Aku punya kawan. Bisa saja untuk kau panggil, Anne.
Aku kenal Anne sejak dari zaman sekolah lagi.
Orang nya baik. mudah bawa bicara.
Lain dari gadis yang biasa.
Boleh bicara tentang filem, buku, musik.
Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ketika itu, Anne sudah berteman.
Jadi Aku biarkan.
Selepas zaman sekolah , Anne masih berteman .
Tapi kami masih berhubung .
Aku pula , mula mengikat kasih bersama seseorang .
Kenalan di kolej.
Selang tak lama, Anne hubungi Aku.
Dia sudah putus. Kasih hati tiga tahun, tamat.
Aku cuba jadi kawan yang baik, pujuk setiap tangisan.
Tapi entah kenapa ada rasa senang dalam hati.
Aku masih mengikat kasih bersama seseorang.
Dan juga, masih berhubung dengan Anne.
Anne tahu tentang itu, tapi dia tidak kisah.
Kami kan hanya kawan?
Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ketika ini, Aku sudah berteman.
Jadi Aku biarkan.
Anne sudah punya pengganti.
Seorang bakal jurutera, khabar nya.
Bagus untuk dia.
Aku ucap tahniah.
Selang tak lama, Aku putus kasih.
Aku hubungi Anne, cerita luah segala.
Sedih putus nya kasih.
Anne masih memujuk.
Anne masih berteman,
Dengan bakal jurutera itu.
Dan Aku,
Biarkan putaran itu terus berulang.
Kalau saja aku tunggu lewat sedikit.
Kalau saja dia tunggu lewat sedikit.
Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ah biar lah.
Masa tak pernah kena.
Masa tak pernah ada.
.END.
17 comments
gua tak tgk bola... walaupun telinga kena dengar bola... hahahaha
ps: anne tu wujud tak? bak no telefon... gua nak basuh dia sikit...
erkk... time lu story ni mcm jiwang tahu... erkk...
alaaa...lelaki kan boleh pasang 4...baru 2......
hahaha . tragis sungguh .
*muka sinis*
Puisi bercerita yang melankolik. sisi lain abang Adil nice one
p/s : if she's the one, then fight for her.
next short please. :D
pemilihan gambar yang sesuai....loike sgt2 :D
adakah anne dan "aku" ada jodoh?
"Aku" doakanlah anne tu putus ngn jurutera tu.. dan "aku" cepatlah bgtahu anne time tu.. mungkin anne dan "aku" ada jodoh..
Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
mungkin benar kami sesuai bersama.
tapi sekadar kawan cuma.
*andai benar dia milikmu, dia pasti menjadi milikmu meski jalan dilalui penuh liku...
heroic zero akan kawen dgn Anne.. errrr.. :D
kalau ada jodoh insyaAllah ada. berdoalah.
kamu sesuai bersama :)
el: amboi-amboi-amboi-amboi....
biarkan masa tentukan segala-galanya.
macam kisah aku
huhu.. kalau cerita ini benar.. ingin aku pesan, kalau rasa sayang itu lebih kuat pada anne.. dapatkan anne.. jangan sampai suatu saat dia pergi jauh baru menyesal..
nice one..senyum je time bace (^_^)
fight 4 ur luv,then leave it to God..
Ah, itu semua sudah diatur DIA. Mungkin saja, masanya belum tiba.
pernahkah kamu ingin berkata-kata..
tetapi akhirnya tidak terkata-kata..
ini situasiku selepas membaca.. :)