Sofi merasakan dirinya seolah-olah terkena badi. Badi kerana sudah berkali-kali ditinggalkan kekasih hati saat cinta diberi. Dimana silapnya, dia sendiri tidak pasti. Segala yang berlaku bagaikan sebuah mimpi ngeri. Sofi akui, dia terlalu mudah untuk mempercayai ucapan manis dari mulut lelaki sehingga membuatkan luka lama berdarah kembali. Cukuplah setakat ini… Tidak mungkin baginya diibaratkan bagai timba mencari perigi. Daripada merendahkan maruah diri mencari lelaki mengisi kekosongan hati, ada baiknya kali ini dia cuba untuk hidup berdikari.
“… Jom balik. Naik tepu otak aku hadap kerja yang tak pernah nak habis ni…!!!”. Rungutan kecil dari Sofi menghadirkan senyuman di bibir Rini. Lucu baginya melihat riak kebosanan yang terbit di wajah Sofi. Sudahlah punyai bibir yang munggil, muncung pula hampir serupa dengan cencorot yang kehilangan keju akibat dicuri. Sekali pandang, saling tak tumpah bagai ikan buntal yang berduri. Namun begitu, terselit kelembutan dalam wajah Sofi. Sifat kemanjaan Sofi yang semulajadi menjadikan dirinya mudah untuk disayangi.
****************
Eksiden di stesen LRT petang tadi benar-benar meninggalkan perasaan bengang dalam diri Sofi. Tidak sepatutnya dia melayan lelaki tiga suku tersebut hanya kerana berebutkan sebuah kerusi. Sudahlah mereka bertengkar dengan nada yang tinggi, rini di sebelah pula terus-terusan menarik lengannya mengajak pergi. Mungkin bimbang pertengkaran semakin menjadi-jadi meskipun saat itu kemarahan Sofi bagaikan ingin meletus bak gunung berapi.
"...jangan sangka awak boleh tarik perhatian lelaki dengan suara yang tinggi jika awak tidak miliki budi pekerti dalam diri...".- AIZAD
Bagaikan satu tamparan hebat bagi Sofi saat sindiran tersebut diucapi. Sofi akui, semenjak hubungan cintanya putus di tengah jalan, dia jadi begitu aggresif dalam mempertahankan pendirian diri lebih-lebih lagi tika berhadapan dengan lelaki.
"...Jangan pula awak sangka perempuan suka dengan lelaki yang pandai bergaya tapi langsung tiada budi bahasa...".- SOFI
Aizad melepaskan satu keluhan berat. Tidak pernah sesekali dia bertengkar dengan seorang wanita namun petang itu bagaikan satu sejarah telah tercipta dalam hidupnya. Kata-kata balasan yang keluar dari mulut gadis di hadapannya benar-benar meninggalkan persoalan di minda. Benarkah dia lelaki yang tiada budi bahasa? Aizad lantas memejamkan mata malas untuk memikirkan sebarang jawapan yang pasti menyesakkan jiwa.
****************
"...Kau biar betul...?? Mamat tiga suku tu staff baru kat sini...??". Soal Sofi. Anggukan kepala Rini mendatangkan pelbagai idea nakal di benak pemikiran gadis genit itu. Aizad pula, nyata terkejut saat diperkenalkan kepada Sofi. Sungguh, apa yang terjadi langsung tidak terduga baginya.
Minggu pertama Aizad mula bekerja, masing-masing tidak bertegur sapa. Bagi Sofi, biarlah Aizad rasa selesa dahulu bekerja di syarikat itu. Namun, setelah lima bulan ditugaskan bersama, pelbagai masalah telah dicipta oleh Sofi ditujukan khas kepada musuhnya. Dimulakan dengan lambakan kulit pisang di atas meja sehinggakan lelaki itu mendapat gelaran monyet olehnya hinggalah kes kehilangan seluar kerja yang dipakai Aizad setelah pulang dari menunaikan solat Jumaat dengan berkain pelekat. Aizad percaya, segala yang terjadi berpunca dari Sofi. Maka dengan itu, dia lebih rela untuk mendiamkan diri. Hari berganti hari, kehadiran Sofi semakin bertapak di hati tanpa Aizad sendiri sedari. Dan Sofi, semakin merindui usikan Aizad yang dahulunya menyakitkan hati tetapi kini hilang menyepi.
****************
"... Detik waktu yang pantas berlalu tidak membawa sebarang perubahan antara kau dan aku. Mengapa terlalu sukar untuk kau beri peluang kepadaku hanya kerana dendam akibat terluka ditinggalkan kekasih dulu...?? Walau jauh beribu batu, aku masih dapat mendengar getar di hatimu saat kita bertemu kerana aku tahu, kau juga punya perasaan terhadapku. Meski kau berkeras ingin menolak cintaku, di hatiku kau tetap satu antara beribu..." – AMIR AIZAD
"... Maaf... Aku tak mungkin dapat menerima cinta darimu... Tak usah memujuk, tak perlu merayu kerana kini pendirianku cuma satu... Segala janji yang ditabur oleh kaum Adam sepertimu ternyata palsu. Diri ini lelah ditipu sehinggakan ku didik hati ini menjadi sedingin salju. Usah bertanya apakah perasaanku terhadapmu kerana aku sendiri tidak tahu. Walau kadangkala hati ini meronta akibat dipukul ombak rindu kepadamu, namun ku biarkan ia mati seiring hembusan bayu..." – SOFFIYA SAFFIYAH
****************
Tiga tahun kerja bersama, namun mereka bijak dalam menyimpan rahsia. Gelora jiwa antara mereka tidak sedikit pun dapat dihidu oleh sesiapa. Satu ketika, Sofi terpandang kepingan kertas ungu lembut terselit di celah-celah diarinya.
"... Andai hatimu kecewa kerana cinta yang ditinggalkan,
Izinkanlah aku ubatinya dengan secalit kebahagiaan..."
- AIZAD-
Lantas pen diambil untuk meluahkan rasa yang terpendan di jiwa....
"Sukar hati ini untuk menyemai cinta setelah hati dikecewa...
Aizad.... Mengertilah... Kerana cinta hatiku merana... Tanpa cinta hidupku tak sempurna..."
- SOFI -
16 comments
hayoooooo
kenapa sofi kerassss sekali..huuu
tapi cinta itu punyai kuasa membuat hati semakin membatu andainye pernah disumpah menjadi sebegitu..wuwuwu
besh2!=]
jatuh cinta sakit bukan...?
aimie amalina : kadangkala kita perlu keraskan hati untuk hindari dari kecewa hati...
bidadari syurga : yeappp....tapi kehilangan cinta bisa membuatkan hati mati...
menyentuh ke tangkai hati..
"... Andai hatimu kecewa kerana cinta yang ditinggalkan,
Izinkanlah aku ubatinya dengan secalit kebahagiaan..."
- AIZAD-
Lantas pen diambil untuk meluahkan rasa yang terpendan di jiwa....
"Sukar hati ini untuk menyemai cinta setelah hati dikecewa...
Aizad.... Mengertilah... Kerana cinta hatiku merana... Tanpa cinta hidupku tak sempurna..."
- SOFI -
kalau aku , aku ambil pen tu balik , aku balas ,
"Okaybai"
keh3x~
PENAT DENGAN CINTA.....
LUKA LAMA MASIH BERDARAH.....
ladybird : hamboiii....siap copy+paste lagi skripnyee...heee
heroiczero : dah takde space dah untuk tulis even just "bye'....lalalalalala
ilahoneybunny : tapi jangan sampai nafikan cinta tika ia hadir membuai jiwa...*cethhh...ayat takleyh blaa..
alaaahai.asal lambat sgt amek masa sampai tige tahun.
**nway dorg nihh sweet. hee^^
berbaloi ker?
menahan diri hanya kerna gara-gara kecewa pada cinta lalu.manusia terlalu sombong untuk itu.tak tau nak buktikan untuk apa.
*maaf tegur: untuk penggunaan 'NIYH' sangatlah tidak sesuai dalam penulisan yang macam ni.
kalau rasa 'kecewa' itu ditunjukkan lebih 'mendalam' rasanya cerita ini boleh lebih 'difahami' oleh audien
percubaan yg baik
:D
stalker hebat : sebabnye dah pelbagai usaha yg aizat lakukan utk mendapatkan cinte sofi tp tetap tak berjaya...
ghost writer : yeap..manusia terkadang terlalu sombong kerana keegoan yg menebal dalam diri...
*thanx tegur...akan diperbaiki dari masa ke semasa...
asrul ilham sany : ouwhhh...terima kasih... :)
.jangan sangka awak boleh tarik perhatian lelaki dengan suara yang tinggi jika awak tidak miliki budi pekerti dalam diri
hahaha
hemmm...lambat laun lembutler hati sofi tu...aizad jangan give up...and try your best!
aku setuju dengan ghost atas penggunaan perkataan itu.
*cerita ini cukup dekat dengan aku. hati aku barangkali sekeras hati sofi. susah nak faham. hmmm.
kerana cinta hatiku merana,tanpa cinta hidupku tak sempurna...
sangat mendalam maksudnya..macam terkena batang hidung sendiri..
tapi bukankah itu petanda sofi menerima huluran kasihnya?? :)