Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tulisan Sparrow. Show all posts
Showing posts with label Tulisan Sparrow. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Fetus Flambe

10:00:00 AM | | Best Blogger Tips
'...Dusta tanpa bicara... seumpama tiket tuju neraka...'



“Urgh… Urgh… Aaaaaaaaaa!!!”
“Diamlah ! Tahan sikit.Sikit je lagi ni. Mama buat ‘slowly’ je ni”
“Sakit maaa. Aimi dah tak tahan lagi dah ma"

Kedua-dua tangan Aimi mencengkam kuat cadar putih yang mengalas tubuhnya. Kakinya terkangkang besar dan bergetar menahan sakit. Kain batik yang menutupi bahagian bawahnya sudah lencun dibasahi darah pekat. Hamis. Sesekali Puan Nora berpaling ke arah lain kerana mual terhidu bau darah yang mengalir di celahan kangkang anaknya. Biarpun sudah banyak darah yang keluar dari vagina anaknya tetapi objek yang ditunggu untuk direntap belum lagi menunjukkan dirinya.

“Macammana ni Aimi. Takde terkeluar dari tadi. Mama dah penat tekan perut kamu ni. Lubang kamu pun dah terbukak besar ni.”

Puan Nora mengesat peluh yang membasahi dahinya yang berminyak. Buntu memikirkan cara lain untuk mengeluarkan janin anaknya. Aimi tidak berhenti mengerang kesakitan. Badannya sudah semakin lemah.

Encik Majid masuk ke dalam bilik.Muka kelihatan tertekan. Ada sedikit resah dari gerakannya.

“Macammana? Dapat keluar tak?”
“Tak keluar-keluar dari tadi bang. Saya dah buat macam-macam sampai lembik budak ni bang.”
“Kamu dah tekan perut dia? Duduk atas perut dia dah?” 

Puan Nora angguk.

“Kamu dah tumbuk perutdia dah? Tak keluar jugak?”
“Semua dah bang tapi bendanya taknak keluar. Saya dah lompat-lompat, pijak, duduk bagai atas perut Aimi tapi tak berhasil. Lembik dah budak tu bang. Batalkan sajalah.”

“Tak boleh! Ini penting!”

Puan Nora  mengusap kepala anaknya. Mukanya sayu melihat Aimi merana tak berdaya. Encik Majid menggosok mukanya beberapa kali. Mereka diam. Encik Majid semakin tertekan. Kewarasannya hilang. Laju dia berjalan ke arah Aimi lalu memijak dan menghentak perut busung anaknya. Aimi menjerit kesakitan. Darah memancut keluar dari kangkang Aimi hingga terpancut ke muka Puan Nora.

“Cepat tengok Nora. Ada keluar ke tak!”

Puan Nora menyelak kain batik Aimi lalu menjenguk mukanya di antara kangkang anaknya. Encik Majid terus memijak perut anaknya tanpa menghiraukan jeritan Aimi yang semakin nyaring. Seketika kemudian Puan Nora mengeluarkan kepalanya.

“Ada bang! Ada!”
“Bagus! Cepat tarik keluar.”

Puan Nora menarik daging yang terkeluar dari vagina Aimi. Daging itu bercerai kepada beberapa bahagian. Biar pun tidak terbentuk dengan sempurna, masih dapat dilihat bentuk tangan, kaki dan kepala yang bercerai dari tubuh kecil hingga ke semua bahagian habis ditarik keluar. Tinggal tali pusat sahaja yang masih tergantung. Itupun Puan Nora tidak biarkan ia tertinggal.

“Dah abang. Semua dah keluar.”
“Alhamdulillah… Bak sini janin tu. Dato’ Lim dah tunggu lama makanan dia. Degil betul janin ni nak keluar. Nasib baik tak sempat jadi cucu aku.”

Encik Majid terus keluar membawa janin segar yang merupakan bahan utama untuk hidangan istimewanya ke dapur restoran untuk dimasak. Girang hatinya kerana hari itu dia bakal mendapat untung besar dari seorang Dato’ yang datang menjamu di restoran makanan eksotiknya. 

Puan Nora menyelimutkan badan Aimi yang terbaring lemah. “Kamu rehatlah dulu Aimi. Tu lah.Mak dah kata. Kalau nak melacur pun memilih la sikit. Ni ntah sape bapak budak tu sampai degil benar nak keluarnya.”

Aimi mengangguk lemah dan terus tidur.

Saturday, July 21, 2012

Bukan Tentang Sofia

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Sofia

Sudah genap 15 tahun pemergian Sufian ke Sumatera tetapi aku masih tidak pernah putus menanti kepulangan nya. Setiap hari aku akan kembali ke jeti ini tatkala matahari terbit dan pulang selepas ia terbenam. Aku sudah kenal keindahan pagi dan senja hinggakan ia hilang makna. Mana pernah aku nikmati indah kalau hati masih resah dan gundah menanti kekasih yang tidak pulang. Orang kampung kata ini kerja gila. Persetankan sahaja. Mereka tidak kenal erti cinta. Cinta aku pada Sufian sentiasa mekar. Lebih subur dari setaman mawar merah yang kelamaan akan layu mencium tanah. Sofia janji akan tunggu abang Sufian pulang.

Sufian

Maafkan aku Sofia kalau kau terpaksa menunggu .... Tetapi aku tidak mungkin akan pulang lagi.

**************************************

"Eh,habis tok ... Yang kami jumpa kat jeti tu hantu si Sofia lah tok?" Tanya Ajib pada Pak Samad,ketua di  Kampung Nelayan. Sambil menjamah pisang goreng di warung Wak Jeman, Aku dan Rashid tekun mendengar. Tipulah kalau darah kami berdua tidak berderau dengar cerita Tok ketua. Baru 2 jam lepas kami terserempak dengan gadis yang dikenali sebagai Sofia di jeti. Orangnya cantik walaupun tidak terurus dengan berkebaya biru lusuh dan rambut serabai. Terlalu cantik bagi 'orang yang dah mati' ??

"Ha,iyelah. Si Sofia tu da mati 2 tahun lepas kena rogol ramai-ramai. Lepas tu orang kampung jumpa mayat dia ternggelam timbul je kat bawah jeti tu. Sejak dari hari tu lah roh dia ade je kat jeti tu. Mula-mula kami takutlah. Lama-lama dah menjadi kebiasaan. Asalkan dia tak mengganggu kami cukuplah." kata Pak Samad, leka menggulung rokok daun.

"Habis Sufian macam mana?" giliran Rashid bertanya pada Pak Samad

"Sufian ... Sampai ke sudahnya dia tak pulang ke sini. Entah apa khabar dia pun tok tak pernah dengar."

Kami saling berpandangan. Masakan begitu pula cara orang kampung ini. Sudahlah roh si mati tidak tenteram. Sepatutnya dibacakanlah apa yang patut. Boleh pula dibiarkan dan menjadi kebiasaan. Kami terdiam sebentar, masing-masing cuba untuk menganalisis cerita Pak Samad dan membuat konklusi. Hampa, benda ini terlalu karut bagi aku.

"Terima kasih lah tok sebab sudi berkongsi masa dengan kami. Kami dah dapat banyak cerita dah ni. Rasanya cukup untuk siapkan kerja kami ni. Terima kasih banyak-banyak." kami ingin bersalaman dengan Pak Samad tetapi tiba-tiba Pak Samad bangun dari duduknya dan terus berlalu pergi tanpa kata. Kami berpandangan sesama sendiri. Aneh dengan kelakuan orang tua itu.

Tidak ingin membazirkan masa, kami segera mengemas peralatan kamera kami ke dalam kereta lalu beredar keluar dari Kampung Nelayan. Sesuatu yang aneh lagi berlaku. Ketika dalam perjalanan keluar dari kampung, seolah semua penduduk kampung yang kami terserempak merenung kami dengan tajam. Seram sejuk. Tetapi diabaikan sahaja oleh kami.

"Uish!! Stop jap! Gua nak terkencing ni. Tu stop kat stesen minyak tu kejap!!" Dari riak muka Rashid aku dah boleh agak dari tadi dia menahan air kecilnya. Ajib segera memutarkan stereng ke stesen minyak dan berhenti di parkir. Risau kalau Rashid terkucil dalam keretanya. Rashid berlari sambil mengepit kedua belah kakinya membuatkan aku dan Ajib ketawa terbahak-bahak. Tawa kami terhenti bila cermin tingkap di ketuk oleh seorang makcik

"Ye, makcik?" tanya Ajib sambil menurunkan tingkap keretanya.
"Maaflah makcik menggangu. Makcik nak tanya sikit. Tadi makcik nampak kamu datang dari simpang ke Kampung Nelayan. Kamu ke sana kenapa ye?"
"A'ah makcik. Kami ada buat penggambaran untuk dokumentari kat sana. Kenapa ye makcik?"

Makcik tua itu menggaru kepalanya. Mukanya seolah serba salah.

"Makcik pun taktau nak cakap macam mana ni kat kamu. Serba salah dibuatnya ni. Tapi ... Kampung Nelayan tu dah tak wujud dah."

Aku dan Ajib tersentak mendengar kata makcik tua itu. Entah jenis gurauan apa ini yang penting ia sememangnya tidak kelakar.

"Ish, makcik jangan main-main. Kami betul-betul baru balik dari sana ni. Siap borak dengan Pak Samad ketua kampung tu lagi." Ajib menggigil. Aku juga sudah boleh rasa getaran di kepala lutut yang bakalan akan naik terus ke badan.

"Makcik tak tipu ni. Kampung Nelayan tu dah tak wujud. Pernah ada kejadian kebakaran 10 tahun dulu. Habis satu kampung tu terbakar. Ramai yang mati. Cuma adalah 3-4 keluarga yang selamat."

"Kira keluarga tok ketua antara yang selamat?" Aku memberanikan diri untuk bertanya dan berharap jawapan yang akan diberi bukan yang aku inginkan

"Rumah Pak Samad lah yang pertama sekali terbakar. Satu keluarga mati rentung. Dari cerita yang makcik dengar, Si Samad tu berpakat dengan geng-geng dia buat kerja jahat. Mereka rogol seorang anak gadis beramai-ramai dan campak ke laut. Tapi gadis tu tak mati. Cuma jadi gila lah lepas tu. Dia yang membakar rumah tok ketua dengan satu kampung tu dibakarnya. Kalau kamu ade lalu kat jeti usang dalam kampung nelayan tu ada lah kamu nampak dia sampai sekarang macam tu lah keadaannya. Menunggu laki dia balik. Dia taktau laki dia dah kahwin baru kat Sumatra tu. Kesian makcik tengok."

Aku dan Ajib diam. Kebenaran yang diberi kedengaran seperti satu kisah dongeng, penipuan yang menjadi. Ajib tergelak kecil. Perlahan-lahan masuk ke kereta. Aku juga meninggalkan makcik itu termangu seorang. Rashid yang tidak disedari oleh kami dari tadi mendengar dari belakang juga masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalan pulang tiada seorang dari kami bersuara. Sampai sahaja ke kolej, Rashid terus mencampak kameranya ke dalam longkang besar.

"Kita buat kajian lain lah k?"
"Ok. Tapi perlu ke kau campak kamera tu?"
"Takpe. Ajib kaya. Boleh beli kamera lain."

Saturday, June 9, 2012

Mimpi?

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Hari ini memang tahi. Tahi anjing! Tahi unta dan segala jenis tahi! Puiiiii!!! Pagi hari lagi aku dah kena herdik dengan bos pasal tak hantar paperwork . Terpaksa aku bekerja sampai terlepas waktu rehat. Bila dah hantar orang tua tu tak nak baca transkrip aku. Kejadahnya! Baik tak payah suruh aku buat kerja sampai ke malam. Tuan rumah dah bising minta duit sewa rumah. Eletrik dah kena potong. Bil tak bayar sebab aku dah miskin. Bil air jangan cakaplah. Tunggu masa je air nak kena potong. Tu baru sikit. Belum lagi kalau dia datang tengok rumah dapat cat merah percuma. Sakit jantung nyonya tu.

Linda hantar mesej tadi sebelum aku sempat keluar dari ofis. Katanya mak ayah dia nak pinangkan dia dengan rakan mereka. Orang kaya. Kacak dan seorang arkitek. Dia bagi alasan kata dia terpaksa turut kata mak ayah. Ingat aku bodoh tolol?! Aku tahu dia dah berpaling. Perempuan mata duitan. Pergi matilah! Ini balasan yang aku dapat lepas macam-macam aku buat untuk kau. Aku jadi sengkek pasal duit aku habis dekat kau! Aku pinjam Ah Long semata-mata nak bawa kau ke 'Singapork'. Kau gian sangat nak pergi sana. Bala dia aku yang telan.

Hati aku sakit. Kepala aku berat macam kena hempap dengan bangunan. Aku rasa tak terdaya lagi dah nak hidup. Apa lagi yang aku ada? Keluarga dah buang aku. Awek pun dah lari. Kerja aku tak lama lagi pun hilang. Hidup pun dah macam binatang bergantung pada air paip dengan ihsan rakan-rakan. Aku ni dah jadi binatang buruan Ah Long. Buat apa lagi hidup ...

Malam ini sepi ... Langkah aku longlai. Aku tak sedar aku dah berdiri lesu di penjuru bangunan tinggi. Tengok bawah ... Kecilnya manusia.  Aku gelak. Aku nak pijak segala makhluk dibawah kaki aku.

Berbekalkan beban dunia ini ... Aku melangkah dan terbang .... Jatuh. Tamat.

PELEPEK !!

Terbaring kaku jasad aku dijalan tar membiarkan gerimis mencuci pergi hamis darah. Aku lupa tapi aku sedar aku mati. Aku nampak otak terburai. Aku lihat putih tulang yang tertusuk keluar menembusi daging dan kulit. Deria rasa masih ada untuk mengecam organ di tangan ku ini. Berlendir. Apa lagi kalau bukan mata yang melihat jasad ku sendiri terbaring rosak. Tunggu ! Melihat?! Macam mana aku masih boleh melihat?

Manusia lalu-lalang seolah tiada apa yang berlaku. Normal dan terlampau normal ekspressi itu seolah tiada wajah. Mereka memang tiada wajah?! Apa yang dah jadi?! Aku tak faham?! Aku mimpi ke?! Kenapa tiada yang sedar mayat hancur yang bergelimpangan ini? Eh ... Nigger ???


"Hai. Saya memerlukan awak untuk memandang ke arah sini dan sila pandang pada gajet yang saya pegang ini."
"What the ..."

***************
"Abu ... Bangun solat Subuh cepat. Habis waktu nanti." 

Ok.


Saturday, May 19, 2012

Palestine

9:09:00 AM | | | Best Blogger Tips

"Saiful, cuba hang tengok ni. Pasai pa semua dok pakai DP cokolat ni ? Trend ka apa ni ?"

 Bijat menggaru-garu kepalanya yang sudah berbulan tidak bersyampu. Kononnya ingin berjimat duit, menanggung makan minumnya di kotaraya Kuala Lumpur. Tetapi boleh saja duitnya dibazirkan demi konsert Skrillex akan datang. Jimat baq hang !

"Mana ? Tepi sikit kepala dongga kau tu. Aku tak nampak skrin ni." Saiful sedang leka membaca komik di katil meninggikan kepalanya. Sukar untuk dia melihat skrin kerana rambut afro Bijat menghalang pandangannya.

"Amboih mulut hang." Bijat mencebik tetapi akur menyengetkan kepalanya ke kiri. Saiful meletakkan komik lalu pergi pada Bijat untuk melihat dengan lebih dekat perkara yang menjadi tanda tanya pada rakannya itu.

"Oooo . Ini pasal mogok lapar dekat Palestine. Kalau kau nak tau, kat Palestine sekarang ni beribu orang tengah mogok lapar kat Palestine nuh."

"Pasai pa depa dok mogok lapaq ?"

"Sebab yang tu aku tak dapat explain la punca utama tapi yang aku tau pasal da fed-up dengan tentera Israel ni . Buat aniaya je keje."

"Oooo. Abih, depa dok mogok lapaq ni bukan aniaya diri sendiri ka?"

"Jihad beb... jihad"

"Ooo . Paham ... paham ... Banggalah aku dapat member macam hang ni. Biaq lah hang dok clubbing sana sini tapi hang peka benda islam ni. Eh, hang pon da tukaq Dp da ? Camna hang tukaq ni. Tolong buakan aku."

"Ish, aku mana pandai buat ni"

"Abih ni hang punya DP da tukaq ni"

"Ooo. Tu mak aku yang buat . Dia ada fesbuk aku. Dia kan ustazah tu dia yang tukar DP aku tu"

"Nokharom. Mak hang ni advance nohhh"

Saiful hanya mampu tersenyum kambing.

Saturday, April 28, 2012

Tiga Tikus Buta Bukan Watak Utama

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips


Ding! Dong!

Asmah mengikat rambutnya. Kertas di tangannya di kipas laju. Berharap agar tuan rumah itu membuka pintunya segera. Penantian 2 minit di kala panas tengahari terasa seperti sehari menunggu. Asmah segera menekan loceng rumah berkali-kali.Mukanya sudah habis berkerut-kerut. Tambah pula dengan peluh yang perlahan-lahan melunturkan solekannya.

Seorang lelaki muncul di muka pintu. Kurus kering susuk tubuhnya cukup untuk membuat Asmah mengecam identiti lelaki itu. Asmah di luar rumah memandang tajam. Dia bengang dibiarkan menunggu di luar.

"Awak ni buat ape sampai lambat sangat bukak pintu ?! Ingat saya hanjing ke nak menunggu depan pagar macam ni?"

Bebelan Asmah terus-terusan berjelar dari pagar sampai ke dalam rumah. Adi hanya berdiam diri di belakang. Telinganya sudah cukup tebal untuk menapis segala cacian yang diludah oleh Asmah. Bukannya sekali dia diperlakukan sebegitu. Tetapi sudah berkali-kali. Dia tidak pernah mengambil hati kerana sudah masak dengan sifat panas baran Asmah. Biarpun Asmah begitu, dia yakin Asmah hanya sayang padanya. 

Adi menggapai pasu bunga di atas meja dapur lalu menjatuhkannya ke atas kepala Asmah. Asmah rebah ke lantai. 

"Itu dulu ...."
Adi mengeluh.

*************

"Three blind mice, Three blind mice
See how they run, See how they run
They all ran after the farmer's wife
Who cut off their tails with the carving knife
Did you ever see such a thing in your life as three blind mice"

"Tak ! Aku mintak maaf ! Tolong jangan buat aku .... "
"Apa awak merepek ni. Saya mana ada nak buat jahat kat awak"
"Tolong jangan... Aku sayang kau. Kau sayang aku jugakkan ? Tolonglah bukak ikatan ni. Please ..."
"Taknak !! Nanti kau tinggalkan aku !! Ingat aku tak tahu kau curang dengan aku?! Kau ni memang bangsat !"

PANG !!!

"Argh ! Fuck kau lah ! Kau ingat aku tak tahu kau curang dengan aku jugak. Pegi mati la babi !"
"Aku ? Aku tak pernah curang dengan kau.... Cuma.... Nafsu aku tak pernah puas bila dengan kau. So, aku perlu memburu. Memburu untuk kau dan aku."

"Memburu ? Untuk aku jugak ? Apa kau merepek ni ?"

Kain yang menutup mata Adi dibuka. Pandangannya kabur dan berpinar-pinar. Perlahan-lahan semakin jelas. Adi terkejut melihat 2 orang mayat lelaki di hadapannya. Seorang lagi masih hidup. Kaki dan tangan terikat. Menggeletar menahan sakit. Ketiga-tiga mereka punyai persamaan. Tiga-tiga buta. Tiga-tiga sudah tiada anu.

Darah hanyir mengalir dari celahan kangkang mengotorkan lantai. Adi memandang Asmah yang berdiri tersenyum padanya. Asmah duduk bercangkung di hadapannya.Sebiji balang besar berisikan 3 batang anu digoncangkan pada muka Adi

"Saya tau lah awak tu gay dulu. Sebab tu awak tak puas, saya pon tak puas jugak. Lepas tu curang dengan saya pulak tu. Kalau ye pon nak curang, jangan lah sampai tiap-tiap hari nak bawak member laki balik rumah kita. Bertukar-tukar pulak tu."

"Awak tahu ke? Hum... Awak tak kisah?"
"Tak pon. Yang penting awak sayang saya. Dah lepas ni tak payah curang. Kita da ade ni. Awak boleh guna, Saya pon boleh."

Asmah menggosok kepala Adi. Adi senyum.
Kan betul. Asmah sayang aku je.

-Sparrow-

Saturday, April 21, 2012

Dari Sudut Aku

9:02:00 AM | | Best Blogger Tips

                    Humph ! Tengok lah anak muda tu. Berpeluk sakan gaya penjajah. Jalan tengah bandar dalam khalayak ramai pun masih boleh berkelakuan tidak sopan sebegitu. Ikutkan hati mahu saja ditangan-tangan biar patah riuk. Biar sakit, sekurangnya beringat.

                    Hari ni malang betul. Pagi-pagi dah kena aniaya. Entah apa salah aku tidur. Bukan mengganggu orang. Dah kena halau dengan orang-orang berseragam pula. Kenapa tak dihalau je pelaku maksiat yang selalu datang berendek dekat sini. Pening kepala aku.

                     Ha! Tengok tu. Dah kenapa pulak bergaduh kat situ. Orang tu nak berkhemah pun mereka nak kacau. Mana pergi adab tu nak runtuh-runtuhkan khemah orang. Biar la dia berkhemah panas-panas ni.  Aiyook ~ kan dah kena marah dengan mamat gemok tu. Hambek kau ! Kena hentam sama syarahan perlembagaan. Tengok lama-lama jadi tak best la pula. Orang gemok ni pun macam tak sopan. Orang lain nak bercakap juga. Main tembak tak bagi peluang.

                     Bosan lah benda macam ni. Akhirnya masing-masing saling menyalahkan. Tapi dua-dua tunjuk keldai sebenarnya. Cakap pasal perlembagaan konon. Tapi 'Budi Bahasa Budaya Kita' tu mana pergi pula. Memang lah berjuang untuk benda betul tapi orang tu bekerja. Tak boleh nak faham ke. Tapi si tua ni pun boleh tahan power. Cakap lain buat lain. Mana tak mendidih darah-darah panas generasi baru ni. Baik aku buat kerja aku sekarang.

"Woi ! Kau apahal kat sini? Orang tengah demonstrasi boleh pulak kau menyelit. Blah ! Blah !"
"Rilek la Bon. Ni kan 'Occupy Dataran' . Orang gila pon rakyat "

                       Apa salah aku. Aku duduk tepi longkang kutip tin pun kena halau ke. Kenapa la aku sorang je yang normal dalam dunia ni .

* Tiada isu politik yang dibangkitan.Cerita ini bersifat neutral ok?  Cuma ingin sekali melihat dunia dari sudut pandangan 'orang gila'. Ini cuma perumpamaan.

Saturday, April 14, 2012

Lif

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

                  Nama aku Ramona, berusia 27 tahun. Berkerja di sebuah syarikat terkemuka di New York sebagai seorang setiusaha. Bukan pekerja yang baik. Gaji aku berganda lebih tinggi dari gaji pekerja berpangkat besar yang lain. Terima kasih kepada kebolehanku melayan bos besar dengan belaian wanita tanpa rasa jijik pada diri dan malu. Malah, aku bangga. Hidup dalam negara barat buat apa perlu malu ? Kalau malu, dipijak. Kalau malu, kolot. Kalau malu mungkin aku dah berada di bawah jambatan dan melacur tak tentu hala. Sekurangnya, di sini aku ibarat gundik.

                  Aku mungkin mewah berhiaskan barang-barang mahal dari hasil duit haram ini. Tetapi hidup aku kosong. Seperti satu pusingan roda yang tiada henti, hari-hari aku akan terus berlalu dengan melakukan perkara yang sama selama 365 hari. Menjadi satu kebiasaan lalu aku endahkan perasaan lohong itu. Sehingga satu hari, aku terjumpa dia di dalam lif. Sangat kacak bermata biru. Seorang pekerja baru. Dengar kata, dia bekerja di bahagian surat menyurat. Aku tak kisah serendah mana pangkatnya yang penting dia membuat jantung ku berdebar kencang.

                   Sejak hari itu aku rajin menunggunya di lif setiap pagi. Kami akan selalu bertembung kerana unitnya di bawah unit aku. Aku cuba untuk mendekatinya tetapi sering saja ada manusia yang mengganggu. Aku bengang tetapi tidak pernah berhenti mencuba. Ada masanya bila aku berjaya berdua-duaan dengannya dalam lif, nafsu aku tergeletek sendiri. Lagi-lagi melihat tubuhnya yang cukup seksi. Aku inginkan dia. Aku tak sanggup menggosok dada, cuba menenangkan hati yang meronta.

                    Aku tekan butang berhenti pada dinding lif lalu menerkamnya. Aku kucupnya dengan buas. Dia berkali-kali cuba mengelak. Sesaat kemudian aku terduduk di sudut lif kerana ditolak oleh dia. Dia maki aku. Dia hina aku. Aku gelak. Sebab aku tak kisah langsung asalkan aku dapat dia. Aku luahkan semua. Aku katakan tentang obsesi aku padanya dan dia meludah muka aku. Katanya, dia jijik melihat perempuan murahan seperti aku. Aku marah. Aku tolak dia kuat sehingga kepalanya terhantuk pada cermin yang menjadi perhiasan di dalam lif. Cermin pecah. Kepalanya berdarah.

                     Aku gapai sekeping kaca lalu menghayunkan pada lehernya. Darahnya memercik keluar dan terkena pada muka ku. Harum. Aku suka. Cukup membuat ku bernafsu. Aku tanggalkan pakaiannya satu per satu dan bogelkan diri ku sendiri. Lalu kami bersenggama dan aku cukup puas hati. Kepuasan nafsu, belum tahu.

                                                                           ***************
                       Dia Ramona. Berusia 27 tahun. Setiusaha di sebuah syarikat terkemuka. Bukan pekerja yang baik. Cantik parasnya. Sayang, mati dalam keadaan mengaibkan.
               

Saturday, March 24, 2012

Hikayat Si Pengemis

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Wanita tua di sel yang bertentangan itu ... Aku sangat mengenali dia. Bukan secara personal yang pasti. Mata ini ada dan sentiasa memerhati. Otak ini masih berfungsi dengan baik untuk mengimbas fotograf memori walaupun sudah bertahun akal ku mati.Aku masih ingat setiap garisan halus di wajah sayunya yang sentiasa dihiasi dengan senyuman dikala bersama 9 orang anak kecilnya. Tetap, wajah itu sayu. Kesayuan itu yang indah tentang dirinya.

Kotak-kotak dibentang dan di dirikan menjadi dinding beratapkan zink berkarat. Guni sahaja tirai mahligai kecil untuk anak-anaknya sebagai peraduan. Wanita itu menawarkan diri untuk menjadi penjaga istana demi keselamatan putera dan puterinya. Sanggupnya dia melelapkan diri di luar beralaskan kotak, berselimutkan guni. Mulianya hati wahai si ibu mengorbankan keselesaannya demi anak-anak. Namun dia hanya anjing pada manusia-manusia yang lalu-lalang. Sampah masyarakat. Sampah ? Bukan pada aku.

Setiap hari meneroka di celahan hutan konkrit demi hasil sebagai santapan. Menyara 9 orang anak bukanlah sesuatu yang mudah biarpun kau hidup dalam mewah. Inikan si pengemis. Manakan ada kertas bernilai seringgit pun padanya. Mata wang itu seolah tiada kewujudannya dalam hidup wanita itu Kadang-kala nasib menyebelahinya. Bila celaka, redhakan sahaja. Terpaksalah air longkang sahaja menjadi pembasah tekak yang kering dan bila malam menjelma, tangisan anak-anaknya kuat merayu untuk diberi makan.

Hatinya tidak tertahan melihat anak-anaknya sengsara dan pada hari itu tragedi berlaku....

"Saif ."
"Ye saya ..."
"Awak telah diikat jamin oleh kakak awak."
"Ehm ? Baiklah"

                                                   ************************

Sudah hampir seminggu aku dikeluarkan dari penjara atas kesalahan merempit. Bermakna sudah hampir seminggu berlalu,hari aku ketemu wanita tua itu. Hari ini satu berita di kaca televisi menarik perhatian aku ketika sedang leka melayan anak buah ku yang juga ahli keluarga baru di ruang tamu. Seorang wanita tua telah dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan membunuh 8 orang anaknya dengan mencekik setiap seorang ketika mereka tidur. Kemudian mayat anak-anaknya di sorokkan dalam sebuah rumah kotak. Cuma anak kecilnya  yang masih terselamat. Itu pada pandangan masyarakat.

Pada aku, wanita itu telah membuat satu pengorbanan yang besar. Mengorbankan 8 kebahagiaannya bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang yang bergelar ibu. Namun, ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak-anaknya.

Kalau aku bisa ceritakan hikayat si pengemis itu barangkali lupus segala keji yang bertakuk di celahan mata-mata masyarakat metropolis ini. Tetapi hendakkah mereka mendengar ? Lebih baik dikatup rapat sahaja bibir ini. Kejam itu kadang-kala memberi satu sinar pada insan lain yang lebih memerlukannya untuk satu kehidupan yang penuh kejutan. Kakak ku kini sudah mempunyai anak untuk dikasihi. Dan anak kecil ini, tidak perlu meneguk air longkang untuk menghilangkan dahaga.


Sunday, March 18, 2012

Bella

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Bella cantik. Baru 5 tahun masa mula-mula saya kenal dia. Bella rambut warna oren. Bella suka pakai riben dekat rambut. Saya suka Bella pakai riben warna biru.Pipi bela tembam. Macam kuih pau kegemaran saya. Bila Bella pandang tempat lain saya cepat-cepat cuit pipi Bella. Hee~ bestnye. Comel sangat. Lepas tu mesti Bella senyum-senyum. Saya rasa saya dah suka sangat dekat Bella. Lagi-lagi bila dia selalu ajak saya main kahwin-kahwin. Saya tak kisah pun bila budak-budak lain ejek saya pondan. Asalkan saya dapat bersama Bella. Paling buat saya tak kisah sebab saya selalu dapat ciuman dari Bella. Dekat mulut tau. Bukan pipi.

          Masa saya umur 12 tahun, semua dah berubah. Bella dah tak cantik. Bella dah makin gemuk. Muka banyak jerawat pulak tu. Malah dia semakin pengotor dan tak terurus. Kawan saya cakap Bella jadi macam tu sejak mak dia berkahwin dengan ayah tirinya. Ayah tiri dia selalu dera dia. Tumbuk sana sini. Paksa Bella makan makanan anjing. Makanan basi pun dia suruh makan sampai gigi Bella dah kotor sebab kuman. Saya geli tengok dia. Kalau ingat-ingat balik masa Bella cium saya dulu terasa jijik sangat. Malunya kalau orang lain tau. Sekarang saya selalu mengelak dari Bella. Sebab saya terlampau geli sangat dengan dia. Pernah sekali saya dah tak tahan dengan Bella, saya ludah dekat muka dia. Lepas tu saya campak makanan dekat dia. Tak cukup dengan tu saya tumbuk muka dia kuat-kuat sampai patah gigi depan dia. Hidung dia pun berdarah. Kawan-kawan saya semua gelakkan dia. Puas hati saya. Padan muka dia. Bodoh punya babi gemuk.

            Saya tak sedar sekarang dah hampir 30 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Pantasnya masa berlalu. Manakan sedar. Selama 10 tahun saya terlantar di sini. Di atas katil buruk ini. Cadar biru ini dah hampir pudar warnanya. Apa boleh saya buat, kudrat ini sudah habis. Langsung habis. Kalau ada pun, macam mana saya nak gerak ? Saya dah putus asa. Sebelum hidup saya lebih merana, ada baiknya saya berserah. Haih, cakap seorang diri buat saya rasa nak terkencing pula tiba-tiba. Terpaksa tahan 3 jam. Kena tunggu isteri saya balik. Kalau terkencing nanti anu saya pula yang dipotong. Cukuplah tangan dan kaki saya ni dikerat-kerat dalam keadaan sedar. Saya dah rasa azabnya ketika dan selepas kaki tangan saya dipotong gara-gara cubaan lari dari tawanannya. Oh, lupa beritahu. Saya dah berkahwin dengan Bella.

            

Saturday, March 10, 2012

Bebas

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Sampai bila kau nak macam ni , bodoh ?!! Kau ni memang lelaki tak guna !!! Bangsat !!!"

"Macam mana apa ? Tiba-tiba je nak naik angin ."

"Macam ni lah ! Macam niiiii !!! " 

Sofia menunding jarinya tepat ke muka Hilman . Sengaja mencabar kesabaran lelaki perengus itu . Sofia tahu memang menjadi satu kepantangan besar bagi Hilman bila seseorang menunding jari kemukanya . Perbuatan itu biadap dan tidak boleh diterima . Selalunya jika diperlakukan sebegitu sudah pasti buku lima Hilman hinggap pada muka si perlaku tidak mengira jantina dan itu adalah satu balasan yang wajib diberikan . Sedangkan Sofia, isterinya sendiri juga pernah diberikan satu tumbukan hikmat pada pipi gebu wanita itu . Tetapi , itu dahulu . Kini Hilman tidak lagi mengasari Sofia . Baginya itu adalah satu perbuatan yang sia-sia . Biarpun Sofia selalu mengherdik dan menghina Hilman , Hilman hanya berdiam diri . Kadang-kala memberikan senyuman yang manis pada isterinya membuatkan Sofia naik berang .

"Hey , bodoh ! Kau ni hidup pun tak gunalah . Setiap hari tengok muka kau buat aku naik benci . Benci tahu tak ? Meluat ?"

Sofia membuat aksi seperti hendak muntah . Kemudian menjerit sekuat hati dan terus memaki Hilman . Tetapi segala sumpahannya ibarat masuk ke telinga kiri , keluar ke telinga kanan . Hilman cuma berdiri tegak menghadap Sofia . Merenung wajah wanita yang dikasihinya itu . Wajah yang dahulu pernah dibelai  manja . bibir merah itu ... Ah , dahulu tidak pernah putus dengan kata-kata cinta . Mata berwarna hazel itu pernah menatapnya dengan penuh makna . Kini ... Semuanya hilang sekelip mata dan Hilman tahu untuk mendapatkan semua itu kembali adalah suatu yang mustahil . Tetapi Hilman tidak pernah menyalahkan Sofia .

"Hey , aku cakap dengan tunggul ke ha ?!! Kalau aku cakap dengan anjing pun dia faham tahu ? Kau tu manusia . Tapi tak pernah faham apa yang aku cakap ke ? Oh , So kau ni babi ? Atau lebih hina dari babi ?"

"Cakaplah apa yang kau mahu . Aku tak pernah ambil hati ."

Kata Hilman tenang lalu berjalan ke luar koridor . Sebatang Winston dinyalakannya . Dia tidak mahu merokok di hadapan Sofia . Dia tahu Sofia amat benci dengan asap rokok . 

"Hey , anak haram . Tak payah nak buat-buat hormat aku lah . Setakat nak hisap rokok di luar konon nak jaga hati aku ingat aku terharu ke ? NEVER !"

"Sayang . Kau boleh tolong diam kejap ? Aku risau kau letih membebel ."

"Sayang ? Aku jijik dengar panggilan tu jantan tak guna . Kau jangan bersayang-sayang dengan aku . Sayang kau tu boleh bawak pergi mati ok ? Kau tu lelaki takde perasaan . Kau tu tak patut dilahirkan atas bumi ni sebagai manusia . Lebih bagus jadi binatang !"

Hilman rasa tercabar . Tiba-tiba dirasakan darahnya panas mendidih . Barangkali Sofia sudah melampaui batas . Tetapi dia cuba menenangkan dirinya . Mengharap supaya Sofia tidak meneruskan kelancangan mulutnya . Tangannya dikepal kuat , menggigil kemarahan .

"Binatang pun rasanya lebih mulia . Kau jadi najis binatang saja lah . Yang memberakkan kau itu sudah pastinya binatang . Oops , terpanggil ibu kau binatang ."

"Kurang ajar !!! "

Hilman berjalan laju ke arah Sofia lalu mengangkat tangannya tinggi dan bila-bila masa sahaja tapak tangan kasar yang luas itu boleh dihayun ke muka Sofia. Tetapi , Sofia berlagak tenang . Malah memandang tepat ke mata Hilman . Mereka merenung sesama sendiri . Lama membisu . Tanpa disedari dalam naik turun dada Hilman , perlahan-lahan dia menurunkan tangannya . Air mata lelaki menitis dihadapan wanita yang masih memandang Hilman yang perlahan-lahan turun bercangkung memeluk kaki . Mata Sofia berkaca . Tetapi ditahan . Ego . Sedangkan Hilman sudah menangis teresak-esak . Hati Sofia sakit bagai direntap kuat melihat lelaki itu menangis . Sofia bersimpuh dihadapan Hilman , memandang lelaki yang semakin kuat raungannya .

"Kenapa kau tak pukul aku ?"

"Sia-sia Sofia . Kau tak akan merasai sakitnya ."

"Hati aku sakit . Sakit sangat , Hilman ."

"Maafkan aku ...Tapi aku terpaksa melakukannya . Aku banyak dosa dengan kau . Aku abaikan kau . Biarlah aku menebusnya . Kali ini saja ."

"Kalau kau ingin menebusnya bukan dengan cara ini . Kau buat aku lebih terseksa . Aku pedih lihat kau . Lebih sakit lagi melihat diri aku sendiri ."

"Apa yang perlu aku buat Sofia ?"

Lama mereka diam . Air mata yang ditahan dari tadi mengalir deras . Hilman menggigit-gigit kukunya menanti jawapan dari Sofia . Dalam getaran bibir itu Sofia menjawab ...

"Lepaskan aku ."

Hilman menangis malah esakannya lebih kuat . Dia merayu-rayu agar Sofia menarik balik kata-katanya . Sofia hanya diam kaku . Membiarkan lelaki itu menangis hingga kering air matanya .

"Kalau kau betul sayangkan aku . Lepaskan aku . Jangan seksa aku lagi."

Hilman tunduk . Perlahan-lahan sendunya reda . Lama dia berfikir akhirnya dia mengangguk . Hilman berdiri lemah lalu berjalan ke dapur . Sofia hanya berdiam diri melihat tingkahlaku Hilman . Beberapa minit kemudian Hilman berjalan keluar dari dapur bersama tukul besi di tangannya yang digenggam kemas . Hilman berdiri menghadap Sofia , menatap wajah permaisurinya . Sofia tersenyum .

"Terima kasih , sayang."

Tangannya menyentuh lembut wajah Hilman bagaikan angin yang menyapa pipi yang berkumis itu . Sentuhan terakhir yang tidak terasa . 

Hilman mengangkat penukul besi itu tinggi lalu terus menghentam lantai rumahnya berkali-kali hingga pecah . Di bawah serpihan simen yang pecah itu terlihat wajah perempuan yang tersenyum nipis . Sofia Bebas

Saturday, March 3, 2012

Autumn

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Hampir seminggu Jamie tidak nampak gadis idamannya di taman . Entah ke mana hilangnya bidadari berhati dingin itu pergi . Bangku itu , sudah berhari-hari kosong . Jika dilihat pada timbunan daun yang gugur di keliling bangku tersebut seolah sudah lama bangku itu tidak diusik .  Kalau dulu , sering saja tempat itu menjadi tempat istirehat bidadarinya , seorang gadis yang sering berpakaian serba hitam . Bercelak hitam tebal , rambut perang yang kelihatan tidak terurus tetapi cantik . Gadis itu akan sentiasa berada di bangku yang sama setiap petang bersama pensil dan buku 'sketch' berwarna hitam . Tangannya menari-nari melakar sesuatu yang Jamie tidak pernah berkesempatan untuk melihat . Ketika matahari mula terbenam , gadis idamannya akan berhenti melukis . Sebelum beransur pulang , seperti kebiasaannya gadis itu akan menangis . Jamie tertanya-tanya hingga ke hari ini . Mengapa menangis ? Tetapi Jamie tidak mempunyai keberanian yang teguh untuk tampil dan bertanya . Bimbang dicop sebagai penyibuk . Lalu ditelankan sahaja pertanyaan yang tergantung di hujung bibirnya .

Jamie melepaskan keluhan panjang , kesal dan buntu . Kemana hilangnya si pencuri hati . Mungkin terlalu bodoh untuk Jamie mengungkap perasaan rindu padahal dia hanya orang asing yang tidak disedari kewujudannya oleh si gadis . Tetapi hatinya sakit , memberontak ingin melihat wajah tenang dan sayu gadis pujaan hatinya . Wajah yang sentiasa pucat tetapi tenang untuk dipandang . Tidak pernah senyum . Jamie memerhati kelilingnya . Mana tahu kalau-kalau gadis itu sudah menukar lokasi . Mungkin gadis itu sedar dirinya sering diperhatikan oleh Jamie dari jauh . Tetapi tidak ada figura yang di carinya . Hanya sekumpulan gadis yang terlalu normal , memandang ke arah Jamie dengan tingkah laku gedik yang dibuat-buat . Tersenyum gatal . Jamie berpaling ke arah lain , meluat . Semua gadis ini spesis gatal yang cukup meluat untuk dijadikan teman . Tidak seperti bidadarinya . Jauh lebih sempurna .

Setelah berjam-jam menunggu , Jamie berputus-asa . Dia dapat mengagak gadis yang ditunggu tidak akan muncul . Perlahan-lahan dia berjalan ke bangku kosong yang dari tadi diperhatikannya dan duduk . Sekali lagi Jamie mengeluh . Hatinya sakit menahan rindu yang membuak-buak . Ingin saja diluahkan tetapi seolah peluang itu telah lama berlalu meninggalkannya . Jamie tunduk memandang ke tanah sambil tangannya menekup muka . Cuba ditahan air mata lelaki yang ingin keluar tanpa sebab . Tidak . Ianya bersebab . Tetapi satu alasan bodoh . Kerana rindukan gadis yang tidak dikenali . Bodoh ! Memang terlampau bodoh .

Tiba-tiba bahunya ditepuk . Perlahan-lahan Jamie mengangkat muka . Seorang budak perempuan bergaun putih dan berambut panjang berdiri tegak di hadapannya . Tersenyum lebar . Jamie diam , kaget melihat gadis itu . Seperti biasa dilihat tetapi lupa di mana wajah itu pernah ditatap . Budak perempuan itu menarik tangan Jamie dan diletakkan segulung kertas lukisan pada tangannya . Jamie memandang lama budak perempuan itu . Pandangannya beralih pula pada gulungan kertas lukisan yang diletakkan pada tangannya tadi . Perlahan-lahan gulungan lukisan itu dibuka . Jamie terkedu , diam melihat potret wajahnya . Setiap butiran dilukis dengan kemas dan betul . Rambutnya yang panjang , hidungnya , malah skarf yang slalu dililitkan dilehernya juga dilukis mirip skarf miliknya . 

Belum sempat Jamie ingin bertanyakan tentang lukisan itu pada budak perempuan yang memberikannya , kelibat budak perempuan itu sudah hilang . Jamie mencari-cari budak perempuan itu di kiri dan kanan tetapi tidak kelihatan . Jamie diam dan buntu . Lukisan tadi di tatap semula . Pada bahagian bawah kiri kertas lukisan itu tertulis sesuatu yang membuatkan Jamie tersenyum dan menangis tersedu-sedu pada petang itu . Daun akan terus berguguran mengisi bangku kosong yang pernah menjadi tempat duduk seorang bidadari .

             -Autumn-
         18 March 2008
     St. John Medical Centre

Saturday, February 25, 2012

Tragis Muka Buku

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Seperti biasa Suman memulakan rutin hariannya sebagai seorang lelaki bujang. Celik sahaja dari tidur yang lena, dia akan terus duduk menghadap komputer riba tanpa membersihkan diri mahupun bersarapan. Tahi mata kering dibiarkan melekat di celah mata tanpa ada rasa ingin mengesatnya. Dia memulakan aktiviti hariannya dengan melayari laman muka buku dan selalunya aktiviti itu akan terus berlanjutan hingga ke tengah pagi esok. Laman muka buku bagaikan satu dadah yang ditagih tanpa di cas kos pada setiap dos yang diambil. Barangkali, dia lebih suka berada di dunia maya dari menghadap dunia realiti yang padanya hanya membuatkan tamadun manusia lebih korup. Hakikatnya, dia sendiri telah mengheret dirinya ke lembah gelap bersama-sama falsafah sampahnya.

Suman memulakan operasi 'menjala' di mana ikannya adalah gadis-gadis di dalam laman sosial. Setiap perempuan yang menarik perhatiannya akan dihantar 'friend request' dan selalunya Suman akan diterima. Semuanya gara-gara gambar yang digunakan oleh Suman bukanlah gambarnya yang sebenar. Dia telah mencuri gambar dari akaun album seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Yang pasti, wajah lelaki itu tampan. Jika dibandingkan dengan Suman umpama gagak dengan merak. Bagai langit dan bumi. 

Suman rancak melayan gadis-gadis yang menggedik di 'wall' sambil ligat mencari mangsa-mangsa baru. Tiba-tiba dia tertarik dengan gambar seorang gadis yang menggunakan nama Yanti Awang. Biarpun namanya tidak komersial malah kekampungan tetapi wajahnya cantik berbanding mangsanya yang lain. Sesuatu tentang gadis itu menarik perhatian Suman. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Tanpa berfikir panjang Suman mengalihkan kursor pada butang 'poke' lalu mengklik.

"Oke, sekarang kita sandar dan rileks. Confirm dia layan punya ni. Sap kok lu."

Suman menyalakan Dunhillnya. Dia bersandar dan menunggu reaksi Yanti Awang. Belum sempat Suman menghisap pam kedua, 'poke' nya dibalas oleh Yanti. Dalam hatinya tergetus rasa bangga. Dia bangga kerana dia berjaya tanpa berusaha lebih kali ini. Suman cuba untuk tidak kelihatan seperti gelojoh. Dia membalas 'poke' yang diberi oleh Yanti. Kemudian Yanti membuat perkara yang sama. Suman tidak mahu mengalah dan begitu juga Yanti. Mereka terus berbalas. Selepas beberapa 'poke' kemudian, Yanti mengalah. Suman menerima permintaan sebagai kawan oleh Yanti. Suman melompat kegirangan, gembira kerana Yanti menyerah diri. Suman klik butang approve. Tiba-tiba kotak 'chat' Suman berbunyi. Pesanan dari Yanti.

Yanti : Dah puas 'poke' saya?
Suman : Haha. Awak marah ke? Sorry lah. Saya nak kenal dengan awak je.
Yanti :  Awak nak kenal ke? Tapi saya tak suka berkenalan dengan orang dalam fb
Suman : Habis tu? Awak nak jumpa?
Yanti : Yup. Boleh jumpa saya hari ini? 
Suman : Ok. Awak nak jumpa dekat mana?
Yanti : Dekat rumah awak la. Bagi alamat biar saya datang ok :) ?

"Wow, biar betul minah ni. Daring betul. Baru 1st time kenal dah ajak dating. Nak datang rumah pulak tu. Kalau aku mintak benda lain pun silap-silap dia bagi. hehe", Hati Suman berbisik jahat menghasutnya. Suman mula memikirkan perancangan nakal.

Suman : Serious? Boleh je. Tapi ada satu syarat lah. 
Yanti : Apa dia?
Suman : Awak kena bagi saya 'poke' awak. Bolehkan :) ??
Yanti : Ok :). Kita main 'poke' sama-sama ye awak?

Suman terkedu. Dia tak sangka Yanti begitu senang memberi jawapan. Suman merasakan dirinya begitu bertuah. Dia bakal hilang perawan tanpa perlu membayar pelacur di Brickfield. Tambahan pula, Yanti yang bakal dilobos itu bukan sebarang perempuan. Cantik bagaikan puteri. Suman laju menaip alamat rumahnya. 

Yanti : Ok. Saya otw sekarang :) . Tunggu yee.

Suman keluar selepas perbualannya bersama Yanti tamat lalu berlari ke 7-eleven berdekatan untuk membeli kondom. Kemudian berlari pulang. Kotak kondom yang dibeli dicampak ke tepi. Suman tergocoh-gocoh  ke bilik air untuk mandi. Dia tidak mahu Yanti kesayangannya membau badannya yang tengik. Selesai mandi, Suman hanya mengenakan boxer. Beberapa minit kemudian, pintu rumahnya diketuk. Hati Suman berdebar-debar. Suman berlari ke pintu. Tombol pintu dipulas lalu pintu dibuka pantas.

"I POKE YOU !! HAHAHAHA !!! "

"Aaaarrrggghhhhh !!! "

Mimpi indah Suman bertukar ngeri. Suman menekup kedua-dua matanya. Pedih yang tak terbendung bila matanya ditusuk dengan pisau. Darah mengalir laju, tidak tersekat. Suman mengerang kesakitan. Pandangannya gelap. Hanya telinga yang memainkan peranan di saat itu untuk mengenal pasti situasi yang berlaku secara mengejut. Suman hanya mendengar suara perempuan ketawa terbahak-bahak. Dia pasti perempuan yang sedang terhibur melihatnya terseksa itu adalah Yanti. Suman mengundur ke belakang. Kakinya menggeletar kuat.

"Apa yang kau buat ni perempuan gila ?!! "

"Eh? Bukan awak kata nak main poke-poke? Saya tengah main la ni. Hihihihihihihih ~ I POKE YOU !! I POKE YOU !! "

"Aaaaarrrggghhhh !!! "

Suman terduduk apabila dirasakan tikaman bertubi-tubi pada dada dan perutnya. Dia lemah. Tidak berdaya untuk berlawan tanpa penglihatannya. Suara Yanti yang tergelak berdekit-dekit menakutkannya. Seolah permainan kejam itu sangat menghiburkan Yanti. 

"Tolong... tolonggg jangan apa-apakan aku...", Sumam merayu.
"Takut yee da kalah? Meh sini tangan tu. Biasa tangan ni 'poke-poke; orang yee."

Yanti menggigit kuku Suman. Suman menjerit sekuat hati apabila dirasakan kukunya satu-satu dicabut oleh Yanti. Suman tidak mampu untuk melawan. Tangannya menggigil. Seluruh badan terketar-ketar. 

"Haa ~ Lepas ni awak nak main poke-poke lagi tak? Hihihiii ~"

Yanti bercangkung di hadapan Suman sambil bermain-main pisau di mukanya. Suman diam membisu. Dia sudah lemah akibat kehilangan darah. Yanti terus mendesak Suman untuk menjawab. Hanya kedengaran nafas Suman yang tersekat-sekat. 

"Humph!! Taknak jawab ye? Fine! Kita block awak terus!"
Zasss !!!

Darah memercik dari leher Suman. Suman mati serta-merta. Yanti merasakan hari itu hari yang paling menyeronokkan bersama rakan yang baru ditemuinya dalam laman sosial muka buku.

Saturday, February 18, 2012

Benang Merah

1:10:00 PM | | | Best Blogger Tips


Mell seorang wanita bekerjaya dalam lingkungan 20-an . Pada usia yang muda dia telah berjaya mencapai beberapa matlamat yang di senaraikan dalam diarinya dan salah satunya menjadi seorang arkitek berjaya . Sesuatu yang sangat mengagumkan bukan ? Tambahan lagi apabila dia menjawat jawatan yang tinggi dan selalu mengetuai dalam sesuatu projek besar yang bernilai jutaan ringgit . Memanglah sesuatu yang perlu di tabik apabila kaum hawa berjaya melangkah setapak lebih dari kaum adam dalam bidang yang sepatutnya bukan kemahiran kaum hawa . Bagaimana sekalipun , mungkin Mell lupa kejayaannya itu bakal membuatkan dia di pinggir oleh kaum lelaki . Cemburu itu fitrah manusia . Diskriminasi jantina sememangnya ideologi yang tak dapat di singkirkan .Tetapi Mell tidak pernah ambil kisah . Hatinya sekeras besi . Dia lebih rela mengorbankan masa-masa muda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja .

Sekeras-keras hatinya , bila tiba tarikh 13 februari , Mell bagaikan cacing kepanasan . Bukan kerana risau dia tidak berpasangan , tetapi panas telinga mendengar suara-suara sumbang mengata tentangnya . Bukan itu sahaja , Mell juga terpaksa bersedia untuk melarikan diri dari lamaran rakan-rakan sepejabat . Dan menjadi kebiasaan pada setiap malam 13 februari itu dia akan menghabiskan masa di bar bersama sahabat karibnya , Maria . Berborak dan minum hingga kedua-duanya mabuk . Memang tidak profesional tetapi ada masanya wanita yang sentiasa menghabiskan masa berpakaian formal ini juga perlu berseronok . Melepaskan segala ketegangan yang disorok dengan egois . Lagipun , dia memang berniat untuk mabuk agar 14 hari bulan akan berlalu dengan pantas ketika dia menghabiskan masanya di atas katil bersama panadol dan air suam . 

Mell menekan punat telefon bimbitnya , cuba menghubungi Maria . Beberapa kali bunyi deringan tetapi tiada yang menjawab . Mell hampa . Dia tidak menunggu lama . Enjin kereta di hidupkan dan Mell terus meninggalkan kawasan parkir laju menuju ke bar yang menjadi 'hotspot' setiap kali tarikh durjana itu menjelang . Cuma malam ini , Mell mabuk sendirian . Menghabiskan sisa-sisa malamnya dengan berfikir tentang jodoh dan kehidupan cintanya . Tanpa disedari sudah beberapa gelas arak yang ditelan . Badannya berpeluh dan kepala pusing-pusing . Mell terus meminta penjaga bar menghubungi teksi . Masih boleh berfikiran waras untuk tidak memandu dengan kondisinya yang tidak stabil .

Mell sampai di kondo miliknya . Dalam keadaan yang berpinar-pinar Mell berusaha untuk mencari kunci di dalam beg tangan yang sarat dengan pelbagai barang keperluan . Tidak mahu diketuk . Bimbang mengganggu adiknya yang barangkali sudah lena di buai mimpi . Kunci pintu rumah berjaya di gapai . Sebaik sahaja pintu di pulas Mell berjalan ke sofa dan merebahkan tubuh . 

"Auwwww !!! "

"Heyy ! What the ... ? "

Seseorang membuka lampu . Mell terkebil-kebil menahan sakit mata akibat cahaya yang tersimbah secara mengejut . Penglihatannya masih kabur tetapi cukup untuk dia memahami situasi yang berlaku apabila melihat susuk lelaki remaja sedang tergesa-gesa meninggalkan rumah sambil memakai baju . Seorang lagi pula hanya berseluar dalam dan bersinglet putih . Sudah pastinya si empunya badan adik Mell . 

"Oh , wow . So now you're like having sex in my condo ? That's disgusting ."

"Shut up , Mell . Aku bukan budak kecil lagi . "

Mell berjalan menuju ke peti ais . Di ambil sedikit ais dan di bungkus dengan tuala kecil unuk menuam kepalanya . Perlahan-lahan dia berjalan ke arah adiknya yang dari tadi merenung tajam ke arah dia yang sedang mabuk .

"Kalau macam tu , pergi cari rumah sendiri . And have your fucking sex in you own house !! "

Tengking Mell . Adiknya tersentak . Tanpa membalas tengkingan Mell dia terus berlari ke bilik . Mell tidak menoleh sedikit pun . Dia terus ke biliknya dan laju rebah ke atas katil . Siling rumah ditenung kosong . Bermacam-macam yang difikirkan . Ada rasa bersalah dengan adiknya .Tidak sepatut adiknya ditengking . Dia sendiri pun tidak pernah menjadi contoh yang baik . Adakah dia menengking kerana rasa tidak puas hati kerana setiap malam 13 februari itu dia akan berasa sunyi dan melihat seorang lelaki bersama adiknya membuatkan dia bengang , cemburu , dengki .Sunyi ? Ya , dia memang terlampau sunyi . Bukannya dia tidak ingin mencintai atau dicintai , tetapi hatinya pernah sakit kerana keputusan yang salah . Bagaimana dia ingin pastikan lelaki yang bakal dia cintai selepas ini adalah orang yang sepatutnya di kasihi . Bagaimana kalau dia tersilap lagi ? Ah , sebenarnya memang hidup ini akan sentiasa berakhir dalam keadaan yang menyedihkan . Jodoh ? Itu karut . Mell memejamkan matanya dan terus dibuai mimpi .

******

Pagi keesokannya Mell terjaga dari tidur apabila terdengar hempasan pintu . Adiknya keluar barangkali . Kepala Mell terasa berat seperti dihimpit batu . Mell duduk bersila di atas katil . Tangannya memicit-micit kepala yang ada menunjukkan tanda-tanda pulih . Mell perasan sesuatu terikat pada jari kelingkingnya yang runcing .

"Eh . Siapa yang ikat benang merah ni ? " 

Mell cuba untuk menarik ikatan itu dari jarinya tetapi tidak berjaya . Mell perhatikan benang itu yang panjang meleret hingga ke luar pintu rumahnya . Mell cuma Mengagak ini perbuatan adiknya yang mungkin sengaja ingin menyakitkan hatinya . Balas dendam untuk kejadian malam tadi . Mell tergelak kecil .

"Bodohnya . Macam lah aku tak boleh nak potong benang ni ." 

Mell buka laci almarinya . Gunting diambil dan dia cuba menggunting benang itu . Pelik . Gunting itu tidak lut . Malah berkali-kali Mell cuba tetapi usahanya sia-sia belaka. Mell mula berasa pelik . Mell terasa seperti ada sesuatu yang pelik sedang berlaku . Dia segera mengenakan jeans birunya dan tube labuh hitam . Benang itu di tarik dan di gulung dari rumahnya . 

Mell terus mengikut arah benang itu yang tidak terlihat hujung pangkalnya . Gulungan demi gulungan . Dari rumahnya , Mell berjalan melintasi beberapa buah kedai di tingkat bawah kondonya , jalan besar , hospital , keliling padang bola dan dia terus berjalan tanpa disedarinya sudah jauh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya . Mell letih . Semput terbongkok-bongkok menggulung benang merah misteri yang tersimpul di jari kelingkingnya . Mell berputus asa untuk terus menggulung benang itu . Sudah tebal gulungannya tetapi tidak tahu bilakah gulungan itu akan berakhir . Mell duduk berseorangan di tepi jalan . Naik turun nafasnya . 

"Benang merah itu ... Benang yang hubungkan kamu dengan jodohmu ."

Mell berpaling ke arah datangnya suara yang menyapanya tadi . Seorang nenek tua berpakaian cheong sam , rambutnya yang beruban putih tersanggul rapi . Nenek itu tersenyum dan duduk disebelahnya . Mell mengesot ke tepi sedikit memberi ruang . 

"Maksud nenek ?"

"Mengikut kepercayaan , benang merah ini yang menghubungkan kamu dengan jodoh mu . Tak kira sejauh mana pun jodoh mu itu berada , biar beribu batu , benang ini akan merenggang , tetapi tidak pernah terputus . Jadi , kenapa perlu mencari ? "

Mell termenung . Dia tahu apa yang dikatakan oleh nenek itu kedengaran  gila dan sama sekali tidak masuk akal . Tetapi yang pasti , hatinya terasa lega seolah satu kepastian sudah terjawab . Dia tahu tiada apa yang perlu dirisaukan . Di hujung benang itu , ada seseorang untuknya . Mell tersenyum dan melepaskan gulungan benang itu dan berlalu pergi keriangan .

Saturday, February 11, 2012

Normaliti Abnormal

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Karim terbongkok-bongkok di dalam biliknya mencari sesuatu. Sekejap dia mengintai bawah katil, kemudian membuka satu per satu laci meja belajarnya. Tetapi barang yang dicari tidak dijumpai. Karim mengalah. Dia berdiri sambil tangannya mencekak pinggang. Bukan dia penat, tetapi dia sudah terlambat untuk satu temu janji yang diatur dengan gadis yang baru dikenali dari laman muka buku. Tanpa dia sedar, terukir satu senyuman gatal yang jelik bila dia terkenang susuk tubuh gadis itu berpakaian pasukan sorak sambil memegang pom-pom dalam salah satu gambarnya di laman sosial. Cantik. Manis. Lazat ..... Karim cepat-cepat mematikan imaginasinya sebelum dia terus hanyut dalam khayalan ghairah itu.

"MAK!!! OOOOHHHH .... MAAAAKKKK !!! " 

"Haa, apenye? Pagi-pagi buta dah menjerit "

"Mak, kau ada nampak tak kotak kat mana-mana? Warna merah."
Tangan karim bergerak-gerak cuba menganggarkan saiz kotak yang dicari. Dia berharap ibunya ada terjumpa di mana-mana.

"Kotak ape tu ? Takde-takde. Mana mak tahu."

Karim mula berasa hairan, musykil dan segala perkataan yang mempunyai maksud yang sinonim. Kehilangan kotak itu menjadi satu tanda tanya besar. Mulutnya terkumat-kamit dengan pelbagai sumpah seranah.

"Time-time macam ni lah pulak dia nak Los and Found. Babi! "

Karim duduk di tangga sambil menggosok-gosok mukanya. Dia sudah separuh gila memikirkan tentang kotak itu. Jam menunjukkan pukul 10. Kalau dicongak perjalanannya dari rumah memang dia akan lewat setengah jam untuk temu janjinya.

Tiba-tiba Karim tertarik pada bunyi pintu bilik adiknya yang berkeriuk. Buntang mata Karim melihat Kamal keluar dari bilik dengan bajunya dipenuhi darah yang mengalir dari celahan giginya. Kamal tersenyum sambil menggosok-gosok perut. Karim mengalihkan pandangannya pada tangan kiri Kamal. Objek yang dipegangnya menarik perhatian Karim. Menyirap darah Karim apabila dilihat kotak itu berada di tangan Kamal. Muka Karim bertukar bengis. Giginya diketap-ketap. Karim bangun lalu berjalan pantas ke arah Kamal dan menumbuknya hingga adiknya itu jatuh. Pisau pemotong ayam di atas meja dicapai lalu Karim menetak muka Kamal. Kepalanya Terbelah dua hingga menampakkan otak dan bahagian dalam kepala. Darah memercik ke mukanya. Tetapi itu tidak cukup untuk memuaskan marahnya.

Karim cuba untuk menetak Kamal sekali lagi tetapi Kamal segera memegang tangan Karim lalu mengelak lincah biarpun mukanya sudah tinggal sebelah bahagian sahaja. Kamal mematahkan Karim dan menggigit pergelangan tangan Karim hingga terputus. Tangan Karim yang sudah bercerai dari badan dicampak jauh. Karim masih cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Bangsat! Cacat muka aku. Ini makan nyeee ... "

Kamal mencucuk pisau pada dada Karim lalu ditarik hingga ke bahagian abdomen. Isi perut Karim terkeluar serta-merta. Usus Karim berselerak dan darah merah pekat membanjiri lantai. Kamal mengambil usus Karim lalu menariknya hingga putus.

"NOOO !!! Not the abdomen. Ahh kau ni memang kimak tahu tak!!! "

"Kau yang mula serang aku! "

"Aaaarrggghhhh !!! "

Karim menjadi semakin gila. Dia menolak Kamal kuat hingga terjatuh. Karim berdiri dan membiarkan ususnya terburai. Karim menarik kepala adiknya ke kuali berisi separa minyak yang dipanaskan oleh ibunya lalu menolak kepala Kamal ke dalam minyak yang sedang bergelegak. Dibiarkan setiap inci daging muka adiknya digoreng. Kamal cuba meloloskan kepalanya dari cengkaman Karim tetapi cengkaman Karim terlampau kuat.

"HAHAHAHAHAHA !!!! Baru puas hati aku macam ni. Terpaksa aku batal 'date' aku gara-gara kau! Sekarang kau pon tak boleh pergi 'dating' . HAHAHAHA ... ADOI !! "

Satu kepedihan tahap unggul terasa pada telinganya sehingga cengkaman pada Kamal dilepaskan. Kamal segera berundur lalu tersandar ke dinding. Letih dia meronta dari tadi. Karim merentap kepalanya sekuat hati hingga terputus telinganya.

"Shit !! Agak-agak lah kau ni, Mak. Tak cukup ke si bodoh ni burukkan aku, ni kau nak tambah kenapa pulak ?"

"Hey, pantang aku tinggalkan kejap lah dua-dua budak ni mula lah bergaduh. Kau tengok dapur aku apa kau buat? Tak habis-habis nak menyusahkan! Kau dua orang ambik mop dengan sabun kau lap darah-darah ni ! "

Kamal akur tanpa banyak cakap. Karim pula sudah mula berperang mulut dengan ibunya. Karim bengang kerana ibunya seolah berat sebelah kerana memarahinya padahal adiknya baru sahaja melakukan satu jenayah besar dengan mensabotaj temu janjinya. Karim meninggalkan Kamal yang sedang berpura-pura baik mengemop lantai. Sempat lagi dia membaling pisau hingga tercacak pada belakang Kamal.

Ibu Karim rasa bersalah kerana memarahinya. Bekas yang berisi barang-barang jahitan diambil lalu berjalan ke ruang tamu. Karim sedang baring sambil memasukkan ususnya kembali kedalam perut. Ibu Karim duduk di sebelahnya lalu menjahit perut Karim.

 "Alala ... Jangan merajuk . Mak mintak maaf lah."

"Menggelabah jeh"

"Sejak bila kau pandai kurang ajar dengan Mak kau ni hah ?! " 

"Sejak kita jadi mayat hidup !!! Budi bahasa ? FAKTAB !! "

Saturday, February 4, 2012

Osom

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Kau pernah dengar tentang permainan "Osom" ? Permainan yang tidak memerlukan apa-apa material kecuali tangan sebagai penentu kalah dan menang mengikut hukum logik. Aku tahu bagi orang yang sudah mencecah akil baligh tidak akan pernah teruja mendengar tentang permainan ini. Sedangkan mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat wajah yang cantik mencebik. Permainan yang terlalu ringkas dan kebudak-budakan katanya. Tetapi itu tidak mengubah rasa taksub ku bermain permainan ini. Aku ada cara bermain ku tersendiri.

Hari ini aku mengajak sahabat baik ku bermain. Setelah beberapa kali memujuk dengan tegar akhirnya dia bersetuju melayan kehendak aku. Seperti biasa aku akan menunggu Samad di pondok, tempat kami melepak. Sudah menjadi kebiasaan menunggu rakan ku yang sudah ku kenal sikapnya. Tidak pernah tepati masa . Hampir 5 batang rokok habis menjadi mangsa barulah kelihatan kelibat Samad dari jauh tersengih-sengih menayang gigi jongangnya. 

"Eh, Sorry lah Man. Aku kena tolong kakak aku masak tadi. "

"Bila masa kau ada kakak? Kalau tak pandai kelentong, jangan tunjuk bodoh kau tu... "

"Hihihi. Aku takde kakak ea? Lupa diri barangkali "

"Cis... Dah. Jangan banyak cakap. Mari mulakan permainan."

Samad mengangguk laju. Tangan kanan ku hulurkan pada Samad. Samad sambut dan menggenggam tangan ku kuat hingga terasa kebasnya. Kami saling berpandangan. Tangan kiri masing-masing sudah bersedia di belakang, bersedia untuk melepaskan tembakan yang pertama.

"OSOM ! "

A! Aku salah memilih pelurunya. Ku sangka batu yang menjadi das pertama, tetapi Samad lebih licik mengeluarkan kertas. 

PANG !!!

Tamparan pertama yang kuat dilemparkan pada pipi cengkung ku. Samad tersenyum. Puas dengan kejayaan pertama dan masih ketagih akan kejayaan yang mungkin bakal dikecapi untuk pusingan seterunya. Aku tidak mungkin tewas kali ini. Aku juga inginkan perasan ghairah itu.

"OSOM !"

"Shiiii ...."

PANG !!!

Sekali lagi aku tewas! Tamparan kedua kali ini lebih kuat dari awal. Nampaknya Samad sudah dikuasai riak. Dari senyuman sinis itu aku boleh mengagak. Permainan di teruskan lagi. Dan sekali lagi aku tewas dan terus pipi ku menjadi mangsa Samad melepaskan geramnya dan setiap kali itulah tamparannya semakin kuat. Rasa dendam dalam hati ku sudah terbuku. Menanti saat untuk dilepaskan.

"OSOM"

Yeah !! Akhirnya kemenangan berpihak pada aku. Dengan segala dendam dan bengang yang aku pendam dari awal permainan tadi aku lepaskan bersama satu kuasa yang kuat mengawal ku. Ketidakwarasan .

Aku menampar muka Samad sekuat hati hingga Samad jatuh terjelopok. Samad terketar-ketar memandang ke arah ku sambil memegang pipinya. Aku tidak puas. Aku lompat ke atas Samad. Aku tampar mukanya berkali-kali. Samad tidak berpeluang untuk membalas. Hanya mampu menjerit.

Aku suka. Aku puas! Tidak. Aku belum puas! Belum cukup rasanya. Kuku ku yang panjang ku guna untuk mencakar muka Samad berkali-kali. Calar balar mukanya. Samad mengerang kesakitan. Aku tidak peduli. Aku terus mencakar tanpa henti hingga terkoyak sedikit kedua-dua belah pipinya menampakkan daging. Aku gembira melihat Samad dalam keadaan begitu. Aku menikmati setiap saat melihat Samad menjerit meminta ku berhenti. Gila? mana mungkin aku lepaskan saat indah ini. Aku semakin ghairah melihat darah merah yang mengalir di muka Samad. Aku mahu lihat lebih lagi. Aku cengkam lebihan dagu Samad dan aku tarik ke atas sekuat hati ku. Buntang mata Samad menahan sakit. Aku ketawa. Lucu sungguh wajah itu. Sedikit demi sedikit kulit Samad terkoyak dan darah berlumba-lumba keluar membasahi lantai. Badan Samad seperti terkena renjatan eletrik. Tersentak-sentak. Dia mengeluarkan satu bunyi pelik. Aku ketawa terbahak-bahak. Aku sentap kuat kulitnya hingga ternampak daging. Bau hamis darah seolah memberi satu kepuasan yang tidak terhingga.

Perlahan-lahan aku tarik kulit wajahnya. Kini, Samad tidak berwajah. Hanya daging yang masih merah tinggal pada mukanya. Aku gembira melihat Samad senyum. Lebar sungguh senyumnya sehingga ternampak setiap batang gigi yang ada.

"Kan aku dah cakap. Kau mesti seronok punya main 'Osom' dengan aku."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...