mimi marcella
“Aku benci dia!!” jerit satu suara.
Beberapa kali kalimat itu diucapkan. Sungguh hatinya terluka. Begitu dalam kekecewaannya. Bagaimana dia harus menerima kenyataan bahawa dirinya telah diperlakukan begitu sebanyak dua kali.
Sebelum ini, dia juga mengalaminya. Cuma peritnya tidak terasa. Tetapi kali ini hatinya sungguh hancur. Perempuan mana yang boleh bertahan sekiranya diperlakukan dengan keadaan yang sama sebanyak dua kali?
Selama ini hatinya dikeraskan untuk lelaki itu. Apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, dia tidak peduli. Dia nekad. Lelaki itu wajar diberi peluang kedua. Tapi, keputusannya memakan diri. Dia mengalami keadaan itu atas kedegilannya sendiri.
“Aku benci dia! Sungguh! Aku teramat bencikan dia,” Luluh suara itu dalam tangis.
*****
“Sudikah awak terima saya semula?” Tanya jejaka itu.
“Apa maksudnya,” Balas sang gadis cuba bermain tarik tali.
“Awak tahu apa maksud saya, Isya,” Ujar Irfan.
“Irfan, saya tak tahu nak cakap apa. I’m shocked. Beri saya masa untuk fikirkannya. Saya harap awak faham,” Kata Isya meminta pengertian.
“Baiklah. Tapi saya harap awak tak kecewakan saya,” Irfan cuba memancing.
Malam itu perasaan Isya bercampur baur. Wajarkah dia menerima semula lelaki yang pernah mengecewakannya suatu ketika dahulu. Lelaki itu ialah lelaki yang sama yang mendera perasaannya.
Bolehkah dia lupakan semuanya yang telah terjadi sedangkan pada hakikatnya peristiwa itu sering menghantuinya, sedangkan hatinya takut untuk bercinta lagi kerana takut dilukai.
Insan yang selayaknya bertanggungjawab atas semua ini ialah lelaki itu, Irfan Husaini! Lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa raga dua tahun yang lalu. Cintanya putus di tengah jalan atas sikap lelaki itu yang cemburu dan bertindak melulu tanpa berbincang.
Tapi, Isya rela menerima semuanya dengan sabar dan tenang meski hatinya berkocak hebat tika kata perpisahan itu dilafazkan. Air matanya gugur juga mengenangkan pengorbanannya tidak dihargai.
“Patutkah aku menerimamu? Dulu diri ini kau campak sesuka hati. Kau buang seperti barang. Bila suka kau sayang, bila tak mahu kau lemparkan. Tuluskah hatimu Irfan? Wajarkah kita berkasih semula?” Bisik hatinya.
Apakah dia tegar hatinya dilukakan lagi? Adakah ini jalan bahagia setelah kecundang dipermulaan? Hati Isya berbolak balik. Dia resah di pembaringannya. Kata-kata itu bermain-main di kotak fikirannya.
‘Saya masih sayangkan awak. Saya cintakan awak Isya. Saya rasa sunyi sepanjang ketiadaan awak. Saya harap awak sudi terima saya semula,’
‘Benarkah sayangmu itu Irfan?’ Bisik hati kecilnya.
Di sudut sana pula, Irfan juga tidak senang duduk. Serba serbi tidak kena lagaknya. Takut andai niat sucinya menjadikan gadis itu ratu di hatinya tidak kesampaian. Bimbang sekiranya Isya menolaknya mentah-mentah.
*****
“Isya, apa kata putus awak?” Tanya Irfan selamba menutup rasa gugup di jiwa.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebelum saya beri jawapan, bolehkah awak berjanji dengan saya?” Isya
“Apa Isya?” Irfan.
“Janji yang awak tak akan ulangi lagi kesilapan yang dulu. Janji yang awak berubah. Janji yang awak tak akan lukakan hati saya lagi” Isya.
“Insya-Allah, saya akan cuba. Tapi, berilah saya masa. Bolehkah Isya?” Irfan.
“Baik, saya akan pantau perkembangan awak untuk berubah” Isya.
“Jadi, maksudnya sekarang awak terima saya?” Irfan.
“Erm, nampaknya macam itulah” Isya.
“Terima kasih kerana sudi berikan saya peluang kedua” Irfan.
“Apa awak rasa sekarang? Lega selepas dengar jawapan saya?” Isya
“Ya, saya rasa sangat lega. Tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak tentu arah seminggu ni. Risau sangat kalau awak tolak saya. Sekarang bolehlah saya menarik nafas lega” Irfan.
“Tapi Irfan, awak kena berusaha sebab sayang saya pada awak tak lebih daripada seorang kawan. Lepas kita berpisah, saya dah tetapkan hati saya untuk sayang awak sebagai kawan. Jadi, saya perlukan masa untuk itu” Isya.
“Okay, saya akan buat sedaya yang saya mampu” Irfan.
*****
Kini janji hanya tinggal janji. Irfan masih dengan perangai lamanya. Egois dan membiarkan. Setiap kata yang diluahkan selalu disalah mengertikan. Sensitif tidak bertempat. Memang sukar mengubah seorang yang benar-benar ego sepertinya.
Isya jadi lemas dilayan sebegitu. Tegurannya dipandang sepi. Malah lebih buruk apabila disalah tafsirkan oleh Irfan. Lelaki yang satu ini benar-benar membawa satu malapetaka dalam hidupnya.
Sudah diberi peluang tapi tidak mahu digunakan. Memang dasar tidak tahu bersyukur sungguh. Isya bukannya mahu dilayan seperti seorang puteri raja. Cukuplah jika Irfan menunjukkan sedikit sifat mengambil berat terhadapnya.
“Awak tahu tak lagu kekasih yang tak dianggap oleh Kertas?” Tanya Isya di corong radio.
“Apa yang awak merepek ni?” Balasnya tidak mengerti.
“Merepek? Saya tanya saja. Saya rasa lirik lagu tu macam kena dengan saya” Isya.
“Maksudnya?” Irfan.
“I don’t think that I belong to someone” Isya.
“So, you want belong to someone?” Irfan.
“Maksud saya, saya tak rasa saya ni kekasih orang. Macam solo saja, tahu?” Isya.
“You know what? Whatever okay?!” Kata Irfan seraya panggilan diputuskan.
Hati Isya benar-benar sakit. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Irfan itu. Walaupun salahnya mengganggu tidur Irfan kala itu, Irfan tidak sepatutnya bersikap biadap seperti itu. Sungguh dia geram dengan sikap lelaki itu. Benar-benar merunsingkan. ‘Kenapalah aku bodoh sangat terima kau dulu’ Bisik hati kecilnya.
*****
Setelah menyepikan diri selama empat hari selepas perbualan mereka malam itu, Irfan memberikan mesej kepada Isya melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Mesej yang terlahir itu benar-benar membuatkan Isya tersentak dan terkedu.
- Saya dah fikir masak-masak
+ Apa?
- Saya nak putuskan hubungan ni. Saya minta maaf. Saya harap awak gembira dengan keputusan saya ni.
Zaapp!!
Gembira? Apa dia fikir aku boleh gembira dengan keputusan dia yang mengejut ni? Dia ingat aku ni apa? Bentak Isya dalam hati. Kesabarannya benar-benar teruji.
+ Apa awak fikir saya ni apa? Dua kali awak buat macam ni.
- Saya rasa awak tak dapat terima kelemahan saya. Lebih baik saya beralah.
+ Mana awak tahu? Awak ni memang! Masa nak bercinta tanya, masa nak putus buat keputusan seorang diri.
- Whatever. You are perfectionist.
+ How dare you! Jangan tuduh sembarangan. Tahniah sebab berani.
- Terima kasih.
+ Okay. Kita dah the end! Finish!!
Hatinya benar sakit kala itu. Sudahlah diperlakukan begitu buat kedua kalinya, dituduh mementingkan kesempurnaan pula. Bertambah geram jadinya.
‘Jantan tak guna!! Aku benci kau!’ Jeritnya dalam hati lalu menangis teresak-esak. Masakan Isya tidak sedih, dia berusaha mencintai lelaki itu. Walaupun cintanya belum mekar, sayang itu sudah wujud.
Irfan tidak nampak usahanya. Dia sudah mencuba sehabis daya. Lagi pula, tempoh mereka masih terlalu awal untuk melihat perkembangan itu secara drastik. Ya, Irfan yang tidak sabar dan terburu-buru.
Isya tidak pernah mementingkan kesempurnaan. Apa yang dimahukannya hanyalah sedikit perhatian daripada Irfan. Dia mahu Irfan bersifat lebih mengambil berat. Dia bukannya meminta emas, permata, berlian mahupun Mini Cooper sebuah. Hanya lebih mengambil berat. Hanya itu. Hanya itu!
Jika Isya seorang yang perfectionist, sudah daripada mula lagi dia menolak Irfan. Irfan tidak kacak, apatah lagi kaya. Tetapi, dia tidak pandang itu semua. Apa yang Isya tahu, dia mahu memberikan lelaki itu peluang kedua. Malangnya, tidak dihargai.
“I’m not a perfectionist. I’m not like that” Kata Isya sambil tersedu sedan di bahu Mia, teman sebiliknya.
“Ya, awak bukan begitu. Irfan tu memang melampau. Sudahlah, tak ada gunanya awak menangis” Pujuk Mia.
“Saya sedih dia tuduh saya begitu. Saya dah cuba sedaya upaya” Isya.
“Sayangnya Irfan tak nampak. Dahlah, dia yang bodoh sebab tak reti menilai. Dia yang rugi melepaskan awak, Isya. You deserve someone better than him” Mia.
“Betul ke saya ni macam tu? Perfectionist?” Isya.
“Tak. Sudahlah, kata-kata Irfan tu tak benar. Dia dah tak ada alasan, sebab tu dia cakap macam tu. Alasan yang tak kukuh" Mia.
“Aku benci dia!! Benci!! Teramat benci!!” Jerit Isya meluahkan rasa yang terbuku. Geram, sedih, kesal, kecewa, semuanya bercampur menjadi satu.
Bagaimana bisa dia bertahan andai segala beban kesalahan diletakkan di atas bahunya untuk digalas seorang diri. Jika itu salahnya, bukan seratus peratus daripadanya. Kesalahan itu milik bersama.
‘Kau kejam Irfan. Kejam. Aku benci kau. Sungguh aku maksudkannya kali ini’
Dia terus melepaskan rasa di bahu Mia. Bagaikan anak kecil yang dipujuk sang ibu, begitu juga Isya yang dipujuk Mia. Perpisahan kali ini menyentap tangkai hatinya. Jika pada kali pertama dia boleh menerima dengan tenang, tetapi tidak kali ini.
Dia terasa diperbodohkan. Ya, bodohnya dia memberi pengorbanan pada yang tidak memerlukan. Apatah lagi yang tidak tahu menghargai. Tembok ego Irfan memang sukar ditembusi. Betapa menyesalnya dia memberi peluang itu kepada Irfan. Sungguh!!
~Tamat~
15 comments
haish... kejam sungguh...
orang pompuan memang suka cakap lelaki kejam kan...LOL!
nicely done by Mimi Marcella...tapi tak kan bisa memecahkan kebuntuan aku...kikiki...
kesian isya T__T
don't ever regret when you start choose them came into your life..it not happy kan?
leklu! hahaha:P
kbai :P
everthing happen for a reason..
senyum :)
aiseyyymennn...tak leyh pakai betul laa irfan tuu...grrr
emmm. aku pernah alami menda ni. lelaki tu minta balik lepas dah putuskan aku. tapi alhamdulillah. lelaki tu dapat berubah kepada yang lebih baik.
betul la. perempuan just nak kan perhatian je. :)
lupa nak cakap. nice2. :)
erk cm cter betul je
btw ni bagi sy citer zaman muda mudi
err tak perlulah sedih cmtu skali kot..irfan xgne..sekian
perempuan bkn mencari kesempurnaan
kesian kat isya.. pisang berbuah dua kali.. kenapa isya tu terlalu baik hati walaupun dia dah th irfan mcmn..
terima kasih atas segala komen yang membina.. =)
cerita ni mcm real... perasaan ketika membaca sungguh real!
Benci yang mendalam! sebab terluka.. itu memang real! penceritaan/perasaan memang sampai (untuk aku) well done!!
kak marcella memang best!! go-go memetik durian!!
thanks nong andy & nad_lily...
p/s:mungkin daripada pengalaman..hehehehe.. :)