Mega Senja
Kisah klasik ini untuk pedoman masa depan aku, yang belum tahu akan jalan rentangnya, yang belum pasti akan halang rintangnya, yang belum nyata akan aral melintangnya. Aku menyimpan kisah klasik ini, kisah dua perasaan yang sangat telus, sehabis tulus, serta lurus. Berbahagialah kamu di padang ilalang yang berbeda namun berkongsi cahaya bulan yang sama: Dewi Kartini dan Amir Hamzah.
Halaman 1:
Ya, Mega...ku tinggalkan cinta, harus.
Kerana aku perlu kembali kepada asal dan aku kira dia juga, kerana malam semakin larut dan jiwa semakin gelora. Apabila dia mulai hendak mengungkapkan rasa sakit dalam hatinya sekian lama (walau aku pun sebenarnya tidak tahu apakah yang telah terjadi) aku cuma tulis – Simple: A sincere friend do not hide. Better think about it.
Dan dia tak reply until aku tengok jam pukul satu pagi. Sebelum itu kami ber’sms’ tak henti-henti umpama usia 17 tahun dulu - seolah masa menarik kami ke akar waktu yang sudah berlumut ditinggalkan. Tetapi aku tidak boleh berlama di perdu itu - aku boleh dan dapat jika berusaha sedikit lagi, tetapi aku mahu berdiri kejap dan nyata- aku ini isterinya orang. Buaian perasaan tidak boleh aku teruskan lagi ayunannya meski rasa riang sekali.
Dan dia mungkin tersentuh hati. Mungkin. Aku kenal dia, pernah dia menangis gara-gara aku suatu ketika dulu dan aku mendapat khabar daripada sahabatnya, sehingga apabila tidur dia menangis menghadap dinding - waktu itu aku tidak sedar betapa pentingnya aku kepadanya: rupanya.
Mungkin dua baris kata-kata berbahasa Inggeris itu mengguris hatinya. Aku cuma hendakkan hak aku - cerita 13 tahun itu. Aku berkali-kali (untuk pengetahuan kau) mengaitkan Ahmad Tarwis dalam sms bersangkutan tetapi betullah kata kau - sedikit pun tidak ditanggapinya.
Mega, pagi tadi aku sms kan dia seperti mana yang aku forwardkan pada kau, dia tidak membalas, masih.
Pada pandangan kau Mega sang peramal cinta:
Kuat benarkah perasaan dia padaku?
Jika betul, kenapa harus dia tinggalkan aku?
Halaman 2:
Salam sahabatku Dewi Kartini...
Dewi, kiranya kau tahu, mantera engkau menjadi seru yang menyalirkan angin rindu lewat perutusan ringkas melalui medan skrin kecil itu. Aku tahu kalau boleh disimpan pesanan itu, mahu saja kau abadikannya sampai bila-bila di dalam mesin kecil itu tapi harus diingat kita tidak bisa melakukannya begitu kerana setiap detik adalah perangkap bagi kita.
Jadi aku nasihatkan kau apa yang perlu kau lakukan ialah please delete or erase the message or else send to another party or quote saja di dalam benak ingatan peribadi yang tidak diketahui oleh sesiapa saja di mayapada ini, biar hanya engkau saja mengetahuinya.
Dewi Kartini, kiranya sms itu sudah meletakkan perasaan kau dalam situasi yang sedikit selesa walaupun kau masih tidak berpeluang menerokai keseluruhan benaknya yang ditutup rapat kepada orang asing hatta engkau sendiri.
Cuba lagi, kau jangan lekas putus asa kerana misi ini adalah misi klasik yang kau harus lakukannya dengan cukup lemah lembut. Kau mahu lakukannya dengan nada sopan atau nada amarah? Atau terbit rasa dendam di sebalik peristiwa 13 tahun itu?
Dewi, apa kau rasa kini?
Dewi, apa yang kau nak buat selepas ini?
Dewi , apa refleksi kau selepas mengetahui perasaan dia tidak berubah walau sezarah pun terhadap kau?
Dewi, please reply email aku..
Angin malam bertiup, tiada henti, sampai akhir marcapada, tapi engkau hilang, dari rusuk kanan aku. Gemuruh maya pada diri, daun-daun pun menyisih, langit jadi saksi, kau serahkan, hati nan satu!
Halaman 3:
Mega, He still not reply my simple message just now. Do we cannot be friends anymore? Dalam FB nya aku melihat ramai rakan-rakannya tetapi aku merumuskan, sekiranya dibandingkan antara aku dan rakan-rakan FB nya, aku terperosok di daerah yang begitu asing kerana di dalam rumahnya, Ivi Marlinda, Erni Yuhanis, Tunku itu dan Tunku ini sedang berparti bersua menyapa.
Dia sudah jadi orang yang begitu asing.
Seharusnya aku pun begitu. Menjadi asing, berdiam di rumah sendiri walau sesekali ingin menyapa tetapi tidak dibalas sempurna. Dan aku pun menjadi seperti engkau. Aku harus menulis kembali kala amarah membanjiri diri, kala pilu bergaung dalam diri, menjadi Dewi Kartini semula. Meski ianya begitu payah aku laksanakan, tetapi aku harus. Kembali ke rumah lama yang telah aku tinggalkan, mencari kertas-kertas kumal, membaca ayat-ayat yang lama kubarisi dan akan kuperbaharui semula.
Aku harus bangun walau kantukku belum hilang sepenuhnya. Dia masih tidak melihat hadirnya aku. Bila rasa indah mula menyapa, menyalami, aku jadi yakin, bahawa aku ada sejuta tahun, namun rencana ini terbatal, kekasih, aku akur, aku tunduk pada takdirNya!
Halaman 4:
Dewi Kartini, kembalilah kita ke jasad diri. Bersamalah kita melihat ke dalam diri- mencari kekurangan dan kelebihan yang sudahpun terukir indah. Dan kita gemerlapkan kelebihan diri itu walau keperitan dan rasa sengsara mengecur di urat nadi.
Halaman 5:
Mega, bagi aku, aku tidak mungkin menjejak mahligai di puncak nyiur gading. Aku hanya mampu memiliki istana hinggap dan pada masa ini ingin juga aku menjenguk ke rumah di lembah jiwa, sebab rumah itu lebih dulu wujud sebelum aku bina istana hinggap...rumah itu lebih dulu wujud sebelum aku melihat mahligai di puncak nyiur gading.
Mega, kasih aku pada Amir Hamzah sudah aku makamkan kemas-kemas dalam khutub khanah jiwa, hanya kau yang tahu rahsia abadi ini.
Titik..luka!

Kisah Klassik Untuk Masa Depan