Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Moozlee. Show all posts
Showing posts with label Moozlee. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Bahagia Tak Terkata

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


"Sayang, nanti kahwin I nak kek pelangi okay?"
"Pelangi?"

"Yelah yang, pelangi. Ada 7 tingkat lepas tu ikut warna pelangi. Lepastu tu dia punya cream dekat luar tu pun nak belang-belang macam pelangi jugak." Dia menerangkan sambil tangannya ligat bergerak.

Aku senyum. Dia kelihatan teruja dengan majlis ini.

"I nak tukar baju sanding lapan belas kali okay."
"Nanti awak juga yang penat sayang. Lapan belas kali." Aku tergelak dengan kenyataannya.
"Takpelah, kahwin sekali je." Dia muncungkan bibirnya. Tanda protes.

Tapi lelaki boleh empat kali sayang. Hehehe. Kenyataan ini tersembul dari dalam hati cuma.

Aku hanya mendengar celotehannya melakar perkahwinan idamannya bersama-sama jejaka idamannya, aku. Aku akan warnakan lakaran itu semampu aku. Aku akan warnakan dan aku akan simpankan ia di dalam hati dan kenangan aku. Kenangan paling berwarna dalam hidup aku.

"Sayang, I nak guest tu setiap satu dapat calendar book kita okay?"
"Kita ada calendar book, sayang?" Aku mengerutkan dahi. Meminta kepastian.
"Kita tempah lah calendar book tu. Haihh you ni." Dia memandang aku dengan mulut becoknya.
"Calendar book tu nak ada muka I." Dia mematikan percakapan saat melihat busana pengantin dalam majalah.

"Hmmmm?" Aku mengangkat kening sebelah.
"And of course with you, sayang." Dia memberikan aku senyuman lagi.
"Tema kaler biru okay sayang. Tak nak hijau. Hijau lame sayang, kakak I dah buat dulu. So nanti dia cakap kita tiru dia."

"Tapi awak tahu kan hijau tu kaler feveret saya?\" Aku bercakap dengan nada merajuk.
"But in case, you nak hijau sangat. Kita buat lagi satu reception lah macam tu ye?" Dia memujuk aku sambil mempamerkan muka paling bahagia.

"By the way sayang, dekat sini ada ke orang buat cotton candy kaler biru? I nak bagi lah dekat budak-budak kecik nanti. Mesti diorang suka." Dia bercakap sambil mata terpejam mengenangkan kanak-kanak yang bahagia.

"Cotton candy, selalu pink sayang. Kenapa nak biru pulak?"

"Takpe, kita buat hijau okay? Mesti ada." Dia menganggukkan kepalanya ke arah aku dengan sebuah senyuman. Lagi. Dan lagi.

Aku ketawa kecil. Bijak awak curi hati saya. Dari awal perkenalan sampai ke hari ini.

"You, nanti buat dekat PICC lah eh. Senang sikit nak ajak ramai-ramai. Biarlah tetamu selesa sikit nak datang majlis kita nanti ye?" Dia masih dengan senyuman yang mekar. Bagai mawar yang sedang mekar.

Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Sayang, nanti majlis tu ada pengantin lelaki tak?" Aku bertanya dalam senyuman.
"Adalah, sayang. You lah." Dia menjawab sambil mengerutkan dahi.
"Habis, awak macam nak kahwin sorang-sorang je."

Dia memuncungkan mulut.

Aku masih tersenyum melihat dia. Bahu aku terhenjut-henjut menahan ketawa.

"Awak nak kahwin dengan saya ke nak kahwin dengan majlis ni aje?" Aku meneruskan pertanyaan, walau pertanyaan tadi tak dijawab.

"Sebab I nak you kahwin dengan perangai I sekali." Dia mengenyit mata ke arah aku dan terus bergegas ke arah kaunter butik perancang perkahwinan.

Aku menggeleng dalam senyuman. Bahagia. Tidak terkata.

Monday, March 12, 2012

Perempuan Cantik

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


Dia masih menangis. Menangis dan terus mengalirkan air tangisnya tanpa rasa simpati. Hatinya masih diguris dan digilis. Digiling dan bagaikan dianjingkan perasaanya ketika itu. Dia keliru mahu menyalahkan siapa. Lelaki itukah atau perempuan itu? Dia buntu. Dia tidak menyangka kata-kata mudah mahu menggelapkan jiwa batunya. Kata-kata yang mungkin sekadar perlian belaka.

Aku juga tak tahu mengapa dia menangis sedemikian rupa. Aku masih mempersoalkan tangisannya itu. Perlukah dia menangis? Perlukah dia memberi peluang untuk tangisnya mengalir? Aku tak mengerti. Dia kan kental. Lalu bagaimana dia mahu mempersetankan kata-kata yang saja meniti bibir aku? Bukan sahaja, cuma aku saja berkata begitu. Sakit hatinya diriakkan dari raut wajah berkerut. Aaku cukup rapat dengannya, tapi masih belum dapat merasai sepenuhnya keperitan yang dia alami.

Dia masih termenung. Membiarkan dirinya menangis. Menangis di hadapan insan yang selalu memberinya kekuatan. Tapi kekuatan itu bagaikan tak cukup kerana seorang perempuan cantik. Perempuan cantik itulah yang merosakkan hubungannya bersama kekasih yang didamba dalam siang dan malamnya. Perempuan cantik juga menyebabkan kekasihnya memutuskan untuk berpisah. Dan bersama perempuan cantik itu jugalah kekasihnya menagih kasih dan mengkhianati cinta bersama. Perempuan cantik jugalah punca dia tak keruan selama ditinggalkan. Kerana perempuan cantik jugalah dia merasa diri dipinggirkan bagaikan di jalanan. Kerana perempuan cantik, dia merasa dirinya terlalu hodoh untuk menggenggam percaya sang kekasih kembali. Perempuan cantik menyebabkan dirinya teraniaya, tertipu, terduduk, terbiar.

Aku melihat dia menangis. Aku tiada mempunyai daya pujuk yang tinggi. Aku sebaliknya membiarkan dia menenangkan diri sendiri. Benar, perempuan cantik itu memang cantik. Perkataan itu pernah sekali meniti bibir aku. Tapi aku harap dia memandang enteng kerana itu hanyalah kenyataan sarkastik semata-mata. Mungkin aku lupa, dia punyai sensitiviti yang tinggi dengan perempuan cantik itu. Lantas dia menyangka kenyataan itu adalah benar belaka. Aku kesal. Aku bagaikan memujuknya dari hati ke hati. Aku harap dia mengerti. Suatu hari perempuan cantik yang menganjingkan perasaan wanita lain akan dianjingkan juga. Atau lebih parah lagi. Ingat, anjing dibalas anjing.

Dalam hati aku bisikkan kepadanya kata-kata yang tak mampu terungkap.

"Bezanya, perempuan cantik tak punya percaya aku. Perempuan cantik tak punya hormat aku. Perempuan cantik tak punya kasihan aku. Dan perempuan cantik takkan pernah punya hati aku. Sementara kau ada semua itu."

Friday, March 9, 2012

Teman Siapa?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


"Awak, teman saya?" Zu memandang wajah tunangannya penuh mengharap dengan senyuman mekar.

"Errr..awak nak ke mana? Saya bukannya tak nak tapi.."

"Bola. Ok, paham." Zu memintas cakap tunangannya itu sebelum sempat dia menyudahkan ayat.

Kepala yang tak gatal digaru maha hebat oleh Zack. Bukan sekali dua dia menidakkan ajakan tunangannya. Bahkan sudah seratus dua kali. Tapi, ini kali yang ke dua ratus lapan puluh enam kali Zu memaafkan dirinya.

Jiwa dan raga telah Zu serahkan kepada Zack. Segala cinta dan rindu hanya milik Zack. Begitu juga Zack, segala kasih dan sayang dihamparkan di atas seluas padang nan menghijau. Sehijau cintanya terhadap sebiji bola yang bulat yang hanya pasrah ditendang dan diterajang.

Zu memberikan senyuman semanis kurma ke arah Zack. Menyatakan restunya dari dalam senyuman. Zack membalas senyuman Zu dengan sepenuh rasa direstui. Kemudian matanya mengarah ke arah bola yang sedari tadi dalam dakapannya. Senyuman paling indah dihadiahkan buat benda yang tiada bernyawa tiada perasaan itu.

Saat berganti minit, minit berganti jam. Jam berganti hari, hari berganti minggu. Perasaan Zu terhadap Zack tetap satu bahkan jitu. Sekian hari dinanti-nanti tanpa dihirau lagi. Bola tak berganti begitu juga kasut bola. Masih tetap yang sama. Masih yang setia. Cuma, Zack tersedar. Zu tidak lagi memintanya menemankan. Ke pasar malam, ke kedai buku, ke rumah orang-orang tua bahkan ke taman permainan. Apakah Zu sudah punya orang lain yang mennemaninya? Zack walang. Sudah sekarang dia mahu menyalahkan siapa? Mahu salahkan bola atau salahkan padang? Mahu salahkan kasut atau salahkan wisel? Salah siapa?

Zu pekakkan telinga, keraskan hatinya. Insan sekeliling mahukan kebahagiaannya. Ya, dengan meninggalkan Zack. Kalau Zu bahagia tanpa Zack di sisi, siapa pula yang bakal membahagiakan Zack? Dia tekad. Dia nekad menunggu Zack. Zu yakin Zack juga sedang menantikan dirinya. Cuma, ah. Dia sendiri tak tahu meyakinkan dirinya sendiri.

Hari berlalu dan tiap hari yang berlalu tak pernah menunggu. Tapi mereka saling menunggu. Menunggu dan menantikan kepastian. Zu menunggu sebuah kepastian yang Zack masih menyayanginya.

Zack tunggu apa lagi? Tak sayangkan tunangkah engkau? Ego letak tepi dahulu. Zack pesan kepada hatinya, ego sudah lama kuletakkan ke tepi. Cuma bola saja yang menjadi pemisah.

"Saya nak temankan awak." Zack menyapa tunangnya di bawah sepohon rimbun.

Zu mengangkat muka sekaligus mengakat kening sebagai signal pertanyaan.

"Ini mungkin kali yang terkira yang saya setuju nak temankan awak. Tapi sungguh kali ni saya nak teman." Zack duduk. Menjarakkan letak duduknya dengan Zu. Dan bola yang setia dikepit ke sana ke mari juga tak ditinggal.

Zu hanya memandang. Memandang dia. Masih sama. Dengan bolanya. Dia mengeluh dalam hati. Melontarkan sebuah senyuman rindu kepada Zack.

"Memang awak sekalipun takkan mampu nak pisahkan saya dengan bola. Saya dengan padang. Itu semua saya." Zack membuka bicara tanpa dipinta. Sambil tangannya menguis-nguis bola. Kalau dia di dalam pertandingan, sudah dikira foul.

"Tapi takde siapapun dapat pisahkan saya dari awak." Zack senyum penuh makna. Bola tersebut diserahkan kepada Zu sebagai tanda penyerahan jiwanya kepada Zu. Jiwanya adalah bola, telah diserahkan kepada Zu.

"Saya gembira. Awak dapat bezakan cinta saya dengan cinta dekat bola." Bola tadi dilontarkan semula kepada Zack.

Kalau tiada bola, tiadalah Zack. Tiada Zack, tiadalah Zu.

Sunday, January 22, 2012

Sang Puteri

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Moozlee


Mulanya angin malam itu sepoi-sepoi sahaja. Cukup indah lagi menenangkan. Melalaikan bagi mereka yang hanyut. Namun, di dalam dada aku ini berombak-ombak tak mahu kalah. Jantung aku berdetak bagai mahu terkeluar. Risau. Khuatir. Kecewa. Sedih. Keliru. Perasaan itu bercampur-baur. Angin yang sepoi-sepoi sudah tidak lagi seperti itu. Angin menjadi semakin deras. Bagai memahami jiwaku yang bergelodak ini. Kepantasan angin menampar-nampar muka aku. Aku biar saja. Aku biar saja hati aku tertoreh.

Aku kuatkan diri untuk bertemu sang puteri yang berjaya menjadi pencuri. Pencuri hati aku. Dia datang tanpa signal mahupun tanda, lantas terus mencuri hati aku tanpa aku sedari. Siapakah dia? Kenapakah dia mampu berbuat begitu? Hati aku terdetik beribu persoalan. Aku terus melangkah menuju destinasi. Aku mahukan dia. Tapi dia? Adakah dia curi hati aku untuk sakiti aku? Sesungguhnya, sakit. Lebih sakit dari angin yang merobek-robek muka aku ketika ini. Angin kelihatan deras. Pohon-pohon di jalanan juga bagaikan dimurkai oleh angin pada malam itu. Bintang tak bersinar. Bulang pun hilang. Segala keindahan lenyap bagaikan memahami jiwa aku yang sedang kacau. Aku tak mahu menangis. Biarlah aku tersiksa di batin. Aku mahu lihat apa sang puteri mahu bicara nanti. Adakah dia masih dengan pembohongannya yang maha hebat? Aku tunggu, sayang.

Baju aku terkena rintik-rintik gerimis yang tiada rasa simpati. Kesejukan aku walau dibaluti sehelai perca. Aku lihat sang puteri menanti diri aku di bawah rendang pohon. Aku menangis di dalam. Aku tak sangka kau curi hati aku untuk dijadikan mainanmu. Aku melangkah dekat ke arah sang puteri dengan penuh debaran. Aku turut merasakan debar di dalam dirinya. Sayang, kita kongsi debaran yang sama, tapi kau bilang seseorang telah berjaya menjerat hati engkau. Apakah semua ini? Aku menarik hela nafas dengan panjang. Aku hembuskan perlahan nafasku sehingga sang puteri menoleh ke arah aku. Dia kelihatan sugul. Matanya sembab nan berair. Aku tak mahu lihat kau begini, sang puteri, tapi kau khianati aku, apakah ini sang puteri? Dia bangkit menghadap aku. Pandangan matanya terungkap seribu persoalan. Aku menanti jawapan dari hatimu, sang puteri. Jujurlah dengan aku.

"Kau bilang, ada yang dah jerat hati engkau."

Aku memulakan bicara dengan nafas yang tersekat-sekat. Angin tadi masih sederas tadi. Sederas nafasku ketika ini. Aku tatap mukanya dengan penuh kebuntuan. Hidungku mula memerah menahan pedih dari hati. Aku lihat dia tunduk. Terhenjut-henjut bahunya melawan sendu.

Sang puteri mengangguk. Hati aku bagai dipanah petir ketika itu.
Suasana itu sangat dingin dengan kewujudan gerimis. Sedingin perasaan aku terhadap sang puteri.

"Jadi benar tekaan aku. Dia dah berjaya tawan hati kau, bukan?"

Suara aku masih tersekat. Aku berbisik kepadanya, entah kedengaran atau tidak, terpulang. Yang aku tahu, hatinya sudah dimiliki.

Sang puteri mengangguk lagi. Tangannya menekup muka menyembunyikan tangis. Kelelakian aku benar-benar terguris malam ini, sang puteri. Kaulah puncanya. Aku juga punya hati, apakah kau tak mengerti?

"Kau bilanglah pada aku, hati siapa yang dah mencuri hati kau itu, tatkala kau sedang mencuri hati aku?"

Tangis aku sudah mula bergenang. Aku fikir sang puteri mahu membohongi aku tentang semua itu dan buat aku rasa seperti di syurga dengan kebohongannya. Nyata aku silap, dia berterus-terang pada aku tentang kebenaran yang pahit lagi sakit. Aku menggeleng kepala dan masih memandang sang puteri dengan beribu persoalan. Aku mahu tahu, sang puteri.

Sang puteri mengangkat mukanya yang penuh dengan linangan air mata. Sungguh aku tak mahu kau begini, sang puteri. Gerimis tadi pula semakin deras sederas tangisan aku dan dirinya. Peluh yang merintik tadi sudah dibasahi gerimis yang lebat. Dia hela nafas satu persatu.

Dia mengangkat tangannya lalu didekatkan telapak tangannya di dada aku. Bahunya masih terhenjut-henjut. Aku hanya memandang menanti jawapan.

"Hatinya dia ada di dalam sini." Sang puteri berbisik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...