Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Koleksi Tulisan Secret 7 Writers. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Tulisan Secret 7 Writers. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Alahai Minah - Part 1

10:44:00 AM | | Best Blogger Tips



"Lepas kerja ni kita pegi kedai makan tu nak tak?" Aku hanya menjungkit bahu. Tak tahu sama ada harus setuju atau tidak. Kebiasaannya aku harus pulang dulu ke rumah dan selepas itu barulah aku berkunjung ke kedai makan tersebut. Hidup merantau di tempat orang begitulah. Tiap-tiap hari makan tengahari dan makan malam di luar. Namun, ajakan Azman buat aku mengubah rutin yang sedia ada. 

Sampai saja di kedai makan, seorang gadis datang menghampiri kami untuk mengambil pesanan. Aku seperti selalunya akan makan nasi ayam dan Teh C Special. Selesai mengambil pesanan, gadis itu berlalu meninggalkan kami. Sejak sebulan lalu kedai makan ini selalu jadi tumpuan aku dan kawan-kawan. Dan tidak mustahil kalau pekerja dan pemilik kedai ini sudah aku cukup kenali wajah mereka. Ya, aku cukup kenal setiap antara mereka.

Petang ini, sedikit meriah. Mungkinkah kerana hari ini adalah hari pertama untuk bulan April? Atau mungkin hari ini semua orang berpakat ingin melepak di sini? 

Aku menikmati nasi ayam yang sudah berada di depanku. Kawan-kawan asyik bercakap pasal gadis-gadis yang mereka jumpa di kolej berhampiran. Aku kurang berminat. Dan aku tak ambil pusing dalam topik yang mereka bualkan. Selesai makan, aku bercadang untuk pulang ke rumah. Keletihan satu hari bekerja harus dibayar dengan istirehat di rumah. Belum sempat aku mengangkat punggung, aku terpandang seorang gadis bertudung bawal dan berbaju kurung cotton berbunga kecil berwarna putih dan hijau turun dari kereta. Gadis itu melangkah masuk ke kedai makan. Aku amati betul-betul. Tinggi orangnya, berkulit cerah, berhidung mancung. Dia hanya tunduk dan tidak mengendahkan orang di kiri-kanannya. Dan dia berhati-hati melabuhkan punggungnya di sebuah meja berhampiran kaunter bayaran. 

Aku perhati raut wajahnya. Tenang walaupung sedikit muram. Tapi, aku suka pesona itu. Datang seorang gadis lain ke arah meja gadis tersebut. Gadis yang aku cukup kenal. Dia adalah teman wanita kepada kawan ku. Adakah mereka saling mengenali? Adakah mereka berkawan rapat? Ah! aku terus bangkit untuk pulang ke rumah. Namun, sempat aku memandang dia yang sedang duduk tenang dimejanya. Seolah-olah dia berada didunianya sendiri. Tahukah kau gadis, kau punya pesona tersendiri.

"Lan, tadi aku nampak awek kau kat kedai makan tu. Dia bawa seseorang. Perempuan. Sapa eh?" belum sempat aku melabuhkan punggung di sofa, soalan itu terus ku lontar pada Lan yang sedang menonton TV. "Kakak awek kau ke? Sepupu?" sambungku lagi. "eh kau ni! Mana lah aku tahu. Kakak dia yang keja kat kedai tu je la. Mana ada kakak lain. nape?" ujar Lan. "Macam ni, ada sorang pompuan ni aku jumpa kat kedai. Tinggi, putih, hidung mancung, pakai tudung, pakai baju kurung. Sapa eh? Kau tanyalah awek kau." usulku pada Lan. "Berminat ke? nanti lah aku tanya dia." jawapan Lan buat aku sedikit lega. Mungkinkah aku akan tahu siapa gerangan gadis bermuka tenang yang punya pesona itu?

Malam itu aku masih tidak mendengar apa-apa perkembangan terkini dari Lan. Entah mengapa aku begitu tertarik ingin mengenali gadis itu. Aku sendiri kurang pasti. Yang pasti, gadis itu buat aku asyik teringatkan dia. 

"Bangunlah woi! Tak bujang betul tidur awal sangat ni." Aku yang baru melelapkan mata terkejut bila bahuku di goncang oleh Lan. Lan sengih. "Kau tahu tak? Si dia tu kawan kepada awek aku." kata-kata Lan buat aku bersemangat. "Sampaikanlah salam aku kat dia. Minta nombor telefon sekali. Boleh tak? Cakap kat awek kau." sekali lagi aku meminta pertolongan dari Lan. Lan sambung sengih. "Ni dah tahap cinta pandang pertama ke? Esok baru diorang jumpa lagi. Sabar la bro." 

Entah kenapa lah aku tak sabar nak menunggu hari esok. Sudikah dia menyambut salam perkenalan dari aku seorang perantau ini? 

***

"Dia cakap waalaikummusalam. Lepas tu dia cakap, segan lah." kata-kata yang keluar dari mulut Lan buat air yang ku teguk hampir tersembur. Segan? Dia gadis berwajah tenang punya pesona yang aku suka itu hanya cakap segan? Ya Tuhan, ternyata dia punya pesona tersendiri. Aku hanya senyum mendengar. "Sampaikan salam aku kat dia lagi." Lan hanya mengangguk dan senyum penuh makna. Dia tahu aku sudah punya kegilaan sekarang. Wahai gadis berwajah tenang yang punya pesona, lagi awak segan kat saya, lagi saya jatuh suka kat awak. Bisikku sendiri.

Keesokkan harinya, jawapan yang aku hanya dapat dari Lan melalui aweknya hanya 'segan', 'malu', 'isk, taknaklah'. Hanya itu. Dan berterusan begitu. 

Entah angin apa yang menyerang gadis berwajah tenang punya pesona itu tiba-tiba sudi memberikan nombor telefonnya kepadaku. Aku lah insan paling gembira di atas muka bumi ini ketika Lan menunjukkan nombor telefon milik dia. Tengok nombor telefon dia pun dah cukup buat aku bahagia. Malam itu, dengan keberanian dan rasa yang aku ada pada dia aku mula menghantar satu SMS kepada dia. 

"Assalammualaikum. Dok kat mana lagi ni???" Terus aku tekan butang hantar. Seminit, dua minit, tiga minit. Selepas sepuluh minit baru ada balasan dari dia.

"?"

Eh dia ni. Takkan jawab tu je. Dia ni memang tak ada perasaan ke nak jawab mesej aku. 

"Sorry. Saya tersilap hantar sms. mesej ni dah smpai mana?" Terus ku tekan butang hantar. Tunggu.

"sampai uganda dah."

Membaca SMS dari dia buat aku senyum sendiri. Pandai bergurau juga rupanya dia ni.

"Amboiii. di mana tu?"

"Apsal nak tahu? Penting sangat ke? Kalau dah salah nombor tu, salah la."

"Sorry. Saya saja nak tanya mana awak. Nama siapa ni?"

"Minah."

Aku gelak besar. Tak dapat aku menahan geli membaca SMS dia. Ya Allah, kenapa comel sangat dia ni bergurau?

"Ha'ah minah. Cukup lama saya tak dengar nama orang pompuan macam tu di zaman moden ni. Jangan marah tau.he he"

"Peduli apa saya.Ni awak betul-betul ke salah nombor? Kalau tipu, saya sumpah awak jadi peti ais"

Sumpah lah jadi peti ais, kerana apa yang pasti awak lah tuan punya peti ais tu nanti. Ah gadis ini memang punya pesona tersendiri.

"Ok, saya Ilham. "

"Tak tanya pun.Awak ni kawan kepada bf kawan sy kan? kan? kan? kan? Awak yang dok pandang2 saya kat kedai makan tu kan? kan? kan?"

Ya Tuhan, comel sungguh dia ni.

"Ok. kerana gadis berwajah tenang yang masuk kedai tak pandang org kiri kanan inilah buat saya pura-pura tersalah hantar mesej. Sorry, saya Ilham. Saya nak berkenalan dengan awak. Boleh?"

Gadis berwajah muram dan tenang tapi punya pesona itu senyap tanpa membalas SMS aku. Seminit. Lima minit. Sepuluh minit. 

-bersambung-

Thursday, April 4, 2013

Bersemi Cintaku Fateha

12:01:00 AM | | Best Blogger Tips
 gambar hiasan google

"Fahmi!!! Tolong perlahankan sikit radio tu...mak nak mengajar budak mengaji ni. "

Entah bila pula ibuku menjadi guru dan rumahku sudah menjadi tempat untuk budak budak kecil mahupun orang dewasa untuk mentelaah dan mengaji. Aku yang selama ini duduk di asrama hanya tahu bila aku pulang ke rumah pada hujung minggu.

Surah itu juga menjadi pembuka ...surah itu juga menjadikan pintu hati aku bagai di ketuk ketuk...Aku yang mendengar kelembutan suara nya dan sedapnya suara  orang yang mengaji tu...Puji hati aku selepas aku kecilkan volume radio ke minimum..Aku yang sebelum ini hanya release tension berkhayal dengan lagu Pearl Jam aku sahaja dalam bilik aku...

Sebagaimana orang yang akan mengambil peperiksaan memang berada dalam keadaan  pressure . Aku rasa sakit kepala kerana berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Dan juga aku selalu rasa tidak cukup tidur. Namun segala rasa runsing aku hilang dengan alunan suara merdu tersebut..Perasaan bengang tadi hilang . Betul juga cakap orang tua tua..Kalau kita baca surah al Fatihah ini tujuh kali tentu Insyallah segala penyakit dapat di tawarnya.

Mulanya aku tak mengendahkan sahaja semuanya...Apa sangatlah bacaan surah tersebut.Tetapi bila sudah lima hari terlantar di asrama aku tidak mendengar kelembutan suara tu aku jadi tidak tentu arah dan tidak keruan. Jadi kerap kali aku berjaga hingga ke di inihari pun aku hanya terjegil jegil menunggu pagi dan aku pasangkan radio . Dan aku terpana juga bila mendengar suara orang membacakan doa tersebut hampir sama macam yang aku dengar ..Yang lembut merdu dan mendamaikan hati itu....

Tak boleh jadi..aku lantas menelefon dan bertanya pada ibu aku siapa yang selalu mengaji surah al Fatihah semasa mak aku mengajar mengaji. Dengan selamba ibu aku menjawap .

"Esok kau balik kau jumpalah tuan punya suara tu..." lantas ibuku memberi salam dan meletakkan telefon.

Hatiku berdebar debar menunggu akan esok menjelma untuk pulang ke kampung seperti biasa selepas solat Jumaat tengaharinya...Lantaran hanya suaranya aku pernah dengar macam mana pulak dengan orangnya. Terus aku pun terlena hingga ke pagi...Dalam pada awal pagi itu aku terkejut juga kerana aku bermimpi pula bertemu orang yang aku ingin jumpa tersebut.

Dan pada pagi hari minggu setelah aku berada di rumah tanpa mungkir janji maka sampai dalam dua tiga murid ibuku..Semuanya budak kecil...mana pula juga orang yang bersuara lembut tu..Dia tak datang ke..Ahhhh... ibuku mahu aku berteka teki pula...

"Dia datang...tapi lambat sikit mungkin selepas dia menyediakan sarapan lah tu..."kata ibuku lantas mengakhiri pertanyaaan dan persoalan dalam kepala aku.

Aku pun tanpa di minta membawa sejug air ke tempat ibuku dan duduk membaca suratkhabar menanti dan menanti...

"Assalamualaikummmm..."suara itu memberi salam.

"Waalaikumsalam Fateha..." ibuku menjawap salam.

"Alhamdulillahhh...." lafazku bila aku berpeluang melihat orang yang bersuara sama seperti dalam mimpiku....Rehal kayu itu hati aku dan al quran itu engkau wahai Fateha.

Saturday, March 30, 2013

Origami Berbentuk Hati

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Malam itu, aku duduk berteleku di sudut katil. Cuma merenung meja studi yang dibilas cahaya malap lampu dinding. Mata masih tertancap ke arah sekeping origami berbentuk hati di atas meja. Origami berbentuk hati itu aku kira seperti hati aku juga, renyuk tetapi masih berbentuk.

Aku bingkas bangkit dan duduk menghadap meja studi. Origami berbentuk hati itu aku capai dan aku belek dari depan dan ke belakang. Aneh, aku sudah hafal bentuk dan ‘ukiran’ renyuk pada lipatan kertas itu. Sesekali, aku tersenyum apabila melihat sisi bawah origami berbentuk hati itu yang tertulis ‘Untuk Kamu’.

***

“Bagaimana kamu lakukan!”

Ada tersenyum melihat keterujaan aku. Entah bagaimana dia lakukan. Dengan sekeping kertas yang dipotong segi empat sama, Ada melipat dari sisi atas ke sisi bawah, dan dilipat lagi separuh bagian di sisi bawahnya dan.. entah? Tiba-tiba sahaja menjadi sesuatu berbentuk hati!

“Kalau Ada boleh buat, kamu juga mesti boleh buat,” balas Ada. Aku masih memerhati origami berbentuk hati yang terhasil. Kemas lipatannya.

“Boleh kamu ajarkan?” soal aku, terus. Ada senyum dan memotong satu lagi kertas berbentuk segi empat sama.

“Nah, kamu ambil ini dan ikut Ada ya?” jawab Ada. Aku menyambut potongan kertas segi empat sama dan hanya memerhati. Ada melipat kertas tersebut kepada separuh, jadi aku ikutkan. Kemudiannya dia melipat sisi bawah, dan aku masih ikutkan.

“Bukan begitu. Yang lipatan bawah harus dilipat ke hadapan, bukan belakang. Nanti susah nak selitkan,” ujar Ada. Aku diam. Apa yang nak diselit lagi? Sama sahaja hadapan atau belakang, masih terlipat. Aku biarkan, mahu ikutkan lipatan aku sendiri.

“Kamu, tak boleh begitu. Kamu harus tertib dan mengikut yang sepatutnya. Nah, begitu juga soal hati, kamu harus tertib. Kamu tidak boleh melawan arus dan cuba meninggalkan apa yang sepatutnya. Jika kamu buat mengikut mahu kamu, hati kamu juga akan melawan dan akan tersangkutkan.”

Aku mengangguk tanda faham. Masih menjadi soal, ini cuma origami berbentuk hati, bukannya hati aku yang sebenar. “Kamu kepilkan bagian hujung ini, begini,” kata Ada lagi, sambil menunjukkan cara. Aku mengikut patuh dan…

“Siap!” Ada menunjukkan origami berbentuk hati yang dihasilkan. Ianya kemas. Ianya berbentuk hati. Ianya sempurna. Aku punya? Entah jadi apa. Aku menunjukkan origami yang aku bentukkan pada Ada. Ada memandang dan tergelak. “Hahaha, ini bukan origami berbentuk hati lah, ini origami berbentuk kepala alien!”

Aku membuang pandang. “Mungkin saja hati aku tidak sesempurna hati kamu, Ada.”
Ada mengambil pena mata biru dan menulis sesuatu di sisi bawah origami berbentuk hati tersebut sambil berkata, “Tidaklah. Ada perempuan, dan kamu lelaki. Seorang lelaki, jarinya lebih kemas dan teliti. Ada yakin jika kamu melapangkan hati kamu, kamu akan hasilkan satu origami berbentuk hati yang paling indah. Tiba masa itu nanti, Ada mahu kamu hadiahkan origami berbentuk hati yang paling indah, yang paling sempurna, untuk Ada.”

'Untuk Kamu', tertulis kemas di sisi bawahnya.

***

Aku mengambil gunting, dan memotong kertas menjadi segi empat sama. Selesai, gunting aku letakkan di sisi meja studi. Ada pernah kata, jika mahu lakukan sesuatu, pastikan kemas. Barang dan alatan haruslah letaknya di sisi apabila selesai guna, supaya tidak menganggu kerja.

Aku mengikut semua yang pernah diajarkan Ada. Aku melipat kertas segi empat menjadi separuh bagian. Sisi bawahnya aku lipatkan juga, ke hadapan. Usai lipatan, aku lipat dan membiarkan di bucu bawahnya menjadi segi tiga. Dan di akhirnya, aku kepilkan bahagian atas dan siap.

Ya, ini adalah origami berbentuk hati yang paling sempurna pernah aku hasilkan. Cumanya, mungkin aku sedikit terlewat. Sudah aku katakan dulu, takdir tidak pernah tersenyum pada aku. Tiada siapa yang lebih sempurna untuk aku hadiahkan origami berbentuk hati ini, selepasnya Ada.

Origami berbentuk hati itu aku selitkan pada buku, dan biarkan dingin malam terus membeku.



.END.

Tuesday, March 19, 2013

Untuk Dia

5:06:00 PM | | Best Blogger Tips



5.53 petang seminggu lepas
“Maaf” berpaling, dan berlalu sama dengan mata yang pecah empangnya. Sekejap sahaja kelibat kebaya hitam berbunga merah itu hilang di celah keramaian. Sedang Amir, berdiri masih berkira-kira reaksi yang selayaknya.

“Aiseh..”dan hujan turun. Cliché sungguh.

***

8.03 malam hari ini
Ash dah keluar dengan budak facebook dia. Jed pun dah keluar, dengan budak pejabat. Amir sahaja yang berperang dengan Tv waktu itu. Habis satu channel ke satu channel, semua tak kena dengan hati. Mahu lusuh punat-punat remote tu nanti kalau terus-terusan begini.

“Maaf”

Dan Amir terhenti. Hati masih belum reda dari momen itu. Yakin dia yang perjumpaan itu seharusnya meredakan emosi dan jiwanya, sebaliknya lebih merusuh dan menggila. Jernih berkaca yang berjujuran keluar dari mata bundar manis itu yang sebenarnya membuat hati berbolak-balik.

Cuti Adila yang seminggu sudah mahu habis. Esok harus dia mulakan kerja. Hati masih tetap sama. Bagaimana nanti mahu ketemunya keesokan hari yang buatkan Amir kerisauan. Bab hati bukan suntuk masanya. Ibarat kaca yang berkecai, disambung baik pun sudah tidak serupa dulu.

Lumia 920 kesayangan di capai. Sms sajalah.

***

5.38 petang seminggu lepas
“Amboi, manisnya” dan balasnya hanya merah kemerahan pipi gebu itu. Blusher original tu!
“Pandai je lah”
“Serius, memang comel apa?” dan kali ini jujur, pada Amir.

Adila manis orangnya, berpipi gebu, berkulit cerah kemerah-merahan, bertudung bawal ber-brooch dua di bahu. Sering berkebaya manis, dan sesekali berkurung dan berjubah yang tak pernah salah dengan rendah tubuhnya. Serba-serbi Nampak manis dan menyempurnakan. Terutama, senyum yang itu. Ya, yang manis itu!

“Apa tengok-tengok nih? Tengok macam nak makan” dan terseyum yang itu. Ah, gila! Kan manis tuh.
“Bukan nak makan. Kagum saja” bermulut manis, dah tersenyum. Sebetulnya, memang Amir kagum dengan kecantikan si rusuk kiri entah siapa lagi ini. Kalaulah dia sususk kiri Amir lah nanti, pasti saja Amir gembira tidak sudah, fikirnya.

“Bukan nak makan? Kata tadi nak makan”
“Ye, ye. Nak makan. Makcik ni lah. Picit hidup tu kang” dan menggaya-gayakan pergelangan tangannya ke muka Adila.
“Buek, tak boleh” dan berlari-lari anak, kemanjaan. Aiseh, memang manis.

Ceh, bukan lari mana pun. Adila berhenti di tepi jalan, menunggu lampu isyarat melintas bertukar hijau, dan menunggu Amir untuk beriringan sama. Amir melangkah, dah kemudian sampai, betul-betul berdiri di sebelah kelibat Adila.

Lampu masih merah, tapi kereta dah tak ada. Jangan tunggu lampu la macam ni, lintas saja!
Bergegas. Amir mula mahu melintas dan tanpa sedar jemarinya menggenggam jemari Adila dan cuba melintas. Pantas!

Gagal!

Adila masih berdiri. Kali ini mukanya kemerahan yang amat. Tangannya yang dirampas semula dari genggaman Amir itu didekatkan ke dada.
Ah, sialan refleksi ini! Kenapa tak tunggu saja lampu hijau, dan tak lah terjadi hal ini.
Amir terdiam.

“Kita ke sana ya. Nak makan kopok lekor lah” dan terus bergerak Adila ke sisi kirinya. Mengarah ke gerai jalanan yang memang sedia ada dari tadi. Mahu redakan kekejutan itu tadi barangkali.
Amir yang masih terkaku tadi sudah mula boleh berfikir, dan perlahan bergerak ke Adila. Menurut langkah-langkah kecil tapi laju Adila itu.

“Dua ringgit ya” dan Amir lihat duit bertukar tangan. Keropok lekor berplastik kecil itu di sua pada Amir, sambil satu darinya Adila dah suap sendiri. Comot, tapi comel. Kan?

“Terima kasih” dan waktu itu merah padam Adila dah mula surut. Aduh, harapnya semua ini tidak memburukkan cobaan untuk memujuk hati Adila yang sedia dia suka sejak dahulu. Rugi weh, dah berbulan mengayat dan memujuk, baru ini dapat keluar sama, kalau dirugikan dengan perangai-perangai busuk, memang rugi dunia ini!

Adila mencari duduk di divider jalan yang berhampiran. Makan sambil duduk la kan. Sedang Amir, masih seperti pelakon tambahan yang first time dapat berlakon filem, kaku dan ikut saja, Cuma masih memilih untuk berdiri. Depan Adila.

“Nak sos sikit” jari jemari amir singgah lagi ke plastic kecil itu untuk sos yang sedikit, dan entah macam mana situasinya, plastik itu tergelincir dari genggaman dan jatuh pada tudung merah jambu Adila.

Shit!

“Maaf Adila” dan spontan Adila berdiri, sebelum Amir sendiri entah bagaimana menyelup sapu tangan di kocek dan pantas mencuba untuk menghilangkan sos itu dari tudung Adila.

“Pang!” Ouch.

Ianya terlalu pantas. Dah kali ini Amir yang kemerah-merahan, tapi hanya pada pipi kirinya. Pedih. Lagi pedih.

Dan.

“Maaf” berpaling, dan berlalu sama dengan mata yang pecah empangnya. Sekejap sahaja kelibat kebaya hitam berbunga merah itu hilang di celah keramaian. Sedang Amir, berdiri masih berkira-kira reaksi yang selayaknya.

“Aiseh..”dan hujan turun. Cliché sungguh.

***
8.13 malam hari ini
“Maaf Adila. Salahkan saya untuk tindakan luar kawal itu. Percayalah yang semuanya bukan atas tindakan kawal saya. Barangkali saya bukan sebaik mana untuk berkawan, tapi percayalah saya bukan seburuk mana untuk tidak mampu berubah. Percayalah, saya akan cuba yang sebaik mungkin untuk jadi yang lebih baik, dan untuk awak, tiada apa yang mustahil. Tolong, untuk beri saya peluang. Boleh Adila? Maafkan saya, ya Adila”
5 minit
10 minit
20 minit
Dan message masuk.
Dari Adila
“Maaf.
Hp saya jenis lama, first page je sampai. Boleh hantar semula”
Aiseh
Dan 2 minit selepas resent yang tadi.

“Bukan untuk saya. Saya boleh mati. Tapi Dia tak mati!”
“Sudahlah. Esok nak kerja. Jumpa Esok! Dan ganti balik keropok lekor saya!!!!!!!”

Saturday, March 9, 2013

Cinta is Love

9:58:00 AM | | Best Blogger Tips



"Temankan aku boleh tak? Hari ni je? Please please....." aku pujuk Ilham untuk menemani aku ke Pasar Seni. Tidak dapat tidak Ilham harus ikut serta. Muktamad! Ilham diam. "Wei!! aku cakap dengan kau ni! Dengar tak? Ikut aku. Aku jemput kau sekarang! Siap cepat okay?" Tak dapat aku kategorikan apa, arahan atau ancaman. Kedengaran Ilham mendengus perlahan. "Yelah yelah makcik!" Aku senyum puas. Terus mematikan talian. Aku menaip sesuatu di telefon bimbit. 

Cepat siap tau, sayang. :) 

Aku tunggu Ilham membalas SMS ku. 

Baik, sayang :(

Aku senyum nakal membaca mesej dari Ilham apabila diselitkan dengan emoticon sedih itu. Kasihan dia selalu kena paksa untuk temankan aku. Hanya dia yang aku ada. Pernah sekali aku paksa dia temankan aku semata-mata nak makan aiskrim. Dia hanya menurut. Walaupun adakalanya raut wajahnya menegang, tapi dia sentiasa ada. Sentiasa ada untuk aku. 

Sampai sahaja di hadapan rumahnya, aku membunyikan hon kereta. Dia muncul. Dengan jeans dan T-shirt hitam yang tersarung di tubuhnya. Sempurna! Dia masuk ke dalam kereta. "Waalaikummusalam" ucap aku. Dia senyum. "Assalammualaikum, rindu." balasnya. Aku gelak kecil mendengar perkataan terakhir itu. Rindu?  Sebaik saja dia masuk, bau cologne yang dipakainya memenuhi ruang. Aku suka bau itu. Aku senyum memandang Ilham di sebelah. "Cepat lah gerak. Kata nak ke Pasar Seni kan?" Aku senyum lagi dan terus meneruskan perjalanan.

Aku memandu. Fokus. Ilham disebelah tidak ku toleh. "Orang lain pun drive juga, tak ada lah serious sampai macam tu. Ni ha aku kat sebelah ni ingat patung ke? replika ke?" suara Ilham tiba-tiba. Aku senyum. "Ala, orang kan tengah drive. Nanti tak fokus. Kau juga yang cakap hati-hati drive." Tanganku kemas memegang stereng kereta dan berhenti di lampu isyarat. Aku membuang pandangan kepada Ilham di sebelah. "Okay, ni aku pandang kau je ni. Puas hati?" Ilham menepuk bahagian depan tudung bawal yang aku pakai. "Woi!! rosak laaaaa!". Ilham ketawa. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Aku meneruskan pemanduan. "Rosak apa nya? Elok je tudung tu." Ilham masih ketawa. Ya, ketawalah kau puas-puas Ilham. Ketawalah.

Ilham mengelus kepalaku. Sekali. Aku kaget.  "Eleh! nak mencuka dengan aku? Berani? Tak nak teman baru tahu!" Aku senyum mendengar ugutan Ilham. Dia selalu begitu. Dan dia tahu kelemahan aku. Dan akhirnya kami sama-sama ketawa. 

Aku memakir kereta. Ilham disebelah hanya diam. Entah apalah yang difikirnya. "Senyap je kenapa? Lapar eh?" soal aku separuh bergurau. "Tadi kan bangun-bangun je orang tu dah call suruh temankan dia. Tak sempat nak makan apa. Eh mana ada lapar. Kenyang ni" Ilham menepuk perutnya. Aku keluarkan coklat Cadbury dari beg. Hulurkan pada Ilham. "Ingat kenyang la makan ni." Ilham sambut walaupun merungut. Aku senyum. Aku keluarkan bekas air pula. Aku buka penutup dan aku hulurkan pada dia. Dia senyum, tiba-tiba. "Baik sangat ni kenapa?" soal Ilham. "Inilah manusia. Buat baik salah. Tadi merungut lapar. Bak balik coklat dengan air tu!" usik aku. Ilham hanya ketawa terkekek-kekek.

Suasana di pasar Seni meriah. Aku terus meluru ke booth yang menjual badge. Kelibat Ilham tak ku nampak. Merayap lah tu. Bisikku. Aku pilih beberapa badge yang dijual RM10 untuk 6 keping. Aku pilih yang bertulis Love is Cinta. Comel sangat. Ilham yang tiba-tiba muncul berdiri disebelahku. "Pilih satu lagi bagi cukupkan 6!" arah aku pada Ilham. Dia hanya menurut. Dia memilih badge yang bertulis Love is Cinta juga. Aku senyum. "Datang sini sebab nak beli ni je makcik?" soal Ilham seperti tidak puas hati. Aku tidak mengendahkan pertanyaan Ilham. Bukan, Ilham. Bukan sebab bagde ini. Tak beli apa-apa pun aku tak kisah asalkan kau ada disamping aku. Hanya itu. 

Aku menarik lengan Ilham untuk temankan aku ke tingkat atas. Dia menurut. "Tahulah tak nak berenggang dengan aku, jangan la main tarik-tarik. Tak pepasal gadis-gadis cun nampak ingat aku ni kena control makwe!" Aku mencubit pinggang Ilham. "Eiii! Ni apa main cubit-cubit ni? Tak nak teman kang!? haaaa!" Aku tinggalkan Ilham dan terus naik ke tingkat atas. Entah kenapa aku rasa terpukul bila mendengar kata-kata Ilham tadi. Aku tahu dia bergurau pasal gadis-gadis cun itu. Cemburukah aku?

Dari tingkat atas aku melihat Ilham sedang bercakap dengan seorang gadis yang ditemani seorang lelaki. Ada raut tegang diwajah Ilham. Aku amati wajah gadis itu dari jauh. Bekas kekasih Ilham! Sepertinya ada yang tidak kena dengan pertemuan mereka itu. Aku turun ke tingkat bawah mendapatkan Ilham. Aku berjalan perlahan-lahan dan menghampiri Ilham. Ilham senyum dan menarik lengan aku. Dia memperkenalkan aku sebagai kekasihnya di hadapan gadis itu. Ilham mengenggam erat tangan ku. Aku balas. Ada getar dihati aku bila tangan kami bersatu. Dan cukup kalau aku cakap, aku sangat selesa. 

***

“Nasib baik kau ada, Izah. Kalau tidak, entah apa nak jadi dengan aku tadi,” kata Ilham, selepas menghirup secangkir kopi dihadapannya. Aku hanya senyum. Aku tahu semua yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata. Tapi entah kenapa aku rasa bahagia. Ya, untuk saat ini memang aku rasa cukup bahagia. "Kau dah selamatkan aku tadi. Aku belanja kau makan aiskrim kejap lagi okay!" Ilham mengelus kepala aku lagi. Sekali. Aku suka. Tak perlu aiskrim, Ilham. Kau ada disamping aku sekarang pun aku dah cukup bahagia. Bisikku sendiri.

"Terima kasih, Izah"
"Kasih diterima, sayang"

Ilham menepuk bahagian depan tudung bawalku, sekali lagi. "Eiii!! Rosak la!"

Ilham senyum. Aku suka dengan senyuman itu. 

-Tamat-

Monday, January 21, 2013

Bab Hati (Merah Jambu)

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Malam ini, bulan gagal terbit. Tapi langit tetap berteman dengan jujuran bintang. Cantik, biarpun dalam cahaya yang berdikit-dikit.

Seperti Naurah, yang masih tetap cantik, biarpun hanya dengan kebiasaannya. Masih dengan kurung putih berbunga-bunga merah jambu menjadi penyeri. Berkerudung merah jambu lembut dan bersopan duduk di hentian itu sendirian. Bersepatu merah jambu kegemarannya, yang setia menyelimut sejuk udara dari menerpa terus pada dia.

Mujurlah lampu limpah dari kolej masih mampu menampakkan sopannya dia di hentian kenderaan itu. Kalau tidak, harus saja ditarik Azra menjadi teman menunggu.

Jam Bonia keperangan di tangan diselak pandang sekali lagi. Yang ditunggu sudah lewat dari janjian. Membelek Nokia pearl white di tangan pun tidak redakan gemuruh hati.

“Kamu mahu pergi sendiri Naurah?” Azra membising sebelum dia turun tadi. Budak bermata penggoda itu tegas orangnya. Kalau mahu bertegur, jarang dia berselindung dengan bait-bait diplomatik. Katanya itu pendirian. Biar jelas. Jangan diingat orang, asal mata galak, diri rendang, boleh jadi mainan. Naurah tahu itu semua, dan kerana itu sendiri dia tak mahu Azra menurut dia turun.

“Berdua dengan bukan muhrim tu Naurah. Kamu tahu kan?” tegur Azra lagi
“Bertiga sahabat ku. Bertiga” dan senyum berlalu turun selepas sekilas mengucap salam sepenuh bahasanya.
Maka dalam kelewatan menunggu orang yang ditunggu ini pesan Azra tadi menjengah lagi. “...bukan muhrim”, dan senyum Naurah menjadi tawar lagi. Mula tadi senyum terlalu manis, sampai malu menerpa wajah. Merah-merah buah pelam epal, dan gebu pada pipinya. Kemudian mula kendur bila menanti melewati janji. Ini, kendur lagi, bila teringatkan Azra.

Ya, menunggu manusia bernama lelaki di sini bukan sepenuhnya keputusan dia. Sebaliknya, hanya sisi debar rasa yang terlalu tak terbendung itu yang mengatakan iya. Sedangkan, hati berbolak balik dengan tidak dan barangkali ya. Itulah, hal hati terlalu sulit untuk dirasionalkan. Semuanya menjadi tanpa berpesan yang boleh dinanti-nanti. Harapnya, jangan bila mahu menghilang nanti hilang sekilas tanpa sempat senyum ini dihabiskan.

Kali ini, bolak hati datang lagi.
Bonia pembelian dari kerjaya lepasan SPM-nya dulu dibelek pandang lagi. 20 minit, dan tak ada bayang. Yang berpepasan lalu hanya motosikal yang berbondong dengan pasangan-pasangan sekampusnya. Haram tu, berdua di atas tunggangan, bersentuhan tentu tidak termampu elak lagi. Kalau berkereta okay sikit kan. Duduk jauh-jauh. Takkan nak gatal-gatal terpegang kan?

Tapi Naurah makin tawar senyumnya. Hati cuba membenarkan apa yang dibuatnya sekarang, tapi dia tahu itu tetap tidak benar. Hati makin berbahagi rasa.

“Penipu paling bodoh adalah menipu diri sendiri. Menipu berkata ia, sedangkan kita tahu tidak. Menipu berpuasa dengan manusia, tapi terang-terang menipu diri dan menipu Allah. Balasannya tentu saja kamu tahu kan Naurah” pesan Babah bertahun dulu, dan kali ini seperti batu untuk cetus rasanya.

TRUT-TRUT TRUT-TRUT
“Maaf jalan sesak. 5 minit lagi ya awak”
Erk

REPLY
“Tak apa, saya pun baru sampai Suhaid.”
Penipu! Naurah sudah sampai setengah jam yang lalu. Janji temu pun dah berlalu 22 minit yang lalu. Yang pulang dari musollah kolej pun barangkali bersembang hal usrah Ustazah di surau, sedangkan Naurah masih menunggu, dan sekarang mahu menipu diri sendiri lagi.

Retype
“OK”

Bohong. Ini tidak ok. Hati Naurah mula menidakkan pengaruh rasa. Debar rindu dan teruja mula ditelan rasa bersalah dan pesan ibu ayah. Pesan Azra. Pesan Ustazah. Ah, semua ini tidak ok.

Naurah bangun. Senyum dia kian hilang. Dia berlekas menuju kolej. Nampak seperti kelibat kenderaan yang ditunggu mula menjengah pintu besar Universiti. Naurah harus terus lekas hilang. Langkah, laju lagi wahai jiwa.
TRUT-TRUT TRUT-TRUT
“Awak mana? Saya dah sampai depan kolej kediaman ya. Saya tunggu”
Nasib sempat. SMS yang awal pun belum berjawab, tuannya dah sampai, dan sampaikan SMS kedua.

REPLY
Maaf, ada masalah wanita. Kita batalkan malam ini ya Suhaid. Maaf L

Tersandar Naurah. Mencuri pandang juga pada Myvi Hijau Daun di tapak penantian dia tadi. Bibir yang dicuba-cuba dengan lipgloss Iman bilik sebelahnya tadi digigit tanpa sedar. Hati masih berperang dengan serba salah dan rasa salah. Mahu, tapi tahu tidak mampu. Ini tidak betul, tapi kenapa tidak betul. Ah, hati!

TRUT-TRUT TRUT-TRUT
“Kesian saya, terpaksa makan seorang lah ni ya. Tak apa, lilin di meja makan tu saya simpan untuk dinner dengan Naurah lain kali ya. Jaga diri awak. Awak kan kawan kesayangan saya.”

Dan Myvi itu pergi. Laju. Lagi laju dari hadirnya tadi.

Subahanaullah. Hati menjadi sebak. Tidak tahu apa yang disedihkan. Sedih kerana hal hati, atau pedih kerana hal rasa. Perang jiwa dan ilmu belum reti reda. Lapar berpuasa yang hanya dipujuk dengan cream creaker Maghrib tadi juga tidak sepedih rasa sebak yang entah mana mahu dimenangkan ini.

“Naurah?” sapa seorang dari belakang.

Ah, Azra! Terus di dakap sahabatnya rapat. Mata tiba-tiba basah dan rebah. Bahu Azra ditumpang lagi kali ini, dan pertama kali oleh sebab hati kepada seorang jejaka. Seorang pria yang disimpan suka dalam diam. Suka yang makin hari makin galak menjadi sayang, dan dia tahu merindu itu bukan mudah, dan juga bukan betul kerana Suhaid bukan disahkan untuk dia lagi.

“Aku lemah Azra, aku lemah!” dan itu cukup untuk Azra mendakap Naurah lebih dekat. Dia tahu, gadis manis ini pendiam dan begitu banyak rahsia. Dia juga tahu, waktu ini Naurah hanya mahu bahunya dan bukan mahu ditemurah apa segala. Naurah hanya mahu didakap, mahu dibiar empang air matanya itu surut pecahnya.

Tapi dalam diam, Azra tersenyum. Bait kata syukur dilafazkannya ikhlas. Barangkali, doa di penghujung solat hajatnya untuk Naurah di balas Allah dengan segera, dan itu lebih baik.

Renyai mula turun. Naurah pula mula reda, dan baru kini di pandang wajah Azra.

“Terima kasih. Kita ada kamu kan?” kata Naurah.
“dan, kita dua ada Dia kan” balas Azra tersenyum, sambil telunjuk kanan mengisyarat ke atas, menandakan ada Dia yang lebih tinggi, lagi lebih tahu.

Dan hujan makin lebat. Mengucap syukur. Terselamat satu hati, hari ini.

END

Thursday, January 3, 2013

Hujan berkasih sayang

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips





Aku lihat kamu di kejauhan. Menapak ke arah aku. Inilah kali pertama aku melihat kamu. Aku hadiahkan kamu senyuman. Kamu balas. "Lama dah tunggu?" sapa kamu sebaik saja mendekati aku. Wajah kamu yang tenang aku tatap curi-curi. "Kamu pencuri!". Aku sedikit tersentak dengan katamu. Aku menjengilkan mata tanda aku tidak mengerti maksud sebenar katamu itu. Kamu senyum. "Kamu curi-curi pandang aku. Aku perasan tahu?" tuturmu lembut. Aku mengetap bibir menahan malu. 

"Jom! Kita pergi makan kat cafe tu." pelawaku kepadamu yang baru pertama kali menjejak kaki di bandar ini. Kamu hanya menurut. Aku dan kamu berjalan bersaingan menuju ke cafe tersebut. Langkah kaki dipercepatkan bila rintik hujan mula turun. "Laaa..hujan pulak dah." kata kamu. Aku hanya senyum memandang kamu. "Cepat sikit jalan tu. Nanti basah!" arah aku. Kamu membesarkan lagi langkah kakimu. Kamu sudah mendahului aku. "Tunggu la. Jahat tinggalkan orang!" Kamu matikan langkah dan mendapatkan aku yang masih di belakang. Kamu senyum. "Jom! Kita jalan sama-sama." pintamu sambil tangan kananmu memayungkan kepalaku dengan tapak tanganmu.  

Monday, December 31, 2012

Pada Wanita Itu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Aku gemar geri mu.
Biarpun kecil ukir bibirmu, masih terlihat manis.
Biar tenggelampun 'pipit' di sedang pipi mu, aku pula yang tersenyum.

Kagum.
Biarlah kamu bukan bidadari, tapi, kamu 'maharani hati'.

Moga,
Pandangan ini aku ulang semula di taman syurga.



Tuesday, December 25, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 3 - Part 3 (Akhir)

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Jikalau sebelum ni aku dapat melihat sendiri kecurangan kekasih hatiku itu .lantas aku pun terus pulang ke rumah dengan rasa kesal... Hatiku tak tenang...Selagi aku tidak dapat meluahkan isi hatiku itu kepada Yati...Dan dengan berat hati aku  menelefon Yati malam itu juga.

"Hello......"
"Nak cakap dengan siapa ye?"
"Yati ke tu?Ini Mizi lah Yati"
"Oowwh Mizi ingat kan siapa tadi...Sorilah Yati sibuk ni nak siapkan tugasan...Ada apa Mizi call ni"
"Tak ada apa Yati...Cuma teringat nak call saja..."
"Ye? Mizi apa khabar?"
"Mizi okey saja..."
"Tapi betul Mizi ...Yati sibuk ni...Esok ajelah kita cakap ye"
"Sorri Mizi..."
"Tak apa...Mizi faham"

.......................................................................

Di manakah tempat aku berdiri lagi sekarang ni di hati Yati ?
Nada suara seolah olah tidak senang dengan panggilan aku tadi?
Salah kah aku ingin memujuk rayu dia
Bukan kah dia sudah mengakui aku kekasihnya?
Kenapa cepat benar dia berubah...
Aku mesti berterus terang dengan dia...Aku sudah tidak sabar menunggu esok lagi
Perkara ini aku harus selesaikan malam ni juga...

"Hello..boleh cakap dengan Yati?"
"Sebentar ya..."
"Mizi ...Maaf sangat sangat Yati sibuk ni..."
"Yati maaf mengganggu malam malam begini...Mizi mahu berbicara sebentar..."
"Ada apa yang penting sangat ni Mizi?Sampai tak boleh tunggu esok..."
"Yati...Hati Mizi pedih.."
"Haaa? apa maksud Mizi?"
"Mizi sudah berada di KL...Sudah hampir 2 bulan...Dan Mizi tinggal berdekatan dengan tempat tinggal Yati...
Malah Mizi pernah ternampak Yati..."
"So?apa masalah nya?"
"Yati...Mizi sudah tahu semuanya..Tak perlulah Yati sembunyikan lagi...Mizi nak ucapkan selamat berbahagia sahaja..."
"Sebenarnya Yati pun nak beritahu Mizi tapi serba salah..."
"Cukuplah Yati..Mizi faham..."
"Yati doakan Mizi jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari Yati...maafkan Yati... Mizi..."
"Okeylah...selamat malam Yati...terimakasih atas segalanya ye..."
"Maafkan Yati... Mizi..."

...........................................

Senang sungguh berpisah dengan satu panggilan telefon...
Seolah apa yang dibina selama ni tak ada makna lansung
Semua janji janji tak terlaksana
Semua harapan hancur sudah...
Takdir yang menentukan segalanya...
Bila hati tidak lagi menyinta
Hanya kata kata hampa yang mampu diluahkan
Tiada lagi harapan semalam
Berkecailah sebuah impian

...................................................................

Aku terpaksa memilih haluan sendiri...
Aku takkan akan tersungkur dan tewas dengan cinta Yati...
Aku teringat semasa waktu zaman kecil dulu
Sewaktu cinta itu perasaan suci ...

"Mizi...Yati rindukan awak..."
"Rindu?Apa erti rindu?"
"Rindu tu ertinya rindu kat awak...kat anak sungai ni...kat kampung ni..."
"Yati harap Mizi tak berubah yer...walau kita berjauhan..."

"Tidak Yati..Mizi tak akan berubah..Sama seperti kampung kita ni...Anak sungai ni...Redup pepohon rendang ni...Semuanya menggambarkan tentang diri Yati..
Redup sinar mata Yati sama macam redup pepohon kat sini..'

Sehingga kini pohon redup itu tetap rendang dan melindung sinaran panas matahari
noktah...
titik...

Monday, December 24, 2012

Gila!

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Mesyuarat hari ini lambat. Lambat mula, habisnya juga makin lewat. Izan dah makin penat. Perkara paling direbutkan sekarang adalah rehat. Kalau boleh dijual ‘rehat’ itu, bisa jadi kapitalis kaya.

Tangan masih tak habis menulis dari apa yang telinga dengar. Orang besar ni kalau bermesyuarat bukan ikut agenda sangat. Main sebut. Bersimpang-simpang hala tuju, mana sampai dulu, mana penting dulu; semua dah tak kira. Sebagai urus setia, Izan dah tak kisah. Salin saja. Karang baru tapis.

Dan orang sebelah hanya tahu makan. Oh. Dia juga tahu senyum sumbang, dan ber’chap’-‘chap’ dengan makanan yang masih di mulut. Sungguh tidak sopan. Sudahlah datang mesyuarat berlenggang dan sepatah haram pun tak bercakap, siap sempat membunuh ‘khinzir-khinzir’ moden dengan TNT di hujung jemari lagi.

Dan yang lain hanya mengangguk dengar. Membelek jam untuk tunggu mesyuarat sudah.

Ok, terima kasih” sudah!

Lega.

Semua lekas angkat pungggung dari kerusi empuk yang dah berjam dipanaskan. Kertas-kertas kerja yang dibekal berselerak dengan hanya seorang dua yang bawa pulang. Yang lain? Semua hadir cukupkan kuorum tanpa ada niat menyumbang dan ambil kisah.

Orang-orang besar semua dah beredar.
Yang tinggal hanya Izan dan seorang dua. Mengemas dan mengutip apa yang perlu, karang bilik ini adalah lagi yang mahu.

Dan terduduk.
Penat.
5 minit, untuk rehat; sebelum bangun dan jadi gila semula.

Dan ada satu terkepit dalam banyak.
Sekeping nota, untuk urus setia.
Izan la tuh


Hey si manis,

Harus kamu bertongkat dagu.
Jangan bertongkat dengan hidungmu.
Kan aku geram dengan keagungan dari Tuhan diwajahmu
Sedang, pandang ini sendiri haram.

*senyum*

Mahu dihalalkan pandang ini wahai si manis?’


Aha! Gila!
Izan pula yang senyum. Telinga di balik tudung pelangi tiga lapis yang warna bagai-bagai itu barangkali juga semerah jambu pipinya yang gebu.
Sekurangnya ada yang mencuit hati.
Rasa mahu mati tadi di tarik semula.
Mana tahu, ada bahagia untuk dia yang tak pernah ada masa ini?

Tangan lekas meraba kocek di kurungnya.
Nokia versi lama dikeluarkan.

OPEN Menu
Message
Compose

‘Wei, tak payah nak prank aku la.
Tau la hang sayang aku!
Nota untuk urus setia konon! Bluek!

SENT

Trut.. Trut..

OPEN

Bukan aku la wei.

Aik?

Belum sempat reply, sms baru masuk lagi.

OPEN

Aji Kay!


Ha? Menyirap badan. Muka terasa bahang malu.

Izan?” lembut suara itu mengejutkan Izan. Dato Keirulamin datang. Menyentuh lembut bahu Izan yang masih terpelusuk dek duduknya di kerusi.

Penat ya, jom saya belanja makan? Tanda terima kasih uruskan semua ini ya” dan senyum lagi. Kali ini giginya yang jauh-jauh dan boleh dikira jumlahnya juga dari jauh itu jelas nampak. Putih. Tapi belum tentu hatinya putih.

Saya siapkan berkemas dulu ya Dato” bergegas bangun dan mengemas. Gila, bos dia ni memang lain macam. Dialah Aji Kay. Berbini empat, itu pun kalau dikira sekali dengan pembantu peribadi yang dikawin lari dan pembantu rumah yang dikawin sunyi-sunyi.

Orang tua tu masih senyum manja-manja. Oh, ok, ini baru gila. Mana Izan nak lari kalau dah datang pun sekereta dari pejabat?

Izan ok?” bahunya disentuh.

DANG!

Oh maaf Dato’. Maaf! terkejut Izan.

Semuanya spontan. Dia tak sengaja. Kelangkang bosnya dah diterajangkan dengan lututnya. Aduh. Memang tak sengaja! Kalau ditanya bagaimanapun Izan tak tahu mahu ulang tayangkan. Semuanya spontan!

Bodoh!

Keluar! Keluar la bodoh!” dan Izan masih terkejut. Sebelum kemudiannya beredar. Masih pusing-pusing.

Erk, paling tidak, aku tak jadi makanan dia” bisik Izan, dalam gaul terkejut, takut dan lega.

Lekas. Lekas keluar.
Trut. Trut.

OPEN

Yalah, aku hantar. Saja nak chill hang. Jangan marah sayang! Malam kang aku belanja hang makan. Nak pi report bos aku jap!

“Ah, cilaka!”

Tuesday, December 18, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 3 - Part 2

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Mizi - okey jugak kau punya offer tu Sham...boleh aku timba pengalaman kat tempat orang

Sham - ye lah Mizi...takkan kau nak terperuk kat kampung?jomlah ke bandar sekali sekala...kau boleh duduk rumah aku...bayar ajelah yang kau mampu...sebab abang aku ke luar negeri...tak ada siapa nak jaga rumah kat bandar tu...kau dengan aku pun bukan orang lain...sepupu aku juga...

Mizi - terimakasihlah Sham...aku rasa aku nak uruskan pasal sekolah aku dulu...aku rasa nak ambik sekolah private kat bandar dan kerja part time

Sham - bagus Mizi...dengan cara ni kau bolehlah study dengan aku...aku pun takde kawan kat sana...

Mizi - kau study kat mana?

Sham - aku baru je second sem kat University Malaya....

Mizi - University Malaya?

Sham - haaa... kenapa?

Mizi - takder saja tanya...

Sham - mesti ada apa apa ni...


***************************************

Sham - macam mana kau punya part time kat University Malaya tu?dapat ke?

Mizi - dapat...aku ambik Mass Comm...

Sham - long way to go...aku harap kau tekad...dan nekad...

Mizi - ye apa sahaja untuk ini...

Sham - oh iye keja part time pun ada kosong kat 7E...dalam kampus jugak...kau nak ke?

Mizi - semuanya macam kebetulan je....

Sham - apa Mizi?

Mizi - tak de apa...


*********************************************

apa kah semuanya suratan atau kebetulan?aduhhh...nggak bisa aku mengerti semua ini...kenapa tiba tiba sahaja Allah seperti ingin menemukan aku dan Yati? apa sebelum ini aku dan dia sering berjauhan...namun setelah berdekatan begini aku rasa kaku...Mizi masih belum memberitahu akan kedatangan nya ke kota pada Yati...mungkin Mizi ingin memberi kejutan buat Yati?mungkin Mizi lebih suka membiarkan Yati dan tidak mahu menganggu tanggungjawap Yati sebagai pelajar sedangkan dia bekerja sambil belajar...bermodalkan duit keluarganya...Mizi lansung tidak mempunyai perasaan untuk memberitahu Yati akan keadaan dirinya...kali ini biarlah semua itu di tanggungnya...

Namun pada suatu hari sedang dia menyusun barang barang di kedai...sempat jugak dia terdengar perbualan dua orang ...salah seorang nya perempuan dan Mizi amat kenal akan suara itu...

"ehhh...you ni...kata nak jumpa mak I...jomler ambik dia kat Puduraya..."

"seganlah...nanti apa kata mak you?"

"apa nak segankan...bukan ke dah kawan lama...steady pulak tu...."

Mizi cepat cepat menyorokkan dirinya di sebalik rak rak barang...hatinya berdegup kencang...mungkin inilah yang ingin ditunjukkan pada Mizi...satu kecurangan...

"jangan lupa tau....malam ni...lepas kelas you ambik I kat hostel..."

"ye lah yelah....jangan marah sayang..I gurau je...Yati.."

hahhhh!!!!memang benar itu Yati...getus hati Mizi...


****************************************

Mizi - maaf Amri ...saya ada hal malam ni...nak pegi Puduraya ambik saudara datang dari kampung...

Supervisor Amri - okey..esok datang awal sikitlah Mizi...

Mizi - okey aku datang kul 6...esok takder kelas...


********************************

pukul 8 tepat...Mizi berada di platform n013 untuk bas ekspress dari Utara...Mizi berjalan mundar mandir bagaikan tanpa tujuan...akhirnya dia memilih untuk duduk di satu sudut yang agak tersorok...

Mizi melihat dari jauh...telatah sepasang remaja yang agak membekukan hatinya..salah seorangnya ialah Yati...memang itulah Yati...di manakah redup matamu Yati...di manakah kehidupan aku yang kau bawa...inikah pengertian cintamu...aku tak mahu meliohat lagi semua ini Yati...dan Mizi memutuskan tiada pa lagi yang mahu di tunggunya...Mizi melangkah longlai....Mizi tak menduga...sungguh tak menduga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...