Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, November 27, 2011

Duda Suamiku

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Prangggg... retak seribu sekeping hati dikala butir bicaranya telah diimpulskan oleh otak. Berfikir panjang aku. Hati yang retak didiamkan terus agar tidak diketahui oleh bakal suamiku ini. Namun aku tahu dia dapat mengesan perubahan pada tutur bicara aku. Bicaraku makin tersekat-tersekat menahan rasa sebak. Ahh..bukankah seringkali dipesan supaya bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang datang kerana status dia itu. 

Beberapa bulan saja lagi majlis perkahwinan aku dan dia akan berlangsung. Sedikit sebanyak persiapan telah mula dilakukan. Tiba soal jemputan para tetamu membuatkan aku sedikit kecil hati. Owh..patutkah untuk aku berkecil hati sebenarnya? 

Bakal suamiku yang tidak ramai tahu akan status dirinya yang sebenar menyebabkan dia tidak mahu kad jemputan disediakan bagi pihaknya. Hanya pihak pengantin perempuan iaitu aku sahaja yang perlu ada. 

“Tapi kenapa abang? Nanti abang kena jemput kawan-kawan dan orang kampungkan bila majlis kita?” 

“Abang akan menjemput mereka tapi tidak perlulah kad semua. Lagipun sayangkan tahu abang ni duda.” 

Memang status itu yang menyebabkan dia begitu teliti dalam perancangan majlis kahwin kami. Aku yang akan merasa buat kali pertama ini tidak dapat melaksanakan apa yang dihajati. Tapi itu tidak mengapa. 

Cuma dirinya...seorang yang perahsia. Sudah 2 tahun dia menduda tapi tidak ramai yang tahu. Malah ramai rakan sekerja beranggapan dia masih bersama bekas isterinya yang dulu. 

Sudah 2 tahun dia merahsiakan kisah sebenar. Begitu tegar bakal suamiku ini. Kisah pahit itu yang membuatkan dirinya begini. Aku bernasib baik. Bernasib baik kerana aku tidak tergolong di kalangan rakan sekerjanya. Dia tidak merahsiakan tentang kisahnya yang sebenar malah menceritakan semua. Dari awal hingga akhir. Begitu tegar bekas isterinya berbuat demikian. Meminta diceraikan atas alasan yang membuatkan aku hilang kata. 

“Saya berkahwin dengan awak hanya nak merasa apa itu perkahwinan, dan kini saya mahu bersama dengan bekas teman lelaki saya yang dulu.” 

Si isteri yang meninggalkan ayah sendiri kepada suami. Dijaga oleh suami sendiri di kala isteri bekerja di negeri yang berlainan dengan si suami tegar meminta cerai dengan sang suami yang sanggup menjaga bapa mentua siang dan malam sendirian. Setiap minggu membawa bapa mentua mendapatkan rawatan. Aku hampir mengalirkan air mata dikala mendengar cerita daripada bakal suamiku. Dan dengan rela hati dia melepaskan si isteri yang derhaka itu walau sangat perit. 

Dalam sikap ramah, dia sebenarnya adalah seorang yang perahsia. 

Aku masih lagi terkebil-kebil melihat bilah-bilah kipas berkejaran sesama sendiri yang aku pasti tidak akan dapat dikejar sebenarnya. Hati seolah-olah merintih. Hati dipaksa untuk menerima hakikat. Mungkin dapat menerima hakikat tapi ia tetap meninggalkan satu persoalan. Sampai bila abang akan merahsiakan statusnya yang sebenar? 

Dan majlis resepsiku nanti hanyalah dihadiri oleh ahli keluarganya yang terdekat sahaja. Itu yang membuatkan aku sedikit terkilan. Raja sehari yang patut dirai hanya akan melalui satu majlis yang biasa. Biasa yang aku maksudkan adalah antara ahli keluarga sahaja. Dan aku risau. Apakah pandangan saudara mara aku nanti. Saudara mara tidak aku kisahkan sangat tapi yang aku sangat kisah ialah bagaimana perasaan ibu dan abah melihat majlis anak perempuan tunggalnya ini? 

Dalam diam, cecair jernih mengalir di tubir mata. Otak terus ligat berfikir. Apakah tindakan suamiku ini adalah untuk mejaga maruahnya atau untuk menjaga maruah aku? 

Aku masih ingat lagi di akhir bicaranya sejam yang lalu.. 

“Ini baru sikit dugaan yang sayang perlu lalui. Kelak, bila bersama lagi banyak dugaan yang sayang kena tempuh. Sayang sudah bersedia ke belum? Yakin untuk meneruskan hubungan dengan abang?” 

Bila dikenang kembali dia seolah-olah mahu melindungi aku. Tidak mahu hati aku disakiti oleh orang lain dengan kata-kata sinis yang bakal aku dengar selepas kami berkahwin atau mungkin semasa kami kahwin. Itulah sebab dia telah mengambil tindakan awal untuk menjemput saudara yang terdekat sahaja. 

Hati aku tidak pernah berbelah bahagi terhadap bakal suamiku.. 

Aku hanya ingin diraikan. Hanya ingin dikenali oleh semua bahawa akulah isterinya. Tiada lagi kisah bekas isterinya yang dulu. Biarlah semua tahu bahawa akulah isterinya yang kedua tetapi pada hakikatnya adalah yang pertama dan yang terakhir. 

Buat bakal suamiku.. 

Aku menerimamu seadanya. Hanya dirimu yang melengkapi fitrah diri ini.

11 comments

November 27, 2011 at 10:14 PM

ni macam KISAH BENAR je...kakaka...

November 27, 2011 at 10:46 PM

tak jujur... tapi kalau tahan takpa... gua tak sanggup...

ps: sabar ya... gua emo baca kispen ni...

November 28, 2011 at 12:03 AM

menyentuh..:)em,andai sy ada pendamping nti sy hrp dia la yg terakhir utk sy.pasangan di akhirat nti. :)

November 28, 2011 at 12:14 AM

waaa sedih sgt

cter ni terbaik

mcm cite betol pon de gak

kene tabah..pengorbanan mndapatkan cinte tu perlu

November 28, 2011 at 10:52 AM

best kispen ni..walaupun sy sedikit emo membacanya..hehehe

November 28, 2011 at 3:15 PM

sedihh..ada sambungan lagi kan? mcm tergntung je ni..hehe :P

eh semoga bahagia awak :)

November 29, 2011 at 2:02 AM

alaaaa....tak seronoknye kawen macam sorok2....hurmm...simpati pd nasib bakal isteri@isteri kedua...

November 29, 2011 at 2:33 PM

kalau dah ilapu, semuanya 'indah'

:D

November 30, 2011 at 2:38 PM

kalau kisah ni boleh dijadikan novel.. mesti best kan.. teringin nak tahu kisah selanjutnya..

December 19, 2011 at 10:13 AM

tenkiu S7W sui masukkan kisah dongeng ini ^^,


sambungan?
hmmm....ada idea insyallah ada kisahnya

January 10, 2012 at 10:43 AM

sebijik sama dgn kisah kawan baik sy bezanya suaminya (kini) duda tak jaga bapak mertua tp jaga anak2, brtungkus lumus kerja n jaga anak2 sdangkn bekas isterinya ada lelaki lain n sibuk shopping serta luang masa kat luar...akhirnya bekas isteri minta cerai tanpa alasan kukuh. Kini duda itu bahagia brsama kawan sy walau kawen sorok, sorok sebab ramai org kampung tak tau kisah sebenar si lelaki tu dan tak ingin org lain tahu kisah hitam tu. Alkisah bekas isterinya pulak, selepas habis edah terus kawen dgn kekasihnya (suami org). Wlaupun kwn sy terima pelbagai andaian dr mulut2 org yg xtahu cerita sebenar tp dia redha akan ketentuan tu sebab bagi dia yang penting dia tau apa yg sebenarnya, biarkan mereka-mereka berkata-kata, nanti penat senyapla.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...