Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Mellyana Sara. Show all posts
Showing posts with label Mellyana Sara. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Kau Selalu DiHatiku #Episod 2

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Suara ibunya yang memanggil disahut. Pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajahnya dibalik daun pintu.

" Lila buat apa? Ibu panggil dari tadi tak menyahut pun." Soal Puan Mariam. 
" Lila kemas barang sikit bu. Kenapa ya? " Lila menggaru kepala yang tak gatal.
" Laaaa. Kan dah nak masuk pukul 8 ini. Jom turun makan. Dah. Tinggal dulu barang-barang tu. Ibu tunggu kat bawah. Cepat. Nanti ayah bising. "

Puan Mariam terus berlalu. Makanan sudah terhidang tapi Dalila yang ditunggu tak turun-turun. Terpaksalah dia yang naik memanggil memandangkan tidak sanggup mendengar  Encik Borhan yang sudah membebel kelaparan menunggu anak gadisnya turun makan bersama. Sementara Dalila mengutip semua barang-barang peninggalan Azri lalu dimasukkan kembali ke dalam kotak. Lalu kotak itu tidak dimasukkan semula di bawah katil sebaliknya diletakkan di meja soleknya. Azri! Detik hatinya. Lila rindu. 

Pagi itu Dalila bangun seperti biasa. Mengenakan baju kurung biru air laut dan tudung putih berbunga biru rona serupa, Dalila turun ke dapur untuk bersarapan. Puan Mariam sedang menggoreng nasi sementara ayahnya sedang membaca surat khabar sambil menunggu ibunya siap memasak. Dua cawan kopi sudah siap terhidang di atas meja.
  
" Assalamualaikum ayah, ibu. " bibirnya mengukir senyuman. Cawan kopi ditarik dekat dengannya. Lalu dia duduk di sebelah Encik Borhan.

" Lila kerja ke hari ini? Bukan kalau Sabtu Lila cuti ke? " Tanya Encik Borhan. Tadi, bila nampak Dalila sudah siap berbau kurung, dia merasa pelik. Selalunya Sabtu begini , anak gadisnya akan ke pasar bersama dia dan isteri. Membeli barangan basah untuk seminggu.

" Lila nak keluar dengan Fikri la ayah. Ada hal sikit, " jawab Dalila sambil meneguk cawan kopi di hadapannya.

Fikri. Bayangan wajah anak muda tinggi lampai itu segera terbayang di mata. Kawan dari zaman Dalila bersekolah. Baik budaknya. Hormat orang tua. Memang sedang elok nak dibuat menantu.

" Nak pergi beli cincin ke? Tak cakap dengan ayah pun, " Usik Encik Borhan. Dalila yang sedang enak minum, tersedak. Dijeling Encik Borhan yang sudah mengekek ketawa. Ibunya cuma mampu tersenyum.

" Ayah! Kami kawan je. Mana ada apa-apa. "

" Bila nak ada apa-apanya? Ayah dah tak sabar nak bermenantu Lila. Fikri itu, bukan teruk sangat. Bagilah dia peluang. Ayah boleh nampak dia sukakan kamu. "

" Dah lah ayah. Jangan mengharap. Lila pergi dulu. Dah janji nak jemput dia ni. "

Dalila bangun menghantar cawan ke sinki. Kemudian dia menyalami Puan Mariam dan Encik Borhan. Pipi ayah dan ibunya dikucup. Amalannya sejak dari sekolah rendah lagi. Kata ibu, nak cium orang tua kita, bukan waktu-waktu istimewa saja. Bila-bila, hari-hari pun boleh.

" Lila tak nak makan dulu?" tanya Puan Mariam. Tangannya masik sibuk menggoreng nasi atas dapur.
" Tak ibu. Sorry eh. Lila takut lambat."
" Biarlah ibunya. Anak kita nak pergi date tu." Sampuk Encik Borhan.

Dalila cuma menjeling apabila diusik ayahnya berkali-kali. Dia terus ke depan lalu dicapai kunci kereta Myvi merah jambunya. Penggera kereta dipicit. Dicapai sandal putih Vincci lalu berjalan ke kereta. Pintu pemandu dibuka, enjin dihidupkan. Ketika ingin meletakkan tas tangannya di atas kerusi penumpang hadapan, baru dia perasan yang ada sekeping nota di situ.

Lila, aku tak paksa kau terima aku. Tapi kalau itu berlaku, aku lelaki paling bertuah kat dunia ni. -Fikri- Bibir Dalila mengukir senyum. Entah bila nota ini ditinggalkannya. Semalam, selepas menghantar Fikri pulang, Dalila terus memandu balik dan waktu itu sudah malam. Mungkin kerana itu dia tidak perasan nota tersebut. Ah, lantaklah! Gear ditukarkan, dan kereta terus meluncur laju.

Fikri baru selesai mandi waktu Dalila sampai di rumahnya. Perjalanan dari Kajang ke Ampang cuma mengambil masa tidak sampai setengah jam. Memandangkan Fikri tinggal bujang, Dalila memilih untuk menunggunya di dalam kereta. Hampir 20 minit menunggu barulah Fikri berada di dalam keretanya.

" Bersiap macam perempuan! Nyampah! " ngomel Dalila.
" Ah kau. Macam baru kenal aku kan, " bela Fikri.
" Nak pergi mana ni? KLCC boleh? Aku nak pergi beli novel. Boleh eh? "
" Untuk kau, apa saja Lila. "

Dalila menjeling Fikri di sebelah. Fikri pula tersengeh melihat Dalila. Tiba-tiba dia teringat tentang hal kelmarin. Hatinya dihimpit rasa bersalah. Seharusnya, dia tahu tentang masa silam Dalila dan persoalan perasaan itu tak sepatutnya berlaku. Azri, sahabatnya dunia dan akhirat. Dia masih ingat bagaimana angaunya teman baiknya itu dengan Dalila. Ingatannya segera melayang merentas masa lalu.

" Weh Fik, kau kenal awak yang ikat rambut tocang 1 tu tak ? " Tanya Azri pada suatu pagi. Waktu itu Fikri baru saja meletakkan beg sekolahnya di atas meja. Belum sempat duduk pun lagi.

" Aku baru sampai Azri. Penat naik tangga pun tak habis lagi, kau dah terjah aku," bebel Fikri sambil melabuhkan punggung di kerusi. Azri cuma menyengeh. Tahu dia silap. Fikri mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya. Peluh yang meleleh di dahi, dilap. Phew. Apahal lah kelas ni tingkat atas sekali. Hari-hari camni, bengkok aku. Ngomel Fikri dalam hati.

" Sorry der. Sebenarnya macam ni, aku selalu nampak 1 awek cute ni. Bila time rehat, dia selalu duduk kat tepi kantin. Seorang diri je. Weh, aku nak kenal dengan dia. Kau boleh tolong aku tak?"

" Awek mana dah sambar hati kau ni? Isk. Dasar budak baru. Memang macam nilah kan. "
" Tolong la weh. Rehat nanti, aku tunjuk awek tu. kau mesti kenal. Kau kan budak lama. "

Hari itu semasa waktu rehat, Azri dan Fikri turun ke kantin tapi bukan untuk makan sebaliknya mencari kelibat gadis tocang 1. Akhirnya, kelibat si gadis di lihat di tempat yang dinyatakan Azri pagi tadi. Si gads dilihat sedang menikmati roti cokelat dan air sirap sambil melihat pelajar lain lalu lalang. 

" Dalila An-Nisaa'. Dia budak kelas 3A8."
"Cantik."
"Apa?""Itik."
" Malas layan kau!"

Fikri terus berlalu membeli roti buat mengalas perut. Fikri dibiarkan angau sendiri. Perut yang lapar harus diisi. 

"Weh apahal kau ni? Aku panggil, buat tak tau je." Satu cubitan hinggap di lengannya. Fikri tersedar. Dia memandang keliling. Rupa-rupanya mereka sudah sampai di tempat letak kereta KLCC. Dalila sudah mematikan enjin kereta. 

" Sorry. Aku berangan tadi. Sorry ya. " Fikri membuka pintu kereta lalu menutup kembali. Dia membetulkan sedikit rambut biar sedikit kemas. Dalila yang sudah berjalan meninggalkannya dikejar. Tangannya terus memaut jemari Dalila lalu pantas ditepis kasar. Dalila membulatkan matanya, memberi amaran.

" Ala...orang saja je. Itu pun nak marah. "
" Dah. Jangan sentap sangat. Jom. Aku nak cari novel."

Mereka berdua berjalan ke tingkat 4 untuk ke kedai buku yang menjadi kegemaran Dalila. Sambil berjalan, mereka mencuci mata melihat orang yang lalu lalang. Ada yang berpasangan. Ada yang kelihatan seperti budak sekolah. Ah, hujung minggu. Mana tahan nak duduk di rumah. Fikir Dalila. Akhirnya mereka tiba di hadapan kedai buku yang dituju. Sebaik sahaja menjejakan kaki ke dalam buku tersebut, bibirnya mengukir senyuman. Dulu, waktu habis sekolah, dia pernah bercita-cita mahu kerja di kedai buku, tetapi orang tuanya tak mengizinkan. Takut dia tidur terus di kedai buku itu.
  
" Kau kan, kasuk kedai buku senyum macam jumpa pakwe. "
" Diamlah. Aku pergi cari novel. Kau lepaklah mana-mana. Jangan jauh sangat. Malas aku nak cari. "

Dalila menghampiri rak-rak yang menempatkan buku novel terkini. Tangannya membelek-belek novel yang dikatakan Best Seller. Sambil membelek itu, tanpa sedar dia telah terlanggar seorang lelaki yang sedang mengendong beberapa buah buku. Habis berterabur buku yang dipegang. Dalila yang terkejut, tunduk mengutip buku-buku tersebut. 

" Sorry awak. Sorry. Saya tak sengaja. Saya tak perasan awak ada di belakang saya. Sorry. "

Tangannya lincah menyusun buku-buku itu kembali. Diangkat buku itu dan diserahkan kepada lelaki tadi. Saat matanya memandang wajah lelaki itu, terasa dunia seakan berhenti berputar. Mata, kening, hidung dan 2 ulas bibir lelaki itu mirip seseorang yang amat dekat di hatinya. Awak, awak ke ni? Tapi tak mungkin. Tak mungkin. Kata hati Dalila.
  
" Cik! Cik! " Tangannya digoyangkan di depan muka Dalila." Ah! Maaf. Saya pergi dulu. "
  
Dalila berlari keluar dari kedai buku itu. Kakinya dihayun tanpa arah tuju. Akhirnya dia berhenti duduk di sebuah kerusi yang disediakan di kawasan membeli belah terkemuka itu. Ada air jernih mengalir di pipinya. Hatinya memberat. Jiwanya sarat. Siapa lelaki tadi. Kenapa dia seperti tak kenal aku? Tapi tak mungkin dia. Tak mungkin itu Azri. Tangisnya berpanjangan. Terhingguk-hingguk bahunya. 
  
" Nah, " seseorang menghulurkan sapu tangan. Dia kenal sapu tangan itu. 
" Thanks Fikri. Sorry. Aku keluar tak cakap."
" Tak apa. Tapi kenapa kau lari tadi? Ni, kenapa kau menangis?"
" Aku...aku jumpa Azri. Aku nampak dia tadi. "
" Azri? Tak mungkin Lila. Tak mungkin."
" Betul Fikri. Aku nampak dia. memang dia tadi. Aku nampak Fikri. Takkan aku nak tipu! "
  
Fikri memaut bahu Dalila agar menghadapnya. Air mata Dalila dikesat dengan tangnnya. Sayu hatinya melihat Dalila menangis begini.
  
" Lila. Aku tahu kau sayang Azri. Kau tak boleh lupakan Azri. Tapi, tolong dengar apa aku nak cakap. Azri dah tak ada Lila. Kau dah lupa apa yang berlaku 3 tahun lepas? Azri dah lama tinggalkan kita. Jangan macam ni Lila. Tuhan lebih menyayangi dia." 

" Tapi aku nampak dia Fikri. Aku nampak dia. Dia depan aku tadi. Fikri, teman aku. Aku nak jumpa dia. Aku rindu dia. Aku nak tanya dia kenapa dia tinggalkan aku. Teman aku Fikri."

Dalila sudah bangun berdiri. Air mata yang mengalir diwajahnya diseka. Tapi Fikri segera menarik pergelangan tangannya.

" Lila, itu bukan Azri. Mungkin pelanduk dua serupa. Dengan cakap aku Lila. Jangan macam ni, " pujuk Fikri.

" Bukan. Itu Azri. Aku tahu itu Azri. Jomlah. Temankan aku eh. "

" Dalila! Azri dah mati! Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya waktu dia nak datang meminang kau dulu! Kau dah lupa? Dia dah takde Lila. Dia dah dah takde. Itu bukan Azri! Kenapa kau degil sangat ni?!"

Dalila terdiam. terkejut ditengking begitu oleh Fikri. Seumur hidupnya , itu pertama dia ditengking sebegitu. Ayah dan ibunya sendiri tidak pernah bersikap seperti itu dengannya. Tangisnya mula kedengaran. Fikri menariknya ke dalam pelukan. Dapat dia rasa hangat tubuh Fikri. Mata-mata yang menadang sinis ke arah mereka tidak diambil peduli. Ah, orang bukan tahu apa kita rasa. Detik hati Fikri.

" Maafkan aku Lila. Aku tak bermaksud. Maafkan aku. Jom kita balik."
" Fikri, aku rindu Azri. Aku  rindu sangat. Kenapa Tuhan ambil dia dari aku?"
" Aku tahu. Aku hantar kau balik ya."
" Awak, saya rindu," bisik Dalila perlahan.

Namun masih dapat ditangkap oleh Fikri. Petang itu dia sendiri menghantar Dalila pulang. Sepanjang perjalanan Dalila cuma mendiamkan diri. Sesekali kedengaran esakan kecilnya. Fikri cuma membiarkan Dalila melayan perasaan. Dalam diam, dia berdoa semoga pintu hati Dalila terbuka untuk menerimanya. Rasa cinta yang terpendam sejak dari sekolah menengah, terpaksa ditelan setelah mengetahui yang sahabat baiknya mencintai gadis yang serupa. Baginya, biarlah dia mengalah kerana dia tahu gadis yang dicintainya dalam diam, takkan terluka. 
  
Malam itu, ketika ingin melepakan mata, sms dari Dalila diterima.
  
- Fik.Maaf tentang siang tadi. Aku tak patut bersikap begitu.
 - Aku tahu. Aku mintak maaf juga.
 -Fik, aku rindu dia.  

Dan sms Dalila dibiarkan tak berjawab. Biarlah. Biarlah keadaan yang menentukan arah tuju semua ini. 



Hak Cipta: Mellyana Sara
-Bersambung-


Saturday, November 3, 2012

Kau Selalu Di Hati @Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Malam itu sepi tanpa bulan. Langit juga mendung. Seakan hujan bakalan turun . Di dalam kamar, Dalila sedang berbaring di katil sambil bermain handphone. SMS dari Fikri setia menemani. 

- Kau buat apa? 
- Guling-guling. Kau dah makan Fik? 
- Belum. Aku tunggu kau suap. Heeee! 
- Ngader! Aku debik kang. 
- I miss you Lila. Kau rindu aku tak? 
- TAK! 

Setiap malam, itulah aktiviti Dalila. BerSMS dengan Fikri hingga tertidur. Fikri yang dikenali sewaktu zaman sekolah menengah dan berlanjutan hingga ke zaman universiti. Persahabatan mereka terjalin sudah hampir 10 tahun. Masing-masing sudah berkerjaya. Dalila bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka sementara Fikri di sebuah syarikat minyak yang tersohor di Malaysia. Pantang ada masa terluang, pasti dihabiskan masa bersama. Masing-masing masih single dan belum punya seseorag yang istimewa. Bila kawan-kawan rapat mereka bertanya, jawapan yang diberikan, belum ada jodoh. Bila diusik berpacaran berdua, mereka menafikan. 

" Lila ni macam singa! Taknak aku bercinta dengan dia. 3 bulan kahwin, mati kene baham aku! " 
" Kau ingat aku hadap sangat dengan kau? Heh! Banyak lelaki lain! " 

Kedua orang tua mereka juga tahu tentang persahabatan mereka. Ibu Dalila ada juga menyuarakan perasaannya yang ingin bermenantukan Fikri. Fikri yang memang sedia mesra dengan ayah dan ibu Dalila sudah dianggap seperti anak sendiri. 

Suatu hari, waktu sedang melepak di Star Bucks Pavillion sambil melihat manusia yang sibuk mengejar masa, Fikri bertanya tentang sesuatu. Sesuatu yang buat Dalila terdiam. Kelu. Kaku. 

" Lila, aku ada benda nak beri tahu kau," ucap Fikri. Rambut yang panjang separas bahu ditolak ke belakang. 

" Apanya? Tetiba plak nak serius ngan aku. Kau demam eh? " 

Belakang tangan diletakkan ke dahi Fikri sambil mulutnya sibuk menyedut minuman kegemarannya, Java Chips. Fikri segera mencapai tangan Dalila lalu dibawa ke dadanya. Dalila yang terkejut, segara menarik tangannya. 

" Pahal kau ni? " 
" Aku rasa, aku dah jatuh cinta." 
" Yeah! Dengan siapa? Baguslah. Lepas ni, weekend macam ini aku tak payah teman kau. Pergi sana, pergi sini. Nak makan pun kadang-kadang call aku ajak teman. Aku pun banyak kerja nak buat. Tu, kerja kat ofis.." 

" Dengan kau. " 

Gulp! Dalila telan liur. Dia pegang muka Fikri. Goyang-goyangkan tangan dia depan muka Fikri. Tampar-tampar sikit. 

" Kau demam teruk ni. Jom aku bawak kau pergi klinik. " 

Dalila capai tas tangannya kemudian ditarik tangan Fikri agar bangun. Fikri hanya menurut. Sampai di parkir kereta, Dalila mengambil tempat duduk pemandu dan Fikri duduk di kerusi penumpang depan. Dalila hidupkan enjin kereta. Tas tangan diletakkan di atas riba Fikri. Hand-break diturunkan, gear diletakkan di P, dan kereta terus meluncur laju. Dalam kepala Dalila dia cuma nampak Klinik Rahman. Doktor yang selalu merawatnya kalau dia sakit pening. 

Saat kereta membelok masuk ke simpang yang menuju ke klinik tersebut, Fikri membegang tangan Dalila. Disuruhnya berhenti dibahu jalan. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. 

" Lila. Aku tak demam . Aku sihat. Please." 
" Ala, bukan aku tak tahu kau takut jumpa doktor. Dah. Jom. " Debar di dada ditahan. 
" Lila. Please. " Rayu Fikri 

Dalila mengeluh perlahan. Tangannya erat memaut strereng. Disembamkan wajahnya di situ. Esakkannya kedengaran. 

" Lila? " Fikri menyentuh lembut bahu Dalila. 
" Fik. Kenapa kau buat aku macam ni? " 
" Aku buat apa? " 

Dalila bersandar di kerusi. Wajahnya diraup berkali-kali. 

" Maaf Fik. Aku tak boleh. Aku betul-betul tak boleh. " 
" Tapi kenapa? Aku single, kau single. Takde masalahkan? " 
" Aku tak boleh Fik. Carilah orang lain. Aku hantar kau balik. " 
" Tapi... " 
" Aku hantar kau balik! " 

Enjin kereta dihidupkan. Sepanjang perjalanan mereka berdua cuma menyepi. Lagu-lagu dari Suria.FM yang setia menemani. Sampai sahaja di hadapan rumah Fikri, Dalila memberhentikan keretanya. Fikri yang berat hati ingin melepaskan Dalila pulang dalam keadaan seperti ini menawarkan diri untuk menghantarnya. Dia merasa tidak sedap hati. 

" Aku boleh drive sendiri. Kau jangan risau. Cepatlah. Dah petang ni. " 
" Hati-hati. Sampai mesej aku. Aku tunggu. " 
" Ok." 

Dalila menarik keluar sebuah kotak dari bawah katilnya. Habuk yang melekat di sapu bersih. Kemudian, tutup kotak dibuka dan isinya dilonggokan di atas katil. Surat, kuntum mawar merah yang dah kering, kad-kad comel, cincin, dan sebuah buku nota. 

Dalila capai buku nota berwarna biru. Diselak kulit buku tersebut, di baca perlahan, 

Dalila, 
Wajahmu ayu mempesona, 
Suaramu lunak mendamaikan, 
Sentuhanmu lembut mengasyikkan. 
Semoga Tuhan menulis yang kamu itu untuk aku. 


Yang benar, 
Azri. 

Dalila selak muka surat pertama. 

5 Julai 2003 
Aku nampak dia. Duduk di bangku kantin. Comel. Rambut ekor kuda dia beralun setiap kali dia menoleh. Siapa dia? Aku mesti cari apa-apa pasal dia. 

13 Julai 2003 
Dalila An-Nisa. Mujur aku rapat dengan senior. Sedapkan nama dia? Haish. Comel. Nama sedap. 

13 Ogos 2003 
Yeah! Tadi aku tegur dia dekat kantin. Rupanya dia sebaya aku. Cuma kelas dia di blok lain.. Dia janji, esok dia tunggu aku dekat kantin. Dia suruh aku teman dia rehat. Dalila tunggu abang ya sayang! Awww! 

Dalila menutup semula buku nota itu. Air mata nya diseka perlahan. Azri. Lelaki gila. Dia masih ingat saat pertama kali Azri menegur dia. Waktu itu dia sedang menikmati sarapan pagi. Memandangkan pada waktu rehat, kantin selalu penuh, lalu dia cuma duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak kantin. Tiba-tiba seorang budak lelaki datang menegurnya. Bukan mengeur. Menerjah. 

" Hai awak! " Azri yang entah datang dari mana duduk di sebelahnya. 
" Errrrr. " Dalila yang terkejut, tidak tahu untuk beriaksi. 
" Saya suka awaklah! " 

Cawan sirap dipegang Dalila terlepas dari tangan. Mujur tidak terkena uniform sekolah. Matanya mebulat memandang Azri. Tidak berkedip. Azri pula hanya tersengih melihat Dalila. 

" Gila!" Dalila ingin bangun dan segera beredar. 
" Dalila An-Nisa, saya sukakan awak! " 

Dalila pantas berpaling. Dia memandang sekeliling. Semua mata tepat memandangnya. Pipinya berubah warna. Marah, malu semuanya bersatu. Dicapai tangan Azri ditarik dia ke tepi kantin. 

" Awak ni kenapa? Semua tengok saya! Malu tau tak! " 
" Saya suka awak. Dari hari pertama saya nampak awak makan kat situ, saya dah suka awak. " 
" Mengarut! " 
" Dalila, saya suka awak. Saya suka awak. " 
" Dah. Saya nak balik kelas. Bye! " 

Dalila terus berjalan ke kelasnya. Azri cuba menahan. 

" Esok saya nak jumpa awak lagi! " 
" Saya tunggu di kantin! " 

Dalila terus berlari ke kelasnya. Di bibirnya terukir senyuman. Siapa lelaki tadi? Macam mana dia tahu nama aku? Dan persoalannya mati apa bila guru sejarah, Puan Hasliza masuk ke kelas. 


Hak Cipta: Mellyana Sara
Twitter @AmaliaMasrom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...