Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 25, 2011

Amirdihah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
theunedited@gmail.com


“Awak marah saya?” Tidak terus dibalas soalan itu. Sedetik dua masa berlalu kosong. Ah, detik berikutnya juga kosong. Masih belum berjawab.

“Awak… masih marahkan saya?” Soal dilontar semula. Biar disusun dengan kalimah baru, agar yang kusut untuk dirungkaikan sampai tak berjawab itu mampu bisa lerai dan disambut kali ini.

Tapi masih sunyi.
Yang bertanya jadi kelat melontar soal lagi, dan yang ditanya masih belum beralihpun pandang pada lempar padang di depan. Barangkali, hijau bumi tuhan ini terlalu menghairahkan fikirnya sampai gagal susun suara Madihah menarik sedarnya walau seketika.

Waktu itu, kicau burung berlagu amat asyik. Ah, barangkali, hanya momen ini yang mampu buatkan Madihah sedar yang burung itu berkicau, dan mereka ada suara untuk didengar juga. Barangkali, selama ini dia hanya tahu yang marhaen seperti dia saja yang bijak berkomunikasi antara jiwa; selebihnya hanya kejadian tuhan yang tidak sengaja dan tidak ada apa-apa.

Barangkali, Madihah sendiri berfikirnya yang rupa-rupanya semuanya lebih besar dari apa yang dia dan golongan dia besar-besarkan selama ini gamaknya.

“Dihah” 
Oh dia boleh bersuara!

“Andai berkocakpun muka tasek, tidaklah beerti dasar dalamnya perlu terusik. Barangkali, ada jemari kaki yang tumpang mencemar pada lanjut sidai di jeti tepi. Maka, harus saja tasek itu sendiri tidak mampu sediakan apa-apa selain diam menunggu, agar riak mukanya kembali sejuk seperti dulu.”

“Cumanya, ia bukan hal sekejap masa, dan mungkin sedar-sedar kamu sudah lelah menuggu, dan kocaknya belum redha henti lagi”.

“Maksud awak, marah awak takkan pernah reda walaupun salah saya tak sebesar mana”
“Dan sudut mana bahasa saya ini yang mengatakan saya marahkan kamu Madihah?”

Mana?
Oh.
Mana-mana saja lah!

“Ya, mana-mana sajalah. Dengan riak seperti itu takkan awak masih katakan tidak pada marah untuk saya? Saya tahu saya bersalah. Saya tahu hal itu sepatutnya bukan begitu. Saya tahu saya salah” dan suara menjadi serak-serak basah akhirnya.
Benci.
Benci bila kelopak mata kurniaan Maha Esa ini terlalu longgar dari mengemas pegangnya pada jernih-jernih sebak kanta mata. Mahu juga ia tiris dan bocor melintas celah-celah bibir mata dan dibiar lihat pada si Amir muka sejuk. Sejuk yang amat, hingga bahasanya satu pun tak terjemah oleh fikir Madihah.

“Dan kali ini, sudut mana pulak saya katakan Madihah saya ini salah?” Kali ini? Bukan semua bahasanya pun menjurus kepada hal yang sama. Madihah yang bersalah. Madihah yang buatkan dia marah. Madihah yang buatkan semua ini terlalu sunyi sampai bumi lebih bising dari marhaen yang lain! Dan masih lagi Madihah yang salah?

“Siti Madihah….” Suara Amir menjadi isi sekali lagi. Kali ini selepas Madihah memilih untuk esak jujurnya menjadi ‘bridge’ selepas chorusnya gagal-gagal dijawab Amir.
Oh.
Ok.
Dijawab Amir. Tapi dengan rangkap, pembayang dan tajuk yang lari jauh.
Mereka ibarat kambing dan lembu yang berbicara dalam bahasa sendiri untuk memilih siapa yang akan disembelihkan untuk aqiqah. Masih perlu mencari penyelesaikan pada suntuk masa, tapi gagal berbicara dengan frequensi suara yang bisa diterjemahkan satu sama lain.
Ya, tak ubah seperti itu.
Seperti kambing dan lembu.
Memang melembukan.

“Siti Madihah ku sayang” Kali ini baru ada nada memujuk. Barangkali, kekunci pengikat kelat pada wajah Amir sudah terlalu penat ketegangan, maka terlonggar sedikit pegangnya dan terbitlah riak risau dari wajah ‘sesejuk’ Atlantika tadi.

“Siapalah saya untuk marahkan Madihah. Tambah pula, pada Madihah yang tidak ada salah untuk saya terbitkan marahpun. Andai ada silap, sudah pun saya lupakan seterbitnya ia. Ah, kita semua marhaen yang tidak pernah mampu lari dari terseliuh itu ini. Maka, harus saja saya maafkan kamu, kerana esok, kemaafan itu saya perlukan juga dari kamu”

“Jadi kenapa begini?”
“Begini yang bagaimana?”

“Kenapa harus muka sesejuk bumi. Harus diam dari sebarang kata. Harus melempar sejauh pandang dan biar kewujudan saya ini bukan satu kepentingan”

“Oh, itu”
“Itu yang bagaimana”
“Itu bukan salah kamu”

“Dan harusnya salah siapa? Awak yang salah Amir? Kalau salah awak, kenapa saya yang dihukumkan”
“Saya tidak menghukum awak Madihah”

“Oh. Ok. Tidak menghukum saya. Tapi awak mendera saya. Awak mendera jiwa Madihah saya. Awak buatkan saya seperti layang-layang yang hilang tali pegangnya bila mana sudah awak apung tinggi-tinggi selama ini. Dan itu awak kata tidak menghukum saya”
“Maaf, andai itu yang awak mahukan Madihah”

“Dan hanya maaf cukup untuk semua ini ke awak? Hanya maaf?”
“Setidaknya untuk permulaan.”

“Dan kemudian awak kembali menjadi Amir yang lupakan maaf awak dan kembali menyeksa saya dengan kewanitaan saya”
“Tiada siapa yang harus terseksa, kerana saya tidak menghukum sesiapa”

“Action speak louder than word. Awak jangan menjadi menteri dunia yang gah berkata tinggi, tapi berpijak serendah darjat dalam tindakan. Berkata itu tetapi berini dalam tindakan. Itu bukan Amir untuk saya!”
Dan Amir senyap.

Bukan mengaku kalah, Cuma mengaku yang diam itu lebih baik.
Madihah bukan gadis yang boleh dimainkan perasaan dan sebab itu bukanlah mahu dimainkan dia sedetik pun.
Dan kali ini, biar sunyi bumi menjadi pengisi.
Biar kicau burung tadi jadi teman.
Oh.
Tak ada.
Burung sendiri sudah lari.

Barangkali, notasi mereka tadi terlalu kemerekaan, sehingga burung-burung sendiri menjadi malu untuk tumpang pasang telinga. Ah, burung-burung bukan seperti manusia lain yang pandai mencari itu ini dalam dunia sekeliling semata-mata untuk menutup itu ini dalam dunia mereka. Burung-burung tahu yang mereka sendiri tidak pernah lari dari silap, jadi tidaklah mereka menghebab khilaf lain; agar Maha Esa tutupkan khilaf mereka di Luh-Mahfus sana nanti juga.

Dan Madihah bangun.
Dia bawa lari esak tangis dia tadi bersama.
Kali ini Amir kosong.
Tiada kicau burung, mahupun esak gadis manis berlesung pipit halus di bibir kemerahan kirinya. Ya, hanya bibir kiri.
Kini dia sendiri.
Melontar memandang hijau bumi Tuhan sekali lagi.

Dan hujan turun.
Maaf.
Hanya gerimis.
Berdikit-dikit menjadi teman pada Amir yang keseorangan.

“Maaf Madihah” berbicara sendiri.
“Aku yang salah”
“Dan barangkali aku menghukum kamu tanpa aku sedar, walau yang aku hukumkan adalah aku”

Oh.
Dan semuanya tergantung begitu. Tergantung pada Madihah mencari punca. Tergantung pada Amir yang mencari kesudahan. 

Yang turun jatuh hanya gerimis pagi itu.
Dan ‘muka tasek’ kembali beriak; biarpun dia sedaya mahu untuk diam menjadi pendengar yang sunyi.

***

Marah bukan untuk disimbah. Biar lemaskan dengan sejuk hati dan sabar. Esok, bila reda, baru lagu bisa kedengaran lebih merdu dari semalam dan air bisa lebih jernih dari keruh sungai hari ini.
*senyum*

10 comments

December 25, 2011 at 9:08 PM

...x dapat mengesan punca marah antara amir dan madihah...tapi Unedited punya gaya bahasa kita like...lain daripada kebiasaan...

December 25, 2011 at 9:10 PM

bhse gempak

kagum seketike

December 25, 2011 at 11:52 PM

biarkan, mungkin?

biar semua sudah tenang, dengan waras2 yang ada baru bicara semula.

=)

December 26, 2011 at 1:15 AM

senyum. ;)

December 26, 2011 at 6:38 AM

ase cm suweet dlm marah pulak cite ni
heeee
bes! :)

December 27, 2011 at 3:11 AM

bahasa madihah, amir sj yg faham..vice versa..

December 27, 2011 at 8:04 AM

abang bro pu8nya comment? IGNORANCE IS A BLISS...

December 27, 2011 at 8:28 AM

Lady Windsor
Iffah Affefah
aimie amalina
hanaahmad
mega senja
EL MARIACHI
maaf kerana kispen ini terbiar bergantung. saya akan menulis dengan lebih baik nanti. Terima kasih semua yang membaca dan memberi komen.

HEROICzero
tetapi, dalam kispen, masanya terlalu pendek untuk dibiar berlalu saja tanpa kata 'ini penamatnya'. kan?

December 30, 2011 at 7:48 PM

Oh.. utk pembaca 'jenis aku' ia terlalu payah untuk diproses.. Bahasanya secanggih bahasa usman awang.. dan pembaca 'jenis aku' memang tak tercapai penghayatannya.. hingga yang aku dapatkan hanyalah kebingungan hehe..

* ia kispen yang berat.. (padaku!)

January 4, 2012 at 12:50 PM

Nong Andy
maaf.
sebenarnya cerita disini dibiar terbuka untuk penafsiran. atau bahasa pasarnya terbergantungan.
maka tak salahlah untuk sahabatku tak memahami sepenuhnya cerita ini.
tak apa.
ini baru permulaan.
akan ditulis yang lebih baik dan lebih terang bagi naskah yang akan datang ya.
insya'Allah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...