Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tema - Mei 2012. Show all posts
Showing posts with label Tema - Mei 2012. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Buat Mu Palestin

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Suasana pada malam itu sungguh dingin. Angin yang menderu membuatkan seakan-akan flora kehijauan terliok lentok. Bahkan kuasa angin yang dirasakan luar biasa pada malam itu turut menghasilkan bunyi yang agak menyeramkan di kala angin itu menyapa atap rumah yang hanya diperbuat daripada zink itu…

Mungkin malam ini bumi akan dibasahi dengan rintik air hujan yang lebat, ya mungkin, menolog hati keciku….

Di suatu sudut kecil di dalam rumah yang sederhana besar itu,kelihatan Qarl sedang asyik dengan komputer ribanya.Minatnya yang mendalam terhadap dunia IT yang serba moden kini menyebabkan dia kurang untuk menghabiskan masanya di luar rumah setelah seharian belajar di universiti.Bukan seperti remaja-remaja yang sebaya dengannya.

Mungkin ini adalah masanya yang tepat untuk aku bertanya akan hal itu, ya, monolog hati kecilku…

"Qarl, kau tahu apa yang berlaku di Palestin sekarang ni,?" lalu aku bertanya.

Dengan wajah yang tidak dipalingkan kepada ku dan berserta bunyi berdehem yang keras, Qarl menarik nafas. Seolah-olah soalan itu benar-benar menganggu ketenangan yang bersamanya sebentar tadi…

"Kenapa kau tanya macam tu Aidil?" katanya.
Aku menarik nafas sebelum itu…

“Sebab aku mahu tahu apa pendapat kau tentang bumi Palestin kini… Kenapa bantuan kita semua sebagai orang Islam amat diperlukan buat mereka," soalan yang selama ini terpendam dibenakku akhirnya diluahkan.

Qarl terdiam sebentar seakan berfikir sejenak… Barangkali sedang cuba untuk menyusun ayat yang terbaik untuk diberikan kepadaku, ya mungkin, monologku….

“Pada ku, bumi Palestin kini tidak ubah seperti medan latihan buat tentera rejim zionis untuk mengasah bakat mereka dalam bertempur apabila berlaku peperangan di negara mereka kelak. Sungguh mereka lebih tegar untuk melihat kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dibiarkan menjadi yatim piatu sejak kecil lagi serta hak mereka untuk melangkah gagah seperti kanak-kanak di negara lain lain juga diragut tanpa belas kasihan,” panjang lebar penerangan Qarl dengan wajah yang berubah mendung serta suara yang bergetar.

Sungguh aku tidak menyangka Qarl juga begitu mendalami suasana yang sedang berlaku di bumi Palestin kini…

Dari jauh ku lihat Qarl mengalih pandangannya ke luar jendela lalu menanggalkan cermin matanya dan lantas meyapu air matanya yang sedari tadi cuba ditahan daripada mengalir…

Menangislah Qarl jika itu dapat mengurangkan beban yang kau rasa itu, monolog hati kecilku.
Kesedihan yang dirasai Qarl itu turut mendapat perhatian daripada langit Nya. Air hujan yang turun dengan lebatnya itu seakan-akan mengetahui akan lara Qarl sebentar tadi…

Lantas aku menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhuk bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin di sana….

Dengan itu, ku harapkan dapat membantu mereka kerana begitu sulit dan sukar ku rasakan untuk membantu mereka secara fizikal…

Lantas diri ku diperhambakan kepada-Nya dengan harapan mudah-mudahan bumi Palestin akan kembali mendapatkan cahaya ketenangannya setelah dibiarkan lama berada dalam kegelapan yang ganas dan kejam.
Terimalah permohonan hamba Mu yang kerdil ini,Ya Allah…

Moga ada sinar cahaya terang buatmu Palestin, ya hanya buatmu.

Hak Cipta: Nur Hamizah Binti Najib

Saturday, May 19, 2012

Palestine

9:09:00 AM | | | Best Blogger Tips

"Saiful, cuba hang tengok ni. Pasai pa semua dok pakai DP cokolat ni ? Trend ka apa ni ?"

 Bijat menggaru-garu kepalanya yang sudah berbulan tidak bersyampu. Kononnya ingin berjimat duit, menanggung makan minumnya di kotaraya Kuala Lumpur. Tetapi boleh saja duitnya dibazirkan demi konsert Skrillex akan datang. Jimat baq hang !

"Mana ? Tepi sikit kepala dongga kau tu. Aku tak nampak skrin ni." Saiful sedang leka membaca komik di katil meninggikan kepalanya. Sukar untuk dia melihat skrin kerana rambut afro Bijat menghalang pandangannya.

"Amboih mulut hang." Bijat mencebik tetapi akur menyengetkan kepalanya ke kiri. Saiful meletakkan komik lalu pergi pada Bijat untuk melihat dengan lebih dekat perkara yang menjadi tanda tanya pada rakannya itu.

"Oooo . Ini pasal mogok lapar dekat Palestine. Kalau kau nak tau, kat Palestine sekarang ni beribu orang tengah mogok lapar kat Palestine nuh."

"Pasai pa depa dok mogok lapaq ?"

"Sebab yang tu aku tak dapat explain la punca utama tapi yang aku tau pasal da fed-up dengan tentera Israel ni . Buat aniaya je keje."

"Oooo. Abih, depa dok mogok lapaq ni bukan aniaya diri sendiri ka?"

"Jihad beb... jihad"

"Ooo . Paham ... paham ... Banggalah aku dapat member macam hang ni. Biaq lah hang dok clubbing sana sini tapi hang peka benda islam ni. Eh, hang pon da tukaq Dp da ? Camna hang tukaq ni. Tolong buakan aku."

"Ish, aku mana pandai buat ni"

"Abih ni hang punya DP da tukaq ni"

"Ooo. Tu mak aku yang buat . Dia ada fesbuk aku. Dia kan ustazah tu dia yang tukar DP aku tu"

"Nokharom. Mak hang ni advance nohhh"

Saiful hanya mampu tersenyum kambing.

Thursday, May 17, 2012

Bunga-bunga Palestin

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Insyirah membelek-belek buku ibunya yang tersusun di atas meja. Diselaknya lembaran demi lembaran. Sekejap dia mengerutkan dahinya. Sekejap dia mengetapkan bibirnya. "Bu, buku apa ni?" tanya Insyirah lembut pada ibunya yang tengah sibuk mengadap laptop. Puan Aisya senyum. "Kejap lagi Ibu cerita kat Insyirah ya. Ibu nak siapkan kerja ibu ni dulu." Insyirah mengangguk. Matanya masih tertancap ke arah buku yang dipegangnya. Usianya yang baru sebelas tahun memang ada banyak perkara yang dia ingin tahu. 
Insyirah membelek semula buku 'Bebaskan Bumi Palestin' tersebut. Puan Aisya menoleh sekilas ke arah anaknya.

"Insyirah nak tanya pasal apa tadi ya?" tutur Puan Aisya lembut sambil tangan mengusap lembut kepala anaknya. Insyirah senyum. 
"Kenapa ibu suka baca buku macam ni? Syirah selalu tengok berita kat TV pasal Palestin ni."
"Apa yang Insyirah tahu pasal Palestin?" sengaja Puan Aisya menduga anaknya. 
"Orang islam kat sana kena tindas, kena bunuh, keganasan, macam-macam la. Ibu mesti tahu banyak kan?"
"tak ada la. Ibu pun banyak baca dari Internet, newspaper, TV, dan buku macam ni" 
"Tapi kan bu, kasihan tengok orang islam kat sana kan. Budak-budak kena dera. Ibu ceritalah kat Syirah banyak-banyak pasal mereka."
"Ada banyak kalau nak Insyirah nak ibu cerita. Sampai esok pun belum tentu habis." Puan Aisya mencubit manja pipi Insyirah. Insyirah senyum lebar. Insyirah tahu ibu takkan menghampakan. 
"Cerita je lah bu"
"Okay, ibu nak cerita pasal kanak-kanak dan wanita kat sana. Paling kejam bila kanak-kanak tak berdosa kena bunuh, wanita yang diperkosa dan di seksa. Ibu ada baca jugak pasal pembunuhan kejam pejuang Palestin yang sudah pun lumpuh di kerusi rodanya." Puan Aisya menghela nafasnya perlahan. 
"Ceritalah lagi bu. Apa lagi berlaku kat sana?" 
"Wanita-wanita Palestin yang meringkuk di dalam penjara Zionis diperlakukan dengan sangat kejam. Hak kebebasan asasi mereka dirampas. Pegawai penjara yang kejam langsung tiada rasa hormat kepada wanita-wanita tersebut. Insyirah tahu tak ada ramai wanita Palestin yang berjuang kat sana. Antaranya, Wafa' Idris, Reem Ar-Riyasi, Darain Abu 'Isyah, Ilham Ad-Dasuqi, Ummu Nadhal dan ramai lagi.Status mereka ini ialah seorang isteri dan ada jugak yang masih 'study'. Mereka inilah yang melakukan misi berani mati." jelas Puan Aisya dengan bersemangat. Insyirah mengangguk perlahan. 

"Tapi kan bu, kenapa wanita ini menggunakan kekejaman untuk balas balik serangan? Takde cara lain ke bu?"
"Sayang, itulah jihad. Rasulullah s.a.w menyeru kepada semua lelaki dan wanita supaya mencegah segala di mana jua kita berada sebagaimana sabdanya: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaknya ia mencegah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan barang siapa tidak mampu hendaklah mencegahnya dengan hati maka itulah selemah-lemah iman"
"oh macam tu ya. Kalau macam tu, Syirah dan ibu kena buat apa untuk tolong mereka kat sana? Kalau Syirah nak ke sana boleh tak bu?" Mata Insyirah bersinar. 
"Ada banyak dana yang diwujudkan untuk kita bantu mereka kat sana. Kita boleh derma dari segi kewangan. Paling penting ialah doa. Kekuatan umat islam kan doa. Doa banyak-banyak. Allah Maha Mendengar. Kalau semua orang berdoa perkara yang sama, tiada yang mustahil sayang." 
"Ibu, Syirah doakan mereka kat sana selamat." ringkas rangkap doa yang terpacul keluar dari seulas bibir kecil Insyirah.
"Amin. Mudah-mudahan. Nak dengar lagi tak cerita pasal Palestin? Ibu nak cerita pasal Ummu Nadhal seorang wanita yang sangat berani dan bijak bagi ibu. nak tak sayang?"
"Mestilah nak! Cepatlah cerita bu!" 
"Okay! Ummu Nadhal Farhat nama dia. Dia menazarkan enam orang anaknya untuk berjuang di jalan Allah SWT. Dalam diri dia tak ada rasa takut. Dia sanggung serahkan anak kedua dia pada battalion Syahid Izzudin Al-Qassam dengan melakukan misi berani mati di kota Tel Aviv. Satu kebijaksanaan dia yang Ibu 'salute' sangat bila dia menyuruh anak dia menggali sebuah terowong di belakang rumah di bawah bilik mandi sebagai tempat persembunyian. Sampai satu ketika tu, dia suruh anak dia yang nama Muhammad ikut dalam penyerbuan di perkampungan Zionis. Anak dia mati syahid. Betapa sedihnya dia masa tu. Tapi bila mengenangkan janji Allah. Segala yang menimpa anaknya dia terima dengan redha."
"Kesiannya bu.." mendatar suara Insyirah. Puan Aisya mengusap lembut kepala Insyirah.
"Nanti Ibu cerita lagi okay! Sekarang ni Insyirah pergi mandi dan solat. Kejap lagi dah nak masuk waktu Maghrib. Jangan lupa doa okay!" arah Puan Aisya
"Baik! Doa kan kekuatan umat islam. Betul tak bu?"
"Ya sayang"

Insyirah senyum. Puan Aisya tahu, sukar sebenarnya untuk menjelaskan perkara sebegitu kepada seorang kanak-kanak seperti Insyirah. Menceritakan situasi genting saudara sesama Islam di sana. Tapi lagi sukar bila Insyirah sudah dewasa dan tidak pernah tahu pasal isu Palestin. Itu lebih menggerunkan. Isu kemanusiaan seperti ini sewajarnya disebarkan kepada semua peringkat umur melangkaui batasan agama,bangsa dan bahasa dengan satu matlamat yang kita semua impikan iaitu mewujudkan dunia yang lebih aman.

Wednesday, May 16, 2012

Cinta Di Bumi Palestine

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Umar melihat telatah 3 orang anak kecil yang riang bermain sorok-sorok di celah runtuhan bangunan. Leka sejenak dia memerhati gelagat mereka. Pasti sahaja mereka gembira tanpa mengenal apa itu erti masalah. Umar juga pernah berada di tempat mereka suatu tika dulu. Ya, hidup itu sungguh bahagia. Senyum nipis.

Masa lalu yang kini telahpun menjadi kenangan yang tak kan mungkin bisa terulang. Hanya memori yang mampu dia abadikan di sudut kecil hatinya. Pandangan dikalihkan. Terus tertancap di atas sekeping gambar Balqis bersama Umi Batrisyah yang sering dibawanya kemana sahaja. Lama ditatap gambar tersebut. Bagai tidak puas dijamah dengan pandangan mata.

‘You’re the best ever I had… Only you …’ – Balqis –.

Dilipatnya kembali nota kecil itu, disisip kemas ke dalam saku. Perlahan, setitis mutiara jernih luruh di celahan kelopak mata lelakinya.

“Dad, Umi make this gift special for you. Mom also doesn't get any like this present, you know. Thanks, dad. You're my hero…”, terngiang-ngiang suara manja Umi Batrisyah di cuping telinga. Gambaran liuk lentok tubuh puteri kecil itu menambahkan lagi kecomelannya bermain di ekor mata. Umar meraba pipinya perlahan. Bagai terasa kembali hangatnya ciuman yang diterima dari puteri tunggalnya itu. Hadiah lukisan tangan dari Umi Batrisyah dibelek. Setiap sudut inci lukisan tersebut cuba ditafsir dengan sejuta makna yang tersirat. Gambar mereka bertiga di atas sebatang jalan yang akhirnya jalan tersebut punya cabang dua – rumah dan syurga -.

Setitis… Dua titis… Dan kemudiannya bertitis-titis airmatanya jatuh ke atas lukisan tersebut. Sepantas kilat Umar mengesat tubir matanya agar tidak terus menerus berkebasahan. Sayangnya dia terhadap lukisan itu hingga bimbang tangisan yang mengalir kelak bakal meninggalkan kesan peta di atasnya lantas mencacatkan keaslian lukisan tersebut.

Lama dia termenung. Sudah tiga hari dia berteduh di bawah runtuhan rumah itu. Hancur luluh hatinya saat melihat keadaan rumah tersebut yang jelas menggambarkan serangan bom telah berlaku di kawasan tersebut. Umar duduk berteleku di samping sisa-sisa cebisan kain yang terselit di celahan batu. Mengenang kembali pertemuaan antara dia dan Balqis beberapa tahun yang dulu.

***************************

Langkah semakin dipercepatkan. Degupan jantung kian menderas. Balqis takut. Cemas. Kepalanya terus ditundukkan. Namun ekor mata meliar mencari tempat persembunyian. Secara tiba-tiba, tangannya direntap seseorang dari belakang.
“Allahu Akhbar… Please… Please… Please Sir… Please don’t do anything to me… Allah…”, mohon Balqis. Mata kian digenangi air. “Please…”.
“Shyyy… Calm down, calm down…”. Umar cuba menenangkan. Perlahan, dilepaskan pegangan yang kejap.
“I’m so sorry about that. Am I scary you?”. Umar bertanya.
Balqis sekadar mengangguk.
“Why you following me?”, giliran Balqis pula menyoal.
“’Coz I know, you’re Palestine people”.
Senyap seketika.
“Please… Bring me to your house. I need some information from you. Here is not safe for us”.
“Tell me, why I must believe in you?”. Balqis tanya curiga.
“You need to believe me. Please… You know why? Because I’m gonna marry you someday… Insyallah”. Serius Umar menuturkan kata-kata.
Tersentak Balqis dengan perucapan Umar. Lantas, satu tamparan menghinggap tepat mengenai pipi.
Seminit, seorang askar berjalan mendekati mereka. Dan Balqis, riak wajahnya jelas menggambarkan ketakutan.
“Anything problem here, Sir? Wanna some help…??”, askar tersebut bertanya. Mungkin kerana wajah Umar kelihatan seperti orang Eropah, askar tersebut ramah menghulurkan bantuan. Bendera Amerika jelas terlihat di uniformnya.
“Ouwhhh… No, thanks. I can handle it myself…”. Jawapan diberi dengan anggukan.
“Are you sure, Sir?”. Bagai tidak puas hati, askar itu bertanya meminta kepastian. Matanya tajam memandang Balqis yang masih tertunduk bisu.
“Yes… Very sure. Thanks anyway…”, penuh berhemat Umar menjawab. Senyuman turut dilemparkan.
Seperti keterpaksaan, askar tersebut melangkah pergi.
“Please… Believe me…”, ujar lelaki itu menyambung perbicaraan yang terbantut sebentar tadi. Tangan dilekapkan ke dada. Mengharap.
“Okay… But please, don’t try to take any advantage to me…”. Balqis bersuara perlahan namun tegas.
“No, I wont”. Jawapan diberi dengan penuh yakin.

***************************

Perkenalan antara Umar dengan bapa Balqis mewujudkan sebuah hubungan yang mesra bagai bertahun lamanya mereka tidak bersua. Dari situ, barulah Balqis tahu bahawa Umar mempunyai darah campuran Palestine di sebelah emaknya dan Germany di sebelah bapanya. Umar Asyraf, lelaki yang mengatakan akan mengahwini dirinya kelak. Namun entah bila masanya, Balqis sendiri tidak pasti.

Tiga bulan lamanya Umar Asyraf duduk menumpang di rumah keluarga Balqis demi menjalankan tanggungjawab sebagai penulis jurnal mengenai serangan tentera yahudi ke atas penduduk Palestin. Sehinggalah suatu masa, Umar menyampaikan hasrat untuk memperisterikan Balqis kepada bapa Balqis. Dan ternyata, sesuatu yang baik tidak akan pernah ditentang.

Masuk tahun kedua perkahwinan, baru sekali Umar meninggalkan Balqis untuk dia kembali ke tanahair. Puas dipujuk Balqis yang ketika itu sarat mengandung untuk mengikut sama, namun wanita itu tidak sampai hati pula untuk meninggalkan bapanya keseorangan di bumi Palestin. Ketiadaan Umar di sisi menjadikan Balqis seorang wanita yang begitu tabah, cukup tabah mengharungi hari-harinya yang suram.

Tanggungjawab Umar sebagai journalist membuatkan dirinya terpaksa berhijrah ke merata negara mencari sumber bahan demi mendapatkan hasil yang terbaik. Dan setiap kali itu jugalah dia harus meninggalkan anak bininya sedang Balqis pula sudah faham benar dengan pemergian Umar. Segalanya berlaku seperti biasa selama enam tahun lamanya sehinggalah suatu hari…

***************************

“If I knew this would be happen, I swear I will bring you and Umi anywhere I go. I missed both of you, dear…”, rintih Umar kesayuan mengatur langkah pergi.


Tuesday, May 15, 2012

Revolusi .

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

            "Habis tu, takkan kita nak biarkan saja mereka, Tok?"

         Pak Tua memandang Aziz, dan memberi senyuman balas. Apa bersahaja atau sinis, Aziz tidak pasti. Yang pasti, tindakan Pak Tua itu semakin menimbulkan kemarahan di dalam benak Aziz. Sungguh, si tua ini sungguh mencabar kesabaran Aziz. Dia sudah tua, dia tidak bersemangat, dia tidak rebel! Ini bukan gurauan lagi.

             Revolusi harus dimulakan, bila demokrasi itu mula mati!

        "Kita harus memulakan sesuatu!" sambung Aziz lagi. Pak Tua masih dengan senyuman, dan menyahut perlahan, "Apa yang kamu mahu mulakan lagi, Aziz. Tolong ceritakan pada aku, apa yang kamu mahu mulakan," . Aziz bangun dari beranda, dan memandang luar surau. "Kita mahu tunggu sampai bila lagi, Tok? Kalau kita sendiri tak bantu saudara kita di sana, siapa lagi? Mahu harapkan kerajaan kita sendiri? Mereka korup! Mahu harapkan mereka yang belah sana, dua kali lima! Kita harus bertindak sendiri."

         Pak Tua bangun, dan menyertai Aziz di sisi beranda. Beliau memegang erat bahu Aziz dan berkata, "Kamu anak muda, Aziz. Kamu anak muda. Kamu masih biar emosi kamu menguasai kamu. Bukan aku tak kenal kamu. Kamu mahu ke sempadan sana, bukan? Kamu mahu berjuang, mahu berjihad?"

          Aziz menepis tangan Pak Tua seraya berkata, "Sampai bila kita nak dipijak, Tok? Sampai bila? Lepas satu, satu lagi! Saudara kita mati tanpa terbela. Aziz tak peduli, biar mati, asalkan mereka yang laknat itu pun sama mati!" Pak Tua diam, dan menunduk. Wajahnya berubah. Tidak kelihatan marah, tapi berubah. Dengan perlahan, Pak Tua membalas, "Jadi apa bezanya kamu dengan mereka? Bunuh dibalas bunuh. Mati dibalas mati. Mana pergi kemanusiaan kamu, Aziz? Jangan pernah hilang akan itu. Jangan pernah hilang kemanusiaan kerana kebinatangan orang lain."

         "Mati menentang mereka, itu syahid Tok! Itu syahid!" Jawab Aziz, dengan semangat. "Dan kamu yakin, kamu hanya menentang mereka? Kamu yakin kamu tidak akan menzalimi merekanya yang lain? Agama kamu tidak pernah ajar begitu, Aziz. Agama kamu agama damai. Agama kamu agama insani,"

           Kali ini giliran Aziz pula diam. Rasa yakin tadi sedikit mula goyah. Entah? Kalau benar, jadi bagaimana dengan mereka di sana? Harus biar terus dipijak, dibunuh dan dicabul segala hak yang mereka punya asal? Dan kami yang diam di sini, bagaimana letaknya nanti di sisi Tuhan? Aziz buntu, dan terus mencapai sebatang rokok dan membakar hujungnya. Asapnya dihisap terus, semoganya terus meleraikan kekusutan yang ada. Pak Tua senyum, dan berkata,

          "Kamu mahu berjihad, anak muda. Sedangkan Jihad melawan nafsu sendiri pun kamu gagal, dan bagaimana kamu kata kamu mahu berjihad?"

          "Sudah lah Tok, Aziz nak beransur dulu. Tok dengan cara Tok, Aziz dengan cara Aziz. Semoganya perbezaan kita masih bersilang di atas satu titik yang sama kelak!" ujar Aziz dan beredar.


.END.


Monday, May 14, 2012

Surat Dari Palestine

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Asireh Al Syamalieh
Birzeit University
P.O.Box (14)
Ramallah / Palestine

12 Mei 1997

Buat sahabatku Robbie yang kini berada di daerah Ireland Utara
Aku tahu pergerakan IRA sekarang telah di sekat
Ku dengar langit mu sedang bergolak juga
Kita sama
Saling menuntut kemerdekaan
Kita juga sama berjuang bermati matian
Menuntut hak kita dan hak nenek moyang kita

Kita sama
Aku cinta pada negara aku
Aku rela mati demi negara aku
Aku tak akan mengaku kalah
Tidak sebelum berjuang
Mereka tak akan mengerti

Sudah lama kita berjuang
Namun pada tahun ini aku dapat tahu pergerakan IRA telah di musnahkan sama sekali..
Aku turut bersimpati...

Aku mungkin juga akan senasib dengan mereka sahabat
Jika aku tidak mengutus surat buatmu lagi
Jangan menangis akan pemergian aku ini
Aku pergi menemui syahid

Aku dan kawan kawan aku di sini telah berpecah pada 3 bahagian
Aku mengganggotai PLO
Manakala kawan kawan aku ada yang mengganggotai Hamas
Ada juga yang menganggotai Fatah

Ternyata kami sudah tidak cukup kuat lagi untuk melawan
Kami sudah kalah sebelum berjuang
Wilayah wilayah kuasaan PLO makin mengecil
Inilah percaturan mereka sahabat
Dalam populasi yang semakin mengecil ini
Kami tidak lagi dalam bilangan yang ramai
Namun aku sebagai wanita dan anak kecil yang kami asuh untuk berjuang
Bahawa bunyi letupan adalah seperti irama yang kami puja puja
Setiap hari setiap masa
Hidup adalah perjuangan
Syahid adalah destinasi sahabatku

Hagemoni dan dikotomi
Itulah modus operandi mereka...
Dan aku dengar dari ketua aku
Pihak yang dalangnya datang dari Barat sana
Merancang akan menumbangkan
Satu demi satu akan negeri yang berpaksi Islam di muka bumi tanah arab ini
Giliran mereka akan tiba
Di mana kebangkitan rakyat melalui rampasan kuasa akan berterusan
Dan inilah yang mereka tunggu tunggu...

Sahabat...
Walau banyak kisah derita yang ku kirimkan buat mu
Namun kau juga menghantar berita gembira buatku
Aku amat terharu kerana kau mahu memeluk Islam
Aku harap Insyallah suatu hari
Jika di izinkan tuhan kita akan bertemu....

Sehingga itu sahabat
Aku ucapkan ribuan terimakasih kerana sudi mengutus surat padaku
Dan tak putus putus memberi kata kata semangat untuk ku terus berjuang.

Terimakasih...aku akan pasti mendokan kesejahteraan kau dan juga sahabat handai yang sama sama berjuang.

Ikhlas,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...