Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, November 10, 2011

Sedih Hatiku Pedih

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Sedih memang sedih...
Bila ku telan air liur melalui tekak ku
Sebu rasanya...
Rasanya bagai menelan kaca...
Peritnya ...
Belum sampai ke dada nafasku macam sesak...
Rasanya macam ditusuk sembilu...
Hampa, sedih pilu....

Baru je sebentar tadi ku telefon Ina...

"Ina.. Az minta maaf.. Az terpaksa telefon Ina..."
"Kenapa ni Az?"suara Ina di hujung talian.
"Kan kita dah setuju berpisah cara baik... camne Az sekarang?"
"Az macam ni lah... Az cuma nak dengar suara Ina je..."
"Az... Ina paling tak suka kalau bila dah putus camnilah. Az macam tak ada semangat nak teruskan hidup...
"Memang Az rasa tak ada maknanya hidup lagi..."
"Az.. Az kan lelaki... Az kena kuat kan semangat... masa ni Ina ada bolehlah Az telefon Ina macam ni... bayangkan kalau Ina dah pergi... atau tak ada lagi..."
"Ye Az sedar semua ni... tapi Ina ... Az rindulah kat Ina... Az..."
"Hemmm... macam ni lah Az... kalau Az nak jumpa Ina kita boleh jumpa masa Ina lepas balik discussion kat kelas Ina..."
"Kalau macam tu tak apa lah Ina... Az takkan nak ganggu masa Ina pergi kelas tu... siapalah Az kalau bersama group discussion Ina..."
"Okey... Ina... bye... terimakasih kerana sudi berbual dengan Az..."

Aku buntu... masih duduk di bangku kayu yang panas dipanah matahari petang. Kalau waktu ini dulu Ina ada di sisiku... sekarang aku keseorangan... apa lagi nak aku rayu pada sekeping hati yang sudah berubah sekelip mata... bila aku fikirkan kembali... aku tidak pasti apa salahku di berubah... bagaikan semua alasannya hanya untuk menyingkirkan aku dari hidupnya.

"Az... selepas ni Az tak payahlah call atau nak jumpa Ina lagi..."
"Kenapa ni Ina... apasal Ina cakap macam tu..."
"Ina rasa elok kita putus kan hubungan kita ni... tak ke mana Az..."
"Haaa... kenapa ni Ina.. apa salah Az...?"
"Tak ada salah apa apa...Az baik...cuma Ina rasa sekarang ni Ina tak nak ada hubungan dengan sesiapa dah.."
"Mustahil... Az tak percaya... Ina dah ada kawan baru ke selain Az...?"
"Mungkin jugak Az... tapi itu tak ada kena mengena dengan Az..."

KEBABOOOOMMM!!!!

Macam di panah halilintar pulak terasa menyambar telinga aku bila Ina cakap macam tu kat aku...aku rasa nak pengsan kat situ jugak.

"Az.. Az okey ke..."
"Ya Ina.. Az okey..." perlahan airmata aku merembes dan suara aku jadi parau...
"Ina ...okeylah kalau ada masa Az call lagi..."
"okey.. maafkan Ina Az... bye"

Itu kenyataan yang harus aku terima. Kata putus dari Ina. Aku bukanlah teman istimewa dia lagi. Kami sudah tak ada hubungan apa apa. Aku terpaksa menjalani kehidupanku seperti sekarang ni. Kini teman setiaku... rokok... rokok... rokok... rokok.. .pagi petang siang malam.

Akhirnya aku menghubungi Ina buat yang terakhir kalinya... di situ aku memberanikan diri aku...

"Ina... maaf Az call Ina lagi... tapi Az janji... ni yang terakhir kali... lepas ni Az tak ganggu Ina lagi dah...Az nak ucap terima kasih selepas Ina temukan Az dengan cinta Az... Ina bawa Az hanyut dalam cinta dan angan angan Az... lepas tu Ina biarkan Az lemas dan tenggelam... terimakasih Ina..."
"Az..."
"Kali ni biar Az cakap apa yang terbuku di hati Az Ina... sebab lepas ni... Ina boleh hapuskan terus nama Az dari hidup Ina..."
"Terima kasih Ina... seburuk buruk sikap Az ni tapi Az tak sanggup meninggalkan orang yang tak ada arah tujuan macam Ina buat kat Az sekarang... terimakasih... semoga Ina bahagia..."
"Az...."maka gagang telefon pun di letak begitu sahaja.

Namun kisah yang sebenarnya di pihak yang satu lagi... Masih mengharapkan agar dirinya di hubungi seperti selalu... terlalu ingin dia mendengar akan suara yang menggegarkan jiwanya...seringkali bila malam menjelma sewaktu semua insan lena beradu mengulit mimpi namun ada insan yang berduka menangisi perpisahan. Ternyata Ina tidak sekuat mana... seteguh teguh hatinya mengalir juga airmatanya...lantas digagahkannya untuk menjelaskan segala kekusutan yang di alaminya...

Sms terakhir yang aku terima menjelaskan segala-galanya.

"Az...biarlah Az sangka Ina kejam...biarlah Az kata Ina jahat.... tapi demi masa depan Az...Ina tak mahu memberi Az harapan palsu dan Ina pula sudah di tunangkan...Ina mahu Az tabah akan suratan hidup kita ni...tentu ada hikmahnya Az...Ina tetap sayangkan Az buat selama lamanya"

29 comments

November 10, 2011 at 9:20 PM

la..kne paksa bertunang ke?
isk2

November 10, 2011 at 9:23 PM

jodoh pertemuan di tangan tuhan... doakanlah yg terbaik untuk dia... even dah berbelas tahunpun... tak salahkan.

ps: thumbs up...

November 10, 2011 at 9:23 PM

cik pearl...akhirnya cik pearl menjelma...memang le pompuan tu nak isi masa lapang je....

November 10, 2011 at 9:24 PM

cik angel @ bidadari...mana tahu ni citer betul atau rekaan semata mata ...hehehe...

November 10, 2011 at 9:39 PM

kisah cinta tipikal yang selalu sangat terjadi dalam satu2 perhubungan.dan biasanya ianya menuntut pengorbanan dan mengorbankan kebahagiaan sendiri.

tapi berbaloi ker?

November 10, 2011 at 9:42 PM

alaaa.sedeynye. tapi kita cuma mampu merancng je an. yang maha esa tentukan segal-galanya.






**awat font dia kecik sgt.pejam celik pejam celik cek baca.

November 10, 2011 at 10:18 PM

kemaiin lagi nak bertunang rupa nya . buat orang salah faham sungguh .


ah biar lah . move on~ =)

November 10, 2011 at 10:38 PM

sungguh pahit, kalah hempedu..emm3
takotnye kalau kene cam ni ..huuu

besh2!

November 10, 2011 at 11:03 PM

@ ghost - ye amat tipikal dan plastikal...memang dah boleh duga pun...tapi masih lagi nak teruskan...

November 10, 2011 at 11:05 PM

@stalker hebat - itu namanyer menambahkan pengalaman...kakaka..(ye ke typo kecik...jap adjust ye...)

November 10, 2011 at 11:06 PM

@ heroic zero - memang masa kawan tu dia dah rancang bertunang pon...tapi dia masih was was dengan jalan hidup dia...mangsanyer siapa lagi...

November 10, 2011 at 11:07 PM

@ aimie amalina - tq sudi layan citer jiwang karat sad ending ni...biasalah tu hidup ni adakala suka ada kala duka...

November 11, 2011 at 1:15 AM

letih aku dengan permainan hati cenggini. hmmmm.

November 11, 2011 at 6:47 AM

@hana ahmad - cinta yang tak pernah berkesudahan...

November 11, 2011 at 3:09 PM

tapi cinta lepas kwen sweet tauu..ehh! keh keh keh :P

November 11, 2011 at 3:48 PM

sometime u just have to let go...?

:D

Anonymous
November 11, 2011 at 5:06 PM

berbunga bunga baca^^

November 11, 2011 at 8:01 PM

beginilah cinta..perlukan air mata dan derita...

November 12, 2011 at 5:52 AM

terkesan...
seperti diri ini di tempelak begitu.mengapa jalan ceritanya hampir sama dengan aku? harapnya pengakhiran untuk aku tidak sepedih ini.ya,aku sedang mencuba.....

aku fikir,pisau belati harus sertai kalian menulis di sini.biar padan dengan mukanya yang sering menghilang saat aku menanti tulisannya.bagai mana admin,cadangan aku? maaf ini sekadar pandangan saja.

=)

November 12, 2011 at 9:57 AM

@Pembunuh Tanpa Bayang
pisau belati dan pembunuh tanpa bayang... dua-dua boleh hantar draft pada saya.

ps: saya tunggu...

November 12, 2011 at 10:13 AM

@eyka - cinta lepas kahwin macam mak abah kita dulu dulu le...kekal ke akhir hayat...

November 12, 2011 at 10:15 AM

@ asrul ilham sany - tapi aku tengok muvie Titanic - hero dia cakap "Rose' promise me that what ever happen...you never let go"LOL!TQ for the comment sahabat...

November 12, 2011 at 10:23 AM

@ el janna - TQ for the comment sis'...nanti saya buat lagiii jiwang...saya tahu ada peminatnyer...

November 12, 2011 at 10:24 AM

@ syarif haikal - cinta dan airmata tak dapat di pisahkan samada airmata gembira atau airmata duka...tq for comment bro'...

November 12, 2011 at 10:27 AM

@ pembunuh tanpa bayang - memang dalam jutaan rakyat Malaysia ni secara logiknya mesti ada persamaan yang sering tak di sengajakan sebab kita ni mikro dan alam semesta tu makro...tq for the comment...

pasal penulis undangan tu adalah di alu alukan...send saja kat email tu admin mesti akan mengapprovednya....cerita kita kita kongsi sama sama ye...

November 15, 2011 at 11:29 AM

geram kat ina.. kenapa mencintai org lain tp menjadi tunangan org lain?

suka ayat ni :

"Az nak ucap terima kasih selepas Ina temukan Az dengan cinta Az... Ina bawa Az hanyut dalam cinta dan angan angan Az... lepas tu Ina biarkan Az lemas dan tenggelam... terimakasih Ina..."

ramai di dunia ini yg buat mcm ni.. apa gunanya bercinta andai hakikatnya berkahwin dgn org lain.. bukankah kejam namanya tuh.. :(...

emosi tul~ hehehe

November 16, 2011 at 1:32 PM

*amek bantal, tekup muke laaa jawabnyee si az tu...heee~~

November 17, 2011 at 4:40 PM

@ lady bird - memang saya dah pernah rasa kena tinggal kat laut sorang sorang dengan life jacket....

November 17, 2011 at 4:41 PM

amek bantal, nanes dan tekup muka sambil pasang lagu ramlah ram...lol!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...