampu mengontrol perasaannye sendiri..

ape2pun lady tetap doakan agar Allah mengampuni beliau.. :(.. ameeennn..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...