Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, January 17, 2012

Hanyut : Tamat

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Sambungan dari kispen Hanyut : Satu .

++++++++++++++++++++++++++++++++

Aizam

“Awak suka musik?”

“Tidak. Tapi Hakimi suka,” kata Aizam.

“Awak! Mustahil tau kalau orang tak suka musik! Tak kisah apa jua genre, tapi musik itu mendamaikan. Musik itu satu cara untuk melepaskan rasa, atau kurang-kurang, lelah yang ada,”

“Lain orang, lain cara kan?”

“Tak!”

Cara aku melepaskan rasa, atau lelah yang ada, cuma sama ada di gelanggang, atau bersama kamu.


Suhaila

Hari ini, Suhaila terserempak dengan Hakimi, di cafe. Juga Aizam. Suhaila tidak pernah bercakap apa-apa dengan Hakimi. Tetapi hari ini, dia mahu mencuba. Hakimi, seperti biasa, rancak berbual dengan kawan-kawannya, disertai Aizam, yang cuma duduk diam dan tidak bercampur.

“Err, Hakimi, boleh saya cakap dengan awak sekejap?”

Kawan-kawan semeja mula riuh, dan mengusik. Biasalah, lelaki. Hakimi tersenyum, dan mengangguk. Aizam, hanya memandang. Dalam rasa sedikit cemburu, dia masih kagum dengan keberanian Suhaila.

Hakimi bangun, dan pergi beredar jauh sedikit daripada mereka.

“Ya, ada apa?”
“Awak dah baca surat saya?”
"Sudah,"
“Jadi, awak setuju?”

Hakimi diam. Suhaila ada mengajaknya untuk berjumpa. Sekadar keluar makan dan menonton wayang. Hakimi juga punya masa terluang hujung minggu ini, tapi dia tidak tahu. Ya, Suhaila cantik, dan juga lincah. Tapi, ada sesuatu yang menghalang Hakimi, sebenar nya.

“Baiklah,”

Suhaila tersenyum, dan hampir melompat!

“Jumpa nanti ya!”


Aizam

Hakimi memang celaka! Celaka!

“Dah lama tunggu?”

Suhaila mengangguk, perlahan. Aizam mengetap gigi, geram. Lagi-lagi Hakimi, lagi-lagi Hakimi! Celaka punya jantan. Apa lagi yang kau mahu! Aizam sekadar bentak di dalam hati. Mahu lepas, tidak terluah. Kadang ada fikir, tak sangka hanya kerana seorang perempuan, Aizam telah mencelakakan kawan baiknya sendiri.

Ah, ini semua diminta! Kalau saja Hakimi mengikut rentak, pasti Aizam tidak sebegini.

Aizam perhati wajah Suhaila. Mata nya sedikit bengkak. Baru selesai menangis, mungkin.

“Berapa lama kau tunggu dia?”

“Seharian,” Balas Suhaila, teresak-esak. Aizam tak sangka, bagaimana tegar untuk seorang lelaki, membiarkan sahaja seorang gadis biar menunggu seharian lama begitu?

“Dia lupa, mungkin,”
“Kenapa awak mahu bela dia? Awak sepatutnya pujuk saya!” Suhaila menjerit, dan kembali menangis.

Aizam memeluk lembut bahu Suhaila, dan menepuk perlahan. “Sudahlah,” Suhaila menyandarkan muka ke bahu Aizam, dan mula meraung, semahunya.

“Sudahlah,” ulang Aizam.

Selang tak lama, tangisan Suhaila mulai reda. Aizam tidak pasti sama ada Suhaila sudah lega menangis, atau sudah penat. Tapi, akhirnya dia berhenti. Aizam meleraikan pelukan dan berkata,

“Pulanglah Suhaila. Dan rehat. Semoga esok semuanya akan baik-baik sahaja,”

Suhaila tersenyum sinis, dan mengesat air mata nya.

“Awak pun tahu itu semua tak akan berlaku,” Suhaila bangun, dan terus beredar.

Aizam cuma sekadar melihat, dan memandang gadis pujaannya berlalu pergi, hanyut terus dalam perasaannya.

Biarkan, ada perkara yang dia harus selesaikan bersama Hakimi!


Hakimi dan Aizam

Hakimi, yang baru selesai mandi itu, tersentak dengan jeritan Aizam. Apa hal gila dia ni?

“Kimi! Mana kau?”
“Ada ni, apa hal?”

“Kau jangan nak buat kelakar! Aku tanya, mana kau tadi sial!” Bentak Aizam, seraya mencekak leher baju Hakimi. Hakimi yang hampir terjatuh, hanya diam memandang muka Aizam yang kemerahan, menahan marah.

“Aku sibuk,”

BANG!!

Satu hayunan padu singgah ke pipi Hakimi. Hakimi jatuh terduduk, terus ke almari baju. Aizam memandang geram, dan mengangkat Hakimi bangun. Dia masih belum puas! Leher baju Hakimi dicekak lagi,

“Kau tahu tak berapa lama dia tunggu kau?” jerit Hakimi sambil menggenggam penumbuk. Satu lagi bakal dilepaskan.

“Woi! apa jadi ni?” Dini, budak bilik hadapan tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

Hakimi mengangkat tangan, menyatakan isyarat kepada Dini untuk tidak masuk campur.

“Cool, Aizam, cool,” kata Dini, dan terus menutup pintu bilik, dan beredar.

Keadaan kembali tegang. “Takkan kau nak belasah aku sebab seorang perempuan?”

Aizam diam, dan melepaskan Hakimi. Dia menolak Hakimi, kuat. “Habis, kenapa kau buat dia macam tu?”

Hakimi diam sebentar, beri masa untuk Aizam reda. Dia juga mahu menghilangkan kesan penumbuk yang pedih, dan kebas itu.

“Kau suka dia kan?” Kata Hakimi.
“Kepala hotak kau! Dia suka kau!”

“Ya, mungkin dia suka aku, tapi kau suka dia kan? Come on, Aizam. Kau, aku kenal kau. Dengan kami, dengan kawan-kawan lelaki pun, kau tak pernah berbual. Tak pernah bersembang, tapi kau boleh layan kerenah dia, sepanjang petang di gelanggang. Kau tak pernah peduli benda lain. Hanya gelanggang kau, dan dia. Jujur saja, Aizam. Kau suka dia kan? Aku minta maaf. Kau pergi lah jumpa dia, dan berterus-terang.”

Aizam diam. Mahu saja dia nafikan, tapi entah.

“Sudah lah kawan. Kalau betul kau sukakan dia, kau pergi jumpa dia. Luahkan semua rasa. Atau mungkin, kau pelan-pelan. Berkawan dulu dengan dia. Teman dia lagi, setiap petang di gelanggang. Ambil masa. Paling tidak pun, kau ajak dia keluar makan, tonton wayang, atau apa sahaja. Luang masa dengan dia. Lama-lama dia akan sedar yang kau suka dia, untung-untung dia pun akan sukakan kau,”

“Kau diam lah, tak payah nak ajar aku,” Jawab Aizam, dan terus duduk.

Hakimi duduk sebelah Aizam.

“Sakit?” Tanya Aizam.
“Kau nak rasa juga?” Jawab Hakimi, berseloroh.

Aizam senyum, dan mereka terus duduk, sama-sama menikmati lagu Last One To Die, sampai habis.


.END.


22 comments

January 17, 2012 at 9:27 AM

hakimi :)

January 17, 2012 at 9:47 AM

hahah..poyo je aizam..hahah..hari tu aku sokong aizam..ni mcm nak sokong hakimi pulak...hahhaha..biarlh lain..

January 17, 2012 at 10:43 AM

ade lg ke nk mnanti seharian?

thanx update

mmg mnantikan cte ni

uwaaa penantian stu pnyeksaan

Hakimi come to mama HAHA

January 17, 2012 at 10:54 AM

eleh. ntah ye ntah tak kimi tu. nampak macam cool macam macho beralah ngan besfren. ntah-ntah dalam bilik air nangis tak berlagu

January 17, 2012 at 11:21 AM

ceh... dah baca awal lain rasanya.

tak tahu nak komenlah... ;p

January 17, 2012 at 11:26 AM

owh, chenta remaja...muahahhahaa

January 17, 2012 at 11:43 AM

best gaduh2 cenggini..tapi dalam hati ada taman..

January 17, 2012 at 12:02 PM

hehehehe.. tak tahu nak komen apa

January 17, 2012 at 12:41 PM

arhhh! kenapa aku tak rasa awesome macam episod mula2 hari tu!

kau lah ni.jenis suka sambung2. boleh potong mood aku juga ni. *tumbuk2 bantal

January 17, 2012 at 12:42 PM

yg berjiwa atlit je suka release tension dgn aktiviti kesukanan...

January 17, 2012 at 2:56 PM

kenapa.. macam.. lain??

January 17, 2012 at 5:22 PM

tapi kan, lelaki selalu macam ni kan..
hanya lelaki yang memahami isi hati lelaki..kekekee..
:D

January 17, 2012 at 6:25 PM

ah...bencik hakimi..kot ye pun nak reject jgn la gitu..kejam sgt!!!


go aizam, go aizam...


tp, benci-benci kat hakimi pun, sokong dia..hahaha..


nice bro..cuma, brani ke aizam tu nk luahkan rasa??? bajet cool je.. :)

January 17, 2012 at 7:26 PM

aku suka watak aizam. cool. kena dengan ciri- ciri lelaki idaman aku. kah3. pehhh. ada pulak lelaki idaman aku ni. hahaha.



tapi, apa ending dia woi?? aizam dengan si suhaila tu ke?

January 17, 2012 at 7:26 PM

aku suka watak aizam. cool. kena dengan ciri- ciri lelaki idaman aku. kah3. pehhh. ada pulak lelaki idaman aku ni. hahaha.



tapi, apa ending dia woi?? aizam dengan si suhaila tu ke?

January 17, 2012 at 8:21 PM

bg hero,suha senyum je bace

January 17, 2012 at 8:50 PM

ending dia rasanya dua dua tak dapat awek suha tu...dua dua tak serius...

January 17, 2012 at 9:03 PM

Oh.. akhirnya ngaku jugaklah tu si Aizam. Cayalah hakimi! Aku suka watak 'jahat' hakimi hehe.. mesti dia ni hemsemkan wakakaka...

best citer ni HeroicZero!

January 18, 2012 at 4:42 AM

LOL... gitu je ke ending dia?? Nak tau Aizam dengan Suhaila ke tidak.. hehehe.

January 18, 2012 at 1:48 PM

Wadi AR , Suhaila :)

Tuan Cimot , haha boleh eh tukar2 ? tak apa dua2 watak utama . =)

Iffah Afeefah , ada .. True story.

amamot , haha yang itu tak tahu lah . mungkin ? =)

Bidadari Syurga , siapa suruh baca dulu !

Asrul "iLham" Sany , yang tulis ni pun muda remaja juga ! eheheh !

Lady Windsor , dalam hati ada taman ya ? hehe belagak macho je tu .

Khairul Antasha , tapi still komen ? thanks ! =)

aleen aiden , k .

blog-tips-kurus , kamu juga ?

asip محمد , apa.. yang.. lain??

Teenager Housemaid , hanya lelaki yang kenal lelaki . eh ? =)

marcella , lain orang lain cara . dia dah pilih begitu . heheh .

Bella Bell , haha yea ? ending dia , entah . =)
Bila Suha Memegang Pena , terima kasih untuk senyuman itu , suha . =)

EL MARIACHI , hahahaha abang bro pandai2 buat ending sendiri !

Nong Andy , thanks hey ! =)

reenapple , kira nya akhir sekali Aizam tu dgn Suhaila la kot . hehe

January 19, 2012 at 9:32 PM

nilai sebuah persahabatan..
sakit dr sudut lain.. manis di sudut lain.. :)..

January 20, 2012 at 12:50 AM

ada lah sikit sikit macam aku jangkakan..
hee

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...