Aku - Lama sangat aku dok menunggu entry kispen bahasa tinggi dari Ghost....sibuk sangatlah tu...
Idea - Ye ke... kau tulislah dulu... nanti kalau aku tak datang kau jugak yang terkebil kebil...
Aku - Nak tulis apa... genre romantik happy ending aku tak tahu... nak buat genre cinta jahat lagi aku failed... buat genre cinta Islamik lagiiii aku tak reti...
Idea - Kau tulis dari hati sudah... jangan jadi orang lain... just be yourself...
Aku pun membaca majalah... membaca novel John Grisham...(macam real aje)... melayan tv, melayan dvd dan melayan lagu lagu rock jiwang kesukaanku...aku terlena sudahnya...zzzzzz....
----------------------------------
Balik dari kerja aku menyelusuri jalan jalan sekitar Amcorp Mall tu seorang diri hanya disebabkan aku nak makan waffle ngan maple syrup kat A&W. Masa tu pun ada tragedi kekecohan antara kaum. Helikopter polis melakukan lintasan tinjauan selang 10 minit sekali. Rumah aku pun asyik kena suluh je takut ada orang berkumpul. Aku pun masuk dalam tren dan masa tu ada satu couple muda dalam tren yang sama dengan aku sedang bertengkar. Entah aku malas nak mengambil tahu.
Ku pekakkan sahaja telingaku dan ku pejamkan mata ku... namun rupa rupanya bila aku pura pura begitu makin kuat rasanya dialog lakonan mereka depan aku... dan aku hampir terloncat dari tempat duduk bila aku terdengar seperti sesuatu terhantuk dengan dinding...dan bunyi orang dalam kesakitan... lelaki tu buat selamba dek aje bila orang pandang dia..
SIALLL!!!
"Bagi I duit tu Linda... kalau tak I sepak muka u lagi..." Jerit lelaki yang kaki dia berbulu tu sebab dia pakai seluar steng... ingat best sangat ke orang tengok bulu kaki kau ? Macam tiang jamban ada la.
"Tak mahu.. itu duit yuran exam I... u nak sepak sepaklah..." Linda.
Bunyi penampar bertalu talu... damn!!! celaka...!!! babi!!!... apa punya jantan pukul pompuan depan public?dah hilang akal ke apa? Gila!!! Penumpang tren lain memandang ke tempat lain. Manusia kat Key Yell ni memang tak suka ambik tahu hal orang ... Lu Lu Gua Gua.
Aku pun tak nak ambik tahu... yang si lelaki tadi turun tren kat Kerinchi... Aku tengok yang pompuan masih ada kat bangku. Aku pandang dia dia pandang aku. Aku senyum pahit. Dia nampak risau.
Masa aku nak turun kat Bangsar dia pun turun sama. Aku tunggu feeder bus dia pun tunggu sama. Dekat Bangsar tu memang takde orang dah time kekecohan tu semua orang balik rumah takut terjadi apa apa yang tak di ingini katakan.
"Awak nak balik mana ni..." ku beranikan diri menegurnya sebab muka cun macam Hindustan tu macam menanggung masalah je selagi tak lepaskan.
"Saya nak balik hostel bang..."
"Time ni orang kecoh pasal gaduh perkauman... awak balik sorang tak apa ke..."
"Tak apa bang saya dah gaduh pun tadi..." Tersenyum pulak dia kat aku macam aku buat lawak... mengusap ngusap pipi dan mukanya yang mungkin masih sakit.
"Saya Amirul... awak Linda kan..."
"Ye... abang dengar kitorang bertengkar tadi ye..."
"Memang saya terdengar... maaf ye saya bukan nak busy body... tapi tak patut dia buat awak macam tu..."
"Dah nasib saya bang... apa nak buat..."
"Kenapa dia nak duit awak..."
"entahlah bang dah banyak kali saya nasihatkan dia...asyik nak benda tu je..."
"Benda? Benda apa tu?"
"Dia macam saya juga bang... kitorang student sama tempat belajar... dua-dua ambik chemical enginneering kat Jalan Semarak.. .tapi dia dah ketagih benda tu... nak buat tesis dan assignment kena berjaga... lain cara takder dia terpaksa ambik benda tu... tapi sekarang dah ketagih..."
"Oowhhh... saya faham itu... nasib baik tak ketagih benda lain.... Linda tak ada sesiapa kat sini ke macam rumah kakak misalnya?" Bulu mata Linda amat memikat hati aku... tambah lagi bila dia pejamkan mata dia.
"Tak ada bang.. saya duduk hostel... sekarang cuti semester... kawan ramai balik kampung dah..."
"Linda tak nak balik kampung ke... kampung mana" Memandang muka Linda puas-puas lagi sebab Linda direct pandang tepat ke muka aku... mata aku pun liar tengok Linda atas bawah.
"Saya buat kerja part time kat 7E bang... ye lah keluarga saya bukan orang senang sangat bang... saya asal Gelugur Penang..."
"Yess... perfecttt!!! Baeeekkk punyaa!!!" Terpacul suara aku bila mata aku terpaku dan terhenti kat sportlight Linda... macam gunung Kinabalu.
"Perfect apa bang?" tanya Linda tersenyum.
"Eeerrr... takde apa apa Liza... haisshhh errr... Linda... tapi Linda cakap tak dengar pun loghat utara..." T ambahku sambil melihat senyuman dari Linda di samar kegelapan lampu stesen LRT tu aku lihat kulit Linda yang putih gebu macam telur di kupas. Melonjak lonjak hatiku melihatnya.
-------------------------
Maka nombor telefon bertukar tangan. Aku pun selalu menghubungi Linda. Pada asalnya aku ingin kawan saja dengan Linda namun bila satu hari aku dengan beraninya tanya direct kat Linda. Dengan perasaan yang menggebu gebu macam Linda yang putih melepak tu. Kalau aku dapat Linda ni siap leeee...
"Linda masih lagi dengan bf Linda tu?"
"Oowhhh.. siapa Jay ke? B iasalah bang...gaduh-gaduh pun dia masih bf saya..." Aduhaiii... musnah harapan... hampa aje aku dengar jawapan Linda.
"Ye ke... dah kena tampar macam tu pun still kawan gak ye..." Baru aku tahu nama lelaki kaki berbulu tu Jay... Jalal ke Jalil ke.. entah entah Jamut.
"Ye lah bang... lagipun dia dah crett saya dah... tapi lepas kitorang grad nanti kitorang kahwin le..."
"Haaaaaa...?! Ye ke... hurmmm... okeylah tu..." Rugi rasanya aku. Jatuh taraf playboy aku camni.
"Iya bang... kitorang dah kantoi dah(dah ada benih dalam perut lah tu)... pasal tu lah asyik gaduh saja..." terasa macam megah pulak suara Linda bila dia sebut kantoi tu... memanglah pandai je bunyi dia still nak stay ngan bf dia... kat mana bodoh dia aku tak tahu ler.
Sejak itu aku sudah tak mau hingat apa apa pasal Linda dah. Kalau ingat pon buat sakit hati saja. Susah nak cari awek kat Key Yell ni. Kampung sangat tak boleh Urban pun lagi tak boleh. Kena cari awek yang okey sikit dan yang belum kena crett kat Key Yell ni...
32 comments
untuk kaum adam : hati2 lah dalam mncari awek...ehheh
untuk kaum hawa : kampung or klpun..kena pndai jaga dri...ehhehe
#mohon crett .
kah kah kah !
crettt?
hehehee
terasa baru lagi istilah tu kat hati ni
kekekee
aduhai..lumrah key ell dan dimana2 di bumi-Nya ni..
best!=]
uwa..
mau nanes bley?
knape student jalan semarak?
dah la org duduk sini..
sob2,,mujur lain cos :P
crett betul la..
@Mutiara Bernilai
haaaaaaaaaaa basuh dia awak... boboh dia awak... biasa tu kan... haish....
ps: cian amirul.. berpa lama bergayut dengan Linda aritu...? dpt kelim balik tak?
aku cuma nampak satu jer.dia sangat berani utk berterus terang..
haaaaaaaaaa Linda tu tahu tu... si amirul tu nak try dia gak... haish....
ps: gua rasa nak kotok2 aja muka senyum tukang citer nie...
piap el mariachi..
ho, biase die nih..
:P
@ ila honey bunny - betul betul betul...
@ heroic zero - di persilakan ...lol!
@ aimie amalina - ...perkara ni memang lumrah kat mana mana pun ada...ni cara saya kritik sosial..TQ..peace y'all...
@ cik pearl...anggap je citer rekaan je okey sayang...jangan nanes ye...
@ cik Angel boss...- mana tahu pasal gayut lama tu...2 bulan bil telefon tertunggak...kakakaka...
@ ghost - sebenarnya kena cungkil rahsia tau...
TQ y'all for all the comment...saja try luar dari tulisan biasa yang jiwang...
kitorang dah kantoi da.
**hakhak^^ jujur betol pompuan nie.
Linda sangat jujur. pandai kau korek rahsia sebenarnya :)
adakah die berbangga dgn keadaan die skrg? tp nmpk cr die cakap tu mcm dh xde hal.. cm amat berbangga.. dashay manusia skrg ek.. susah nak cari yg seperti telur dikupas.. bersih..
cerita bercorak luahan rasa...
satu sentuhan yang menarik
:D
prefer this story rather than your last one
crettttttt... 1st time dengar.. hehe.
nak cari awek pun susah, apatah lagi nak cari bini?
homakkk aihhh....bangge lakk die dah kantoiii....
skrg niyh awek kmpong kew awek bndr, sme jep tarafnyeee......
payah benar nak jumpe gadis sejati..
creett? biasa dengaq mat rempit ja dok sebut.
@stalker hebat - memang dia jujur...itulah kelebihan dia yang susah ada kat orang lain...
@ lady bird - entahler...ni citer rekaan je....tq for comment
@ asrul sany ilham - betul tu bro...cuba lari dari tema jiwang...
@ bella bell - hemmm...tahniahle...
@ hana ahmad - nak cari senang...cuma boleh kah orang dari spesis saya mempertahankan kesucian perempuan yang nak di jadikan bini tu...
@ bila blog bercerita - sama macam jawapan saya kat atas tu...lelaki pelindung kaum yang lemah bukan di sebaliknya...lol!
@rara - ye ke...
@EL MARIACHI @ hana ahmad - nak cari senang...cuma boleh kah orang dari spesis saya mempertahankan kesucian perempuan yang nak di jadikan bini tu...
tersenyum baca komen ni.
apa2 pun, tepuk dada tanya iman. #cliche