Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Miss Kang. Show all posts
Showing posts with label Miss Kang. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Penjual Pasar Malam

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“ Mir.”

Mulut Adnan terjuih ke sebelah kanan sebelum kembali menggoreng nasi goreng ikan masin. Hidungnya bergerak-gerak menahan bau ikan masin yang menusuk hidung.

Kepala Amir automatik terpusing ke sebelah kanan.

Perempuan bertudung pink dengan boyfriendnya mungkin. Makcik berbadan besar berbaju kurung. Pekerja Medin dengan baju biru kuningnya.

Itu antara yang tertangkap dek mata bundar Amir di balik orang ramai yang mengunjungi pasar malam. Tangannya masih bergerak-gerak menggoreng kue tiau. Kalaulah lehernya lebih panjang.

“ Apanya Adnan? Aku tak nampak pun.”

“ Dia tak nampak pulak!!!” kata-kata Adnan mungkin tak dapat didengari Amir. Adnan masukkan nasi ke dalam belanga besar.

“ Bang.”

Amir angkat muka. Terkejut. Sudip di sebelah kanan terlepas dari tangan dan termasuk ke dalam belanga berisi kue tiau goreng. Cepat-cepat Amir mencapai dengan tangan. Dan secepat itu juga Amir melepaskan semula sudip dan menggoyang-goyangkan tangan kanan kerana kepanasan. Dia pandang semula tangan kanannya itu. Mujur belum sempat melecur.

Baru dipandang semula gadis di depannya. Mukanya merah menahan malu.

Gadis itu tersenyum. Menahan tawa mungkin.

“ Ya dik?”

“ Err, mee goreng satu.”

Amir gelabah. Sempat dikerlingnya Adnan yang tengah menahan gelak. Amir pusing ke meja di belakang. Mengambil bungkusan mee goreng yang selesai digoreng sebentar tadi. Di masukkan pula ke dalam plastik biru. Lalu dia berpusing ke depan dan menghulurkan bungkusan mee goreng kepada gadis itu.

Gadis itu menjenguk ke dalam plastik.

“ Cili jeruk bang?”

Amir seraya berkalih semula ke meja belakang dan mencapai sebungkus kecil cili jeruk lalu diletakkan dalam plastik berisi mee goreng.

Adnan terbatuk. Amir fikir dia tengah ketawa.

Si gadis menghulurkan sekeping not merah. Amir menyambut dan menyeluk poket apronnya. Tangannya berpeluh-peluh. Amir menghulurkan baki kepada gadis yang masih tersenyum kecil itu.

“ J...jual dik.” Sedikit gagap.
“ Err. Bang?”

Amir pandang gadis itu lagi. Jantungnya kembali berdegub. Apa lagi ni?

“ Err, mee goreng tu RM2 kan?”

Amir angguk.

“ Baki ni abang bagi rm6.”

Adnan menepuk dahi. Amir segera keluarkan lagi RM2 dari poket apronnya.

RM2 bertukar tangan.

“ Maaf ye dik.” Amir memohon maaf.
“ Tak pe.” Seraya gadis itu tersenyum.

Amir terasa seperti hendak pengsan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...