Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Klassik Untuk Masa Depan

10:19:00 PM | | Best Blogger Tips


Salam...dapat invitation dari Cik Angel menulis kat blog kongsi kongsi ni...sebagai Intro pertama inilah kisah yang aku pernah terbaca tapi tak ingat kat mana dan aku sajikan pada pembaca semua...entah mungkin korang pernah terbaca kat mana mana...takder idea le sekarang...layan ajelah ye... muchas gracias ...ADIOSSS...- EL MARIACHI

Tahun 6 Anggerik..
Saat aku duduk dibaris belakang memerhatikan si dia yang buat pertama menjejakkan kaki ke kelas aku. Budak baru yang berjaya mengurangkan konsentrasi aku pada buku bertajuk Alam & Manusia Tahun 6. Aku memandang pada wajah ayunya tanpa satu pun titik-titik jerawat dengan alis mata yang terbentuk seperti bukit yang cantik.Aku mengharapakan 'persahabatan' bersamanya walaupun jauh di lubuk hati ingin sekali aku menjadi kekasih hatinya.Namun,aku kekal menjadi kawan baiknya didalam kelas.Setiap kali tamat kelas,kami akan bertukar buku nota untuk menyiapkan kerja sekolah masing-masing.Cikgu sendiri tidak dapat membezakan tulisan kami. Di akhir tahun 6 sebelum kami memilih sekolah menengah, ingin sekali aku berkata aku ingin menjadi kekasihnya tetapi apakan daya aku malu dan takut akan kehilangannya lantas aku mendiamkan diri.

Tingkatan 4 Delima..
Dia menelefon aku suatu hari,menangis teresak-esak mengatakan cinta pertamanya gagal.Lelaki tersebut main kayu tiga. Ingin sekali aku berada disampingnya tetapi naluri kawan membataskan perbuatanku.Aku tidak mahu disalahertikan sebagai mengambil kesempatan dikala dia lemah.Dia mengajak aku menemankan dia keluar makan. Aku setuju dan kami berdua menghabiskan waktu petang di KFC Jusco Wangsa Maju.Dia menceritakan padaku segala kisah sedihnya dan aku cuma memerhatikan matanya yang bergenang tetapi masih indah. Jauh di sudut hati,"Alangkah bertuahnya jika aku memilikinya".Sebelum balik,dia memandangku dan berkata "Terima Kasih" dengan penuh ikhlas sambil memegang tanganku. Pada ketika itu,aku ingin mengatakan "Lupakan dia,terimalah saya! Akan saya jaga awak bagaikan puteri" tetapi aku gagal kerana perasaan malu.

Tahun Akhir Pengajian Ijazah..
Malam Anugerah Pra Graduan untuk meraikan tahun akhir bakal diadakan.Semua pelajar tahun akhir membawa pasangan masing-masing. Aku masih menanti pasangan aku.Pada ketika 'MESEJ DITERIMA' dan ia berbunyi "Is,boleh tak temankan saya ke MAPG.Pasangan saya tak dapat datang sebab sakit dan tiket saya dah beli.Boleh tak?plzzzzzzzzzz" Lelaki manakah dapat menolak pelawaaan sebegitu lantas aku bersetuju.Walaupun aku sekadar menjadi pengisi ruang yang sepatutnya diisi oleh teman lelakinya namu aku sangat gembira pada saat itu.Selepas majlis tamat dan menghantarnya pulang ke kolej,aku memandang matanya yang berkilauan."Is,terima kasih untuk malam yang best sangat" dan dia keluar dari kereta aku meninggalkan wangian Lavender yang memenuhi ruang kereta aku. Pada ketika itu.aku sangat menyesal kerana masih tidak mampu mengatakan betapa aku cinta padanya.

Hari Konvokesyen Sidang Pertama..
Aku menunggu hari dia menaiki pentas konvokesyen.Majlis aku telah pun tamat semalam.Aku mencari bunga yang terindah untuk dihadiakan kepadanya. Aku menunggu diluar dewan sejak pukul 8.00pagi walaupun konvonya bermula jam 10 pg.Aku melihat betapa cantiknya dia berjalan menuju Canselor untuk menerima skrol dari skrin besar yang diletakkan diluar.Aku berlari sekeliling dewan mencarinya sewaktu perarakan keluar graduan untuk bertemu dengannya.Dari jauh aku melihat,teman lelakinya bersama keluarga sedang memberikan bunga kepadanya.Setelah melihat aku,dia memanggil aku.Aku berjalan perlahan dan menghulurkan sejambak bunga ros merah kepadanya.Dia melihat aku dengan serius dan kemudian tergelak.."Terima Kasih,Kenapa lambat?"Aku cuma mampu senyum. Kalau diikutkan hati,aku nak tarik dia ke tepi dan mengatakan aku cinta padanya.Tetapi aku malu dan takut akan kehilangannya.

Beberapa tahun kemudian..
Aku mengelap air mataku dengan lengan bajuku.Cantiknya dia dalam pakaian pengantin berwarna putih dengan disulami manik-manik berbentuk bunga dan rama-rama. Wajahnya sungguh ayu dan menawan.Aku senyum memandangnya dan membayangkan alangkah indahnya jika aku yang disandingkan bersamanya.Alangkah indahnya sekiranya aku yang disuapkan nasi ketika makan damai. Alangkah indahnya jika aku yang menghabiskan malam pertama bersamanya..Aku cuma mampu memberikan senyuman kepadanya. Sebelum pulang,dia sempat mengatakan "Terima Kasih,Is untuk segalanya." Pada ketika itu juga,aku hendak mengatakan aku sebenarnya lebih layak berkahwin dengannya tetapi apakan daya aku masih seperti dulu. Rasa malu dan takut.

Di Pengebumiannya..
Aku cukup sedih mendengar berita kemalangannya ketika melawat ibu dikampung. Dia meninggal dunia di tempat kejadian bersama suaminya,meninggalkan anak kecilnya Tengku Iskandar Shah.Ketika aku ke rumahnya selepas pengebumiannya,ibunya berkata anaknya selalu bercerita tentang aku dari kecil lagi.Hmm..aku memeluk Iskandar Kecil yang masih tidak mengerti apa-apa tentang orang ramai dirumahnya,maklumlah baru berusia 3 tahun.Ibunya memanggil aku ke dapur.Aku diberikan diari Nur oleh ibunya.

Aku terus membuka diari dan pada muka surat yang terbuka didepan aku tertulis


"Aku memandang padanya, berharap dia menjadi milikku. Lelaki yang menjadi idaman aku dari kecil lagi. Aku risau jika mengatakan aku mencintanya dari hari pertama aku bertemu dengannya di Tahun 6 Anggerik.Aku mengharap dia akan mengatakan depan aku. Banyak kali aku mengharapkan cintanya. Tetapi aku malu dan segan padanya.Aku sering menangis di waktu malam untuk mu Iskandar"


Aku CinTA PADAMU!!!!!
Aku Cinta Padamu!!!
Aku Cinta Padamu!!!

20 comments

November 1, 2011 at 11:59 PM

cis . kan dah menyesal . keh3x~~

November 2, 2011 at 12:00 AM

pantas dan padat. mungkin perlu lebih sedikit bunga-bungaan tapi masih kekal cantik. :)

November 2, 2011 at 12:07 AM

ni koleksi dalam almari achi pakaian lusuh aku derr...TQ kerana sudi baca...

November 2, 2011 at 4:33 AM

aku belum tulis apa=apa lagi...

takper kan.. :)

November 2, 2011 at 6:29 AM

ye kita tunggu tulisan ghost ramai ramai....

November 2, 2011 at 10:11 AM

terbaik ;)

November 2, 2011 at 1:54 PM

org malu selalunye rugi. kan?




**kan dah menyesal skg. ish--'

November 2, 2011 at 2:00 PM

aduhaiii
aku percaya

jika punya rasa sama dia
dia juga punya rasa sama kita

mungkin lafaz tidak terkeluar mengkotakan bicara ...

November 2, 2011 at 10:27 PM

TQ all 4 de comments...nanti saya akan bersemangat lagi post entry saya...muchas gracias...

November 2, 2011 at 10:29 PM

@ heroic zero - meneyesal tak sudah bro...pasal tu kalau ada perasaan ROVERS aje...yes/no belakang cerita...

November 2, 2011 at 10:30 PM

@hana ahmad - pantas, padat dan yang penting tulus ikhlas...bunga bunga belum lagi le...TQ ya...

November 2, 2011 at 10:30 PM

@ghost writer - aku tunggu cerita bahasa tinggi dari kau sahabat...

November 2, 2011 at 10:31 PM

@ timba hijau - TQ bro'

November 2, 2011 at 10:32 PM

@stalker hebat - cinta dulu dulu je ada tebal perasaan malu ni..sekarang dah takder dah rasanyer..ye ye?...TQ comment ya...

November 2, 2011 at 10:34 PM

@aimie amalina - aku pun percaya Laws Of Attraction - tapi jika aku tanya dia tak mengaku pula LOL...TQ comment ya...

November 3, 2011 at 1:40 PM

yg ini pun best.. :D

November 3, 2011 at 4:39 PM

@khairul antasha ..TQ comments...

November 12, 2011 at 11:45 AM

ciss, sentimental sungguh !

November 12, 2011 at 12:20 PM

@dale - tq for comment...Dale Keown ke hehehe...

May 28, 2012 at 12:13 AM

jangan biarkan jadi kisah klasik untuk masa depan... biar ia jadi kisah kita sampai jasad terhenti...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...