Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Bella Bell. Show all posts
Showing posts with label Bella Bell. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Kubur Itu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Setiap kali gua pergi ke kawasan perkuburan, pasti gua akan terkenangkan seseorang. Seseorang yang gua sendiri tidak pernah berjumpa di alam nyata. Hanya mengenali seseorang itu melalui suaranya yang gua rasa macho. Biarlah gua kenalkan seseorang itu dengan nama Daud. Namanya benar atau tidak, itu belakang cerita. Cerita sekarang, lu teruskan sahaja membacanya.

**********************
5 tahun lepas..

Masa tu gua masih belajar di tingkatan 5. Gua belajar di sebuah sekolah yang boleh dikatakan jenis berasrama penuh. Satu hari tu gua balik ke kampung untuk bercuti. Biasalah bila balik ke kampung ni gua suka menonton televisyen sampai ke lewat malam. Sedang gua leka menonton rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen, tiba- tiba telefon rumah gua berdering. Oh lupa gua nak cakap. Masa tu gua masih tak de handphone lagi. Telefon rumah adalah alat komunikasi yang penting bagi gua.

Gua angkat telefon tersebut sebab hanya gua yang masih berjaga malam tu. Gua dengar suara di hujung talian adalah seorang lelaki yang gua tak kenali. Ahhh. Dia salah nombor rupanya. Gua letak ganggang telefon setelah gua cakap dia tersalah nombor. Kemudian telefon rumah gua berdering lagi. Gua angkat dan masih lelaki tadi yang menelefon. Sudah berkali- kali gua cakap dia tersalah nombor.

Gua naik berang, tapi lelaki di sebelah sana terus menelefon walaupun sudah gua cakap dia tersalah nombor. Oleh kerana gua tidak mahu mengganggu ketenteraman malam yang mungkin akan menyebabkan tidur orang tua gua terganggu, gua layankan juga lelaki di hujung talian yang hanya mahu dikenali sebagai Daud dan tinggal di sebuah kampung juga dalam daerah tempat gua tinggal sekarang. Fuhhh, kebetulan sungguh.

Perkenalan malam itu menyebabkan Daud acap kali menelefon gua. Seminggu gua di rumah, seminggu itulah juga dia menelefon gua. Gua hanya layankan dan hanya menggangap Daud sebagai kawan baru gua. Gua jadi suka bercakap dengan Daud kerana dia banyak memberikan nasihat yang berguna kepada gua. Dia juga ada bercerita mengenai keluarganya yang banyak ditimpa masalah. Dari situ dapat gua tafsirkan Daud bukanlah seorang yang senang. Daud adalah orang kampung yang sangat miskin dan mempunyai masalah kesempitan wang.

Sebulan kemudian..

Gua jadi gusar. Sudah seminggu Daud tidak menelefon gua. Sejak perkenalan sebulan yang lepas, gua dan Daud selalu juga berhubung. Walaupun gua sudah balik ke asrama, gua akan menelefon handphone Daud dengan menggunakan public phone di asrama gua ni. Cuma gua jarang- jarang mahu menelefon Daud.

Dan sekarang gua sudah balik semula ke rumah untuk cuti hujung bulan. Tapi Daud tidak menelefon gua. Ahhh. Ke mana pula mamat ni menghilang. Gua nekad, biarlah gua yang menelefon Daud dahulu. Gua jadi risau.

Malam tu gua menelefon Daud. Ada yang mengangkat, tetapi bukan suara Daud. Yang kedengaran hanyalah suara seorang perempuan dan kedengaran juga sayup- sayup suara orang membaca surah Yaasin.

“Hello. Siapa ni ea?” Soal orang di hujung talian.

“Err. Saya kawan Daud. Daud ada?” Gua menjawab lembut.

“Daud? Emm. Saya ni akak Daud. Minta maaf. Daud dah tak de. Daud dah meninggal” Akak Daud bersuara sambil menangis.

Gua terkejut. Gua terkasima. Betul ke apa yang gua dengar ni?

“Dah meninggal? Bila? Sebab apa?” Soal gua bertalu- talu.

“Arwah meninggal petang tadi. Dia.. Dia.. Dia tergelincir kat dalam bilik air.” Jawab akak Daud.

Sebulan kemudian gua ajak kawan gua, Farhana untuk menemani gua pergi ke kubur arwah Daud. Kebetulan yang sangat kebetulan, Farhana kenal dengan kawan- kawan arwah Daud dan adik arwah Daud. Ohh. Kecilnya dunia ni.

Sampai ke kubur arwah Daud yang ditemani oleh adik arwah Daud sendiri, gua dan Farhana menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Gua lihat kubur arwah Daud. Kenapa? Kenapa kuburnya kering kontang? Sedangkan kubur- kubur lain lembab dan basah. Kawasan perkuburan itu juga basah. Ya, baru lepas hujan.

Gua yakin malam tu akak arwah Daud tidak mahu memberitahu hal yang sebenar kepada gua. Lalu gua beranikan diri untuk bertanya kepada adik arwah Daud bagaimanakah arwah meninggal dunia.

“Emm. Nak tanya boleh? Macam mana arwah boleh meninggal ea?” Soal gua seperti tidak tahu apa- apa.

“Eh. Awak tak tahu lagi ke sebab apa arwah Daud meninggal?” Soalnya terkejut.

“Tak tahu.” Tipu gua.

“Arwah Daud meninggal sebab gantung diri.” Jawab adik arwah Daud tenang.

Gua terkedu. Tidak tahu apa yang mahu gua katakan. Gantung diri bermaksud membunuh diri. Gua tahu arwah banyak masalah, tetapi membunuh diri bukanlah jalan yang terbaik untuk menghapuskan semua masalah itu.

************************

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

P/S: Jika ada sesiapa yang mahu bertanya kisah ini kisah benar atau tidak, jawapan gua. Ya. Kisah ini adalah kisah benar. Al-Fatihah.

-TAMAT-

Sunday, December 4, 2011

Andai Si Dia Untuk Kita

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Bella Bell

Alhamdulillah. Pertemuan yang telah di aturkan Nadia setahun yang lepas telah membawa Haziqah dan Hazrul ke jinjang pelamin. Dan insan yang paling gembira ketika majlis perkahwinan Haziqah pastinya Nadia. Bagi Nadia, kegembiraan sahabat baiknya itu adalah kegembiraannya juga. Kebahagiaan yang telah tercipta hasil dari pertemuan yang telah di aturkan dirinya kini membuahkan hasil.

“Tahniah Haziqah. Kan gua dah cakap, lu dengan Hazrul memang secocok. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Aminnnn.” Ikhlas ucapan yang di beri oleh Nadia kepada Haziqah sambil memeluk erat sahabat baiknya itu.

Nadia tersenyum sambil mengalirkan air mata. Ada dua makna pada air matanya itu. Pertama air mata kegembiraan dan yang ke dua air mata kesedihan.

***************

Setahun sebelum itu...

“Nadia. Tolong carikan aku sorang lelaki yang boleh bimbing aku. Aku bukan desperate, tapi setiap kali aku kenal lelaki pasti mereka selalu buat aku sakit hati. Aku sedih sebenarnya. Aku perlukan seorang lelaki yang betul- betul dapat buat aku bahagia dan dapat jadi suami aku.” Haziqah melempiaskan rasa yang terbuku di hatinya selama ini kepada sahabat baiknya, Nadia.

“Lelaki yang baik? Emm. InsyaAllah gua akan tolong carikan. No worries. Gua pun kenal ramai gak ustaz sejak akhir-akhir ni. Nanti gua carikan lu sorang yang betul-betul sesuai untuk lu ok, sayang?” Nadia memberi 1001 harapan kepada sahabat baiknya itu. Cukup membuatkan Haziqah rasa tenang.

“Thanks friend. Kau la sahabat baik aku dunia akhirat kau tahu. Sayang ko sangat-sangat.” Ucap Haziqah kepada Nadia.

Nadia hanya tersenyum. Di dalam kepalanya telah terlintas seorang yang betul-betul sesuai dengan Haziqah. Ya. Sudah ada seorang calon yang mungkin dapat membahagiakan Haziqah, dan pada Nadia, mereka adakan menjadi pasangan yang paling secocok dan serasi. Nadia tersenyum dalam hiba.

Selepas pertemuan Haziqah dan Nadia,

“Nadia. Bukan lu sayang sangat ke kat Hazrul tu? Kenapa lu sanggup perkenalkan Hazrul kat kawan baik lu sendiri? Lu tak kisah ke kalau Hazrul jatuh ke tangan orang lain?” Soal Zul kepada Nadia.

“Biar la. Gua rasa Hazrul la calon yang paling sesuai untuk gua kenalkan kepada Haziqah. Memang la gua sayang gila kat Hazrul tu. Sangat sempurna sebagai seorang lelaki yang boleh gua jadikan suami lu tahu! Tapi tak pe la, gua bukan baik sangat untuk seseorang yang baik macam Hazrul. Hazrul terlalu baik untuk gua.” Jelas Nadia kepada Zul.

“Hazrul tahu lu sayang dia?” Soal Zul lagi.

“Gila ke lu ni? Mesti la Hazrul tak tahu. Sebab tu gua berani perkenalkan Hazrul kepada Haziqah. Mereka secocok gua tengok. Dua-dua baik, dua-dua alim, dua-dua dah dapat pangkat haji dan hajah even usia masih muda. Senang cakap, dua-dua sesuai la untuk di jadikan pasangan suami isteri. Gua harap apa yang gua buat ni betul. Gua doakan perkenalan mereka yang akan gua aturkan sampai juga ke jinjang pelamin.” Tinggi harapan yang Nadia pertaruhkan pada agendanya sendiri.

“Lu tak menyesal ke Nadia?” Zul masih tidak berpuas hati.

“Gua hanya akan menyesal kalau gua pentingkan diri gua sendiri. Perempuan baik untuk lelaki baik. Dan lelaki baik untuk perempuan yang baik juga.” Jelas Nadia.

Dan sekarang, Nadia sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik supaya dia juga akan dapat seorang yang baik. Hazrul bukan la jodohnya. Hazrul adalah untuk Haziqah, Haziqah adalah untuk Hazrul. Dan Nadia, InsyaAllah mungkin akan dapat yang lagi baik untuk dirinya sendiri. Walaupun lelaki itu mungkin bukan terlalu baik seperti Hazrul tetapi cukuplah terbaik di mata Nadia dan dapat membimbing Nadia. InsyaAllah. Aminnnnn.

-Tamat-

Sunday, November 13, 2011

Cinta Choki-Choki

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


“Nah ambil ni”. Syazwan mengulurkan 3 batang choki- choki kepada Addin. Addin pandang choki- choki yang dihulurkan itu sekilas. Lalu di jelingnya Syazwan.

“Lu ni Cawan. Dari dulu lagi kan suka bagi gua choki- choki 3 batang. Dari kita sekolah rendah sampai la dah besar panjang, dah elok boleh kahwin pun lu bagi gua choki- choki. Dah la 3 batang je. Bengang la gua, lu tahu! Kedekut sangat ke hape lu ni ha? Gua dah besar. Bukan budak kecil lagi yang suka makan choki- choki 3 batang 50sen ni!!” Addin melempiaskan rasa marahnya kepada Syazwan yang lebih mesra dengan panggilan Cawan di bibir mungil Addin.

Syazwan pandang Addin sambil tersenyum. Seakan sudah mengerti benar dengan tabiat sahabat karibnya itu. Di pandang mata Addin sedalam yang mungkin. Ya. Ada sinar keayuan dan kelembutan pada matanya. Benarlah kata orang. Ganas di luar belum tentu ganas di dalamnya. Sifat yang sengaja di keraskan tidak mampu menipu hati yang selembut sutera.

“Senyap je! Benci la gua cakap dengan lu ni. Senyap sengih! Senyap sengih! Dah serupa beruk bontot merah lu tahu!” Sembur Addin lagi.

“Haha. Makin kau marah, makin cantik. Nah ambil la choki- choki ni. Maaf la. Gua bukan sengaja tak datang semalam. Tapi gua betu- betul ada hal. Gua tak dapat nak elakkan hal tu. Serius gua tak tipu ni. Gua betul- betul minta maaf. Ok?” Penuh sabar Syazwan memujuk sahabatnya. Dihulurkan lagi 3 batang choki- choki itu kepada Addin.

Addin berdiri dari tempat duduknya. Sakit di hatinya tiada siapa yang mengerti. Semalam adalah sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-25. Dia sudah berjanji dengan Syazwan untuk sama- sama meraikan detik tibanya usia dia yang ke-25. Kalau setakat sejam dua Addin menunggu, itu adalah perkara yang boleh di maafkan. Tapi kalau seharian dia menunggu itu adalah sesuatu yang memeritkan. Ya. Penantian itu adalah sesuatu yang memenatkan.

“Gua call lu, lu tak angkat. Lu siap reject lagi panggilan gua. Reject tak pe lagi. Yang lu pergi off phone kenapa? Satu panggilan mahupun SMS pun lu tak hantar kat gua. Lu tahu tak gua risau kalau- kalau ada terjadi apa- apa kat lu. Gua tak heran sangat la kalau lu tak nak sambut birthday gua. Tapi at least bagitahu la kat gua yang lu selamat.” Nada Addin sedikit rendah di situ.
Jelas Addin sedih. Sedih bukan kerana ketidakhadiran Syazwan ke pertemuan mereka, tetapi sedih kerana kerisauan yang bermaharajalela di benak hatinya. Takut. Ya, takut jika berlaku sesuatu yang buruk ke atas sahabatnya.

“Ehem! Sayang juga ea lu kat gua. Gua ingat lu tak sayang dah kat gua tadi. Haha. Dah. Ambil choki- choki ni. Gua ada hal sikit ni. Gua tak boleh nak pujuk lu lama- lama. Ok bye. Kalau ada apa- apa, text or call me ok.” Terus Syazwan berlalu setelah choki- choki tadi bertukar tuan.

Addin hanya menghantar Syazwan dengan ekor matanya. Satria Neo yang di pandu Syazwan kian hilang dari pandangan. Di tatapnya choki- choki 3 batang itu sambil berfikir akan kebodohannya. Entah sejak bila dia sensetif pasal perkara yang remeh temeh ni pun dia sendiri tidak tahu.

Tiba- tiba telefon bimbit Addin berbunyi. Addin melihat nama si pemanggil lalu dia menekan butang berwarna hijau.

****************************************************

“Nak tanya boleh?” Soal Addin.

Syazwan hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Addin.

“Kenapa awak suka bagi saya choki- choki 3 batang? 3 batang je awak tahu. Dari kecil sampai ke besar asyik 3 batang je. Kedekut tak hingat je saya rasa.” Addin bersoal jawab dalam nada yang manja.

“Sebab pertama kali kita kenal, awak bagi saya choki- choki. Masa tu kan saya budak baru di sekolah dan selalu kena buli. Awak datang kat saya masa saya nangis tu, then awak bagi saya choki- choki. Sejak dari hari tu kita baik. Dan saya bagi 3 batang choki- choki je sebab saya nak awak tahu, 3 batang choki- choki bermaksud 3 patah perkataan.” Tenang Syazwan menjawab.

“Err. 3 patah perkataan? Apa tu awak?” Teruja Addin ingin tahu.

“Saya Cinta Awak.” Ringkas dan padat jawapan yang di beri oleh Syazwan kepada isterinya itu sambil memeluk tubuh Addin dari belakang. Seorang isteri yang telah sah menjadi miliknya setelah pinangannya diterima oleh keluarga Addin pada tarikh kelahiran Addin sendiri.

P/S: Mungkin jodoh lu adalah orang yang betul- betul berada di sisi lu. Mungkin juga jodoh lu adalah gua. Siapa tahu kan? Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...