Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Abang Zam. Show all posts
Showing posts with label Abang Zam. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Hairi

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Abang Zam


Hairi seorang lelaki berumur 30 tahun. Hairi seorang penjawat di sebuah syarikat kerajaan. Hairi tak ada kereta. Hairi ada motor. Hairi masih bujang dan menunggu hari kahwin.

Hairi berada di dalam bilik di rumah. Hairi sedang mengikat tali di lubang batu angin. Hairi menangis. Hairi sedih sekali hari ini. Hairi marah semua orang di pejabat. Hairi tengking makwe sepejabat yang duduk di depan. Hairi tengking semua orang.

Hairi baru sudah ikat tali. Hairi pergi minum air sejuk di dapur. Hairi makan cupcake yang terakhir di dapur. Hairi makan kek hari jadi yang masih berbaki di dapur. Hairi menangis lagi.

Hairi tukar baju kemeja kerja dengan baju jingga bercorak corak. Hairi pakai seluar pendek. Hairi sarung jam tangan Polo RM200.00. Hairi sembur pewangi di badan. Hairi pakai barang-barang pelik. Hairi tak pegang kitab.

Hairi sarung tali tadi dekat leher. Hairi tunggu lama. Hairi jerit kuat-kuat. Hairi terjun dari kerusi. Hairi tersangkut. Hairi patah tengkuk. Hairi menggelitik dekat dinding. Hairi tergantung.                   

Hairi dah mati. Hairi bodoh. Hairi tak jadi kahwin. Hairi kena tipu dengan Suria, sang tunang penipu.

-Tamat-

Sunday, November 13, 2011

Cinta Sial

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Abang Zam


Malam itu sunyi... sesekali di luar kedengaran tayar kereta meredah tanah basah. Gerimis malam itu berbeza sekali dengan gerimis seperti selalu. Tiada hiruk pikuk di koridor bawah.Tenang...

Tetapi Razi tidak. Suasana hening malam itu tidak seperti dalam jiwanya... berkecamuk.. memberontak ganas. Jiwanya mencarut maki akan peristiwa petang tadi. Sudah di duga saat itu pasti terjadi namun jiwanya tetap tidak cukup sedia menerima realiti.

Di pusing ke kanan.. ke kiri..  meniarap dan berteleku. Ah sial..! Semua serba tak kena. Razi tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada mengetap gigi dan menumbuk bantal. Geram bukan kepalang. Jiwanya kali ini lebih dalam lukanya berbanding luka 4 tahun lalu. Bagai daging di hiris laju-laju.. sakit.

Razi bingkas bangun ke kerusi. Berkerut segenap wajahnya. Gengaman tidak pernah terurai. Suasana gelap. Bilik Razi sekadar cerah dek cahaya PC nya yang tidak pernah di matikan sejak semalam. Lagu Skrillex - Reptile cukup buat jiwanya berdetak sama kencang dengan rentak. Sesekali di picit butang refresh pada browse internetnya.

Dengan harapan notifikasi Facebooknya di usik dengan update..namun hampa..menunggu sesuatu yang tidak pasti sama seperti menunggu kematian..di buka pula applikasi Skype..sign in..kelihatan beberapa rakan yang sedang online. gampang.. juga sama.. harapan berkecai.

Di hentak meja lalu terjun ke atas tilam semula..bergegar meja PC nya. Razi buntu. Panas.. kipas yang di putar tahap 5 kelajuan tidak mampu buat dirinya sejuk.

Di atas bantal itu, dengan muka di tekup, air mata Razi mengalir..deras..jerit Razi tiada siapa yang dengar.. tenggelam bersama rentak muzik. Menggigil badannya menahan sebak.

Kekasih Razi mintak putus petang itu. Hani ada orang lain. Bangsat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...