Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, November 13, 2011

Cinta Choki-Choki

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


“Nah ambil ni”. Syazwan mengulurkan 3 batang choki- choki kepada Addin. Addin pandang choki- choki yang dihulurkan itu sekilas. Lalu di jelingnya Syazwan.

“Lu ni Cawan. Dari dulu lagi kan suka bagi gua choki- choki 3 batang. Dari kita sekolah rendah sampai la dah besar panjang, dah elok boleh kahwin pun lu bagi gua choki- choki. Dah la 3 batang je. Bengang la gua, lu tahu! Kedekut sangat ke hape lu ni ha? Gua dah besar. Bukan budak kecil lagi yang suka makan choki- choki 3 batang 50sen ni!!” Addin melempiaskan rasa marahnya kepada Syazwan yang lebih mesra dengan panggilan Cawan di bibir mungil Addin.

Syazwan pandang Addin sambil tersenyum. Seakan sudah mengerti benar dengan tabiat sahabat karibnya itu. Di pandang mata Addin sedalam yang mungkin. Ya. Ada sinar keayuan dan kelembutan pada matanya. Benarlah kata orang. Ganas di luar belum tentu ganas di dalamnya. Sifat yang sengaja di keraskan tidak mampu menipu hati yang selembut sutera.

“Senyap je! Benci la gua cakap dengan lu ni. Senyap sengih! Senyap sengih! Dah serupa beruk bontot merah lu tahu!” Sembur Addin lagi.

“Haha. Makin kau marah, makin cantik. Nah ambil la choki- choki ni. Maaf la. Gua bukan sengaja tak datang semalam. Tapi gua betu- betul ada hal. Gua tak dapat nak elakkan hal tu. Serius gua tak tipu ni. Gua betul- betul minta maaf. Ok?” Penuh sabar Syazwan memujuk sahabatnya. Dihulurkan lagi 3 batang choki- choki itu kepada Addin.

Addin berdiri dari tempat duduknya. Sakit di hatinya tiada siapa yang mengerti. Semalam adalah sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-25. Dia sudah berjanji dengan Syazwan untuk sama- sama meraikan detik tibanya usia dia yang ke-25. Kalau setakat sejam dua Addin menunggu, itu adalah perkara yang boleh di maafkan. Tapi kalau seharian dia menunggu itu adalah sesuatu yang memeritkan. Ya. Penantian itu adalah sesuatu yang memenatkan.

“Gua call lu, lu tak angkat. Lu siap reject lagi panggilan gua. Reject tak pe lagi. Yang lu pergi off phone kenapa? Satu panggilan mahupun SMS pun lu tak hantar kat gua. Lu tahu tak gua risau kalau- kalau ada terjadi apa- apa kat lu. Gua tak heran sangat la kalau lu tak nak sambut birthday gua. Tapi at least bagitahu la kat gua yang lu selamat.” Nada Addin sedikit rendah di situ.
Jelas Addin sedih. Sedih bukan kerana ketidakhadiran Syazwan ke pertemuan mereka, tetapi sedih kerana kerisauan yang bermaharajalela di benak hatinya. Takut. Ya, takut jika berlaku sesuatu yang buruk ke atas sahabatnya.

“Ehem! Sayang juga ea lu kat gua. Gua ingat lu tak sayang dah kat gua tadi. Haha. Dah. Ambil choki- choki ni. Gua ada hal sikit ni. Gua tak boleh nak pujuk lu lama- lama. Ok bye. Kalau ada apa- apa, text or call me ok.” Terus Syazwan berlalu setelah choki- choki tadi bertukar tuan.

Addin hanya menghantar Syazwan dengan ekor matanya. Satria Neo yang di pandu Syazwan kian hilang dari pandangan. Di tatapnya choki- choki 3 batang itu sambil berfikir akan kebodohannya. Entah sejak bila dia sensetif pasal perkara yang remeh temeh ni pun dia sendiri tidak tahu.

Tiba- tiba telefon bimbit Addin berbunyi. Addin melihat nama si pemanggil lalu dia menekan butang berwarna hijau.

****************************************************

“Nak tanya boleh?” Soal Addin.

Syazwan hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Addin.

“Kenapa awak suka bagi saya choki- choki 3 batang? 3 batang je awak tahu. Dari kecil sampai ke besar asyik 3 batang je. Kedekut tak hingat je saya rasa.” Addin bersoal jawab dalam nada yang manja.

“Sebab pertama kali kita kenal, awak bagi saya choki- choki. Masa tu kan saya budak baru di sekolah dan selalu kena buli. Awak datang kat saya masa saya nangis tu, then awak bagi saya choki- choki. Sejak dari hari tu kita baik. Dan saya bagi 3 batang choki- choki je sebab saya nak awak tahu, 3 batang choki- choki bermaksud 3 patah perkataan.” Tenang Syazwan menjawab.

“Err. 3 patah perkataan? Apa tu awak?” Teruja Addin ingin tahu.

“Saya Cinta Awak.” Ringkas dan padat jawapan yang di beri oleh Syazwan kepada isterinya itu sambil memeluk tubuh Addin dari belakang. Seorang isteri yang telah sah menjadi miliknya setelah pinangannya diterima oleh keluarga Addin pada tarikh kelahiran Addin sendiri.

P/S: Mungkin jodoh lu adalah orang yang betul- betul berada di sisi lu. Mungkin juga jodoh lu adalah gua. Siapa tahu kan? Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.

29 comments

November 13, 2011 at 9:17 PM

suka suka

November 13, 2011 at 9:50 PM

"Mungkin jodoh lu adalah orang yang betul- betul berada di sisi lu. Mungkin juga jodoh lu adalah gua. Siapa tahu kan? Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan."

gua rasa lu jodoh gua..keh keh keh :P

November 13, 2011 at 10:39 PM

owhhhh sungguh syahdu...ini membuatkan saya pon teringat kembali cinta kuih pau saya....

November 13, 2011 at 10:45 PM

takde ke yang nak bg tiga batang choki choki kat ai eh

hehehe

November 13, 2011 at 10:58 PM

choki3x....

teringat suka bg seseorg choki3...heheh

jodoh itu misteri...;)

November 13, 2011 at 11:12 PM

citer ni sebenarnya tacing... tapi dalam versi gangster... hurmmmm... nak peluk boleh?

November 14, 2011 at 12:21 AM

amboi.. kemain sedak choki- choki tu ye.. kihkihkih...


*komen kat hasil tulisan sendiri lulus tak kak? hehe..

November 14, 2011 at 12:23 AM

Mungkin juga jodoh lu adalah gua.

kahkahkah

tersembur tahik hidung aku
celaka betul

November 14, 2011 at 12:46 AM

haha.. hampeh ko bact..

November 14, 2011 at 12:48 AM

@Bella Bell

ps: tak malu... uwek....

November 14, 2011 at 12:51 AM

baa~ CAK!!

euwww~

November 14, 2011 at 1:01 AM

haduhaaaaaaaiiii
comeeeeiiinye
ada sape2 x nak bagi choki2 kat sy

kiki
sukeee!

November 14, 2011 at 2:16 PM

haha^^ naseb baeek sedap.

November 14, 2011 at 2:58 PM

cerita ni cute, cuma kena hati2 kat ayat selain dialog, penggunaan ayat campuran tu amat2lah BAHAYA

;D

nak choki2 gak bley? :D

November 14, 2011 at 3:52 PM

HAHAHAH..gila best ending dia.caya la bella..:D seronok baca kalau ending dia hapy je cmni kn.

November 14, 2011 at 6:11 PM

pasni buat cinta coklat cadbury lak..hehe

November 14, 2011 at 7:27 PM

nanti aku bagi 4 choki-choki.

dan kau pandai-pandailah cari maknanya,ok.

November 14, 2011 at 7:56 PM

sweet gler!!!
nk choki2 10 batang!

November 14, 2011 at 8:42 PM

choki - choki ..

faveret qlah .

tetiba lapaw..

hihi .

p/s: nice one ! <3

November 15, 2011 at 1:52 AM

tak boleh ke kalau aku bagi kau 3 batang pensil? Ahaks!

-bell dasat! hehe

November 15, 2011 at 11:16 AM

wa.. bestnye.. kerana choka choki :D.. cinta choka choki.. x mustahilkan? kalau dh jodoh, choka choki pun leh jd sebab.. :D..

November 15, 2011 at 6:38 PM

gua baca cerita lu sambil makan choki-choki 2 perasa tu..

best citer ni..ringkas,menarik..jalan cerita sempoi..terbaik!!

Anonymous
November 15, 2011 at 10:35 PM

cayala bella. tak kusangka ko ada bakat tulis cerpen.

citer ni cute, comel, part paling best happy ending.

November 15, 2011 at 11:26 PM

Bukan Cawan : Tak sia2 aku luangkan 5 minit baca cerita ni! *menghulurkan 4 batang choki-choki (aku suka cerita ini) ;D


Masuk chapter baru tu aku terus dapat maksud 3 batang choki-choki tu. (bagus tak aku) haha

November 16, 2011 at 1:12 PM

yeahhh...happy endingg...suke~~

November 16, 2011 at 5:17 PM

amboi. kemain suka ye korang sebab happy ending. tengok la, lepas ni aku buat sad ending. hikhikhik.

November 16, 2011 at 7:15 PM

cita kau ni dah buat aku berangan jauh.hahaha

November 21, 2011 at 12:14 AM

dr awl da agak 3 pkataan tu

nway cte ni sempoi, sweet, penuh makne

gudjob

December 24, 2011 at 5:30 PM

i love this.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...