Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Ariff Masrom. Show all posts
Showing posts with label Ariff Masrom. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Luna dan Xylophone

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Hari ini 5 Julai. Hari ini genaplah umur Luna 17 tahun. Seperti yang dijanjikan oleh ibunya semasa dia berusia 9 tahun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke 17 tahun, ibunya akan berikan hadiah yang paling istimewa untuk Luna. Ibunya berkata begitu untuk membuang rasa sedih Luna yang menyaksikan ayahnya pergi pada ulang tahun kelahirannya yang ke 9 tahun. Ibunya tahu Luna sangat suka pada muzik. Biliknya penuh dengan alatan muzik. Sebut sahaja instumen apa, hampir semuanya ada. Piano, gitar, biola, drum, semua ada. Bahkan "cow bell" pun ada, kalau lah dia ingin main lagu yang berentak country. 

Bangun sahaja dari tidur, Luna terus mendapatkan ibunya di kamar ibunya. Dia terus memberikan kucupan mesra di pipi ibunya. Ya, Luna memang seorang gadis yang manja. Mungkin dengan ibunya sahaja. Ibunya tersenyum melihat anaknya yang gembira hari ini. Ibunya mengambil sesuatu di balik katil dan memberinya kepada Luna. Ia nya sebuah kotak hitam yang besar yang disertakan dengan reben merah dan putih. Mata Luna bersinar-sinar melihat kotak hitam itu. Tanpa disuruh, Luna rakus membuka kotak hitam itu. Isinya adalah sebuah Xylophone yang berwarna-warni. Terlihat ada air mata yang bergenang di mata galak Luna. "Yes, wishlist aku sudah selesai. Aku kini miliki sebuah xylophone warna-warni." kata Luna di dalam hati. 

Ibunya memberitahu Luna yang ini bukan Xylophone biasa. Ia nya sebuah alat muzik yang sangat hebat. Ia adalah alat muzik rahsia yang dimiliki oleh seorang ahli muzik di raja semasa zaman dulu. Ia telah pun disumpah oleh seorang ahli sihir untuk digunakan sebagai alat membunuh raja yang kejam ketika itu. Ia mampu membekukan sesiapa sahaja dengan perlahan-lahan apabila mendengar alunan muzik dari xylophone ini. 

Luna mendengarnya dengan penuh khusyuk. Luna terus mengambil pengetuk yang disertakan dengan xylophone itu dan mula memainkan sebuah lagu. Dia membayangkan yang dia sebagai Fabienne Débarre, seorang gadis comel yang yang bermain xylophone untuk kugiran We Were Evergreen. Secara tiba-tiba ibunya terdiam. Luna masih rancak bermain xylophone barunya itu. Dia melihat ibunya terdiam dan melihat mata ibunya seperti menjerit supaya dia berhenti. Luna berhenti kerana terkejut dengan tindakan ibunya. 

Ibunya menggigil kesejukan kerana terdengar alunan xylophone itu. Luna hanya tersenyum sebagai tanda suka dengan hadiahnya itu. Ibu nya beritahu yang Luna tidak perlu ke sekolah hari ini dan membiarkan anak gadisnya itu pergi bermain dengan xylophone barunya itu. Luna terus bersiap dan keluar ke bandar. Selepas seharian bermain di bandar, di ingin pulang ke rumahnya. Hari pun sudah lewat malam. Di stesen LRT Masjid Jamek itu cuma ada beberapa orang sahaja. Dari jauh, dia terlihat ada seorang lelaki berkacamata tebal, berkemeja biru kotak-kotak, berseluar jeans dan berkasut Vans biru pekat. Ada lah juga rupanya seperti Rivers Cuomo, vokalist utama Weezer. Lelaki itu asyik melihatnya dari tadi. Dia hanya tersenyum dan membetulkan beg yang digalasnya. Dia membuka pembalut lolipop perisa strawberry yang dibelinya di seveneleven sebelum ke stesen LRT. 

LRT pun sampai. Luna berjalan perlahan masuk ke dalam LRT. Di pilih gerabak hujung sekali. Lelaki itu pun masuk dengan pantas sebelum pintu LRT tertutup. Lelaki itu hampir tertinggal kerana leka melihat Luna. Luna duduk di sudut hujung gerabak dan menikmati lolipop nya sambil melihat papan iklan yang bergerak-gerak di dinding LRT. Luna perasan yang lelaki itu melihatnya dari tadi. Dia membawa keluar xylophone barunya itu dan mula memainkan lagu yang dimainkan di rumah pagi tadi. Lelaki terikut-ikut menggoyangkan badan mengikut irama lagu itu. Dia semakin mendekati Luna yang sedang gembira di sudut hujung gerabak ini. 

Luna hanya tersenyum dan terus bermain. Tiba-tiba lelaki itu berhenti. Kaku. Luna semakin rancak bermain. Semakin rancak sehingga lolipop di mulutnya itu dia campak ke dinding LRT itu kerana mengganggunya untuk bermain dengan penuh focus. Luna melihat lelaki itu yang dia percaya kini sudah mula membeku. Dia melemparkan satu senyuman yang paling manis dalam masa yang sama paling jahat miliknya. 

Luna semakin galak bermain. Dia suka melihat lelaki itu membeku perlahan-lahan. Luna ketawa kecil melihat keadaan lelaki itu yang menggigil kesejukan. Tiba-tiba pemandu LRT membuat pengumuman. "Stesen berikutnya, Pandan Indah. Pandan Indah." Luna berhenti bermain dan mula mengemas barang-barangnya. "Ah, dah sampai ke. Tak puas lagi kacau lelaki tu...." Luna mengeluh. Sebelum Luna keluar, dia melihat lelaki itu dan melemparkan satu senyuman yang manis dan satu kucupan terbang pada aku. Luna mengenyit matanya. Lelaki itu membalas senyumannya walau pun tubuhnya masih sakit dan menggigil. 

Luna keluar dari gerabak LRT itu dan pergi mendapatkan ibunya yang menunggun di kawasan parkir. Luna tersenyum sendirian. Dia ada cerita menarik untuk ibunya. 



Hak Cipta: Ariff Masrom
Twitter: @ariffmasrom

Sunday, November 4, 2012

Kuning

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips



Petang itu seperti biasa Anis akan duduk di hujung jeti sambil melihat laut. Dia akan pergi ke sana setiap kali hati nya berkecamuk atau pun dia ingin menyendiri. Petang itu dia pergi ke jeti dengan perasaannya yang bercampur aduk. Dia tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia hanya ingin lari dari pandangan orang lain, dari semua orang. 

Di jeti dia akan bercakap sendirian. Eh, bukan bercakap sendirian. Dia berbicara dengan Tuhan. Bagi dia, di sana lah tempat untuk dia berbicara dengan Tuhan. Setiap apa masalah yang dia hadapi, dia akan luahkan semuanya. Walau pun dia tidak membuka mulut dan hanya diamkan diri, telinga Tuhan tetap dengar yang dia sedang sedih dan sendiri. 

Dia hanya duduk di situ dan tunduk membatu. Dia mengharapkan ada seseorang datang dan menyanyikan sebuah lagu untuknya. Menemaninya di saat dia jatuh. Dia melihat kiri dan kanannya. Tiada siapa di sisinya. Di pandangnya pula ke arah belakang. Kosong. Yang ada cuma pohon-pohon yang bergoyang ditiup angin petang. Sepertinya pohon-pohon itu mahu buat dia tersenyum dengan menari-nari. Matanya mula berkaca. Bibirnya masih terkunci.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki dari arah belakangnya. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa pun di sana. Dia membiarkan sahaja bunyi tapak kaki itu. Mungkin juga itu hanya perasaannya sahaja. Anis memejamkan matanya apabila bunyi tapak kaki itu terus kedengaran. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat ke arahnya. Dia dapat menghidu sesuatu. Wangi. Bau lelaki. Dia buka matanya dan lihat ke belakang, tiada siapa. Dia memejamkan semula matanya dan  hanya duduk di jeti. 

"You know, You know I love you so. You Know I love you so."

Anis membuka matanya. Suara siapa yang dia dengar ini? Dia mencari dari mana datang suara tadi. Hanya ada dia di jeti itu. Dia pejamkan semula matanya. Tiba-tiba ada suara berbisik di telinganya, "Close your eyes. I'll sing a song for you. A song that I wrote." Anis terkejut. Dia tidak membukakan matanya, tetapi semakin rapat matanya dipejam. Dia kenal suara itu. Itu suara Chris Martin, vokalis utama kumpulan Coldplay. Anis menarik nafas dalam-dalam dan menjawab, "Sing me a song... I'll keep my eyes close." Anis tersenyum.

Anis dengar bunyi gitar. Sepertinya Tuhan mendengar doanya dan menghantar Chris Martin untuk menemaninya petang itu. Atau mungkin Tuhan sendiri yang datang kepadanya petang itu sebagai Chris Martin. "This is called, Yellow." Anis tersenyum. Itu adalah lagu kegemarannya. Chris Martin duduk di tepinya dan mula menyanyikan lagu kegemaran Anis itu.

"Look at the stars,
Look how they shine for you,

And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
I came along,
I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called "Yellow".
So then I took my turn,
Oh what a thing to have done,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
You know, you know I love you so,
You know I love you so.
I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do.
Cos you were all "Yellow",
I drew a line,
I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
And you know,
For you I'd bleed myself dry,
For you I'd bleed myself dry.
It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine for, 
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine.
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And all the things that you do."


Chris terus mengulang ayat "You know I love you so...". Chris menggenggam tangan Anis. Anis dapat rasakan air matanya mula jatuh dan membasahi pipinya. Anis tersenyum apabila Chris menyapu air mata yang meleleh itu. Secara diam-diam, Chris mencium dahi Anis dan berbisik di telinganya, "Keep smiling. Look at the stars. Look how they shine for you. " Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Anis. 

Genggaman tangan Chris mula longgar. Anis masih tersenyum. Chris mencium dahi Anis sekali lagi dan beredar pergi dari situ. Anis masih diam tidak berkata-kata. Anis rasa sangat tenang petang itu. Hatinya yang sunyi dan sendiri, diterangi oleh sinaran bintang. Dia tersenyum kerana Tuhan mendengar permintaannya petang itu. Dia membuka matanya dan terlihat ada bintang kecil yang diperbuat daripada kertas di atas pehanya berserta kad.

"I'll always be here for you. Just close your eyes, and I'll come. Keep smiling."

Anis tersenyum membaca kad itu. Sayangnya dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Chris Martin. Dia akan datang lagi ke jeti ini petang esok dan menyanyi bersama Chris sekali lagi.




Hak Cipta: Ariff Masrom
Twitter: @ariffmasrom


Friday, July 6, 2012

Aku, Temu Duga dan Darah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Aku berlari ke tandas dengan kelajuan semaksimum mungkin. Aku sudah tidak mampu tahan lagi rasa ingin membuang air ini. Hampir 30 minit aku menunggu teman serumah aku selesai mandi. Apa yang dia lakukan di dalam bilik air tu, aku pun tidak tahu. Apa yang seronoknya duduk lama-lama di dalam bilik air yang busuk dan tidak berbasuh yang boleh dikatakan hampir tiga bulan tidak berbasuh. Kali terakhir ia dibasuh pun, oleh aku. Nak harapkan dia, memang tak lah. Hidup dia hanya DOTA, DOTA, DOTA. 

Kepala otak dia!

Aku dah serabut dah memikirkan apa alasan aku nak bagi pada bakal bos aku nanti. Temu duga sahaja aku sudah lambat. Kemungkinan besar apabila diterima berkerja nanti, aku akan datang lambat juga atau mungkin tidak datang langsung. Tapi, biarkan itu semua Dia yang tentukan. Jam di dinding terus berdetik. 

Aku sarungkan kemeja merah maroon lengan panjang yang sudah siap diseterika malam sebelumnya dan seluar slack hitam yang nampak jelas kesan diseterika itu. Tak sia-sia aku masuk asrama dulu. Aku capai tali leher hitam yang siap digantung dibelakang pintu dan stokin di atas almari dan aku bergegas keluar . Sebelum keluar aku cuba membasahkan tekak aku dengan meminum kopi o sejuk semalam. Sempat juga aku menjeling ke arah jam di dinding sekali lagi. “Celaka. 30 minit dah aku lambat!”

Setibanya ke pejabat tempat temu duga itu diadakan, aku lihat ada 2 orang calon, bukan, musuh yang mahu mencuri kerusi tempat duduk aku di dalam pejabat ini. Hey, aku keturunan Hang Tuah lah. Takkan mudah mengaku kalah. Aku masuk dengan muka yang paling angkuh walau pun sebenarnya aku lambat hampir satu jam untuk temu duga ini. Peduli apa aku? Aku keturunan Hang Tuah.

“Ya. Boleh saya bantu?” seorang gadis cantik berambut panjang beralun, berkaca mata, berbaju kemeja putih, berseluar slack hitam menegur aku dari balik meja kaunter pertanyaan. Cantik. Sekali lihat adalah seperti Zooey Deschanel. “Oh, saya datang untuk temu duga.” Aku menjawab sambil menolak rambut aku yang menutup mata aku. Mana mungkin aku membiarkan mata menghalang aku untuk menatap wajah gadis cantik itu. “Nama encik?” dia bertanya lagi. “Nama saya, Ahmad Fuad bin Zainal.” Aku menjawab dan senyum kepadanya. “Erm…encik dah lambat untuk temu duga. Tapi, tak mengapa…saya akan beritahu pada bos. Sila duduk dahulu ya?” dia mengangkat ganggang telefon dan menekan butang nombor yang ada pada telefon itu. Aku mengucapkan terima kasih dan terus duduk di ruangan menunggu.

Menunggu itu ada lah sesuatu yang tak pernah seronok. Lebih-lebih lagi menunggu sesuatu yang penting untuk kita, dan kita perlu duduk bersama mereka yang ingin mengambil perkara yang penting itu daripada kita. Aku hanya melihat 2 orang lelaki yang lain dengan perangai mereka masing-masing. Lelaki pertama yang memakai kemeja biru dan seluar slack hitam dipadankan dengan tali leher putih itu, sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Aku syak dia sedang asyik di Twitter berkongsi perasaan gemuruhnya. 

“Aku sedang tunggu untuk temu duga ni. Gemuruh baq hang!”. Mesti dia mengharapkan ucapan “all the best!” atau “awak boleh!” daripada kawan-kawannya di Twitter. Yang lagi seorang itu, dengan baju kemeja biru lengan panjang dan seluar slack hitam, dipadankan dengan tali leher berwarna hijau. Aku syak dia itu buta warna atau pun dia punya citarasa yang teruk dalam berpakaian. Jelas kelihatan perasaan gemuruhnya itu. Tak senang duduk dia di kerusi itu. Sibuk menyelak sijil-sijil yang ada di dalam fail yang dibawanya. Aku sekadar menggelengkan kepala dan membiarkan mereka. Lebih baik aku main game Angry Bird di telefon pintar aku. Kisah apa aku orang nak kata apa. Aku gemuruh juga sebenarnya. “Encik Ahmad Fuad. Sila masuk.” Nama aku dipanggil. Aku menjeling ke arah dua lagi lelaki tadi dengan angkuhnya.

“Selamat pagi, tuan.” Aku senyum dan meletakkan fail yang penuh dengan sijil-sijil yang aku rasa mampu meyakinkan lelaki dihadapan aku ini untuk memberikan kerja sebagai pelukis plan itu kepada aku. Aku berdiri melihat dia. “Oh, selamat pagi. Kamu lambat.” Dia melihat aku sambil memeluk tubuhnya. 

Aku sudah mula berasa gemuruh, tapi aku tahan dan tenang menjawab soalan dia. “Maafkan saya tuan. Saya ada hal penting tadi…” aku menjawab dengan yakin. “Oh, ada kerja penting eh? Lebih penting daripada temu duga ini?” Dia semakin serius. Aku sudah mula menggigil. Celaka! Sepatutnya aku sudah sediakan alasan untuk semua ini. “Hari ini…hari ulang tahun kelahiran saya tuan.” Aku tidak tahu macam mana boleh keluar jawapan itu. “Oh, happy birthday. Mesti mak dan ayah kamu sediakan sarapan yang sedap-sedap untuk kamu. Oh, saya patut beri kamu kek kan? Kek coklat boleh?” dia menjawab sambil menjeling aku.

Aku mula berasa marah, tetapi aku tahan lagi. Boleh tahan juga perangai bakal bos aku ni. Aku cuba mencari alasan yang power untuk selamatkan aku. “Erm…biasanya setiap kali ulang tahun kelahiran saya…” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia mencelah. “Apa? Setiap kali ulang tahun kelahiran kamu, kamu lambat untuk semua perkara?” dia ketawa dengan sangat angkuh. “Tidak tuan. Setiap kali ulang tahun kelahiran saya, saya pergi derma darah di hospital. Sebab itu saya lambat hari ini” Aku menjawab dengan muka yang paling tenang. Dia berhenti ketawa dan berubah wajahnya. Aku bagaikan terdengar petikan piano bermain di dalam bilik. Aku ketawa di dalam hati.

“Erm…erm…sila kan duduk. Kita mulakan temu duga sekarang.” Aku lihat dia sudah tidak senang duduk. Rasa bersalah lah tu. “Oh, terima kasih, tuan.” Aku duduk di kerusi empuk yang disediakan. Temu duga pun bermula. Aku harap aku dapat kerja ini dengan berbekalkan sijil-sijil aku dan alasan yang power sebentar tadi. Yang lain aku serahkan kepada Dia di atas. Tapi, aku masih marah dengan teman serumah aku. Celaka! Dia lah punca aku lambat untuk temu duga. Mandi lama sangat apa hal? Celaka!


Hak Cipta:  Ariff Masrom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...