Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tulisan Bila Blog Bercerita. Show all posts
Showing posts with label Tulisan Bila Blog Bercerita. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Anjing

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
...sekadar hiasan...


Ceritanya bermula dengan... 
Alan melangkah menuju ke depan. Bersemangat untuk berkongsi cerita. 

“ Ini kisah tentang anjing. Kenapa anjing? Hah... Sebabnya saya takut dengan anjing. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu saya jalan kaki seorang diri ke kedai. Laluan dari rumah saya ke kedai tu mesti kena lalu sebuah rumah cina yang bela tiga ekor anjing yang besar-besar gaban saiz dia. Semasa saya menuju ke kedai, semuanya berjalan dengan lancar sebab semua anjing tu masih lagi dalam pagar. Saya pun macam, ‘fuhhh...selamat aku...’. Tapi... Hah, tang nak balik tu yang tak lepas! Saya nampak tiga ekor anjing yang besar-besar tu dok asyik mundar-mandir depan rumah tuan dia. Langkah saya terus termati bila melihat anjing-anjing tersebut sedang memandang ke arah saya. Mungkin ia dapat menghidu bau ayam mentah yang telah saya beli di kedai sebentar tadi. Saya pun apa lagi, selangkah demi selangkah saya menapak kaki ke belakang. Entah bagaimana, ketiga-tiga anjing itu terus mengejar saya. Saya terus mencampakkan bungkusan ayam yang saya telah beli tadi dan lari sepantas Ussin Bolt.” 

Alan berhenti sejenak. Memandang satu persatu wajah teman-temannya yang sedang khusyuk mendengar. Masing-masing bagaikan memintanya untuk meneruskan cerita yang selanjutnya. cerita diteruskan selepas satu helaan nafas panjang dihembuskan. 

“Tapi itu bukan cerita yang sebenarnya pun... ekeh ekeh ekeh, ceritanya begini... bila anjing tu dah nampak saya melangkah ke belakang, ia terus berlari ke arah saya. Apa yang hendak ditakutkan, ilmu silat sudah penuh di dada. Kemudian, saya letakkan bungkusan ayam ke atas jalan. Kaki sudah pun saya pasangkan kuda-kuda. Menanti ketibaan tiga ekor anjing tadi dengan sedikit debaran yang kian terasa. Bimbang juga sekiranya langkah silat yang bakal dibuka sumbang jadinya. Namun, sayang... Itu semua hanyalah khayalan saya sahaja.” 

Sesaat, Alan berhenti untuk mengambil nafas kembali. Senyum. Lucu benar tika dia melihat wajah teman-teman yang merasakan mereka sudah terkena. 

“Rupa-rupanya, cerita yang sebetulnya macam ni. Kan saya dah takut bila Nampak tiga ekor anjing yang besar tu kan, saya pun berhenti dari terus melangkah. Cuba mematungkan diri. Bila saya tengok anjing tu mula melangkah ke arah saya, saya dengan penuh berhemahnya mengundurkan diri setapak demi setapak. Saya berhenti bila melihat anjing itu turut berhenti. Kemudian, saya terdengar satu suara, ‘Laiii...Lai...Laiii... Peter, Balack, Jack, Laiiii....’. tuan empunya anjing telah pun memanggil anjing-anjingnya untuk masuk ke rumah. Dan saya, terus berjalan pulang dengan selamat bertemankan bungkusan ayam mentah yang di pesan oleh mak. Ok, itulah kisah saya dan anjing”.


Sunday, November 11, 2012

Aku

11:50:00 AM | | Best Blogger Tips


Hai… nama aku Milah. Budak kampung? Ya, tapi itu dulu. Sekarang aku menetap di Kuala Lumpur. Kota yang penuh dengan warna-warna noda. Orang panggil aku Melly. Baru mencecah 21 tahun. Aku joint group menulis ni pun sekadar nak berkongsi kisah benar kehidupan aku. Yelah… Gadis kampung yang berhijrah ke bandar, mestilah culture shock kan. Dan aku salah satu daripadanya.

Aku anak sulung. Punya seorang adik lelaki. Mak aku dah pergi masa umur aku 12 tahun. Bapak aku penoreh getah. Sejak mak aku meninggal, akulah yang jaga makan pakai bapak aku. Bapak aku baik orangnya. Warak. Pandai arwah mak aku pilih suami. Cukup segala ilmu fardhu ‘ain bapak aku ajarkan. Solat lima waktu aku tak tinggal. Puasa bulan Ramadhan sempurna aku laksanakan. Semuanya berlaku dengan elok pada awalnya sehinggalah umur aku mencecah 17 tahun.

Waktu itu aku rasa diri aku dah besar betul. Matang kononnya. Aku dah pandai nak main cinta dengan hero kampung. Bapak aku beri nasihat pun aku dah pandai nak membidas. Aku cakap bapak aku kolot. Arghhh… anak jenis apa aku ni?

Zakuan, lebih dikenali sebagai Zack. Hero kampung kerana terkenal dengan kehebatannya bermain bola sepak dan bersilat. Suzie, rakan sekelas ku bertindak sebagai orang tengah dalam perhubungan aku dan Zack. Suzie bilang, aku cocok benar digandingkan dengan hero kampung itu. Aku hanya senyum. Bunga mekar di dasar hati. Lama juga aku dan Zack menjadi teman tapi mesra.

Suatu hari setelah tamat SPM, Zack mengajak aku dan Suzie bertandang ke rumahnya. Saja, sebagai meraikan kemerdekaan kami daripada jajahan SPM kononnya. Aku enggan namun Suzie beriya benar mahu ke rumah Zack. Akhirnya, aku turutkan saja.

Sesampai di rumah Zack, sunyi. Tiada kelibat orang tua. Bila aku tanya, Zack bilang bapaknya bekerja di pekan sedang maknya pula bertindak sebagai kerani di estet. Sungguh, Zack pandai melayan tetamu. Dihidangkan air sirap dan keropok sebagai jamuan ringan. Sebentar, Zack hilang. Entah kemana, aku sendiri tidak pasti. Lima belas minit berlalu, Zack kembali dengan pakaian yang lebih santai. Berbaju T dan berseluar tiga suku. Segar penampilannya. Kelihatan seperti baru usai mandi. Lantas, dia mengambil tempat untuk duduk di sebelahku. Rapat. Aduhhh… Haruman pewangi jantannya membuat aku sedikit resah. Gelabah.

Zack mendepangkan sebelah tangannya di belakangku. Cuba memeluk bahu. Aku? Hanya diam membisu. Tiada penolakan yang berlaku. Dan Suzie, lagaknya biasa seperti selalu. Hanya duduk mengunyah keropok sambil membutakan mata. “Aku sayang kau Ila”, Zack membisik lembut di cuping telingaku. Rapat benar jarak kami tika itu sehinggakan aku bisa terasa hembus nafasnya. “Kau sayang aku?”. Aku hanya mampu memberi jawapan dengan anggukan. Ternyata Zack orang yang paling gembira saat itu. Semakin berani tangannya menjalar ke bahagian tubuh montokku. Dasar jantan bernafsu kuda.

“Mari…”. Zack bangun menarik tanganku agar mengikutinya. Tetapi gadis kampung macam aku mana biasa dengan keadaan sebegitu. Rasa takut yang kian menular dan dalam waktu yang sama keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru merasuki ruang hatiku. “Sue…”, aku cuba untuk mendapatkan kepastian dari Suzie. “Terpulang pada kau… Aku ada kat sini…”. Kata-kata dari Suzie tidak sedikit pun membantu pada dasarnya. Zack kian menarik. Dan aku akhirnya, hanyut dibuai nafsu…

Sejak hari tu, boleh dikatakan seminggu sekali aku dan Zack melakukan perbuatan terkutuk tu. Kadang-kadang dekat rumah Zack, kadang-kadang dekat bilik aku sendiri. Sungguh aku takut pada mulanya, tapi disebabkan nafsu yang bermaharajalela, segala perasaan takut aku tolak ke tepi. Apa yang aku inginkan, hanyalah belaian kasih dari Zack. Dan ternyata, aku puas bila bersama dengan Zack. Zack segala-galanya bagi aku hinggakan makan pakai bapak aku sendiri kian terabai. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Meskipun aku berasal dari keluarga yang miskin, tapi aku dikurniakan dengan otak yang bijak. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, aku tidak pernah mengecewakan bapak. Begitu juga dengan keputusan SPM… Aku berjaya perolehi 6A dari sembilan subjek yang aku duduki. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tinggalkan bapak di kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sengaja aku beri alasan ingin mencari rezeki di bandar kotaraya metropolitan demi menyejukkan hati bapak. Sebetulnya aku mahu mengikut Zack, menjadi perempuan simpanannya yang bisa menjanjikan aku kehidupan yang serba mewah. Ya, aku sudah menipu bapak. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Dan kini, sudah menginjak tiga tahun lebih hidup aku bergelumang dengan dosa. Aku bukan hanya melayan Zack, bahkan sudah bermacam-macam jenis lelaki hidung belang aku sudah puaskan. Menyesal? Pernah juga aku rasa menyesal. Seketika cuma. Itupun hanya ketika bapak meninggal dunia. Bapak kena serangan jantung bila saja dia tahu pekerjaan sebenar aku di sini. Masakan tidak terkejut, duit yang selama bertahun-tahun aku kirimkan buat bapak dan adik di kampung rupa-rupanya hasil dari mata pencarian yang tidak halal. DUIT HARAM!!! Kesian bapak… Mati kerana sikap aku, anaknya sendiri. Arghhh… Anak jenis apa aku ni?

Sekarang, saat aku menulis kisah ini, aku masih lagi hidup di dalam kemurkaan Allah. AIDS…??? Siapa yang mahu kan? Aku tahu potensi aku untuk menghidap penyakit durjana tersebut amat tinggi tapi pintu hatiku masih lagi belum terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Mungkin Allah tidak sayang aku… Arghhh… Aku silap di situ. Bukan Allah tidak sayangkan aku, tetapi aku sendiri yang tidak sayangkan diriku. Apa yang aku harapkan buat kamu, kamu dan kamu yang mungkin tika ini sedang membaca kisah hidupku, semoga saja kamu semua tidak tersalah dalam memilih jalan hidup… Jangan pernah sangka lorong yang indah dengan taman bunga yang berseri merupakan destinasi yang kamu semua ingin tujui. Mungkin saja taman bunga yang berseri itu bakal mengeluarkan bau-bauan yang busuk yang akhirnya melekat di pakaian kamu.

 Sekian…

Sunday, November 4, 2012

Fruitea

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



“Engkau tahu bukan apa yang aku cuba sampaikan?”. Soal Lemon.

“Ya, aku mengerti. Tapi kau juga harus fahami, hati ini telah ku kunci hanya untuk Ceri...”. – Kedondong.

“Arghhh... Lagi-lagi Ceri. Mengapa kemana sahaja aku pergi, hanya nama Ceri yang aku dengari?”. Suara Lemon kian meninggi.

“Ceri tak sama seperti yang lain. Dia puya segala cirri yang aku ingini...”. kedondong cuba berlaku jujur.

“Ouwhhh... Jadi engkau mahu katakana yang aku tidak miliki semua ciri yang engkau ingini? Begitu? Apa kurangnya aku dan apa lebihnya Ceri?”. Lemon mengesat tubir mata yang telah digenangi air, sedang Kedondong hanya sekadar memerhati. Masak benar dia dengan perangai Lemon. ‘Huhhh... Dasar drama queen...’.

“Sudahlah Lemon... Aku tak mahu jejaskan hubungan persahabatan kita selama ini hanya kerana aku tidak dapat membalas perasaan kau. Maaf...”. ujar kedondong lantas berlalu.

******************************

“Terima kasih, saya hargainya. Tapi, saya tak mampu untuk membalas perasaan awak tu. Maaf...”. ceri menunduk. Terasa bersalah untuk terus menatap enungan mata Kedondong. Ceri yakin, Kedondong pasti sedih kini.

“Tapi mengapa, Ceri? Adakah saya tidak cukup baik untuk bergandingan dengan awak?”. Kedondong terus-terusan menjamah wajah comel Ceri. Menanti penjelasan yang dia sendiri pasti apa yang bakal didengarinya kelak akan mengguris tangkai hati.

“Bukan begitu... Awak baik, Kedondong. Saya senang berkawan dengan awak”.

“Jadi apa masalahnya, Ceri?”. Pintas kedondong.

“Saya... Saya... Saya sudah punya Durian. Maafkan saya...”. – Ceri.

“Ouwhhh... Durian... Kerana itulah awak tidak memilih saya bukan? Kerana saya tidak mampu melindungi awak sepertimana kemampuan Durian. Saya juga tidak seperti Durian yang menjadi rebutan ramai. Saya hanya Kedondong, bukan Durian... Terima kasih Ceri kerana menyedarkan saya dari terus bermimpi. Semoga kebahagiaan sentiasa untuk awak bersama Durian. Saya doakan agar Durian tidak menyakiti dan melukai hati awak sebagaimana dia telah melakukannya terhadap Strawberri dan juga Laici...”. ujar Kedondong sebelum melangkah pergi.

Thursday, September 13, 2012

Kereta

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

“Hishhh... takmo lah kacau. Kita nak bawak kerta laa...”
Umairah menepis saat Ubaidillah cuba mencuit bahunya.

“Eiii... Apa nii..?? Kita cakap takmo, takmo lah. Nanti eksiden kang baru tahu...”
Namun Ubaidillah terus menerus mengganggu.

“Ubai...!!!”
Umairah hilang sabar.

“Janganlah bawak lelaju sangat...”
Ubaidillah bersuara.

“Jangan kacau boleh tak...??”
Umairah benar-benar hilang sabar kali ini. Kereta diberhentikan.

“Dah lah tu... Biarlah Ubai bawak pulak...”
Ubaidillah ditenung Umairah geram. Kecil benar lelaki itu pada pandangannya.

Kereta dipacunya kembali. Permintaan Ubaidillah langsung tidak diendahkan.
Lantas, tangan Umairah direntap.

“Bagi Ubai bawak...!!!”
“Tak boleh!!!”

Kedua tangan mereka memegang kejab stereng kereta.
Sedang rancak berebut, tidak semena-mena stereng kereta tercabut.

“Haaa... Kan dah tercabut stereng kereta ni. Ni semua salah Ubai...”

“Apa pulak salah Ubai... Umai yang bawak. Kan Umi cakap, main sama-sama tapi dari semalam asik Umai je yang bawak kereta ni. Tak aci... Ubai tanak geng dengan Umai. Umai kedekut...”

Wednesday, July 18, 2012

Jeti Itu

9:21:00 AM | | | Best Blogger Tips


“Abang… Jom lah kita pergi ke jeti… Nisa nak tengok kocak air… Nak tengok langit luas… Jom lah bang…”, Khairunnisa mula merengek. Meskipun umurnya hanya setahun lebih muda dari Khairul dan Khairil, namun sifat manjanya mengalahkan bayi kecil yang masih menyusu. Pernah juga Khairul meluat dan rimas dengan kemanjaan Nisa tapi apakan daya, Nisa sahaja perempuan dalam adik beradiknya. Tidak hairanlah jika segala perhatian dan kasih sayang diberikan lebih terhadap adik perempuannya itu.

“Dah minta izin mama?”, mendatar suara Khairul. Khairil disebelah hanya menjungkit kening.

“Alaaaa…Abang lah cakapkan… Kalau Nisa yang cakap mesti mama tak kasi… Boleh la yaa…”. Seperti kebiasaan, Nisa meyuruh manja. Memaut lengan Khairul dengan harapan pujukannya berhasil.

Sekilas Khairul menoleh Khairil, abang kembarnya. Dan Khairil hanya menggeleng tidak setuju.

“Abang Khai….”.
“Alaaaa…Boleh laaaa…”. Belum sempat Khairul menghabiskan patah kata, Nisa terlebih dulu memintas. Merayu beserta rengekan.
“Nisa janganlah merengek… Abang tak kesah… Tapi Abang Khai tu tak nak…”. Sempat Khairul menjeling geram ke arah Khairil yang masih duduk menghadap televisyen. Bagai tiada apa yang berlaku baginya.

“Nisa tak nak geng abang… Merajuk…”, ucap Nisa sebelum menyembamkan mukanya di sofa berdekatan. Khairul yang sedari tadi memerhati tingkah adik perempuannya itu kian rasa bersalah apabila mendengar esakan tangis kecil dari Nisa.

“Kau lah ni… Suka sangat buat Nisa merajuk. Last-last aku jugak yang kena pujuk… Eiii… Payah betul dapat kembar yang tak bertamadun macam kau ni tau…”. Khairul cuba melepas geram terhadap Khairil.

“Eyhhh kau ni… Over plak dah kenapa. Tak nak aku pergi jeti tengah-tengah hari begini. Panas tahu tak. Macam lah kau tak tahu perangai si Nisa tu kalau dah ke jeti macam mana. Tak kan cukupnya masa sejam untuk dia termenung ngadap kocak air laut dia tu… Entah apa yang dia menungkan selama ni aku sendiri tak tahu. Tak faham betul aku. Kau seorang je yang rajin nak melayan kerenah dia tu… Kalau teringin sangat nak mati kena telan dengan hantu laut, pergilah… Aku tak pernah halang pun…”. Khairil pula cuba melepas rasa.

Khairul hanya mendengus perlahan. Meski panas telinganya mendengar bebelan Khairil, namun apa yang diperkatakan oleh kembarnya itu ada benarnya. Masakan tidak, satu kampung kecoh bila arwah Pak Samad, bapanya meninggal terapung di laut setelah jatuh dari jeti tersebut. Setiap detik tragedi enam tahun lepas masih lagi segar dalam ingatannya.

************************

Khairul bersama Nisa menanti di jeti dengan senyuman setelah melihat kelibat bot bapanya hampir sampai. Berharap agar rezeki yang dibawa pulang ke rumah kali ini cukup untuk menjamu ahli keluarga.

“Nisa tunggu situ diam-diam ya… Abang nak tolong ayah angkat jala”, arah Khairul. Nisa hanya mengangguk seakan mengerti.

Entah bagaimana, ketika Pak Samad sedang mengatur langkah ingin mendaki tangga jeti tiba-tiba dia terpijak kayu reput lalu jatuh ke bawah. Kepalanya terhantuk di sisi bot dan tidak sedarkan diri. Khairul yang sewaktu itu baru mencecah tujuh tahun berdiri terpaku. Tidak tahu apa yang ingin dilakukannya saat itu. Menjerit meminta tolong, tiada siapa di situ yang dapat membantu. Akhirnya, hanya pandangan mata saja mengekori tubuh Pak Samad yang kian terapung di tengah laut.

“Abang… Ayahhhh….”, Nisa bersuara perlahan sambil menunjuk ke arah Pak Samad. Khairul memeluk adiknya erat-erat. Dan semenjak detik itulah, Nisa begitu gemar menghabiskan masanya beberapa jam di jeti berkenaan. Duduk termenung memandang air, bagaikan dia dapat melihat raut wajah sang ayah yang terlalu dirinduinya.

************************

“Nisa… Nak pergi jeti tak?”. Nisa memandang Khairul yang kini sudah berada di sebelahnya. Senyuman manis yang menampakkan lesung pipit dihadiahkan Khairul buat adik kesayangannya itu. Cuba memancing untuk memujuk rajuk Nisa.

“Yeyyy… Nisa saaayang abang…”. Serentak, satu kucupan manja singgah di pipi Khairul.
“Abang pun sayangkan Nisa juga…”. Khairul tersenyum puas. Bukan payah baginya untuk memujuk Nisa.

Sepuluh minit perjalanan sebelum sampai ke jeti, hanya sepi yang menemani kedua beradik itu. Tiada gurau senda seperti kebiasaan. Sempat juga beberapa kali Nisa mencuri jeling ke arah Khairul, sedikit pelik dengan tingkah abangnya. Bagi Nisa, Khairul dan Khairil sangat berbeza. Khairil sedikit tegas berbanding Khairul yang seringkali gemar untuk bergurau manja bersamanya. Khairul rajin melayan kerenahnya tidak seperti Khairil yang hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Dan kerana itulah, Nisa kelihatan lebih senang untuk bermanja bersama Khairul jika dibandingkan dengan Khairil.

“Nisa rindukan ayah?”, Khairul tiba-tiba bersuara.
“Abang tak rindukan ayah ke?”, Nisa kembali menjawab dengan pertanyaan.
Senyap… Tiada balasan dari Khairul.

“Abang nak tahu tak… Nisa rasa macam dekat sangat dengan arwah ayah bila Nisa duduk dekat jeti ni tau... Sebab tu Nisa tak pernah rasa jemu tiap-tiap hari datang sini. Jeti ni, dah macam rumah kedua bagi Nisa. Ayah tinggalkan kita kat jeti ni kan bang… Nisa ingat lagi macam mana ayah boleh terjatuh… Nisa rindukan ayah… Sebab tu Nisa nak datang sini… Duduk dekat jeti ni, hati Nisa rasa tenang je tau bang… Abang tak rindukan ayah macam Nisa rindukan ayah ke? Kalau boleh, Nisa nak ayah ada macam dulu… Nisa tak puas lagi nak manja-manja dengan ayah… Nisa nak peluk ayah… Nak cium pipi kiri kanan ayah… Nisa tak dapat buat tu semua masa hari terakhir ayah pergi ke laut sebab Nisa bangun lewat. Nisa cuma dapat ikut abang tunggu ayah pulang je… Tapi hari tu tak sama macam hari-hari biasa… Ayah pulang ke rumah dalam keadaan kaku… Sekejap sangat rasanya masa yang tuhan berikan untuk Nisa kenal ayah, bang… Sekajap sangat…”. Perlahan kata-kata tersebut diucap Nisa. Sedaya upaya dia menahan airmatanya agar tidak gugur ke bumi.

“Dulu masa ayah baru-baru meninggalkan bang, Nisa selalu fikir yang hidup ni tak adil tau… Yelah, abang dapat kenal ayah setahun lebih daripada Nisa. Nisa kenal ayah cuma enam tahun je… Tu pun masa Nisa masih kecil lagi… Abang rasa, enam tahun tu cukup ke untuk kita kenal orang yang kita sayang? Bagi Nisa tak… Janggal sangat rasanya bila kita dah tak datang lagi ke jeti ni tunggu ayah pulang... Sebab tu lah Nisa selalu datang sini… Nisa datang dengan harapan, yang ayah kembali pulang ke pangkuan keluarga kita… Harapan Nisa tu mustahil kan bang? Dua minggu Nisa demam lepas ayah pergi… Dan sampai sekarang Nisa tidur bertemankan kain sarong terakhir yang ayah pakai masa dia hidup… Walaupun kain sarong tu dah banyak kali ibu basuh, tapi bagi Nisa bau ayah tetap ada… Abang… Nisa rindu sangat dekat ayah… Kalau lah ayah ada lagi…”, serentak dengan itu, airmata Nisa berlumba-lumba jatuh membasahi pipi dan kedengaran percikan air yang kuat bagai sesuatu jatuh ke permukaan air. Nisa memusingkan kepalanya ke arah bunyi tersebut.

“Abang……..!!!”, Nisa menjerit sekuat hatinya. Kelihatan Khairul tenggelam timbul dengan tangannya terkapai-kapai. Nisa yakin, abangnya tidak pandai berenang. Dua minit kemudian, susuk tubuh Khairul dilihat terapung di permukaan. Sekali lagi, tragedi enam tahun lepas kembali bermain di layar mata. Jika dulu dia kehilangan ayahnya, kini abang kesayangannya pula pergi bersaksikan matanya sendiri.

************************

“Nisa… Bangun dik… Kenapa tidur meracau ni?”, Khairul mengejut adik bongsunya lembut. Kelat-kelat Nisa membuka matanya yang kebasahan.
“Abanggg… Jangan tinggal Nisa…”, terus Nisa memeluk Khairul. Lagaknya bagai takut benar kehilangan lelaki itu.

“Abang nak tinggal Nisa kenapa pula… abang tak kemana pun kan… Nisa ngigau ni… Tengok tu, tidur pun boleh nangis…”, Khairul cuba menenangkan Nisa.

“Bangunlah dik… Pergi cuci muka ya. Ibu dah tunggu untuk makan tu… Lekas…”, penuh berhemat Khairul mengarah Nisa yang masih lagi tidak berganjak. Bimbang juga sekiranya emosi Nisa masih tidak stabil.

“Irul… Kenapa pula dengan adik kamu tu?”, laung ibu dari dapur. Menjengahkan sedikit kepalanya cuba melihat apa yang berlaku.

“Nisa ngigau bu…”, ujar Khairul jujur.

Wednesday, June 20, 2012

Cita-cita

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

“Baiklah, hari ni hari pertama kita mulakan persekolahan. Jadi, sebagai sesi perkenalan cikgu nak kamu semua fikirkan apa cita-cita kamu semua bila dah besar nanti. Cikgu bagi masa sepuluh minit kemudian cikgu akan panggil seorang demi seorang datang ke depan untuk ceritakan cita-cita masing-masing. Faham semua?”

“Faham, cikgu”. Serentak anak-anak kecil berumur tujuh tahun menyahut.

*************************

SEPULUH MINIT KEMUDIAN…

Giliran Ai Lin…
“Hai everyone, selamat pagi. Nama saya Ai Lin Issabelle. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Cita-cita saya mahu jadi doktor. Saya mahu membantu mereka yang sakit dengan memberi ubat yang sesuai. Apa yang saya harapkan adalah semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang sihat”. Lancar setiap kata yang dituturkan. Senyuman manis yang terukir turut membuat setiap mata yang memandang tertawan.

“Ai Lin, awak ada darah kacukan ke?”, tanya cikgu ingin tahu.

“Yes, I am. My dad, Australian and my mum, Chinese”. Gadis genit itu masih lagi melempar senyum.

“Okay sweetie, you can sit”.


Giliran abu…
“Hai… Nama saya Abu. Cita-cita saya nak jadi polis”.

Diam.

“Itu je? Siapa nama ayah awak? Ceritakan lah sikit tentang keluarga awak”. Cikgu mula menyuruh.

“Errr… errr… Nama ayah, Sudin. Ayah kerja jaga (guard). Mak, Salmiah. Mak tak kerja pon… Dok kat rumah je… Adik saya kecil lagi. Sorang empat tahun, sorang dua tahun. Lepas tu sorang lagi dalam perut mak. Saya anak pertama. Saya takde abang, kakak pon saya takde. Saya suka…..”

“Ok Abu… Cikgu nak tahu, kenapa awak nak jadi polis?”.

Mata Abu ditalakan ke atas. Bagai memikirkan sesuatu untuk diperkatakan sebagai jawapan.

“Sebab… sebab saya suka main kejar-kejar, cikgu. Kalau saya jadi polis, saya boleh tembak orang jahat. Lepas tu kan cikgu, saya nak keluar kat tv. Masuk 999. Lagipun, polis tu kan baik sebab dia selalu tolong orang. Kan cikgu, kan?”. Satu kelas ketawa dengan kepetahan Abu.Bersahaja dia bercerita di hadapan. Lantas satu tepukan gemuruh diterimanya saat dia di suruh duduk oleh cikgu.

Dan kemudian beberapa pelajar turut berkongsi cita-cita mereka. Masing-masing dengan telatah dan kerenah masing-masing. Ada yang mahu jadi tentera, peguam, juruterbang, dan tak kurang juga yang mahu jadi artis. Cepat kaya, katanya. Dan kemudian…


Giliran Eisya…
“Assalamualaikum semua, selamat pagi. Nama saya Eisya Syuhada. Salam perkenalan”. Kemudian, dia senyap sambil memandang cikgu.

“Ya, Eisya. Salam perkenalan. Teruskan dengan cita-cita awak”.

“Cita-cita saya… Saya teringin sangat nak pergi Korea. Kakak cakap Korea cantik. Orang sana comel-comel macam anak patung. Kalau lelaki pulak, hensem-hensem. Lepastu kakak cakap kat sana ada bunga sakura. Kat Malaysia takde kot. Kalau saya dah kahwin nanti kan cikgu, saya nak suami saya tu nanti bawak saya pergi Korea. Dekat sana sejuk kan cikgu? Nanti boleh lah saya main baling-baling salji macam dalam cerita Winter Sonata tu.  Errr… best kan cikgu cita-cita saya. Cikgu pernah pergi Korea tak?”. Berani Eisya bertanya.

“Errr… Tak pernah. Okay, awak boleh duduk”. Senyum simpul terukir sambil kepala digeleng.

Cita-cita la sayang, bukan angan-angan mahupun impian.





Saturday, June 9, 2012

Mimpi?

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Hari ini memang tahi. Tahi anjing! Tahi unta dan segala jenis tahi! Puiiiii!!! Pagi hari lagi aku dah kena herdik dengan bos pasal tak hantar paperwork . Terpaksa aku bekerja sampai terlepas waktu rehat. Bila dah hantar orang tua tu tak nak baca transkrip aku. Kejadahnya! Baik tak payah suruh aku buat kerja sampai ke malam. Tuan rumah dah bising minta duit sewa rumah. Eletrik dah kena potong. Bil tak bayar sebab aku dah miskin. Bil air jangan cakaplah. Tunggu masa je air nak kena potong. Tu baru sikit. Belum lagi kalau dia datang tengok rumah dapat cat merah percuma. Sakit jantung nyonya tu.

Linda hantar mesej tadi sebelum aku sempat keluar dari ofis. Katanya mak ayah dia nak pinangkan dia dengan rakan mereka. Orang kaya. Kacak dan seorang arkitek. Dia bagi alasan kata dia terpaksa turut kata mak ayah. Ingat aku bodoh tolol?! Aku tahu dia dah berpaling. Perempuan mata duitan. Pergi matilah! Ini balasan yang aku dapat lepas macam-macam aku buat untuk kau. Aku jadi sengkek pasal duit aku habis dekat kau! Aku pinjam Ah Long semata-mata nak bawa kau ke 'Singapork'. Kau gian sangat nak pergi sana. Bala dia aku yang telan.

Hati aku sakit. Kepala aku berat macam kena hempap dengan bangunan. Aku rasa tak terdaya lagi dah nak hidup. Apa lagi yang aku ada? Keluarga dah buang aku. Awek pun dah lari. Kerja aku tak lama lagi pun hilang. Hidup pun dah macam binatang bergantung pada air paip dengan ihsan rakan-rakan. Aku ni dah jadi binatang buruan Ah Long. Buat apa lagi hidup ...

Malam ini sepi ... Langkah aku longlai. Aku tak sedar aku dah berdiri lesu di penjuru bangunan tinggi. Tengok bawah ... Kecilnya manusia.  Aku gelak. Aku nak pijak segala makhluk dibawah kaki aku.

Berbekalkan beban dunia ini ... Aku melangkah dan terbang .... Jatuh. Tamat.

PELEPEK !!

Terbaring kaku jasad aku dijalan tar membiarkan gerimis mencuci pergi hamis darah. Aku lupa tapi aku sedar aku mati. Aku nampak otak terburai. Aku lihat putih tulang yang tertusuk keluar menembusi daging dan kulit. Deria rasa masih ada untuk mengecam organ di tangan ku ini. Berlendir. Apa lagi kalau bukan mata yang melihat jasad ku sendiri terbaring rosak. Tunggu ! Melihat?! Macam mana aku masih boleh melihat?

Manusia lalu-lalang seolah tiada apa yang berlaku. Normal dan terlampau normal ekspressi itu seolah tiada wajah. Mereka memang tiada wajah?! Apa yang dah jadi?! Aku tak faham?! Aku mimpi ke?! Kenapa tiada yang sedar mayat hancur yang bergelimpangan ini? Eh ... Nigger ???


"Hai. Saya memerlukan awak untuk memandang ke arah sini dan sila pandang pada gajet yang saya pegang ini."
"What the ..."

***************
"Abu ... Bangun solat Subuh cepat. Habis waktu nanti." 

Ok.


Wednesday, May 30, 2012

Awin-Sara

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips




Awin : Sara, kau rasa budak-budak fakulti tahu tak yang kau macam ni sebenarnya?
Sara : Aku rasa tak. Aku kan type perempuan yang bebas dari kontroversi. Rekod aku bersih. Sok-sok suci je bila kat dalam.
Awin : Kau tak takut ke kalau-kalau dorang tahu?
Sara : Kalau dorang tahu pon, sebab kau yang buka mulut. Kan? Betul tak?
Awin : Takdelah… Aku cuma tanya je… Yelah, manalah tahukan kot-kot mulut aku ni terlepas cakap.
Sara : Aku percayakan kau. Kalau kau nak cerita pasal aku dekat orang lain, mesti dari dulu lagi kau dah cerita…
Awin : Ermmm… Tah laaa..
Sara : Sebab tu lah aku tak nak ada housemate lain. Belum tentu dorang boleh terima cara aku macam kau.

Dan Awin sekadar menjungkit bahu. Tidak tahu mahu melontar bicara apa lagi. Bagai tiada topik untuk mereka bualkan bersama.

Sara : Okay… Dah sampai.

Terus bangun mengatur langkah. Penuh gemalai. Pintu yang diketuk dari luar dibuka luas. Mengalu-alukan kedatangan tetamu yang tidak lagi asing bagi mereka berdua.

Sara : Nape lambat b…?? Lama I tunggu u tau.
Manja suara dilemparkan. Mulut sengaja dimuncungkan, tanda rajuk. Sambil jari memintal-mintal hujung rambut.

Kay : Sorry baby , Sayang… I mandi dulu tadi. Tak kan I nak datang dengan badan berbau kan. Nanti u mesti tak nak peluk I…

Bersahaja lelaki itu masuk ke rumah. Merangkul mesra pinggang Sara. Kedengaran mereka ketawa kecil. Mesra. Manja. Bahagia.

Sara : Macam lah rumah I ni takde bilik air nak mandi. U nak berenang dalam bath tub pun boleh, okay.
Semakin manja suaranya. Lentik tubuh kian rapat dalam dakapan Kay yang masih berdiri di hadapan pintu yang telah bertutup.

Kay : I datang bukan nak berenang dalam bath tub la, Sayang… I datang sebab nak berenang atas katil dengan u… Can I…?
Serentak French kiss diberikan. Berkali-kali mereka berkucupan.

Sara : Hihihih… Nakal ye U ni, b… That’s why I sayang U… U manja… Jum~
Sekejapan, Sara terus dicempung ke ranjang. Awin yang masih lagi berteleku di depan televisyen sudah berbulu mendengar. Kehadirannya dalam rumah itu bagaikan tidak lagi wujud.

Selang beberapa minit, kedengaran bunyi-bunyian yang rancak dari dalam bilik Sara. Tanpa berfikir panjang, kaki diangkat terus masuk ke bilik. Niat untuk menonton rancangan Doraemon yang menjadi kegilaan sejak dari kecil lagi terpaksa dibatalkan.

******************

Awin : Sara, aku tanya sikit boleh?
Sara : Sejak bila plak kau nak kena minta izin dengan aku dulu ni?
Awin : *sengeh seketika*. Dah masuk 3 semester aku duduk dengan kau. And selama tu jugalah aku simpan rahsia kau.
Sara : Alaaaa…tak payah nak pusing-pusing sangatlah dengan aku. Kau tanya je apa yang kau nak tanya. *terus memotong bicara Awin*
Awin : Apa yang korang buat sebenarnya hah bila dah masuk bilik? Bising dohhh… Sampai luar dengar. Kot ye pon buat projek, janganlah sampai ganggu konsentrasi aku nak tengok tv. Twice okay aku missed tengok cerita Doraemon.

Bicara Awin benar-benar buat Sara ketawa berdekak.

Sara : Sorry… Luar kawalan. Kau marah lah Kay. Dia yang buat aku jadi bising. *sambung ketawa*
Keadaan kembali sepi. Seketika cuma.

Awin : Kenapa kau buat semua ni? Aku tengok kau ni takde lah sosial sangat. Solat pun kau buat.
Sara : Satu je, aku perlukan duit untuk tampung hidup aku kat sini. Nak harapkan mak bapak aku yang kat kampung tu, memang tak dapat lah aku nak merasa pakai pakaian berjenama, hidup mewah kat bandar ni. Lagipun aku bukan layan ramai laki. Aku cuma layan Kay sorang je. Hahhh… Kau sendiri tahukan aku solat, kira okay lah tu. Dosa aku buat, pahala pun aku dapat. *senyum puas*
Awin : Aku nak try.
Sara : Wowowo… Betul ke apa yang aku dengar ni? Kau jangan cakap aku yang hasut kau pulak.
Awin : Aku tak tahu. Tapi aku nak try. Aku pun ada keinginan jugak wei nak merasa dibelai macam kau. Kau fikir aku takde nafsu ke bila dengar bunyi-bunyi masa korang buat projek?
Sara : Serius ni? *masih tidak percaya*
Awin : Eiii… Betul laaa… Tapi aku takde laki macam kau. Camne?

Sara sekadar memberi isyarat tangan tanda sekejap. Lantas telefon bimbit dicapai.

Sara : B, U datang rumah I kan malam ni? Ok sayang, U ajak Ijoy sekali ye… Thanks, bye.
Sara kembali memandang Awin. “Settle”. J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...